KELADI AARON (Caladium x horulanum aaron) merupakan sejenis spesis pokok keladi hiasan yang cantik untuk ia ditanam dikawasan rumah. Penulis blog yang membuat tinjauan tumbuhan ini dimana mendapati yang tumbuhan ini mempunyai ciri dan corak unik pada daunnya amat menarik untuk dijadikan salah satu daripada pilihan untuk tanaman hiasan. Ia merupakan sejsnia tumbuhan yang perlukan panas matahari dan tahan dalam bangak keadaan persekitaran. Ia mampu tumbuh dengan ketinggian 15 - 20 inci dan ia juga mempunyai warna daun berwarna corak-corak putih pada ditengahnya dan hijau disekelilingnya dan berbeza-beza antara spesis. Keladi ini boleh ditanam diatas tanah atau pun dalam pasu dengan menggunakan bahan tanaman daripada umbisi (bulbs). Caladium Aaron dari keluarga tumbuhan Araceae cantik sekali ditanam sebagai tanaman hiasan kerana berdaun dengan corak yang begitu unik dan menarik sekali. Corak pada daunnya itu sangat menarik dengan tulang dan urat daunnya berwarna hijau muda keputihan atau dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai Variegated. Jika diteliti kita dapat lihat keseluruhan bahagian tengah daunnya juga berwarna hijau muda keputihan dengan dikelilingi warna hijau tua di bahagian tepinya. Pokok keladi ini juga dikenali sebagai Caladium Halfmoon atau bermaksud keladi bulan separuh mungkin kerana bentuk dan corak pada daunnya seperti yang tersebut di atas. Pokoknya cepat membentuk rumpun yang cantik jika diberi penjagaan yang diperlukannya. Artikel ini akan menulis dalam "Anim Agro Technology" menenai sejenis keladi hiasan yang menarik iaitu Keladi Aaron untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca blog.
Pembiakan tanaman keladi ini amat mudah jika kita tahu membuatnya. Lazimnya untuk penanaman amat senang ia dapat dibiakkan dengan menggunakan ubi (bulbs) yang banyak tumbuh di sekeliling. Sebaiknya pastikan mengambil benih daripada ubi pokok induknya yang telah betul-betul matang untuk mendapatkan kadar pertumbuhan yang cepat dan sihat. Cabut pokok keladi ini dengan cangkul dan asingkan bulb dibahagian pangkalnya dengan pisau. bagi setiap butir ubi itu akan tumbuh menjadi pokok yang baharu jika ditanam dengan penjagaan yang betul dan mengikuti amalan agronomi yang baik. Kalau anda hendak menanam dalam pasu sebaiknya disediakan pasu atau bekas lain terbuang yang sesuai. Isikan dengan media tanah campuran yangsesuai atau bahan media lain yang sesuai. Letakkan bekas tanaman di tempat teduh serta sejuk seperti di dalam bilik mandi bagi menyediakan persekitaran kelembapan yang sesuai untuk mempercepatkan lagi akan pertumbuhan akar anak pokok yang baharu diperingkat awal penanaman. Cara menanam perlu difahami dengan membaca blog ini kerana ia amat mudah dilakukan. Mula-mula perlu dipisahkan butir ubi (bulb) daripada induknya dengan menggunakan pisau tajam untuk membuat benih. Bagaimana pun pembaca blog ini boleh bertanya kepada pengusaha nurseri landskap yang ada menjual benihnya untuk lebih datail.
Kemudian ditanam ubinya itu sedalam kira-kira satu inci sahaja dari permukaan medium tanamannya bagi kita dapat memastikan sistem pengakarannya terbentuk dengan baik untuk pertumbuhan yang lebih subur. Sebaiknya kemudian siram medium tanamannya dengan air bersih tetapi perlu diingat jangan biarkan ianya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhan akar anak pokok yang baharu. Seterusnya adalah meletakkan bekas tanaman keladi tersebut di tempat teduh serta sejuk seperti di bilik mandi bagi menyediakan persekitaran yang sesuai untuk keladi ini mempercepatkan pertumbuhan akar anak pokok yang baharu. Lazimnya selang beberapa minggu tunas pokok serta daun anak pokok yang baharu akan mula tumbuh. Pemerhatian penulis mendapati pokok ini sesuai ditanam dalam campuran medium tanah yang kaya dengan humus. Medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi:bahan organik:pasir sungai) adalah sesuai untuk penanamannya. Dalam aspek penjagaan sebaiknya didedahkannya pokok ini kepada cahaya yang banyak untuk mendapatkan corak daunnya yang cantik dan menarik. Aktiviti menyiram medium tanamannya dua kali sehari pada hari panas untuk mengekalkan kelembapannya sentiasa akan menjadikan pokok subur. Semburkan daunnya untuk mengekalkan persekitaran yang agak lembap. Siram bila perlu sahaja pada hari hujan dan elakkan air bertakung dalam medium tanamannya kerana ini boleh menyebabkan pereputan pada bahagian bawah perdu pokok atau ubinya. Pokok ini boleh diberikan sedikit pembajaan menggunakan baja organik seperti najis ayam atau baja kimia khas untuk pokok berdaun iaitu berwarna hijau. Elak menggunakan baja biji yang boleh melecurkan perdu atau dedaunnya jika terkena.
Pokok keladi ini sangat menarik ditanam dalam pasu cantik sebagai pokok spesimen untuk pameran daunnya yang cantik dengan corak yang menarik. Perkara ini walau pun masih kurang disambut dikalangan rakyat Malaysia tetapi beberapa persatuan berkaitan landskap sudah mula memuatnya. Keladi aaron ini juga sesuai ditanam bersama dengan pelbagai pokok keladi lain untuk pameran satu kumpulan pokok dalam pasu besar. Jika ada kawasan laman keliling rumah yang luas ia akan mencantikkan lagi landskap bersama-sama dengan pokok hiasan lain yang berwarna warni. Pokok keladi initidak boleh diambil untuk tujuan makanan.Jika ditanam didalam pasu maka ia boleh diubahlokasi mengikut kehendak pemiliknya agar ia memberikan kepuasan pemiliknta. Tumbuhan ini juga sesuai ditanam di atas tanah untuk hiasan landskap ala tropika dan sebagainya. Selalunya walaupun pokok ini cantik dan menarik tetapi didapati keseluruhan bahagian pokoknya mengeluarkan getah yang beracun dan boleh menyebabkan kegatalan jika bahagian pokoknya seperti batang daun dan ubinya dipotong. Sebaiknya pamerkan di kawasan yang jauh dari tempat lalu lalang orang ramai bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Namun, jika terkena getahnya segeralah basuh dengan air. Jika rasa keracunan seperti tergigit dan sebagainya segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
KELADI AARON... BERCORAK DIA...
WARNA PUTIH... HIJAU PUN ADA..DALAM PASU.. DITANAM MUDAHNYA...
IA BERACUN... GATAL GETAHNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Rekreasi Saujana,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Syaaban 1436H).
Kemaskini pada 25 Jamadilawal 1444H.
Bersamaan 21 DIsember 2022
Dan pada 1 Julai 2023.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.