Pertanian Vertikal (Vertical Farming) seakan pembaca blog dibawa ke dunia lain dalam cerita fiksyen. Namun kini ia sudah menjadi kenyataan apabila teknologi pertanian menegak ini sudah ada. Pertanian yang sesuai untuk kawasan bandar besar atau dibagunan tinggi ini nyaris berbentuk gudang atau makmal raksasa yang dipenuhi lapisan struktur logam bertingkat-tingkat yang mampu memuatkan berjuta-juta tanaman (kebanyakan sayuran daun) yang mana ia tersusun rapat, berwarna hijau dan subur (Sila lihat foto disebelah). Apa pun teknologi pertanian yang mana ia hampir keseluruhannya menggunakan oleh teknologi tinggi dan lebih penting ia telah dioperasikan oleh robot yang dikawal oleh sistem komputer itu tidak menggunakan tanah. Cahaya matahari yang dipantulkan lewat cermin atau lampu khusus yang memungkinkan tanaman melakukan proses fotosintesis memenuhi ruangan dan bantuan lampu khas. Pertanian yang tidak memerlukan tanah dan menjimatkan air itu dikabarkan mampu memberikan hasil sebanyak 400 kali ganda dalam setahun dari keluas kecil jika ia dibandingkan dengan cara pertanian konvensional. Lazimnya model pertanian sekarang yang menggunakan otomasi peralatan jentera pertanian raksasa dan drone untuk kerja menyediakan tanah, mengairi tanaman dan menuai seakan sudah menjadi kuno. Pertanian Vertikal mampu meningkatkan efisiensi dengan cara iaitu penggunaan pelbagai sumber tanah, air akan tetapi ia juga meningkatkan produktiviti secara spectacular. Penggunaan jumlah tenaga letrik yang besar kemungkinan berkurang dengan ditemukannya lampu LED. Produk dari pertanian vertikal ini dilaporkan ia lebih bersih dan ia tidak tentu ada kecacatan produk akibat serangan perosak atau penyakit. Teknologi greenhouse yang dianggap model pertanian moden yang masih jadi ikon di negara-negara maju seakan sudah ada perubahan dalam sektor pertanian dan pengeluaran makanan. Penulis blog merujuk kepada data FAO dimana sehingga kini sekitar 80% dari kawasan tanah yang sedia dan layak untuk ditanam dimana hanya 15% sahaja darinya dalam keadaan rosak disebabkan oelh amalan pertanian yang buruk.
Pada tahun 2050 akan datang dijangka populasi penduduk dunia akan mencapai 9.7 billion nyawa dimana jumlah untuk bahan makanan semakin meningkat sedangkan jumlah tanah pertanian semakin berkurang. Isu pemanasan global, bencana alam, kesuburan tanah yang terus menurun dan kos pengeluaran yang terus meningkat terus mengacam pengeluaran hasil pertanian atau bahan makanan dunia. Sumber pwetanian sedia ada akan berkurangan seperti faktur tanah, air dan juga agroekologi terdegradasi lebih cepat sebab berlaku perubahan iklim sehingga kemampuan alam untuk menghasilkan bahan makanan menjadi semakin berkurang. Dari sejarah sudah pun menunjukkan dimana hanya dalam kurun waktu 40 tahun sahaja dimana dunia telah kehilangan 1/3 kawasan tanah pertanian disebabkan pelbagai faktor. Pada masa ini saintis sibuk memikirkan bagaimana cara terbaik dalam usaha untuk menghasilkan bahan mananan termasuk amalan seperta Amalan Pertanian Vertikal. Apa pun model pertanian ini yang disusun bertingkat-tingkat akan ia diintegrasikan dengan struktur bangunan bertingkat dalam kompleks bangunan pejabat atau bangunan perumahan penduduk terutama di kawasan perbandaran besar yang padat penduduk. Kaedah ini dikenali sebagai 'Controlled Environment Agriculture (CEA)' dimana kesemua faktur pengeluaran pertanian akan dapat dikawal sepenuhnya seperti keadaan bacaan suhu, cahaya, tahap kelembaban dan sebagainya secara automasi dengan menggunakan berbagai peralatan sistem canggih. Pada penulis blog teknologi ini tidak menghairankan lagi apabila beberapa model dudah di lakukan di beberapa