KUNANG-KUNANG (Ptertotus spp) atau KELIP-KELIP merupakan sejenis serangga yang dapat mengeluarkan cahaya yang jelas terlihat terutama pada malam hari atau didalam keadaan persekitaran yang gelap. Cahaya ini dari kajisan saintis adalah dihasilkan oleh "sinaran sejuk" yang tidak mengandungi cahaya ultraviolet atau pun cahaya sinar inframerah dan memiliki panjang gelombang 510 sehingga 670 nanometer iaitu dengan warna merah pucat, kuning atau pun warna hijau iaitu dengan kecekapan sinar sampai 96%. Pada penulis blog menangkap kunang-kunang ini telah dilakukan semenjak zaman kanak-kanak lagi di kampong di Muar, Johor tetapi hanya untuk seekor atau beberapa ekor sahaja. Dilaporkan di Kampong Kuantan, Kuala Selangor ini didapati beribu-ribu ekor kunang-kunang berada pada pokok berembang sepanjang sungai yang sangat mengkagumkan penulis dan ramai pelancong. Kunang-kunang termasuk dalam keluarga Lampyridae yang juga merupakan famili dalam order kumbang Coleoptera. Ada lebih dari 2,000 spesies kunang-kunang yang dikenalpasti dikawasan negara sub-tropika dan tropika di seluruh dunia. Banyak spesies ini yang dijumpai di kwasan paya atau hutan yang basah di mana terdapat banyak tersedia makanan untuk larvanya. Kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang ialah sejenis serangga bersayap yang mampu terbang dan mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip pada waktu malam. Kunang-kunang adalah sejenis serangga yang dapat mengeluarkan cahaya yang jelas terlihat semasa malam hari. Cahaya ini dihasilkan oleh "sinar dingin" yang tidak mengandungi unsur ultraviolet mahupun jenis sinar inframerah tetapi dikenalpasti ia memiliki panjang gelombang 510 - 670 nanometer dengan warna merah pucat, kuning atau hijau dengan kadar kecekapan sinarnya mencecah sehingga sampai 96%. Apa yang penulis dapat rujuk, serangga kunang-kunang mampu untuk memancarkan sinar cahaya untuk saling mengenali antara satu sama lain bertujuan untuk memberi tanda untuk mengawan atau kahwin. Serangga ini akan menggunakan panjang gelombang sinar yang berbeza-beza bergantung pada spesiesnya. Selain itu saintis mendapati terdapat beberapa spesies iaitu kunang-kunang jantan yang mula-mula menyinarkan cahaya untuk menarik kunang-kunang betina. Bagaimanan pun terdapat spesis lain yang mana didapati jenis yang betina yang “memanggil” kunang-kunang jantan untuk berpasangan. Sebahagian kunang-kunang akan juga menggunakan cahaya mereka juga bertujuan untuk mereka mempertahankan diri. Mereka mengeluarkan sinar sebagai tanda pada musuh bahwa mereka bukan makanan yang lazat. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai kewujudan serangga kunang-kunang yang perlu dijaga agar tidak pupus seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.
Terdapat laporan dimedia tempatan bertajuk 'Pelihara koloni kelip-kelip' dalam hmetro.com yang sesuai dirujuk dan ditulis semula. Serangga ini yang juga dinamakan sebagai Kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang ialah sejenis serangga bersayap yang mana ia mengeluarkan cahaya berkelip-kelip pada waktu malam. Apa pun selalunya suasana malam yang meriah dengan cahaya kelip-kelip itu memang mengasyikkan! sesiapa yang melihatnya jika terkumpul. Ada banyak tempat di Malaysia menjadi habitat serangga bercahaya ini dimana ia sekali gus menjadi daya tarikan sebagai lokasi tumpuan eko pelancongan. Media melaporkan habitat kelip-kelip di Sungai Yak Yah, Kemaman, Terengganu antara lokasi menarik wajib diterokai pencinta alam sekitar atau sesiapa sahaja yang mahu menikmati keajaiban alam. Sungai ini yang terletak setengah jam perjalanan dari bandar Chukai mula menjadi sebutan pelancong sejak 19 tahun lalu apabila dibanjiri puluhan ribu kelip-kelip terutama malam dan fenomena itu ‘cahaya’ itu memberi pengalaman istimewa kepada pengunjung. Kehadirannya dalam jumlah yang banyak menjadikan Sungai Yak Yah sebagai satu daripada santuari kelip-kelip dan membuka peluang kepada penduduk setempat menawarkan perkhidmatan bot membawa pengunjung menyusuri sungai melihat gemerlapan cahayanya. Aktiviti melihat kelip-kelip yang di sekitar Sungai Yak Yah ini biasanya bermula sekitar jam 8 sehingga 10 malam. Tempoh berkenaan adalah waktu kebiasaan serangga bercahaya ini selalunya akan mengerumuni pokok paya bakau di sekitar sungai berkenaan. Pengunjung akan dibawa ke kawasan kelip-kelip bagi menikmati suasana yang cukup indah. Bayangkan dalam suasana pekat malam dan hanya ditemani bunyi serangga, anda dihidangkan dengan pemandangan menakjubkan ribuan cahaya kecil umpama bintang berselerakan di dada langit menghiasi deretan tebing. Dikatakan terdapat empat spesies kelip-kelip di Sungai Yak Yah dan serangga kecil yang unik ini juga membiak dengan begitu banyak dari Julai hingga Oktober setiap tahun. Keadaan ini memberikan keistimewaan kepada Sungai Yak Yah berikutan lokasi kelip-kelip lain di Malaysia hanya membabitkan satu spesies sahaja. Apabila malam lazimnya cahaya kelip-kelip mengasyikkan pandangan. Sebelum pandemik covid19 kemeriahan industri pelancongan di sungai ini dikatakan pernah mencapai kemuncaknya pada 2010 sebelum ia perlahan-lahan menjadi suram berikutan beberapa faktor antaranya penurunan koloni kelip-kelip yang agak ketara.
