Support My Blog

Wednesday, July 12, 2023

PANTANG LARANG AMBIL MADU

MADU LEBAH 
(Bee Honey) merupakan sejenis makanan daripada spesis beberapa spesis lebah yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Malahan madu juga telah digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa dimana ia juga akan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai jenis penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989) dimana madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang. Di Malaysia pula penghasilan madu merupakan industri yang kecil dengan penternakan Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) serta Kelulut (Tripona spp). Pencarian Madu Tualang oleh Lebah Tualang iaitu sejenis lebah liar dihutan (Apis dorsata) dilakukan dari pokok tualang yang tinggi dihutan. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu MADU MONOFLORA dan MADU POLIFLORA. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja. Dalam pada itu madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli yang mana lebih digemari pengguna. Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun didakwa hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral. Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 - 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Penulis blog ada menulis banyak artikel mengenai madu dalam blog ini untuk dibaca sama dan dirujuk. Madu juga mengandungi antara 4 - 5 peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu memang madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia. Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 - 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology"  saya paparkan beberapa fakta mengenai kehebatan madu lebah dan pantang larang untuk diketahui pengguna untuk dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan pembaca semua.


Perkara terpenting bagi pengguna madu adalah mengam
alkan minum madu tetapi perlu sentiasa awas kerana ada banyak produk madu tiruan dipasaran!. Ramai yang sedia maklum tentang manfaat dan khasiat penggunaan madu dalam habit kehidupan seharian berbanding gula dan fakta ini berjaya menyakinkan ramai orang untuk mengamalkan madu dengan lebih kerap. Ada dakwaan beberapa pihak dimana kemungkinan terdapat sekitar 80% dari madu yang kini berada di pasaran sekarang merupakan madu tiruan yang diperbuat dari bahan asas gula, kanji dan perasa berwarna. Mungkin kalangan pengguna biasa tidak tahu akan perbezaan antara madu asli dengan madu tiruan. Mereka hanya mendengar kenyataan rakan dan sosmed yang digunapakai didalam pemikirannya. Apa pun teknik untuk mengetahui sama ada produk madu itu asli atau tiruan adalah melalui analisa makmal. Ada juga kemungkinan madu yang anda yakin asli di dapur anda sekarang merupakan madu tiruan atau sintetik walaupun dipasarkan di bawah jenama antarabangsa yang terkenal. Terdapat juga laporan yang menyatakan individu yang mengamalkan madu tiruan dalam jangkamasa yang tertentu boleh menghidap pelbagai penyakit bahaya seperti diabetes akibat kandungan gula yang tinggi dalam penghasilan madu tiruan. Menyedari potensi dalam pemasaran makanan sunnah itu yang semakin meluas pembaca perlu memeriksa kualiti pembekalan madu yang pasti asli. Madu Asli dijamin tinggi khasiatnya dihasilkan dari lebah yang menghisap pelbagai sari tumbuhan terutamanya di kawasan pergunungan di negara timur tengah tersebut. Apa pun didakwa pengambilan madu asli ini secara berterusan boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Memang selain digunakan sebagai rawatan alternatif kepada penyakit tertentu, khasiat madu asli turut memberi manfaat kepada kecantikan dan kesihatan kulit. Jika sebelum ini terdapat pengguna yang bergantung kepada pil kecantikan untuk kekal cantik tetapi kesannya masih belum memuaskan, apa kata cuba amalkan pengambilan madu asli ini setiap hari.


