Support My Blog

Monday, July 24, 2023

PENGURUSAN TANAMAN KANTAN

TANAMAN KANTAN
(Phaeomeria speciosa) atau jenis lain (Erlingera elator Jack) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis pokok Herba. Bunga kantan kini merupakan ulam yang penting dalam masakan Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Antara negeri yang mengusahakan tanaman kantan di Malaysia ialah di Johor, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor dan Terengganu dengan keluasan kira-kira 180 hektar pada tahun 2020. Terdapat beberapa usahawan di Batu Pahat yang menanam kantan secara Komersial terutama untuk bekalan tempatan dan diekspot ke Singapura. Penulis blog pernah menemui usahawan tersebut semasa lawatan ke Ladang Kantan dan membuat tinjauan teknologi dikebun tersebut. Bunga Kantan di gunakan dalam masakan seperti asam pedas, kuah laksa asam, ulam nasi kerabu dan ramuan dalam sambal. Beberapa kegunaan lain seperti untuk tujuan perubatan tradisional. Kantan mengandungi pelbagai unsur khasiat seperti zat Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan biasanya berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang selalu mengandungi 150-180 biji benih. Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan elakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi penulis dapati kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil sedangkan biji benih lama untuk berhasil ( 2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk proses pertumbuhan. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pengurusan tanaman kantan sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan kepada pembaca semua.


Selalunya bunga kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Penulis blog dapati dimana memang lebih jimat jika sesiapa ada menanam pokok bunga kantan sendiri ni di kawasan rumah. Pada masa ini memang harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal harganya. Pokok kantan ini yang biasa ia dikeali sebagai 'pokok bunga kantan' merupakan sejenis tanaman yang mudah dijaga jika tanaman ini diuruskan atau dijaga dengan bail, Di Indonesia tanaman ini dipanggil sebagai 'Kecombrang'. Bunganya yang cantik berwarna kemerah jambuan ini adalah satu satunya kategori bunga yang boleh dimakan selain dari bunga kobis kerana aroma dan rasanya sangat menyelerakan dan melengkapkan lagi resepi masakan (Sila lihat foto disebelah). Harganya boleh mencecah sehingga RM3-RM8 sekuntum pada musim perayaan dan menurun sedikit pada hari-hari biasa sekitar RM1.00 - RM2 sekuntum pada hari biasa. Adalah penting bagi seseorang mempelajari sebahagian dari imlu bagaimana cara menanam dan menjaga tanaman bunga kantan agar pembaca semua boleh amalkan. Bunga kantan ini sebenarnya adalah tanaman yang bermula dari rizom yang diambil daripada rumpunan pokok kantan yang telah matang dan sesuai untuk dijadikan bahan tanaman atau benih tanaman. Cara terbaik pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rizom dari rumpunannya menggunakan cangkul atau alat lain yang sesuai. Digalakkan agar engambil rizom ini dari pokok kantan yang telah matang yang telah mencapai ketinggian optima dan sebaiknyanya pokok kantan yang telah menghasilkan bunga. Pengambilan rizom dari pokok yang kurang matang penulis blog tidak galakan kerana apabila ditanam maka kadar tumbesaran pokok tidak memberansangkan dan ada kes pokok terdrbut mungkin mati. Sebaiknya rizom yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah terutama tanag gembur seoerti jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat memang ia tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Apa pun sebaik baiknya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.