negara maju seperti di Jepun. Pertanian vertikal mendapat perhatian dunia dan banyak diulas oleh para pakar dan orang ramai yang meminatinya. Ia adalah salah satu model atau jawapan isu terhadap permasalah bekalan makanan global akibat oleh berlaku peningkatan dimana berlaku penurunan kemampuan dunia untuk mengeluarkannya. Konsep Pertanian canggih ini jika ia tidak mampu memberi makan manusia di dunia maka usaha cara lain perlu di lakukan oleh saintis. Dalam membahaskan isu ini dimana sebahagian besar belahan dunia tidak akan mampu meningkatkan amalan agronomi atau teknik pengeluaran hasil pertanian ini dengan lebih cekap dan lebih efektif untuk memberi bahan makanan kepada manusia. Kini para pengusaha pertanian dan kalangan pengguna sudah pun mempunyai keterbatasan untuk akses dalam mendapatkan teknologi canggih seperti Pertanian Vertikal ini dimana kos yang lebih rendah perlu di jadikan asas berbanding denga kos pembangunan teknologi baru yang lazimnya lebih tinggi.
Di Malaysia salah satu kaedah untuk meningkatkan usaha transformasi sektor pertanian adalah pendekatan Pertanian Menengak (vertical agriculture) iaitu diantara kaedah digunakan banyak negara maju bagi mengatasi masalah kekurangan tanah untuk bercucuk tanam. Pihak kementerian pertanian walaupun nama kementerian diubah akan tetapi masih signifikan menerajui transformasi pertanian supaya menjadi sektor moden dan kompetitif sehingga memberi pulangan lumayan kepada pengusaha tanaman, ternakan dan perikanan. Kerajaan melihat keperluan untuk menerajui industri makanan secara keseluruhan dimana ia bukan sahaja dalam konteks pengeluaran atau pembekal makanan akan tetapi keseluruhan rantaian nilai makanan. Jika penulis blog menyentuh mengenai soal sekuriti makanan negara ia sudah pun menjadi cabaran besar buat kementerian untuk mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL) 75 peratus. Ketika ini dilapor pengeluaran padi dan beras sebagai makan ruji negara hanya mampu memenuhi 70 peratus keperluan manakala bakinya adalah diimport dari pelbagai sumber. Ada banyak isu perlu dilihat termasuk kekurangan tanah pertanian, pengurusan tanah pertanian, kualiti benih dan baja, serangan penyakit, kekurangan sumber air, umur majoriti pesawah, isu dalam pelaksanaan subsidi dan insentif kerajaan, masalah kekurangan data serta isu lain pada peringkat rantaian pengeluaran. Ia juga menyebabkan kos pengeluaran padi tinggi di Malaysia. Kini sudah sampai masanya pengeluaran makanan dibangunkan sebagai sektor moden, berdaya saing dan komersial. Data menunjukkan kedudukan Global Food Security Index (GFSI) negara meningkat daripada 40 pada 2018 kepada 28 daripada 113 negara pada 2019 iaitu dengan skor 73.8 iaitu pada tahap 'pencapaian baik'. Apa pun dinilai dimana Malaysia lebih ke hadapan berbanding Korea Selatan (29) dan China (35). Dengan kedudukan pada 2019 dilihat ia bertambah baik dari segi kemampuan makanan (daripada 36 kepada 28) dan keberadaan makanan (daripada 38 kepada 42). Bagaimanapun kedudukan keselamatan makanan dan kualiti menurun daripada tangga 38 kepada 42. Walaupun kedudukan ini boleh dilihat agak selesa namun masih ada ruang perlu ditambah baik. Ketika ini sektor agromakanan mencapai pertumbuhan 3.1 peratus berbanding sasaran 5.4 peratus ditetapkan. Dalam pada itu Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) serta RMKe-12 (2021-2025) sedang dirangka dan pasti tumpuan khusus akan turut diberi kepada transformasi sektor ini melalui Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Sasarannya untuk memberi suntikan lebih moden. Amalan penggunaan teknologi seperti penggunaan dron, sistem pertanian pintar, kecerdasan buatan (AI) dan