Produk madu asli dengan amalan pengambilannya setiap hari boleh membantu menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, muda dan halus secara semula jadi. Malahan ada dakwaan dimana dalam perubatan tradisional madu asli berupaya didalam usaha untuk menyembuhkan luka terbakar pada kulit. Jika luka itu disapu dengan madu maka ia selalu dapat mengurangkan rasa sakit dan mencegah berlakunya kesan pengelupasan serta melindungi daripada jangkitan kuman.  Khasiat madu asli sudah dibuktikan dalam beberapa kajian yang dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari berupaya mencegah pelbagai penyakit dan akan memberi tenaga yang cukup. Secara umum penggunaan madu asli boleh diamalkan untuk kesihatan dalaman dengan makan 1 sudu pada sebelah pagi dan malam untuk membantu mencegah dan menyembuh pelbagai masalah kesihatan. Dilaporkan dimana madu asli juga boleh menganjalkan dan mencantikkan kulit muka dengan cara meratakan sesudu madu asli di seluruh muka dan leher. Biarkan selama 15 minit dan kemudian bilas untuk kesan yang berpanjangan. Dari segi lain dilaporkan dimana sarang lebah sendiri juga mempunyai banyak kelebihan di samping mengandungi propolis. Dengan mengunyah satu sudu sarang lebah sekali sehari selama 15 minit ada yang mendakwa ia akan dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti pernafasan termasuk asma dan lelah dan sebagainya. Harga madu asli biasanya agak sederhana di Malaysia lingkungan RM100 lebih bagi satu liter atau sekilogram dipasaran. Harga yang sangat sangat mampu milik jika dibandingkan dengan kualiti dan khasiat yang bakal anda nikmati. Beberpa testimoni menyatakan dimana madu lebah asli mampu meningkatkan metabolisme badan, mencantikkan kulit dan awet muda, ibu yang selepas bersalin, merawat luka luaran dan dalaman, mengurangkan kadar gula dalam darah, menguatkan minda dan ingatan, menguatkan antibodi dan memberi tenaga, perbaiki sistem pencernaan dan penghadaman serta menstabilkan tekanan darah.


B
agaimanapun di sebalik kebaikannya tahukah anda kini dilaporkan ada pantang larang yang tidak boleh dilakukan selepas minum madu. Didakwa dimana jika pantang larang ini dilanggar ia mungkin membuatkan khasiatnya tidak berguna kepada tubuh kita. Malahan didakwa ia boleh menyebabkan masalah obesiti dan penghadaman. Pertama pantang larang tersebut adalah 'Jangan tidur selepas minum madu'. Ada sesetengah orang yang minum madu sebelum tidur kononnya untuk menjaga kesihatan. Tetapi sebenarnya, madu memiliki kandungan kalori yang cukup tinggi. Satu sudu madu sekurang-kurangnya mempunyai 64 kalori sementara gula hanya mengandungi 49 kalori dalam jumlah sama. Pembaca boleh ganti kebiasaan amalan minum madu ini pada waktu pagi agar kalorinya dapat terbakar. Jika kita minum sebelum tidur maka kalori yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan risiko obesiti. Pantang larang kedua adalah 'elakkan makanan bergula selepas minum madu' dilakukan. Ini kerana ada amalan dimana ramai menjadikan madu sebagai pengganti gula. Selain kandungan fruktosa dan glukosa yang lebih rendah berbanding gula, madu asli juga kaya dengan kandungan magnesium, kalium, antioksidan dan mineral.  Pengambilan madu berlebihan dapat meningkatkan kadar gula dalam darah sehingga meningkatkan risiko kenaikan berat badan, penyakit jantung dan diabetes jenis 2. Sebaik-baiknya cuba elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula selepas minum madu. Pantang larang ke 3 adalah 'Jangan minum madu dalam kedaan panas' dimana sebaiknya pembaca blog jangan minum madu yang telah pun dipanaskan kerana ia dipercayai boleh mematikan khasiat yang terkandung di dalamnya selain menyukarkan proses penghadamannya. Kalangan masyarakat India juga percaya mencampurkan madu dengan minyak sapi memang boleh menyebabkan ia menjadi racun pada tubuh. Pantang larang mengambil madu ke 4 adalah 'Jangan beri madu pada bayi' walau pun ingin cuba sahaja. Madu tidak sepatutnya diberikan pada bayi berusia kurang 12 bulan. Madu, terutamanya yang asli, terdedah kepada bakteria dikenali sebagai Clostridium botulinumBakteria ini dapat menyebabkan keracunan botulisme, di mana tubuh akan mengalami kekejangan dan boleh meragut nyawa. Ia jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mempunyai sistem imunisasi yang tinggi. Namun jika selepas minum madu anda berasa pening, mual, muntah dan cirit-birit, segera berjumpa dengan doktor. Pastikan semua mendapatkan madu yang asli dan elakkan membeli madu lebah tiruan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
AMBIL MADU... KENA BETUL CARA...
PASTIKAN MADU ASLI... PERIKSA...
JANGAN TIDUR... SELEPAS AMBILNYA...
PETUA YANG LAIN... SILA MEMBACA!...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Muharam 1443H).
Kemaskini pada 18 Zulhijjah 444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...