Penanaman benih kantan dengan rizom sebaiknya di dalam lubang yang kemudian ditimbus tanah (Sila lihat foto disebelah). Rizom yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru. Ada juga penanam pokok kantan membuat batas dan menanamnya diatas batas terutama dikawasan rata yang mudah untuk alirkan air ketika hujan tiba. Pemeriksaaan berkala perlu dilakukan selepas menanam dimana lazimnya selepas 2-3 minggu akan dilihat rizom kantan akan mula ianya mengeluarkan anak yang baru. Kemudian pengurusan yang perlu dijalankan adalah untuk tempoh minggu keempat maka aktiviti penyiraman boleh dikurangkan kerana pada umur ini lazimnya pokok kantan yang ditanam lebih stabil bergantung pada cuaca. Bagaimana pun jika cuaca panas dan kering berterusan maka penyiran perlu diteruskan. Amalan agronomi yang penting untuk pengurusan tanaman kantan adalah aspek pembajaan. Pemberian baja NPK yang tinggi kandungan Nitrogen (N) boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun membolehkan aspek warna kehijauan pokok. Selalunya inu rizom kantan (batang tua) boleh ianya dipotong untuk tujuan mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak. Gunakan pisau tajam memorong batang benih induk ini secara serong untuk elakkan berlaku serangan kulat terutama dimuism hujan. Lazimnya dalam tempoh 4-6 bulan kemudian makan pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok di sekelilingnya. Bagaimana pun sebagai amalan pengurusan tanaman kantan yang baik maka jikalau banyak sangat anak pokok yang keluar maka sebaiknya kena buang sedikit untuk tujuan pengudaraan dan keseimbangan rumpun pokok kantan untuk tumbuh.


Dalam pada itu apabila pokok sudah berusia sekitar satu tahun ia akan capai paras iaitu ketinggian pokok pula lazimnya mencapai ketinggisn 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan unsur Posforan (P) diberikan bertujuan untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar pokok kantan. Kemudian dalam tempoh 2 tahun akan dilihat dimana pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki jika dijaga dengan baik. Pada masa ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Pemberian jenis baja NPK yang tinggi kandungan Kalium (K) diberikan bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunganya. Seterusnya adalah proses dimana batang muda ini pokok kantan adalah rupa awal bunga kantan (Sila lihat foto disebelah). Ia dilihat agak berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap untuk menjadi batang pokok kantan. Apa pun lazimnya dimana bunga kantan akan tumbuh iaitu ia dicelahan batang pokok kantan. Secara teknikalnya dimana serumpun dengan beberapa batang pokok kantan matang boleh ia dapat mengasilkan 1-2 batang bunga setiap kali. Jika dilihat dimana serumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok yang naik keatas. Apabila sudah hari ke 4-7 hari selepas ia terbit dimana bunga kantan yang sudah membesar akan ia mula mengeluarkan warnanya yang kemerahan dan keputihan bergantung kepada umurnya dan jenisnya. Lazimnya pada masa berkudup ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Pengurusan tanaman yang baik akan mana ia membolehkan petani menuai bunga boleh dituai 4-5 hari sekali. Dalam pada itu bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan. Penjagaan pokok kantan ini dilaporkan memang agak mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak dimana hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah. Selalunya akan dilihat dimana batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya. Penulis blog kongsikan bagaimana pengiraan Hasil Pokok (Sebulan) bagi tanaman kantan komersil. Formula dengan menentukan jumlah rumpun pokok(R) x jumlah kuntum (K) x harga semasa (RM) x jumlah tuaian sebulan (T). Contoh mengira dimana petani menanam 100R x 3K x 1RM x 7T akan memberikan pendapatan RM2,100 dan kalau menanam 500R x 3k x 0.5RM x 7T = RM5,250. Dalam pada itu kalau petani menanam 800R x 3k x 0.8RM x 7T maka pendapatan dijangka sebanyak RM13,440. Pada peulis blog dimana sebaiknya dirancang jadual penanaman mengikut kemampuan dan potensi pasaran bunga kantan.  Dilaporan permintaan bunga kantan akan meningkat semasa perayaan dimana harganya adalah lebih baik berbanding dengan hari biasa. Seuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM KANTAN... PENGURUAN ADA...
BENIH DI PILIH... DITANAM DAN DIJAGA...
BUNGA KUDUP... DIPOTONG TUAIANNYA...
HARGANYA BAIK... SEPANJANG MASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...