Support My Blog

Wednesday, January 3, 2024

UMAI - KULINER UNIK!

UMAI ADALAH KULINER YANG UNIK!
. Umai merupakan sejenis makanan laut tradisional masyarakat Melanau di Sarawak dimana makanan umai juga merupakan sepupu kepada makanan Sashimi (shusi) di Negara Jepun. Bagaimana pun dildapati umai tetap popular dikalangan masyarakat di Sarawak terutama mereka yang tinggal dengan laut. Kini di mana-mana sahaja dalam Negeri di Sarawak keenakan Umai tetap menjadi buah mulut masyarakatnya. Bahagian Mukah adalah sinonim dengan gelaran Bahagian Makanan Umai. Pada penulis blog yang pernah bertugas lebih dua tahun di Sarawak dan ada juga beberapa kali berkunjung ke Mukah mendapati makanan umai merupakan ikan yang dihiris halus-halus dan dibuang semua tulangnya. Kalau pembaca anda tidak mahu membuang tulang ikan pun tidak mengapa tetapi lebih molek kalau tulang ikan dibuang supaya kebarangkalian untuk anda tertelan tulang ikan adakah kecil. Ikan di laut yang telah siap dihiris itu tadi akan digaulkan bersama-sama asam di darat iaitu limau nipis, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan tidak lupa cili.Nak masam lagi anda boleh tambah buah maram(ba’un-buah dari pohon mulung) Semakin banyak limau nipis dan cili semakin sedap jugalah umai anda. Kemudian, hirisan ikan itu tadi akan digaul hingga sebati(macam membuat kuih pula) dengan bahan-bahan yang di darat tadi. Untuk menambah rasa Umai selalu ada yang menambahkan sahaja MSG dan garam secukup rasa. Jadilah umai yang mudah untuk disediakan. Apa pun disebabkan umai ini adalah mudah disediakan maka kalangan nelayan biasanya hanya akan berbekalkan bawang, cili, limau, garam dan MSG sahaja ke laut. Kemudian seekor dua ikan pastinya menjadi mangsa mereka untuk menjadi santapan apabila lapar. Selain ikan apa yang digunakan adalah seperti udang dan bubuk (sejenis udang kecil) atau sotong segar yang menjadi kegemaran nelayan tempatan. Umai sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan modal yang besar untuk membuatnya. Ingat apa yang penting adalah umai sedap jika ikan itu betul-betul guna ikan segar dan jika umai telah siap untuk dimakan. Awas kerana apabila ikan itu sudah masak (campuran limau dan cili boleh memasakan ikan secara semulajadi) mungkin umai akan hilang sedapnya. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai makanan umai yang unik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Sebenarnya 
UMAI merupakan salah satu makanan yang dikenali di Sarawak sebagai hidangan istimewa etnik Melanau sejak lama dulu. Memeng amat mudah membuat makanan umai ini menjadikan ia unik dimana degan hirisan nipis ikan segar (seperti ikan bawal hitam) dan kemudian ia  dicampur dengan bahan lain seperti perahan limau, garam, bawang besar dan cili ini tentunya amat meng­giurkan. Ikan bawal hitam segar mudah didapatkan dari nelayan dan pasar (Sila lihat foto disebelah). Apa pun pergi sahaja ke mana-mana restoran terpilih dilokasi khusus dimana akan ada makanan istimewa ini sememangnya tidak asing lagi walaupun pembaca blog bukan dari orang kalangan etnik Melanau itu sendiri. Pada penulis blog yang beberapa kali ujirasa makanan umai ini mendapati dimana hidangan ini turut disajikan sebagai salah satu makanan eksotik di restoran-restoran mewah bertaraf tiga atau lima bintang di hotel tertentu di Sarawak. Makanan kebanggaan bagi kalangan et­nik Melanau ini sebenarnya tidak perlu lagi diperkenalkan lagi khasnya bagi penduduk yang tinggal di Bumi Kenya­lang. Mungkin kalangan pembaca blog ini faham dimana masih ramai mengetahui akan asal-usul makanan ini yang sebenarn­ya dipelopori oleh golongan nelayan pada suatu masa dahulu. Perkataan ‘umai’ itu sendiri sebenarnya dalam bahasa Melanau memberi makna sebagai 'makanan untuk alas perut'. kaum ini menyatakan dimana umai asalnya adalah makanan para nelayan yang menangkap ikan di laut dimana nelayan pada suatu ketika dahulu akan makan umai ketika mereka menangkap ikan di lautan sebagai snek atau makann sebagai pengalas perut. mereka amalkan dengan hanya ada ikan yang dibasuh dengan air laut dan kemudian akan di­tambah dengan asam paya dan nelayan ini akan makan dengan sagu. Ia merupakan bahan asas pada ketika itu dan tidak ditambah perasa lain dan hanya menggunakan bahan semula jadi yang ada di sekeliling iaitu air laut, ikan segar serta asam paya. Apa pun sejak itu umai telah menjadi popu­lar dalam kalangan para ne­layan di mana etnik Melanau sememangnya terkenal dengan penempatan mereka di tepian laut. Pada penulis blog dimana umai sebenarnya adalah makanan alas perut bagi para nelayan yang pergi menangkap ikan di lautan dan sudah pasti ikan yang dibuat umai mestilah ikan terbaik hasil tangkapan para nelayan. Jenis ikan terbaik merupakan ikan yang segar dan baharu sahaja ditangkap. Umai selalunya hanya diperbuat daripada ikan laut dan jarang atau tidak sama sekali menggunakan ikan air tawar. Ia dimakan bersama sagu iaitu salah satu daripada makanan ruji etnik Melanau juga.

