Support My Blog

Sunday, January 7, 2024

DAUN POKOK KETAPANG - APA GUNA?

POKOK KETAPANG
(Terminalia catappa) merupakan sejenis tumbuhan lazimnya liar tumbuh dikawasan tepi laut, tepi sungai dan sebagainya dikawasan tropika termasuk di negara Malaysia. Nama botani pokok ini merupakan yang paling saya ingat semasa mula belajar di Universiti dulu selain daripada nama botani Melastoma malabatricum iaitu pokok senduduk. Pokok ketapang digunakan sebagai tanaman landskap oleh kebanyakan pihak majlis daerah atau kerajaan tempatan iaitu sebagai pokok yang sesuai ditanam dikawasan taman bunga, tepi jalan dan dikawasan bangunan. Pokok yang sederhana besar atau kadang-kadang besar ini mampu tumbuh setinggi 25-35 meter dengan batang pokok yang juga besar. Kawasan letak kereta juga sering ditanam dengan pokok ini kerana ianya ketapang mempunyai kanopi lebar dan sesuai menjadi perlindungan dari panas matahari. Pokok ketapang pada penulis blog merupakan tumbuhan yang tahan lasak dimana ianya mampu tumbuh dikawasan pelbagai jenis tanah dari tanah berpasir, tanah pantai, tanah gambut dan tanah jenis bermasaalah asalkan kawasan tersebut tidak mudah untuk ditenggelami air. Pokok ketapang mudah ditanam dengan biji dari buah yang matang dimana pokoknya mudah tumbuh dalam keadaan hujan yang mencukupi. Buah ketapang yang terapung-apung dilaut pun jika diletak diatas tanah mudah tumbuh. Kesan air laut tidak ada pada biji dan mampu tumbuh. Lazimnya benih disemai dalam polibeg oleh pekerja majlis dareah sebelum ditanam di sepanjang jalan raya atau taman-taman. Pokok ini tidak mempunyai masaalah serangan musuh dan penyakit. Hanya tupai yang suka mengopek kulit pokok ketapang dan menjilat2 bahagian lembut pada batang pokok. Namun begitu, daun muda pokok ketapang disukai oleh serangga , kumbang dan ulat makan daun. Terdapat juga serangan Lalat Buah pada buah ketapang. Buah Ketapang adalah jenis buah 'Drupe' iaitu berbentuk bujur memanjang berukuran sekitar 3.5 - 7.0 cm panjang serta 2-5 cm lebar. Buah muda yang saya lihat selalunya hijau dan kemudian akan berwarna kuning atau kemerahan apabila telah masak. Buah ini mempunyai lapisan kulit yang tebal (3-6 mm tebal) dan banyak mengandungi jus serta ada lapisan dalam yang keras. Seolah-olah ada lapisan sel batu yang keras dan berserabut dengan pelbagai bentuk, saiz dan pelbagai warna. Siapa diantara pembaca yang pernah makan isi buah ketapang kerana mungkin pembaca akan setuju dimana yang rasa isinya pahit manis dan kurang sesuai dimakan. Bunga ketapang berada dalam jambak yang kecil berwarna putih kehijauan dan banyak komponen adalah bunga jantan. Dilihat dimana jambak bunga keluar dari ketiak daun dengan ukuran 8 - 16 cm panjang. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kegunaan daun pokok ketapang untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 