Kelip-kelip didakwa berkurangan akibat penerokaan kawasan sungai untuk aktiviti pembangunan. Sehubungan itu, bagi menjamin habitat kelip-kelip tidak terancam dan ia terus membiak, di samping memastikan kawasan berkenaan terus menjadi tumpuan, kerajaan negeri melakukan langkah pemuliharaan yang dijalankan bersama pihak swasta. Kini diantara pihak yang tampil adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mana berjaya menanam 1,000 pokok berembang bagi tujuan untuk memperhebatkan lagi program pemuliharaan koloni kelip-kelip di sungai berkenaan (Sila lihat foto disebelah). Pokok Berembang adalah habitat semula jadi koloni kelip-kelip dan penambahan pokok itu akan menggalakkan pembiakannya dengan lebih cepat. Program penanaman pokok di sepanjang 15 kilometer di tebing Sungai Yak Yah itu dilaksanakan sejak Mei 2021 dan ia sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat TNB di Terengganu. Dua lagi lokasi kelip-kelip pilihan TNB untuk pemuliharaan koloni kelip-kelip adalah Kampung Dew di Taiping, Perak dan Sungai Timun berada di Rembau, Negeri Sembilan. Kerajaan negeri bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sekitar sungai berkenaan yang turut memberi kerjasama dalam usaha pemuliharaan koloni kelip-kelip kini giat mengadakan promosi dan menyediakan kemudahan asas untuk kemudahan pengunjung ke kawasan itu. Bagi memastikan Sungai Yak Yah terus menjadi tumpuan, aktiviti lain turut ditawarkan seperti menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat keindahan alam semula jadi ditawarkan sekitar hutan paya bakau dan memancing. Sungai ini dari dahulu hingga sekarang menjadi lokasi tumpuan kaki pancing berikutan ia juga terkenal sebagai lubuk udang galah dan ikan bersaiz besar. Kini, Sungai Yak Yah sudah mula menjadi sebutan apabila bukan saja dilawati pengunjung tempatan, tetapi turut menjadi tumpuan pelancong dari Jepun, Singapura, China, Taiwan, Hong Kong dan juga Belanda. Bagi anda yang berkunjung ke Terengganu dan singgah di Kemaman, jangan hanya mencari keropok lekor atau satar di sekitar Masjid Geliga saja. Cuba singgah di Sungai Yak Yah dan sempurnakan percutian anda di negeri penyu menangis itu dengan aktiviti melihat kelip-kelip.
Berita oleh Utusan Borneo bertajuk 'Bersama lindungi habitat kelip-kelip, elak populasi pupus - MNS Miri' juga berkait dengan tajuk artikel ini. Pengerusi MNS Sarawak En Musa Musbah dakwa usaha terbabit penting bagi mengelakkan populasi kunang-kunang hilang dari kawasan tersebut. Di Sarawak dilaporkan ada mempunyai banyak kunang-kunang di sepanjang sungai Miri iaitu dari Piasau sehinggalah ke Teniku yang menarik dikunjungi pada malam hari. MNS telah ke kawasan berkenaan dan mendapati dimana serangga kunang-kunang tiada lagi berikutan bekalan makanan di kawasan berkenaan hilang akibat pencemaran. Dia nyatakan demikian kepada pemberita di sini selepas mengadakan aktiviti pemerhatian kunang-kunang di Sungai Raan, Kampung Bakam. Bagi mengelakkan spesies kelip-kelip berkenaan daripada pupus MNS melalui Musa memberitahu ada keperluan bagi melindungi pokok-pokok di tepian sungai yang menjadi tempat kunang-kunang berkumpul. MNS Miri telah pun bekerjasama dengan penduduk kampung di sini (Kampung Bakam) untuk memastikan pokok-pokok di sungai tersebut tidak terganggu. Mereka telah melakukan kerja-kerja lapangan dengan berharap ramai penduduk tempatan untuk bersama berusaha menjaga kunang-kunang. Terdahulu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii berkata aktiviti memerhatikan kunang-kunang yang dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pelancongan MBM bertujuan untuk melihat kawasan tersebut yang berpotensi diwartakan sebagai kawasan tarikan pelancongan di bandar raya peranginan Miri. Aktiviti memerhatikan kunang-kunang boleh menjadi tarikan pelancong. Malahan didakwa aktiviti sebegini agak popular di beberapa tempat lain dan MNS serta kerajaaan negeri mahu melihat bagaimana caranya untuk membangunkan kawasan di sini bagi menjadi produk tarikan pelancong di Miri. Semasa lawatan dilokasi hujan yang turun secara tiba-tiba ketika menaiki perahu pada waktu malam tersebut masih tidak mematahkan semangat untuk terus melihat kelipan kunang-kunang. Pengunjung yang menyertai aktiviti itu teruja melihat kelipan kunang-kunang dan menaiki perahu. Apa pun aktiviti ini mengembalikan kenangan masa kecil sesiapa yang pernah tinggak dikampong dimana apabila dapat melihat kunang-kunang menjadi antara aktiviti pada waktu malam zaman kanak-kanak. Bagaimana pun ada yang nyatakan mereka agak kecewa sebab tidak banyak kunang-kunang yang dilihat berkelip dan ditambah dengan keadaan hujan dan perlu ada program memulihkannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK BEREMBANG... ADA DI TEPIAN...
MEMANG UNIK... PELANCONG DATANG...
PERLU DIJAGA... DEMI KELESTARIAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Rabiulakhir 1443H).
Kemaskini pada 4 Julai 2023.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.