Mungkin kalangan pembaca dan juga masyarakat umum telah mengetahui tanaman kelapa sawit merupakan tanaman pertanian terbesar di negara ini. Pada penuli blog penggunaan kelapa sawit untuk menghasilkan minyak secara besar-besaran pasti meninggalkan sisa tandan kosong yang banyak. Dilaporkan dulu diman hanya 10% sahaja minyak dapat dihasilkan manakala 90% lagi merupakan sisa pertanian yang dikenali sebagai biomas. Ada sesetengah sisa sawit tersebut dijadikan makanan haiwan siap diproses namun selebihnya akan dibuang begitu sahaja. Ada beberapa institusi dan agensi serta universiti yang menjalankan kajian mengenai bagaimana penghasilan baja organik daripada sisa kilang kelapa sawit. Dilaporkan dimana kompos yang terhasil dari sisa sawit adalah 100% organik. Biasanya ia dihasilkan melalui Kaedah Pengomposan iaitu proses penguraian (Pengoksidaan) sisa buangan organik kepada bahan akhir yang stabil serta boleh digunakan semula untuk tanaman. Semasa proses penguraian atau pengoksidaan bahan ini dipengaruhi unsur mikro organisma pengudaraan, kelembapan dan nutrien atau bahan di kompos yang bersesuaian. Selain itu kompos yang terhasil memiliki keperluan asas nutrien yang diperlukan oleh banyak jenis tumbuhan serta ciri baik dimana ia mempunyai water holding capacity yang tinggi. Menyentuh mengenai tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap produk-produk organik terutamanya sumber makanan adalah masih rendah berbanding dengan negara lain seperti UK, US dan negara jiran seperti Singapura. Ada laporan diman di beberapa negara maju dimana sayur-sayuran dan buah-buahan organik dijual dengan harga sehingga tiga kali ganda lebih mahal berbanding harga sayuran dan buah-buahan yang ditanam yang tidak organik. Kini penghasilan produk-produk yang mana ia berasaskan organik ini sudah pun dapat memberikan pendedahan dan mendidik masyarakat untuk menghasilkan sayuran dan buah buahan yang organik melalui penggunaan baja organik. Di Malaysia walaupun terdapat banyak produk kompos di pasaran tetapi tidak semuanya tulen. Ini kerana ada pengusaha yang menambah beberapa nutrien khusus iaitu daripada sumber yang bukan organik ke dalam baja kompos mereka. Peranan media untuk dapat mendidik masyarakat tentang penggunaan bahan-bahan berasaskan organik dalam kehidupan seharian disamping menggalakkan masyarakat menanam sendiri sayuran-sayuran yang lebih sihat dan jimat serta meningkatkan ekonomi masyarakat.
Beberapa portal media melaporkan bagaiana 'MPOB hasilkan baja mampu tingkat pengeluaran sawit' termasuk oleh bharian.com. Dilaporkan dimana ada sekumpulan penyelidik di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang menghasilkan inovasi formulasi baja yang mengandungi nutrien seimbang, sekali gus mampu meningkatkan pengeluaran hasil buah sawit. MPOB mendakwa dimana baja itu adalah hasil daripada penyelidikan yang juga satu inovasi baja sebatian yang dikenali MPOB F3 iaitu dalam bentuk butiran padat dan diformulasi dengan nisbah seimbang nitrogen, fosfat, kalium, magnesium dan borate yang dirumus khas untuk pokok sawit ditanam di tanah mineral. Formulasi baja MPOB F3 yang mengandungi nutrien seimbang juga sesuai untuk kelapa sawit ditanam di pelbagai jenis tanah. Apa pun pokok sawit perlu pembajaan yang sempurna termasuk kandungan nutrien seimbang untuk pengeluaran hasil yang tinggi. Kini walaupun keperluan nutrien adalah khusus mengikut keadaan setempat, penggunaan nisbah nutrien yang seimbang dalam baja sebatian akan memberikan input nutrien yang bersesuaian pada lokasi yang berbeza. Penggunaan baja secara sistematik akan meningkatkan pengeluaran buah tandan sawit dan menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi pengusaha ladang dan pekebun kecil. Penggunaan baja MPOB F3 dapat menjimatkan kos kerana berupaya dalam cara mengurangkan kehilangan nutrien dan meningkatkan keupayaan pengambilan nutrien oleh akar pokok. Setelah pengenalan formulasi baja seimbang ini dapat mengurangkan kesan negatif persekitaran yang berkaitan dengan kadar penggunaan baja berlebihan, penurunan kualiti tanah dan pencemaran dari logam berat. Bagi tujuan pengkomersialan baja MPOB F3, MPOB sudah menandatangani perjanjian dengan FGV Fertiliser Sdn Bhd.
