Support My Blog

Wednesday, January 10, 2024

ITIK TAK SUDU, AYAM TAK PATUK

Mengutip peribahasa yang ada kaitan dengan jenis haiwan peliharaan yang agak jarang didengar dikalangan pembaca semua menjadi pilihan penulis blog kali ini adalah 'ITEK TAK SUDU, AYAM TAK PATUK' wajar dibincangkan kiasannya dan hubungannya dengan sektor pertanian. Ternakan itek dan ayam memang popular dikalangan masyarakat desa iaitu semenjak zaman dahulu terutama dijadikan sumber protin kepada penduduk kampong. Jenis itek yang ada diternak termasuk itek nila, itek telur, angsa, itek serapi dan sebagainya sementara jenis ayam kampong antara yang popular diternak. Merujuk kepada beberapa sumber rujukkan dimana jenis peribahasa ada haiwan iaitu 'Itik tak sudu, ayam tak patuk' memberikan masud sebagai '
Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan' atau ia bermaksud 'keadaan orang yang hina dalam masyarakat' dimana ia masih berlaku dalam masyarakat zaman sekarang. Dalam carian lain ada peribahasa ini juga ber maksud sebagai 'Sesuatu yang tidak berguna sama sekali'. Dalam masyarakat lokal dimana orang miskin atau orang hina dilihat sebagai kotor, badan yang berbau, tidak sihat, tidak berharta, tidak bergaya (berpakaian lusuh) selalunya hanya di jeling sahaja apabila berada didalam kelompok ramai atau dalam bahasa mudahnya sebagai 'terpinggir'. Apa pun sebaiknya soal mulia atau hina tidaklah sama sekali berkaitan dengan harta dan status kedudukan seseorang dimana jika ada seseorang yang kaya-raya dan berkedudukan ia bukan bermakna atau dia bukan semestinya itu tanda mulia. Begitu juga sebaliknya bagi seseorang yang miskin serta tidak berkedudukan ini bukan semestinya tanda dia adalah hina. Apa pun kaya atau miskin seseorang itu sama sekali tidak mewakili kemuliaan atau kehinaan disisi Allah kepada seseorang. Perkara seperti ini sebab sejarah telah menceritakan kepada semua betapa ramai manusia yang kaya namun dihumban ke neraka dan manusia yang miskin dimasukkan ke syurga. Kisah Qarun yang menjadi manusia terkaya pada zaman Nabi Musa AS dan dikurniakan segala k kekayaan harta yang melimpah ruah akan tetapi kemudian dia berubah menjadi sombong dan takbur dengan kekayaan. Ada para pentafsir menyatakan dimana manusia boleh menjadi hina jika 'miskin akhlak'. Bidalan yang menyetakan dimana 'Besi hina kerana karat, manusia hina bukan kerana miskin' selalu diperdengarkan dimana ia berlaku disebabkan oleh akhlaknya. Akhlak yang buruk ibarat 'karat yang hina' dimana sebaiknya orang dalam masyarakat akan sentiasa baik akhlaknya yang selaras dengan perlakuan selari ilmu dan iman yang mantap. Akhlak yang mulia adalah anugerah terbaik kurniaan Ilahi kepada seseorang. Barang kali kita tidak dapat menambat hati manusia dengan wang dan harta. Justeru, tambatlah hati mereka dengan akhlak yang mulia. Apa pun akhlak mulia menjadi pertimbanggan untuk berjaya mengimbangkan kesalahan manusia, manakala akhlak yang buruk merosakkan amalan seperti cuka selalunya akan ia merosakkan madu. Harta, pangkat dan kedudukan sering membawa manusia menjadi angkuh dengan memandang diri sebagai manusia agung manakala orang lain dianggap kecil serta hina. Jauhi diri daripada sifat sedemikian kerana ramai orang mulia tidak mendapat pujian dimana asasnya adalah dia mesti juga pandai menghormati manusia lain. Berjalan dengan angkuh membayangkan hati yang dijangkiti penyakit takbur. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas peribahasa 'itek tak sudu, ayam pun tak patuk' untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