data raya dengan dibantu peningkatan penggunaan mekanisasi, benih bermutu yang rintang penyakit serta berdaya tahan tinggi daripada kesan perubahan iklim serta amalan agronomik mapan, akan dapat mengubah landskap sektor agromakanan negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Pihak kementerian pertanian perlu sentiasa memberi galakan kepada kumpulan sasar untuk mengusahakan aktiviti pertanian secara moden dengan aplikasi teknologi dan inovasi. Inisiatif ini dapat dilihat ketika pembentangan Belanjawan 2020 apabila RM43 juta diperuntukkan ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka berkualiti dan berproduktiviti tinggi, seterusnya memacu ekonomi negara melalui sektor agromakanan. Dengan cara melihat kembali cabaran dihadapi, pertambahan penduduk yang dianggar 1.1 peratus setahun memerlukan usaha penghasilan bahan makanan setimpal. Ia turut memberi kesan kenaikan import bahan makanan. isu guna tanah pertanian untuk sektor agromakanan juga terhad kepada kurang 10 peratus daripada 8 juta hektar tanah pertanian negara, yang sebahagian besarnya membabitkan kelapa sawit dan getah. Dalam pada itu aspek guna tenaga serta aspek produktiviti mengundang cabaran. Puncanya status petani yang sudah berumur dengan kekurangan pelapis atau pengganti serta masih mengamalkan kaedah pertanian konvensional atau kurang penggunaan mekanisasi dan automasi selari tuntutan IR4.0. Kalau persepsi dalam kalangan belia bahawa bidang pertanian tidak memberi jaminan kehidupan berkualiti serta dikelaskan sebagai 3D (sukar, berbahaya, kotor) juga membelenggu. Ini menyebabkan sektor pertanian terus bergantung kepada buruh asing. Lebih teruk ia mencetus polemik industri dari segi kos, sama ada untuk melabur dalam bidang teknologi yang mahal atau mendapatkan buruh asing yang jauh lebih murah. Buat masa ini hampir 37 peratus pekerja dalam industri ini tenaga kerja asing. Cabaran pelaksanaan sistem subsidi tidak lestari juga antara perlu diberi perhatian. Dari sejumlah bajet sebanyak RM1.9 bilion setahun diperuntukkan kerajaan dilaporkan terdapat keperluan segera untuk memperbaiki sistem pemberian subsidi sedia ada bagi mencapai hasrat kerajaan yang sebenar. Malaysia bagaimana pun perlu terus menggiatkan usaha meningkatkan tahap pengeluaran makanan negara dengan menangani cabaran dihadapi dan memperkukuh rantaian bekalan makanan. Pastinya penggunaan teknologi adalah strategi utama bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing serta meningkatkan minat belia untuk menyertai sektor ini sebagai usahawan. Paling penting jika industri ini mesti diremajakan dengan penyertaan lebih ramai belia dalam sektor pertanian/ Kini dengan penggunaan teknologi digital menerusi pertanian pintar, kecekapan serta produktiviti sektor ini juga dapat dipertingkatkan. Cara ini semua persepsi negatif pertanian adalah pekerjaan 3D boleh dihapuskan dan nilai pendapatan petani moden pasti lebih tinggi. Dalam kaedah mengadaptasi ledakan IR4.0 dimana kementerian pertanian akan meneroka dan membangun sistem pertanian moden berlandaskan teknologi. Perkara ini akan dilaksanakan melalui projek di bawah RMKe-12 bagi mempersiapkan negara ke arah pembangunan sektor pertanian lebih maju, moden dan mampan selaras Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Kerajaan juga prihatin menyokong petani, nelayan dan penternak, terutama yang menceburi bidang keusahawanan dengan menyediakan dana bersesuaian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PERTANIAN VERTIKAL...DI BICARA...
BAJET TINGGI... PRODUK DISEDIA....
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilakhir 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.