Dalam pada itu akhbar sama ada laporkan berita baik bagaimana 'Manfaatkan sisa biojisim sawit jana ekonomi' yang wajar dikongsikan faktanya. Proses pengitaran semula lambakan sisa biojisim terhasil daripada industri sawit ini menjanjikan pulangan lumayan dalam melestarikan usaha pembangunan ekonomi di negara kita. Tanaman kelapa sawit dengan nama saintifiknya Elaeis guineesis berasal dari Afrika Barat. Ia kini di antara tanaman makanan berminyak bagi penghasilan minyak masak yang boleh dimakan dan berkembang secara meluas di banyak kawasan tropika Selatan Asia, terutama Malaysia. Industri minyak sawit tonggak ekonomi Malaysia dan memainkan peranan penting dalam pembekalan sumber makanan serta tenaga pada peringkat global. Selama beberapa dekad, Malaysia berada pada kedudukan baik selaku antara negara pengeluar minyak sawit paling produktif dunia. Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), minyak sawit ialah minyak sayuran yang banyak digunakan dunia. Penggunaannya pada 2018 berjumlah 70.21 juta tan dan menyumbang ebanyak 30.9% penggunaan minyak serta lemak global. Pihak Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menyatakan eksport minyak sawit pada suku ketiga 2020 dijangka meningkat 2.5% kepada 4.56 juta tan berbanding suku sebelumnya disebabkan permintaan meningkat daripada pasaran tradisional India, China dan Kesatuan Eropah (EU). Terkini sawit sudah menjadi tanaman ekonomi utama mencetuskan pengembangan kawasan perladangan di Malaysia. Bagaimanapun, laporan Prospek Masa Kini dan Masa Hadapan Biojisim Kelapa Sawit di Malaysia oleh Onoja pada 2018 ada menyatakan 10% minyak dihasilkan daripada satu pokok sawit, manakala lebihan ialah sisa biojisim terhasil seperti pelepah sawit (OPF) dan tandan buah sawit kosong (EFB). Jika semua sisa ini tidak diuruskan dengan baik, ia bakal mendorong masalah pelupusan yang menjurus kepada pencemaran alam sekitar. Sisa biojisim ini mampu menawarkan pulangan ekonomi menarik melalui penghasilan produk nilai tambah yang memberi manfaat sejagat, secara tidak langsung mengatasi masalah dimana ia membabitkan pencemaran alam sekitar. Keupayaannya dalam menghasilkan produk nilai tambah mula dilihat sebagai sumber utama yang mampu melestarikan ekonomi negara. Walau pun ada beberapa penyelidikan dijalankan iaitu dengan menggunakan sisa biojisim sawit sebagai bahan mentah atau penggantian separa dalam pelbagai aplikasi seperti pengitaran semula nutrien, makanan haiwan, pulpa dan kertas, papan serat, komposit biodegradasi, gula fermentasi dan bioetanol. Sisa biojisim sawit ini terdiri daripada dinding sel tumbuhan berlignoselulosa terikat dalam bahan rangka lignin dan bahan lain tegar, seperti mikrofibril sel kristal tegar yang perlu diurai. Apa pun secara amnya, kandungan lignoselulosa terkandung dalam sisa biojisim ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu selulosa, hemiselulosa dan lignin. Strukturnya kompleks dan tegar memerlukan proses rawatan untuk mengurai dan memisahkan komponen utama itu agar memudahkan proses biopenukarannya kepada produk nilai tambah. Namun, sebelum proses prarawatan dijalankan, sisa biojisim perlu diproses secara fizikal dan mekanikal terlebih dahulu melalui proses pengeringan serta pengisaran kerana sisa biojisim sawit mengandungi lebih 40% kelembapan yang cenderung kepada pertumbuhan kulat. Ada beberapa pendekatan digunakan dalam merawat biojisim ini dan boleh ianya diguna atau diklasifikasikan kepada beberapa kategori, iaitu kaedah prarawatan secara kimia (cecair ionik, alkali dan