ITIK (Ducks)
merupakan sejenis haiwan daripada keluarga Anatidae yang selalu ia dijadikan ternakan daripada jenis burung (Avian) yang mempunyai dua kaki dan suka pada habitat air sama ada air tawar atau air masin. Itek adalah haiwan bersaiz kecil daripada kumpulan angsa. Penulis blog juga dapati itek ini diternak bertujuan untuk mendapatkan hasil daging dan juga telurnya. Ia sesuai dipelihara didalam satu kawasan kandang yang lazimnya mempunyai air sebagai salah satu keperluan semulajadinya. Itek amat suka berenang dan berjalan didalam kawasan peliharaan dan sering mengeluarkan bau kuat serta bunyi bising dan bunyi kuat apabia bergerak berkumpulan. Itik mempunyai paruh yang digunakannya untuk menyudu yang bentuknya rata dan lebar. Antara makanan itek yang biasa adalah seperti rumput, tumbuhan akuatik, amfibia, serangga kecil, ikan, cacing, moluska dan yang terkini adalah makanan formulasi khas dihasilkan dikilang. Aktiviti penternakan itek di Malaysia banyak terdapat dibeberapa negeri di Malaysia dimana ada banyak sumber air (Sawah padi) dan ramai populasi kaum Cina seperti di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis.  Pengeluar itek terbesar dunia adalah negara China diikuti dengan Vietnam. Itik mempunyai daya tahan hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan menternak ayam. Laporan Jabatan Perkhidmatan Verteninar (JPV) menunjukkan negeri-negeri utama pengeluar telur itik di Malaysia adalah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sama ada untuk itek daging atau itek telur. Laporan JPV juga penulis blog rujuk dimana ada menyatakan terdapat 7.92 juta ekor itek diternak di Malaysia pada tahun 2022 (Sumber: MAFS). Bagi negeri-negeri Kedah dan Perlis lazimnya perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang letaknya berhampiran dengan pantai dan sawah padi. Ujudnya laut yang berdekatan memang akan membekalkan ikan baja untuk sumber protin kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang mudah didapati bagi penternak yang berdekatan dengan sawah padi. Penternak yang tidak duduk berdekatan dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa sekarang makanan komersial yang lebih baik adalah mudah diperolehi. Malah penternak boleh mencampuri makanan itik telur mereka sendiri. Itik telur memerlukan air yang secukupnya untuk minum dimana keperluan kolam air adalah tidak kritikal untuk tujuan ini.


Industri Ternakan Ayam di Malaysia merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di negara kita dan juga banyak negara lain di dunia. Haiwan berkaki dua yang dipanggil sebagai Ayam (Birds) juga merupakan jenis daging yang di makan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia dalam pelbagai bentuk dimana antara jenama ayam paling terkenal adalah Makanan Ayam Goreng Kentucky (Kentucky Fried Chicken) yang di pasarkan keseluruh dunia sebagai satu produk Fast Food. Kini ada banyak lagi restoren makanan berasaskan ayam muncul diseluruh dunia. Siapa yang tidak menyukai ayam goreng KFC dimana dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang-orang tua pun suka akan ayam goreng resepi KFC. Dari manakah bekalan ayam yang di goreng di KFC ini di perolehi sepanjang masa?. Bagaimana pun rangkaian KFC telah di boikot pengguna disebabkan perang Israel-HAMAS pada penghujung tahun 2023. Sebenarnya negara kita adalah sangat kedepan dalam teknologi penternakan ayam daging dimana sehingga mampu membekal keperluan domestik dan juga sebahgian untuk di ekspot ke negara jiran. Penternakan ayam juga menyebabkan kita menjadii 'net importer' bahan makanan ayam iaitu jagung dan kacang soya yang menyebabkan jumlah impot makanan negara amat tinggi berpuluh-puluh billion ringgit setahun. Kebanyakan makanan ayam adalah rumusan daripada jagung dan kacang soya serta bijirin lain yang dihasilkan oleh beberapa kilang makanan ternakan utama seperti Gold Coin, Cargill, Seng Heng Chan dan beberapa lagi. Penternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu untuk AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga termasuk ternakan BURONG PUYOH. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 260,826,321 ekor di ternak pada tahun 2020. Daripada jumlah tersebut sebanyak 171,980,685 ekor adalah dari jenis Ayam Pedaging, sebanyak 62,162,143 ekor adalah Ayam Telur, sebanyak 15,473,432 ekor adalah Ayam Pembiakbaka dan sebanyak 11,210,061ekor adalah Ayam Kampong. Sementara itu terdapat sebanyak 9,780,573 ekor ternakan itek dilapor di Malaysia pada tahun 2019 (Sumber: Perangkaan Ternakan di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Verterinar 2020). Penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,5 juta metrik tan setahun dimana daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Ramai akan jumpa daging ayam ini dihidangkan di restoran sema sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam goreng Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan. Kenaikan harga ayam daging di Malaysia terkini menarik dan menjadi topik pperbincangan hangat apabila harga mencecah lebih RM12.00 sekilogram akibat kos makanan yang tinggi.


