Support My Blog

Sunday, January 21, 2024

ISU GUNA MONYET PETIK KELAPA DI THAILAND

ISU BERUK MONYET
 membantu memetik kelapa di Thailand telah dijadikan satu isu peringkat antarabangsa terutama dari kalangan aktivis pencinta haiwan.
Thailand adalah pengeluar kelapa terbesar keenam(6) di dunia dengan meteka mampu untuk menghasilkan 1.85 juta metrik tan produk berasaskan kelapa setahun. Pada masa ini dilaporkan ada seluas 216,000 hektar kawasan tanaman kelapa di Thailand dengan menghasilkan 845 juta buah kelapa setahun. Pada penulis blog dimana isu lokal Monyet Pemetik Buah Kelapa yang adalah merupakan sejenis haiwan yang dilatih khas khusus untuk memetik buah kelapa secara profesional dan dijaga dengan baik oleh pemiliknya. Jenis monyet atau kera atau beruk yang digunakan perlu dilatih di tepat yang dikenali sebagai 'Sekolah Beruk Kelapa' 
di negara Thailand dan negara ASEAN yang lain dipanggil sebagai 'Monkey-Picking Coconut School'. Ini merupakan satu keperluan bagi kawasan penanaman kelapa kerana aktiviti untu menuai kelapa memerlukan satu kaedah lain selain daripada memanjat pokok atau pun menuai dengan menggunakan galah panjang. Pokok kelapa yang telah tua dengan ketinggian mencecah lebih 50 kaki amat sukar untuk dituai (senile tree) dimana penggunaan galah atau kaedah memanjatnya agak sukar. Pokok kelapa merupakan sejenis tanaman industri yang penting di banyak negara tropika termasuk di Thailand, Malaysia dan Indonesia serta Filipina dimana kepelbagaian kegunaan tanaman ini berbagai dari semua bahagiannya sehingga tanaman ini digelar 'Plant Of Life'. Selain buah kelapa yang di kutip untuk digunakan menjadi pelbagai produk sehingga kepada komponen batang, daun dan bunganya ada kegunaannya tersendiri. Buah kelapa mengandungi perahan santan, air kelapa, minyak, sabut, tempurung dan sebagainya yang boleh digunakan terus atau diproses. Lazimnya buah kelapa akan matang setelah 12 bulan berlaku lengkap proses penting iaitu pendebungaan. Satu bulan setiap pokok kelapa matang yang subur akan mengeluarkan satu mayang (bunga) yang mana ia akan menghasilkan setandan buah kelapa. Bergantung kepada varieti kelapa, umur pokok, lokasi tanaman, amalan agronomi (pembajaan, kawalan perosak dsb) maka setandan kelapa boleb mempunyai 1 biji sehingga lebih 25 biji. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira menulis mengenai isu monyet pemetik kelapa di Thailand oleh pihak masyarakat antarabangsa untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.


Merujuk kepada laporan dari portal AFP yang bertajuk 'PETA dakwa petani di Thailand aniaya monyet pemetik kelapa' diantara isu yang di war-warkan. Portal tersebut memetik sumber dari Bangkok dimana dilaporkan ada para pengeluar produk santan di Thailand menggesa kerajaan mengupah pelobi bagi menangkis dakwaan dibuat Organisasi Hak Asasi Binatang (PETA) berhubung isu penganiayaan monyet oleh petani tempatan seperti berita asal dari laporan Bangkok Post. Bagaimana pun dilaporkan dimana gesaan dibuat berikutan timbulnya kebimbangan mengenai reputasi santan Thailand sejak kempen PETA dianjurkan pada Julai 2020. Dalam kes lain dimana sebelum ini pihak PETA mengulangi dakwaannya di Twitter bahawa anak monyet diculik dan dipaksa memetik kelapa dalam industri makanan di Thailand. Perkara ini mengakibatkan produk santan buatan Thailand dialihkan dari rak kedai serbaneka dan pasar raya di negara Barat seperti dinegara  Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Satu sumber lain ada mendedahkan isu dimana industri santan Thailand mengalami kerugian besar apabila negara itu sudah kehilangan 80 peratus pasaran global. Bagaimanapun cubaan menonjolkan penggunaan mesin memunggut kelapa dan memperkenalkan persijilan 'Monkey Free Plus' tidak berjaya dalam menampung kerugian dalam industri tersebut. Apa pun kemudian didalam satu pengumuman baru-baru ini oleh pihak penyedia makanan di USA dimana pihak 'HelloFresh' memutuskan menghentikan pembelian produk kelapa dari Thailand. Dilaporkan dimana pihak PETA turut menggesa pengeluar dan peruncit lain menghentikan pembelian santan dari Thailand sambil mereka menekankan kebimbangan mengenai dakwaan berterusan eksploitasi monyet dalam industri makanan di Thailand. Apakah tindakan oleh pihak PETA ini hanya berasaskan kepada isu perdagangan dari pihak negara maju kepada negara lain sebagai satu lagi strategi mereka seperti kempen memboikot minyak kelapa sawit?. 