asid cair); fizikal (penyinaran tenaga, pengisaran) dan biologi. Sejak kebelakangan ini, proses prarawatan banyak tertumpu kepada penggunaan kaedah secara kimia, iaitu menggunakan cecair ionik dan larutan beralkali seperti ammonia serta natrium hidroksida. Prarawatan cecair ionik dan alkali mampu menguraikan struktur biojisim berlignoselulosa tanpa ianya menghasilkan produk perencat ketara. Pelarut eutektik dalam (DES) ialah sejenis pelarut hijau dan didefinisikan sebagai campuran dua atau tiga komponen penderma ikatan hidrogen dan penerima ikatan hidrogen yang membentuk campuran eutektik melalui interaksi hidrogen dan mempunyai titik takat lebur lebih rendah daripada setiap komponen individunya. Bagi prarawatan alkali pula, ia mampu memecahkan struktur dalaman biojisim berlignoselulosa yang mengakibatkan pembengkakan gentian selulosa dan pengubahsuaian penghabluran selulosa. Ia juga prarawatan ideal disebabkan beberapa kriteria seperti kos pengendaliannya murah, mudah disintesis dan mesra alam.
Kolaborasi antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yayasan Sime Darby (YSD) dan Kementerian Pendidikan melalui beberapa geran penyelidikan mengambil beberapa inisiatif menangani masalah lambakan sisa biojisim sawit ini bagi mencapai matlamat industri sawit sifar sisa. Sisa biojisim ini menarik minat pelbagai kumpulan penyelidik dan kajian semakin meningkat terhadap lebihan biojisim sawit sebagai sumber biotenaga boleh diperbaharui atau 'bahan pengantara' seperti gula monomer (terutama glukosa dan xilosa) untuk ia dapat menghasilkan pelbagai produk nilai tambah disebabkan sifat fizikokimia biojisim sawit yang baik dan kaya dengan kandungan nutrien. Bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan biojisim dirawat, malah cecair legam terhasil selepas proses prarawatan ke atas biojisim ini turut dikitar semula. Cecair legam terhasil selepas proses prarawatan biasanya dilupuskan, sekali gus membawa kepada pencemaran alam sekitar. Bagi mencapai matlamat membawa industri sawit mencapai strategi sifar sisa, beberapa proses pemulihan dijalankan ke atas cecair legam terhasil kerana ia mengandungi bahan lignoselulosik tinggi, iaitu hemiselulosa dan lignin yang berupaya melalui proses biopenukaran kepada produk nilai tambah. Kajian analisis secara kimia dijalankan berjaya menghasilkan gula monomer seperti glukosa dan xilosa yang boleh diaplikasikan dalam produk makanan. Apa pun kajian ini menghasilkan produk prebiotik seperti xilooligosakarida (XOS) yang khususnya banyak diaplikasikan dalam industri farmaseutikal. Penggabungan XOS ke dalam makanan menambahkan sifat fisiologi yang bermanfaat bagi tubuh, termasuk penyerapan kalsium dan metabolisma lipid, pencegahan karies gigi dan pengurangan risiko kanser kolon akibat pembentukan asid lemak rantaian pendek. XOS juga menghasilkan pelbagai manfaat tambahan lain kepada kesihatan manusia seperti pengawalan kolestrol, meningkatkan keupayaan pengambilan kalsium dan juga mampu bertindak sebagai antioksidan. Pengitaran semula lambakan sisa biojisim terhasil daripada industri sawit ini menjanjikan pulangan lumayan dalam melestarikan pembangunan ekonomi di negara kita. Inisiatif dijalankan ini ialah hasil kerjasama baik yang dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi di Malaysia dan global. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Waslllam!!!..
SISA SAWIT... SUDAH DI KOMERSILKAN...
BANYAK TANAMAN... SESUAI GUNAKAN...
HARGA MURAH... MENGIKUT KEMAMPUAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.