AYAM KAMPONG
(Gallus domesticus) merupakan sejenis haiwan vertebrata yang termasuk dalam kelas Aves dengan ordo Galliformes dan spesies Gallus domesticus. Ayam kampung telah pun berkembang pesat di Malaysia sejak dahulu terutama di kawasan kampong. Ayam kampong telah banyak dipelihara oleh masyarakat lokal sebagai salah satu bidangusaha yang kini dilakukan secara komersial dimana harga ayam kampong dipasaran adalah stabil tinggi. Ayam kampong dengan kualiti dagingnya yang lebih enak dan lazat berbanding dengan ayam daging yang ada banyak dijual dipasaran memang menjadi pilihan kepada golongan mampu dan pentingkan kesihatan. Apa lagi kalau ayam kmpong tersebut mendapat persijilan organik dari pihak penguasa. Ayam kampung di Malaysia adalah hasil kacukan ayam hutan merah Malaysia dengan ayam tulin luar negara seperti Barred Plymouth Rock, New hamshire, Austrorp, Brown Leghorn, Cornish dan baka Canton. Baka ayam tulin dari pelbagai negara telah diimport seawal tahun 1950'an sebagai usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus memelihara ayam sebagai sumber protin yang murah. Kajian dan pemerhatian dibuat oleh penulis blog sendiri mendapati terdapat 3 jenis ayam kampung yang lazim ditemui dinegara kita. Pertama adalah Jenis Ayam Kampung Tempatan (native village chicken) yang mana ia mempunyai tempoh sesuai untuk jualan 100-110 hari dengan purata berat 1.0 - 1.5kg. Kedua adalah Jenis Ayam Kampung Kacukan (kampung cross) dimana jenis ini lazimnya akan ia mempunyai tempoh jualan 60-80 hari dengan berat 1-1.5 kg. Ketiga adalah Jenis Ayam Daging Berwarna (coloured broiler) dimana ia mempunyai tempoh jualan 40 - 50 hari dengan purata berat 1-1.20 kg. Ketiga adalah jenis yang terkini iaitu Ayam Kampong Organik (Organic Local Poultry) dimana ia semakin mendapat tempat dikalangan pengguna kerana ia didakwa mempunyai kualiti yang baik untuk tujuan kesihatan. Walau pun belum ramai kalangan penternak yang berjaya bagi menghasilkan ayam organik ini tetapi usaha kearah itu semakin popular. Peribahasa ini paparkan dimana a
pa pun akhlak mulia selalunya menjadi pertimbanggan untuk berjaya mengimbangkan kesalahan manusia, manakala akhlak yang buruk merosakkan amalan seperti cuka selalunya akan ia merosakkan madu. Harta, pangkat dan kedudukan sering membawa manusia menjadi angkuh dengan memandang diri sebagai manusia agung manakala orang lain dianggap kecil serta hina. Jauhi diri daripada sifat sedemikian kerana ramai orang mulia tidak mendapat pujian dimana asasnya adalah dia mesti juga pandai menghormati manusia lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
ITEK MENYUDU... SERONOK DIA...
AYAM MEMATUK... MENGAIS JUGA...
ORANG MIISKIN... JANGAN DIHINA...
PEKERTI MULIA... SEMUA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya.
WP Putrajaya,
Malaysia/
(23 RabiulAkhir 1445H).
Posted from
Taman Cendana, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...