P
okok ketapang tergolong dalam famili Combretaceae dimana ia juga turut dipanggil sebagai 'Indian Almond Leaves'. Setiap bahagian tumbuhan ini juga didakwa ia ada mempunyai khasiatnya yang khusus dan tersendiri. Pokok ketapang merupakan sejenis pokok rendang yang mempunyai ketinggian sehingga 35 meter. Daunnya bersaiz besar, lebar dan dahan bertingkat membuatkan ia amat digemari sebagai tempat berteduh. Buah ketapang kebiasaannya berbentuk leper serta bujur yang bersaiz 3.5-7.0 cm panjang dan 2-5 cm lebar. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar warna menjadi merah atau kuning mengikut spesies pokok apabila matang. Terdapat lapisan kulit yang tebal pada buah ketapang dan ia mempunyai jus yang pahit. Bunga ketapang lazimnya berada dalam bentuk jambak yang kecil dan berwarna putih kehijauan. Bilangan bunga agak banyak dalam satu tangkai, namun tidak kesemuanya menjadi buah iaitu pada kebiasaannya cuma terdapat 3-5 biji sahaja. Apa pun dilihat dimana pokok ketapang merupakan tumbuhan yang tahan lasak dan tidak mempunyai masalah serangan penyakit. Ia tumbuh dengan subur di pelbagai kawasan seperti tanah gambut, tanah pantai, tanah berpasir asalkan kawasan tersebut tidak ditenggelami air. Tumbuhan ini membiak melalui biji benih yang matang dimana ia mudah tumbuh di kawasan yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Biji benih ini mampu bertahan dalam satu jangka masa yang lama dan tahan terhadap kemasinan air laut. Lazimnya biji benih akan disemai dalam polibeg sebelum ia ditanam di taman-taman atau di tepi jalan. Tumbuhan ini juga boleh dibiakkan melalui keratang batang atau ranting. Kegunaan utama pokok ketapang ini adalah untuk landskap dan tempat berteduh. Apa pun memang pokok ketapang senang dijumpai di tepi-tepi jalan dan pantai. Ia digunakan bagi mencantikkan landskap kerana mempunyai bentuk pokok yang menarik. Selain itu, pokok ini mempunyai saiz kanopi yang besar dan lebar. Ia berperanan sebagai tempat berteduh terutamanya bagi peniaga-peniaga tepi jalan bagi mengurangkan panas ketika berniaga. Dalam beberapa testimoni dilaporkan akar pokok ketapang boleh direbus dan airnya diminum. Ia dipercayai mampu merawat masalah hati, hempedu, cirit birit dan demam panas. Selain itu, air rebusan akar ini juga dapat merawat penyakit bisul, kudis dan juga sakit payu dara bagi ibu yang menyusukan bayi. Biji ketapang pula boleh merangsang penghasilan susu ibu. Biji ketapang ini juga boleh dimakan bersama sarang lebah yang dapat mengelakkan penyakit buasir dan sembelit. Daun ketapang dapat dijadikan penawar sakit tulang belakang dan menghilangkan masalah ruam. Penyakit kulit juga boleh dirawat dengan menghancurkan daun ketapang, dicampur dengan minyak biji ketapang dan disapukan pada tempat sakit kulit. Dalam dunia penternakan ikan laga di laporkan dimana 'daun pokok ketapang' mampu memberikan banyak manfaat kepada ikan laga. Ikan laga yang hidup di bawah daun ketapang dipercayai dapat hidup dengan lebih sihat. 


Daun ketapang didakwa berfungsi untuk menurunkan pH air serta menyerap bahan kimia berbahaya bagi memberikan persekitaran yang kondusif kepada ikan laga. 
Selain itu ada laporan dimana daun ketapang mampu merawat luka-luka pada ikan laga dan mencegah ikan tersebut dari terkena penyakit. Air daun ketapang amat digemari oleh penternak ikan hiasan kerana ianya boleh menghapuskan beberapa masalah parasit, patogen bakteria dan juga kulat pada ikan.  Dalam industri pembinaan dilaporkan kayu pokok ketapang keras dan kukuh. Perkara ini membuatkan kayu tersebut sangat sesuai untuk dijadikan perabot, lantai, bahan binaan dan juga bahan bakar. Dalam aspek ekonomi dilaorkan dimana daun pokok ketapang sangat bernilai sehingga ia ada kini dipasarkan di peringkat antarabangsa. Pokok ketapang hanya dapat dijumpai di Asia Tenggara dimana perkara ini telah pun  menyebabkan tumbuhan ini mendapat permintaan yang tinggi dari luar negara termasuk di USA, Eropah, Korea dan sebagainya. Kebiasaannya daun ketapang diletakkan di dalam akuarium bagi mengawal pH air serta menyerap bahan kimia yang terkandung dalam akuarium. Daun ini juga digunakan bagi menggalakkan pembiakan udang. Selain itu ada laporan yang menyatakan dimana daun ketapang ini dikomersialkan dalam bentuk sabun. Penghasilan sabun herba ini dilaporkan ia juga membantu mengurangkan penggunaan bahan kimia sekaligus mengurangkan rawatan alahan kulit yang mahal. Daun ketapang mengandungi 12 jenis tanin atau antioksidan yang larut dalam air bagi merawat penyakit kulit. Sabun herba ketapang ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat dan akan dikomersialkan di peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung, penghasilan sabun herba ini dapat menjana ekonomi tempatan. Di Indonesia dimana dilaporkan daun ketapang ternyata memiliki nilai jualan yang agak tinggi untuk dieksport dalam bentuk daun ketapang kering ke Jepun, USA dan Canada dengan harga sekitar USD 69 - t5 sekilogram. Nilai jual yang tinggi ini di sebabkan ada permintaan dan kegunaan daun ketapang sebagai daun yang mampu mengubah pH air terutama didalam industri akuakultur ikan hiasan dan udang.