Merujuk kepada portal lain di United Kingdom (UK) dimana isu ini dikaitkan dengan berita '
Produk Berasas Kelapa Dari Thailand Diboikot Gara-Gara Dakwaan Guna Monyet Petik Buah' agak menarik dikongsikan. Bagaimana pun di pihak Thailand mereka sangkal dakwaan seksa monyet dalam industri kelapa mengenai kenyataan aktivis haiwan yang mendakwa negara itu menyeksa monyet untuk memetik buah kelapa dan juga sebagai tarikan pelancongan. Dilaporkan dimana Menteri Perdagangan Thailand iaitu Jurin Laksanawisit telah menolak tuduhan tersebut dan seterusnya  menjelaskan ia bukanlah aktiviti utama industri itu. Terdapat perbezaan antara penuaian kelapa menggunakan monyet kerana tradisi atau untuk pelancongan dan cara pengambilan kelapa dalam industri. Dilaporkan dimana memang ia tidak memberi keuntungan untuk menggunakan monyet di dalam industri ini kerana dikalangan penanam kelapa mereka sudah mempunyai alat dan kaedah untuk memilih kelapa yang efisien dan mampu beri lebih keuntungan. Sebelum ini dilaporkan dimana sejumlah besar rangkaian pasar raya Britain dilapor telah bertindak mengecualikan kesemua produk Thailand yang berasaskan daripada kelapa untuk dijual di premis mereka. Tindakan tegas boikot berkenaan dilakukan setelah terbongkar laporan bahawa Thailand selama ini eksploitasi monyet sebagai buruh paksa di ladang negara itu untuk petik buah tropika tersebut. Hasil penyelidikan sebuah organisasi kebajikan haiwan dikenali sebagai PETA Asia dimana spesies primat itu malah turut dikerah berlatih bagi panjat pokok kelapa dan kupas kulit buahnya. Pengusaha ladang kelapa komersial terbabit dipercayai berjaya untuk menghasilkan pelbagai produk hiliran berkualiti tinggi untuk dieksport ke Barat termasuk berbentuk santan, tepung dan minyak. Apa pun setakat ini, jaringan pasar raya Waitrose, Ocado, Co-op dan Boots telah menarik balik produk Thailand itu, manakala Sainsbury’s dan Asda pula bakal berbuat demikian dalam masa terdekat. Mereka berharap agar pembekal produk kelapa dapat patuhi standard pengeluaran sepanjang masa dan tidak tolak ansur sebarang jenis salah guna haiwan dalam rantaian bekalan. Begitu juga dengan Tesco dan Morrison’s yang sudah beri jaminan bahawa semua barangan berasaskan kelapa dihasilkan itu bebas tanpa penggunaan secara paksa buruh daripada monyet. Apa pun menurut PETA Asia ada beberapa petani kelapa yang disiasat mengaku monyet digunakan hasil produk jenama Aroy-D dan Chaokoh, dua pengeluar santan utama Thailand. Hasil dari siasatan badan amal itu mendapati bahawa kera jantan tersebut diculik sejak usia kecil dari induknya di hutan secara haram sebelum dirantai dan dilatih bekerja di ladang kelapa tertentu. Haiwan mamalia ini dikerah mengutip sehingga 1,000 biji buah berkenaan setiap hari berbanding keupayaan manusia normal hanya 80 biji serta dikurung di kandang sempit yang agak kotor.


Dalam portal lain seperti oleh portal berita Agency yang bertajuk '
Tidak betul Thailand guna monyet untuk petik kelapa' sesuai dikongsikan faktanya. Dilaporkan dari Thailand dimana seorang pelatih monyet di selatan Thailand sudah menafikan dakwaan ada menggunakan monyet untuk memetik buah kelapa bagi tujuan eksport. Bagi jurulatih monyet tempatan dikenali sebagai Nirun Wongwanich (52) yang melatih monyet untuk mengambil kelapa di sebuah “sekolah monyet” di wilayah Surat Thani nyatakan kebanyakan kelapa yang digunakan untuk eksport dipetik dengan menggunakan tenaga manusia. Dilaporkan hanya beberapa ladang di selatan Thailand sahaja yang menggunakan monyet untuk memanjat pokok kelapa yang lebih tinggi, katanya yang mempertikaikan laporan aktivis yang telah menyebabkan beberapa pasar raya terutama di Britain melarang produk kelapa dari Thailand. Ia adalah tidak benar kerana dia bersama monyet selama lebih dari 30 tahun adalah mempunyai ikatan serta hubungan dengan haiwan tersebut. Biasanya dia akan melatih 6 - 7 ekor monyet dalam setahun. Dilaporkan sebelum ini ada beberapa peruncit Britain menarik produk kelapa Thailand setelah laporan oleh People for Ethical Treatment of Animals (PETA) mendakwa kelapa yang dipetik di Thailand dilakukan oleh monyet. Ini kerada ada dakwaan oleh PETA yakin hampir semua kelapa dari Thailand dipetik oleh monyet. Bagaimanapun kemudian Kerajaan Thailand menafikan dakwaan PETA dan menyatakan isu penggunaan monyet sebagai buruh hampir tidak wujud. Menurut pihak Menteri Pertanian Thailand iaitu Mananya Thaiset mendakwa kini ada seramai 200,000 penanam kelapa menggunakan buruh manusia dan mesin semasa memetik buah kelapa dengan meluas. Perlinya meskipun jika dikira  semua populasi monyet di dalam seluruh hutan di dunia masih belum mencukupi untuk industri memetik kelapa yang ada di Thailand. Isu ini dilihat sebagai satu komplot perdagangan oleh pihak tertentu bagi kepentingan mereka sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ISU MINYET... BANTU MEMETIK KELAPA...
US DAN UK.. BOIKOT PRODUK OLEH PETA...
MONYET DI LATIH...HANYA SEDIKIT SAJA...
NEGARA THAILAND... MENJADI MANGSA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Jamadilawal 1445H).
Published
10 Rajab 1445H

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...