Support My Blog

Monday, January 1, 2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024!

 SELAMAT TAHUN BARU 2024!...


Penulis blog "Anim Agro Technology" gembira kali ini bagi mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2024' kepada semua para pembaca blog ini serta pengikut Instagram, facebook dan juga Tiktok saya. Di sepanjang tahun 2023 saya telah menerbitkan sebanyak 368 buah artikel sejak Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023 dimana ia meliputi banyak topk-topik menarik berkaitan teknologi pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan dan juga bacaan. Paling seronok apabila saya juga telah membuat banyak posting didalam tiktok yang bermula pada bulan September 2023 dimana akaun ini telah mendapat view ratusan dan ribuan dari netizen. Bagaimana pun semenjak akaun tiktok ini di buka dilihat dari analisa jumlah pembaca artikel dalam blog 'Anim Agro Technology' telah berkurang lebih dari 50% iaitu daripada seramai 12,000 - 14,000 orang pengunjung sebulan kepada hanya seramai 7,000 - 8,000 orang pengunjung sahaja sebulan. Trend netizen dilihat lebih ramai bertukar kepada aplikasi tiktok dimana aplikasi ini ianya dilihat lebih menarik, ringkas, paparan video yang mudah di fahami dengan ada muzik serta pelbagai ciri menarik yang lain dalam tiktok. Walau pun asalnya saya kurang suka aplikasi tiktok tetapi dilihat platform ini sangat diminati semua golongan penggguna daripada yang paling muda sehingga kepada orang-orang lama maka suka tidak suka sudah mula membuat posting sekerap yang mampu.  Artikel kali ini dalam blog hari pertaman tahun 2024 ini dalam "Anim Agro Technology" saya membuat sedikit analisa bagaimana blog berkaitan sektor teknologi pertanian ini yang sudah mencecah usia 16 tahun setelah ia mula beroperasi dengan ada posting artikel setiap hari satu artikel tanpa henti sejak mula dahulu. Doakan agar saya terus berkemampuan untuk terus aktif didalam penulisan teknologi pertanian ini untuk semangat memberi ilmu pengetahuan kepada semua netizen yang mencari akan maklumat untuk pelbagai kegunaan. 



Sebanyak 37.9 juta netizen telah membuat pautan pada blog "Anim Agro Technology' dimana sebahagian besarnya adalah mereka yang aktif dalam sektor industri pertanian termasuk kalangan petani komersil, saintis pertanian, penyelidik, pelajar, guru, pensyarah, pengilang, penghobi pertanian, pegawai kerajaan, ahli kelab, usahawan tani serta orang awam dan netizen. Sepanjang tahun 2023 sebanyak 368 artikel telah di publish dengan paling banyak adalah bulan Ogos 2023 iaitu sebanyak 32 artikel. Dari sebanyak 7,844 buah artikel yang telah ditulis dimana hanya sebanyak 5,166 artikel sudah ada di publish setakat ini dan yang lain menunggu untuk di publish. Pada bulan November 2023 seramai 225,309 pageview telah membuat pautan dengan blog ini. Analisa statistik mudah juga mendapati artikel bertajuk 'Kelapa- Menanam Matag dan Pandan' yang diterbitkan pada 28/1/2025 telah mendapat kunjungan sebanyak 78.8k diikuti dengan artikel bertajuk 'Racun Rumpai - Cara Tindakan' diterbitkan pada 5/8/2018 dengan sebanyak 58.2k pembaca dan yang ketiga adalah artikel bertajuk 'Khasiat Sacha Inci - Apa dia?' diterbitkan pada 3/7/2020 dengan sejumlah seramai 46.3k pembaca. Dilihat dimana 85.8% pembaca blog ini adalah dari Malaysia, 4.1% dari USA, 3.3% dari Indonesia, 3.0% dari Singapura dan 0.8% adalah dari unknown.  


Dalam satu lagi blog yang ditulis dalam bahasa Inggeris iaitu blog "Anim Agriculture Technology'' dimana ia telah ada menerima pageview sebanyak 859,066 orang daripada sebanyak 653 artikel yang telah di publish. Blog ini hanya menerbitkan purata antara 4 - 7 buah artikel setiap bulan yang boleh di akses melalui pautan iaitu dalam Anim Agriculture Technology (animagro.blogspot.com) dimana purata pembaca bulanan diantara 3,500 - 4,000 orang pembaca sebulan.  Diantara artikel popular adalah 'Chilli in Malaysia' yang telah menerima total sebanyak 16,900 pageview diikuti dengan artikel bertajuk 'Some tips of growing Chili In Malaysia' dengan sebanyak 14,300 pageview dan juga artikel bertajuk 'Banana Fruits in Malaysia' dengan seramai 11,300 pageview. Pembaca blog ini seramai 36.6% dari Malaysia dan seramai 30.1% daripada USA dan diikuti dari Singapura, Russia dan India. Tulisan ini juga menerima pageview antarabangsa yang dari pelbagai penjuru dunia.



Pelbagai kisah menarik dalam aplikasi tiktok yang di upload semenjak dari bulan September 2023. Diantara video yang mendapat view tinggi termasuk video bertajuk 'Tanam Nanas Dalam Polibeg' yang menerima sebanyak 5,251 view diikuti dengan video bertajuk 'Pineapple Night Farming' dengan jumlah view sebanyak 1,956, video bertajuk 'Teknik Membaja Kelapa' dengan seramai 1,512 view dalam masa beberapa minggu sahaja sebaik sahaja ia di posting. Video menarik lain adalah seperti 'Menuai Nanas Jambul Mas AC15' dengan seramai 1,463 view dan juga video bertajuk 'Proses Daun Nanas di Prabumulih, Palembang, Sumatra Selatan' yang mana ia menunjukkan bagaimana proses daun nanas berjaya di jadikan benang nanas. Ada juga beberapa video menarik lain yang juga mendapat view melebihi 500 seperti 'Buah Durian Tourism MARDI Kuala Kangsar, Perak' , video  'Kenali Nanas Baru Jambul MAs (AC15)' dan juga video 'Live dari Ladang Nanas di Kg. Pangkol, Prabumulih, Sumatera' serta video 'Durian MDUR79 di Perak' untuk di tonton sama. Video dalam tiktok di publish sebanyak 4 - 5 buah video sebulan meliputi pelbagai tajuk selalunya berkaitan pertanian, pelancongan dan sebagainya. Semuga Allah SWT memberikan kesihatan dan juga ilham yang kukuh untuk saya terus aktif dalam media sosial seperti dalam penulisan artikel blogspot, facebook, instragram, tiktok dan sebagainya. Selamat Tahun Baru 2024!!...

MENULIS ARTIKEL...16 TAHUN LAMANYA..
KINI DENGAN TIKTOK... MENARIK JUGA...
HAMPIR 4O JUTA... JUMLAH PEMBACA...
POHON DOAKAN... AGAR SIHAT SENTIASA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Jamadilakhir 1445H
Bersamaan 1 Januari 2024).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...