Bagaimana pun sekarang ini Umai sudah di modenkan oleh masyarakat tempatan dengan beberapa pengubahsuaian. Disebabkan masa silih berganti dan ketika makanan khas untuk para nelayan di lautan itu popular pada suatu ketika dimana kemudian ia turut dibawa kedaratan untuk dimakan disebabkan keenakannya dan menjadi kegemaran pula. Penuli blog percya iaitu mungkin kerana keenakan umai yang dimakan ketika berada di lautan sehing­gakan ia terbawa-bawa sehingga ke rumah atau di daratan atau mungkin juga pada masa dimana nelayan tersebut tidak menangkap ikan di laut membuatkan para nelayan ini terus rindu akan makanan snek ketika bekerja di tengah lautan. Selalunya bahan asas yang senang didapati seperti ikan segar, air laut dan asam paya untuk membuat umai mudah dida­pati. Bagaimanapun dilaporkan sehingga kini kebanyakan bahan-ba­han campuran yang dibuat umai telah banyak berubah. Disebabkan arus kemodenan dan juga mungkin kesukaran mencari bahan-bahan seperti asam paya yang mengikut musim memberikan satu inovasi baharu ke dalam makanan tradisi ini. Bahan seperti limau, cili, bawang besar dan garam ketika ini menjadi bahan utama dalam umai ketika dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Malah apa yang penulis blog tahu dimana ada peminat umai yang turut akan juga men­campur serbuk perisa tam­bahan Monosodium Gluta­mate (MSG) dan juga ka­cang tanah tumbuk ke dalam umai mereka. Selalunya tindakan mencampurkan bahan-bahan ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyedapkan lagi hidangan umai versi mereka sendiri yang lebih unik dan enak. Dilaporkan penggunaan belacan juga turut menjadi salah satu bahan campuran untuk membuatkan keseda­pan umai lebih luar biasa. Apa yang penulis blog faham dimana proses evolusi umai sehingga sekarang menjadikannya masih dikenali dan digemari ramai. Isu ini sedikitpun tidak akan ia men­imbulkan sebarang kemarahan dalam kalangan para nelayan atau etnik Melanau itu sendiri dengan perubahan yang dianggap positif itu. Kini umai sudah menjadi satu kebanggaan kepada etnik Melanau jika umai turut dinik­mati oleh masyarakat lain di Sarawak dan juga pelancong asing.


