MAKANAN ROJAK PETIS merupakan satu hidangan yang istimewa bagi penulis blog dimana makanan ini popular semenjak berpuloh tahun dahulu di Malaysia. Rojak Petis ini bukan sahaja diminati oleh masyarakat Melayu sahaja tetapi masyarakat lain seperti kaum Cina dan kaum India juga amat menyukainya. Membuat rojak petis adalah amat mudah sekali kerana ianya ia menggunakan bahan tempatan dan murah tetapi segar serta mudah didapati. Bahan untuk membuatnya juga murah harganya. Kita boleh sediakan sendiri dirumah dan ia boleh disesuaikan dengan citarasa yang dikehendakki. Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan 1-2 org terdiri daripada buah Nenas (Ananas cosmosus), Buah Mangga (Mangifera indica), Sengkuang (Pachyrizus erosus), Timun (Cucumis sativus), Kangkong (Impomea reptans), Taugeh (Vigna radiata), Epal Hijau (Malus domestica) dan Kacang Tanah (Arachis hypogea) serta bahan lain yan sesuai. Apa pun yang paling utama dalam rojak petis adalah PETIS. Petis adalah adunan khas yang diperbuat daripada udang, kicap, cili dan sebagainya. Ada yang menulisnya sebagai ''Otak Udang'' untuk bahan ini. Bergantung kepada musim buah-buahan dan kreavititi, buah seperti Jambu Air (Euginia aquea), Jambu Batu (Psidium guava) dan Buah Kedondong (Spondalis dulcis) juga sesuai dijadikan bahan untuk rojak petis. Semua bahan buah-buahan dipotong mengikut saiz dan ukuran yang sesuai, Kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar dan sayur kangkong serta taugeh perlu dicelur dahulu. Bahan lain yang tidak boleh ditinggalkan tentunya Tempe (Glycine max) dan Tauhu (Glycine max) yang telah digoreng dan dihiris nipis-nipis. Seterusnya kita perlu menyediakan bahan-bahan seperti Petis (2 sudu besar), Gula Pasir (1½-2 sudu besar), Gula Melaka atau Gula Hitam (1 sudu besar), cili kisar mengikut kepedasan masing², sedikit belacan yg dibakar, sedikit air asam pekat dan garam jika perlu. Pastikan kita menyediakan besen kaca datau mangkuk kaca yang sesuai saiznya dan senduk kayu atau senduk plastik yang sesuai untuk aktiviti menggaul. Sebaiknya semua ramuan rojak petis ini mesti digaul rata dan boleh dihidangkan apabila siap. Artikel petang Sabtu 9 Zulhijjah 1443 Hijrah (Sehari sebelum Raya Haji) ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa kisah menarik mengenai Rojak Petis untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Pada penulis blog memang rasanya lebih puashati jika membuat sendiri rojak petis dirumah sama ada untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau pun semasa menjamu tetamu yang datang kerumah berkunjung. Mendapat peluang makan Rojak Petis Muar sejak zaman remaja dahulu memang rugi kalau tidak belajar resepi membuatnya. Makanan ini memang sudah lama popular di Muar sebagai ikon selain daripada Mee Bandung Muar, Sate Pagi Muar, Mee Rebus Muar dan sebagainya. Apa yang unik dimana makanan ini 15 tahun dahulu hanya dijual 80 sen sepinggan tetapi kini sudah mencecah RM5.00 sepinggan. Selain enak kerana ada rasa masin, pedas, masam, lemak, manis dimana makanan in amat sesuai untuk mendapatkan fiber dari buah-buahan dan sayuran yang terpilih. Penulis blog kongsikan resepi Rojak Petis yang sering dibuat sendiri dirumah. Bahan yang digunakan adalah 1 bekas petis atau otak udang, 1 inci belacan dibancuh dengan 1/4 cawan air, 1/3 cawan gula melaka yang hiris halus, 1/4 cawan gula pasir,1/4 cawan kicap pekat serta 1 cawan air. Bahan-bahan lain diperlukan termasuk kacang tanah secukupnya goreng tanpa minyak yang buang kulit dulu dan tumbuk hancur, Pes asam jawa secukupnya, Cili kisar, cili padi yang dikisar serta gula. Bahan utama membuat rojak petis termasuk Kangkung (Perlu disiang, culur dan toskan), Taugeh perlu ia (dibersihkan, celur sekejap dan toskan), Timun (dihiris nipis), Nenas (Juga ia dihiris nipis), Umbisi Sengkuang (dihiris nipis) dan Tauhu (boleh di goreng dan di hiris nipis). Cara membuat sos petis dengan menyatukan semua bahan asas untuk sos petis ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan gula larut. Kecilkan api dan teruskan memasak hingga pekat tetapi mesti di kacau sentiasa. Matikan api dan sejukkan. Bagi membuat rojak petis sbeiknya didalam satu bekas adunan sesuai, masukkan 4-5 camca besar sos petis, tambah 4 camca besar kacang tanah, 1/2 camca besar cili kisar dan 1 camca teh cili api kisar. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh pes asam jawa. Gaul rata dimana jika suka manis maka boleh tambah sedikit lagi gula pasir. Kacau rata dan kemudian dimasukkan taugeh dan kangkung dan di gaul rata. Tambah sengkung, timum, tauhu dan nenas dan juga diaduk gaul rata dan alihkan rojak ke dalam pinggan sesuai. Tabur sedikit kacang tumbuk untuk hiasan. Makanan ini sudah sedia untuk dihidangkan untuk dapat dinikmati.
Dalam beberapa portal berita tempatan termasuk dalam utusan.com dilaporkan satu kisah menarik 'Rojak Petis Likat’ Norfatin popular di Pontian' dimana ia sesuai dikongsikan kali ini. Kisah dari Pontian, Johor ini paparkan dimana seorang pengusaha yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu bukan halangan untuk Norfatin Nabila Lokman (24 tahun) bagi membantu ibunya di kedai menjual rojak petis yang dikenali sebagai ‘Rojak Petis Likat’ di bandar Pontian. Beliau pernah dijemput sebagai tetamu bersama ibunya oleh dua buah syarikat televisyen tempatan sebelum ini dimana secara tidak langsung telah menambah popular rojak petis yang telah diusahakan sejak 24 tahun lalu yang sama dengan umurnya. Dakwanya dimana setelah menamatkan pengajian di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) pada September tahun lalu, dia belum mendapat tawaran pekerjaan dari mana-mana pihak walaupun telah beberapa kali menghantar permohonan. Dia kemudian mendapati bidang pengajian tersebut melayakan dan membolehkannya dia untuk bertugas sebagai pengurus perhubungan awam, wartawan media cetak atau elektronik mahupun dalam bidang sumber manusia. Bagaimana pun sehingga kini belum ada rezeki saya bekerja dalam bidang bersesuaian dengan pengajian yang diikuti selama tiga tahun. Beliau yang ditemui Utusan Malaysia di Medan Selera Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) nyatakan memang tidak kekok untuk membuat rojak petis itu kerana telah biasa membantu ibunya di gerai apabila pulang pada cuti semester mahupun sebelum dia diterima masuk ke Unimap. Petis Likat yang menjadi tarikan utama kepada pelanggan dikedainya di Medan Selera MPPn Jalan Bakek di Pontian, Johor. Selain menjual rojak petis, gerai yang dinamakan D’ Jannah Corner (Chek Sal) turut menjual pelbagai jenis makanan lain seperti mi goreng, bihun kampung, rojak pisang, cikong bizibodi, kuetiau goreng dan bihun sup. Kedai mereka beroperasi pada setiap Ahad hingga Khamis bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang dan bercuti pada Jumaat dan Sabtu. Apa pun didakwa perniagaan Rojak Petis Likat yang diusahakan oleh ibunya sejak tahun 1997 memang dikenali ramai di bandar Pontian kerana keenakan dan rasanya yang memikat para pelanggan. Sebelum ini ibunya menjalankan perniagaan di gerai yang kecil sahaja sebelum berpindah ke Medan Selera MPPn berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lapan tahun lalu. ‘Alhamdulillah sambutan orang ramai amat memuaskan terutama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana pelanggan dibenarkan makan di kedai berbanding ketika ini. Meskipun begitu pendapatan harian mereka merosot hampir separuh namun masih boleh bertahan memandangkan terdapat pelanggan yang datang membeli untuk dibawa pulang ke rumah. Ditanya minatnya dalam bidang komunikasi, Norfatin Nabila bersedia untuk menyertai mana-mana syarikat atau agensi media sekiranya diberikan tawaran supaya pengajian yang dipelajari dapat dipraktikan.