Dalam banyak kisah dimana dilaporkan akan k
hasiat daun ketapang untuk diguna dalam penternakan spesis Ikan Laga. Seperti di nyatakan diatas dimana pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi di Malaysia dan juga pokoknya amat rendang kerana daunnya yang agak lebar. Dulunya pokok ini juga ada dijadikan sebagai tempat berteduh oleh kebanyakan orang kerana daunnya yang lebar dan rendang. Nama botani bagi pokok ketapang ialah Termanallia catappa atau selalunya dipanggil Indian Almond Leaves. Bahagian daun ketapang ni dah diguna sejak turun temurun oleh kebanyakan penternak ikan laga dan dipercayai mampu memberi tenaga luar biasa yang mana-mana haiwan tidak boleh perolehi. Air rendaman daun ini memang cukup bagus untuk ikan laga kerana khasiat dari air rendamannya mampu memberi tenaga atau didakwa ia mengurangkan stress ikan laga dan juga ikan-ikan lain (Sila lihat foto disebelah). Daun ketapang ini memang tidak asing lagi di Malaysia serta mudah didapati, malah masyarakat luar negara berpusu-pusu ingin mendapatkan daun ketapang yang telah dikeringkan untuk ikan laga mereka tambahan iklim negara tertentu tidak mengizinkan. Dilaporkan dimana uniknya tumbuhan ini tumbuh bebas di negara kita dimana daun ketapang mengandungi bahan di kenalis sebagai Asid Humik dan Tannin yang mana ia boleh menurunkan nilai pH atau tahap keasidan dalam air. Namun daun yang dipilih mestilah yang sudah kering kerana hanya keadaan ini boleh memberi air rendaman keadaan yang optimum untuk ikan laga. Daun ini bukan sahaja boleh merawat luka-luka pada ikan laga malah juga dilaporkan ia boleh memberi tenaga untuk ikan laga yang sedang 'murung'. Air rendaman daun ketapang ini berwarna agak coklat pudar setelah direndam lama. Daun ketapang adalah salah satu lagi alternatif atau ia adalah cara terbaik untuk ikan laga bagi menggantikan blackwater. Daun ketapang mempunyai bentuk yg lebar dan besar dimana ia bukan sahaja digunakan untuk ikan laga malah daun ini juga didakwa ada digunakan oleh penternak untuk rawatan bagi ikan kelisa, ikan koi dan sebagainya, Khasiatnya dimana ia mampu untuk dapat bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit-penyakit tertentu yang berikan kesan buruk kepada ikan serta mengurangkan nilai pH air dalam akuarium. Penulis blog akan senaraikan akan khasiat dan kegunaan daun ketapang dari beberapa testimoni yang telah pun di kumpulkan. Pertama pastinya dimana ia mampu dalam menurunkan nilai pH atau keasidan dalam air menjadi lebih beralkali dan dilaporkan ia mampu bertertindak sebagai agen pembunuh bakteria yang boleh menyebabkan kes penyakit kepada ikan laga. Seterusmua berkhasiat dalam merawat luka-luka pada ikan laga dan memang ia mencegah ikan laga dari terkena penyakit. Kesannya ia akan mengoptimum tahap kesihatan ikan laga serta dapat merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan. Seterusnya kehebatan daun ketapang dimana ia menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan dan mampu menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga (Cu), zink (Zn), aluminium (Al) dan juga bahan kadmium (Cd). Kehebatan lain dimana ia mampu memastikan ikan laga akan sentiasa ia kekal aktif dan sihat dimana ia juga akan mencegah fry (anak ikan baru) ikan laga dari terkena penyakit dimana ikan ini seakan ia berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap. Dalam pada itu dilaporkan dimana air daun ketapang akan menggalakkan lagi pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip, ekor dan kulit ikan laga yang telah rosak, membantu mengengurangkan stres atau sifatmurung ikan laga. Air ini didakwa akan juga memberikan suatu keadaan yang nyaman dan selesa untuk ikan laga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.....
DAUN KETAPANG... BANYAK GUNA....
DAUN KERING... UNTUK IKAN LAGA...
NAIKKAN pH AIR... KAJJIAN SUDAH ADA...
DI EKSPORT PULA... BERANI MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Jamadilakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...