Menarik kisah keunikan makanan umai dimana kini makanan ini sudah pun diminati oleh pelbagai kaum di seluruh Malaysia. Dilaporkan menurut salah seorang penjual umai segar di Mukah iaiti Encik Halidi Nawawi dimana dia telah melihat umai bukan sahaja dimakan oleh etnik Melanau sahaja malah turut menjadi kegemaran etnik-etnik lain. Kini orang Melayu, Cina Iban dan ramai bukan Melanau didakwa turut menggemari umai. Utusan Borneo laporkan dimana bukan sahaja penduduk di bahagian Mukah, malah kadang-kadang beliau menerima tempahan daripada luar Mukah untuk dibawa balik ke destinasi seperti Kuching, Miri, Bintulu dan tempat-tempat lain. Malah sepanjang beliau membuat umai di pasar basah Mukah sejak 10 tahun lepas, beliau pernah melihat pelancong makan umai hanya dengan campuran hirisan ikan segar dan perahan limau sahaja. Dia bangga dengan hal itu kerana umai kini turut dimakan oleh pelancong asing dan ia sudah dikira sebagai satu makanan bertaraf antarabangsa. Dakwanya mengenai bahan utama membuat umai iaitu ikan segar, ikan empirang adalah pilihan para penjaja umai segar (Sila lihat foto disebelah)Selain senang dan mudah didapati oleh para nelayan, ia adalah ikan paling murah dan sedap dijadikan umai. Bagaimanapun jenis ikan-ikan segar yang kebanyakannya ikan laut turut boleh dijadikan umai, namun ia tidak sesuai kerana harganya yang lebih mahal berbanding empirang. Diantara ikan laut segar yang boleh dijadikan umai adalah Ikan tenggiri, bawal hitam, kerisi, terubuk, haruan laut, kuaci dan Ikan yuCara penyediaannya adalah semua sama iaitu dihiris nipis dan tulang ikan dibuang sebelum dicampur bahan-bahan lain. Bahan-bahan asal umai adalah ikan segar, air laut dan asam paya, namun perubahan ke atas bahan-bahan campuran lain adalah sesuatu yang boleh dijadikan kesesuaian dengan lidah orang yang menikmati makanan itu. Penambahan cili padi umpamanya popular di kalangan mereka yang suka makanan yang pedas. Ramai orang Sarawak tempatan yang tidak suka makanan umai yang disediakan oleh kebanyakan orang daripada Indonesia dan Semenanjung Malaysia keran apabila ia dicampur dengan cili padi sedikit pun ramai yang tidak suka makan kerana ia terlalu pedas pada mereka. Orang tempatn selalunya suka menikmati umai dengan cita rasa sendiri dengan menambah cili padi yang menambah lebih kepedasan daipada sepatutnya. Dalam pada itu cara penggunaan limau juga satu alternatif dengan cara menggantikan asam paya yang mungkin sukar didapati jika tidak kena dengan musimnya. Selain kemasaman sebenar daripada limau, ada juga yang menggantikan limau dengan hanya menambah cuka. Cara ini adalah lebih senang dan mungkin bahan asas yang mudah didapati di setiap rumah pada ketika ini.


Dilaporkan oleh akhbar sama dimana pengusaha umai kini sudah gembira kerana meraih pendapatan lumayan denga menjua umai. Pekerjaan menjadi pembuat umai segar i Mukan bukannya satu pekerjaan kebiasaan dibuat oleh anak-anak muda. Bagi seorang usahawan muda bernama Halidi dimana setelah 10 tahun membuat umai kini dia telah menjadi rutin dan sebagai kebiasaan bagi dirinya. Dakwanya dulua dia ikut abangnya yang menjual umai apabila bermula 10 tahun dan dia masih membuat umai sehingga sekarang. Kerja menghiris ikan-ikan segar untuk dijadikan umai jika dilihat bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan perhatian penuh dan juga kecekapan apabila mengerjakannya dan jauh sekali membuat kesilapan ketika menggunakan pisau tajam. Di samping itu kerja membuang tulang-tulang ikan dibuat dimana dia turut perlu dihiris nipis agar mudah untuk dimakan ketika dijadikan umai. Harga dijual untuk satu bekas amatlah berpatutan dengan usaha yang bukan mudah menghiris ikan-ikan berkenaan iaitu RM10 satu set. Apa pun dengan RM10 tersebut ia merupakan pakej termasuk hirisan bawang besar, cili, limau dan garam yang turut disertakan. Selalunya pada kebiasaannya, beliau akan bertanya kepada pelanggan sama ada untuk dibawa ke mana-mana destinasi atau tidak. Bagi cara bungkusan yang elok dan disertakan ais akan disediakan jika umai dibawa ke destinasi luar Mukah. Perkara itu supaya hirisan ikan sentiasa segar ketika pelanggan tiba ke destinasi masing-masing. Dilaporkan dimana pada hari biasa purata pendapatan Halidi adalah sekitar RM200 sehari iaitu sebanyak 20 bekas terjual. Tetapi ia berlainan jika tiba musim perayaan dimana jumlah pendapatannya boleh meningkat sehingga mencecah RM500 sehari. Ini disebabkan oleh kerana permintaan yang sangat tinggi daripada pelanggannya ketika tiba musim perayaan. Bagaimanapun dia sendiri mengakui ia bukan selalu untuknya meraih pendapatan sebanyak itu dan bergantung kepada musim serta permintaan pelanggannya. Apa yang penting adalah pekerjaan dan juga perniagaannya masih berjalan selagi umai tetap di hati para pelanggannya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MAKANAN UMAI...DI MUKAH DIA ADA...
IKAN SEGAR... DIBUBUH RAMUANNYA...
ENAK DIMAKAN.... NELAYAN PUN SUKA...
BACA  ARTIKEL... INGIN MENCUBA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1245, Hotel UCLA, Kuching,
Sarawak, 
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...