Dalam portal lain termasuk Bernama dengan tajuk 'Jom cicah rojak buah dalam talam di gerai ABC' juga menarik untuk dikongsikan. Media laporkan dimana pemilik gerai ABC Sungai Kob iaitu Nor Hanisah Ghazali sudah lama berjual 'Rojak Talam' yang menjadi konsep baharu untuk pelanggan menikmati pelbagai jenis buah-buahan di gerainya di Kulim, Kedah. Dakwanya kreativiti menjadi resipi utama seorang peniaga makanan di Kampung Nob, di sini dalam menyajikan hidangan istimewanya ‘rojak talam' yang pasti menimbulkan perasaan ingin mencuba kepada sesiapa yang melihatnya. Rojak atau campuran hirisan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan dengan kuah bukanlah makanan yang asing dalam kalangan masyarakat di negara ini. Namun cara menyajikannya di dalam talam dan dinikmati secara beramai-ramai bukan cara penyediaan yang sinonim dengan makanan itu. Itulah idea Nor Hanisah Ghazali (34) yang memberikan kelainan dalam menyediakan makanan itu untuk menarik pelanggan ke gerainya, Gerai ABC Sungai Kob. Dakwanya rojak talam yang dihasilkannya mengandungi campuran lebih 10 jenis buah-buahan tempatan dan luar negara yang sekali gus menjadikan ia berwarna-warni dan memukau selera. Dia menggunakan buah seperti mangga muda dan ranum, jambu air, jambu batu, timun, sengkuang, kedondong, belimbing, betik, nanas, serta epal. Kesemua buah yang saya guna dalam hidangan rojak talam istimewa juga adalah segar, bagi memastikan pelanggan berpuas hati menikmatinya. Kini dengan menghidangkan di dalam talam, pelanggan dapat menikmati makanan itu dengan lebih santai dan boleh memilih buah-buahan atau sayur-sayuran yang hendak dimakan dengan lebih mudah kerana kuahnya tidak digaul sekali dengan buah bagi mengelakkan kuah menjadi cair. Idea untuk menghasilkan rojak talam itu tercetus selepas terbaca sebuah artikel mengenai penggunaan talam dalam menghidangkan makanan mampu mengeratkan hubungan antara manusia. Beliau seterusnya mencubanya dengan menyediakan rojak dalam talam yang akhirnya berjaya menarik pelanggan yang datang dari daerah ini dan serata Kedah. Setiap hidangan rojak itu dijual pada harga RM12 yang disifatkannya amat berbaloi untuk dinikmati kerana pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dalam satu talam. Gerai ABC Sungai Kob yang turut menyediakan air batu campur berasaskan buah, jus buah dan hidangan sampingan lain milik Nor Hanisah itu terletak di Jalan Kulim-Mahang, kira-kira 10 kilometer dari bandar Kulim dan dibuka mulai 10 pagi hingga 7 malam setiap hari kecuali Jumaat. Penulis blog yang meminati makanan rojak petis sering membuatnya sendiri dirumah menggunakan bahan rojak dan kuah rojak petis yang ada dijual di Supermarket dengan harga RM6.00 - RM8.00 satu bekas. Kalau ada masa memang suka ke Tanjung Mas, Muar untuk menikmati rojak petis dan juga asam pedas. Semuga tulisan artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK BUAH-BUAHAN... YANG DIGUNA...
KUAH PETIS... MELAZATKAN RASANYA...
BUAT SENDIRI.... DIJUAL DIMANA-MANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tanjung Agas, Muar,
Johor,
Malaysia.
(9 Zulhijjah 1443H).
Kemaskini pada 5 Zulhijjah 1444H.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.