PISANG CAVENDISH (Musa spp) merupakan sejenis pisang dimakan segar yang popular di seluruh dunia iaitu sejenis tumbuhan daripada keluarga Musaceae. Tanaman pisang Cavendish di Malaysia amat sedikit berbanding dengan jenis pisang berangan, pisang nipah dan pisang tanduk. Bagaimana pun dilaporkan pisang cavendish ini ada di tanam di Johor, Sabah dan beberapa negeri lain dengan skala sederhana. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan teknologi dalam penanaman pisang cavendish semasa bertugas dahulu dimana kebanyakan pengusaha memerlukan kepakaran khusus untuk mendapatkan kualiti buah yang bermutu tahap dunia. Pisang cavendish ini mempunyai tandan seberat 25 - 40 kilogram dengan mempunyai kulit berwarna kuning terang seragam menarik apabila masak setelah dibuat rawatan dengan suhu sejuk. Kulitnya yang tebal ini mudah dikupas walau pun agak tebal dimana isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan lembut, berbau wangi serta rasa yang manis. Pisang cavendish memang ada dijual dibanyak premis terutama premis pasaraya sehingga ke kedai runcit tempatan. Penulis blog suka makan pisang cavendish sebagai pencuci mulut atau dimakan segar dimana pisang merupakan sejenis makanan pemberi tenaga. Sebenarnya pisang cavendish merupakan merupakan salah satu buah favorit di seluruh dunia dan mudah di dapatkan dimana-mana. Pisang ini banyak beredar di pasaran mulai dari pasar tradisional hingga pasar ke pusat perniagaan besar. Pisang Cavendish apa yang penulis blog tahu merupakan tanaman komoditi buah-buahan tropika yang sangat popular di dunia dipercayai ia berasal dari Vietnam dan China. Namanya adalah sempena nama William Cavendish, Duke Devonshire ke-6 dan kekal sehingga hari ini. Di beberapa lokasi lain pisang ini juga dikenali dengan nama Pisang Ambon Putih. Pisang Cavendish banyak dibiakkan menggunakan kaedah Kultur Tisu (TC) dimana teknik pembiakan ini merupakan paling sering digunakan. Kehebatan benih pisang menggunan teknologi TC adalah ia didakwa mampu melawan penyakit utama pisang seperti Penyakit Layu Moko secara semula jadi. Penyakit Moko Pisang ini terjadi akibat serangan oleh patogen Pseudomonas solanacearum. Penyakit Layu Panama pula menyerang pisang ini akibat Fusarium oxysporum cubense. Serangan kedua-dua penyakit ini di laporkan ada di Malaysia telah menyebabkan beberapa pengusaha pisang cavendish ini mengalami kerugian dan mereka sering mencari kawasan baru untuk menanam pisang cavendish seperti di Kluang, Johor yang penulis blog pernah buat tinjauan. Sila baca artikel berkaitan dengan pautan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Artikel tengahari khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pisang cavendish sebagai bahan rujukan semua pembaca.
Penulis blog merujuk kepada laporan dari laman Royal Botanica Garden yang menyatakan pisang cavendish yang dengan nama botaninya adalah Musa accuminata ini ditanam di seluruh dunia sebanyak 55 - 60 juta metrik tan sepanjang tahun. Dilaporkan dimana pisang cavendish ini adalah buah pisang yang memenuhi hampir seluruh pasaran eksport pisang global. Kenapa ramai penduduk dunia makan jenis pisang cavendish segar adalah disebabkan pisang ini bernutrisi tinggi yang mana sangat sesuai kepada ahli sukan (Atlete). Memang bukan jadi rahsia lagi bahawa pisang adalah salah satu buah hebat yang memiliki kandungan nutrisi yang kompleks seperti kandungan vitamin A dan C yang sangat tinggi. Pisang Cavendish juga mengandungi bahan mineral seperti Fosforus (P), Kalsium (Ca), Kalium (K) dan Karbohidrat yang diperlukan tubuh. Ada dakwaan klinikal dimana pisang cavendish ini menjadi pilihan terbaik untuk mengisi bahan bakar otot seseorang yang aktif berolahraga dan bersukan. Harga pisang ini merupakan antara harga mampu beli dan terjangkau oleh ramai pengguna diseluruh dunia. Walau pun pengurusan tanaman pisang cavendish dilaporkan agak susah dan rumit akan tetapi ia masih menjajikan pulangan terbaik kerana penghasilan yang agak lumayan. Pisang ini perlukan rawatan sejuk untuk dibawa kepengguna dalam jarak yang jauh. Faktanya sehingga kini pisang cavendish yang menjadi 'pisang primadona' di seluruh dunia dengan harga yang cukup murah dan relatif stabil. Memakan pisang cavendish boleh menyebabkan perut menjadi kenyang dan sesuai diambil sebagai makanan diet. Hebatnya kerana pisang cavendish dilaporkan mengandungi karbohidrat yang tidak dapat dicerna. Ini memberikan efek kenyang lebih lama kepada seseorang yang makannya. Selain itu, pisang cavendish pun memiliki serat makanan dimana ini telah menyebabkan para ahli sukan memakannya sebagai makanan sempurna sebelum dan sesudah latihan atau berolahraga.
Ramai pembaca mungkin kurang tahu apabila pisang cavendish ini boleh dan mampu menyembuhkan situasi mabuk. Ia merupakan fakta menarik dari pisang cavendish apabila kemampuannya untuk meneutralkan rasa mabuk seperti mabuk dalam kereta. Perkara ini disebabkan pisang cavendish kaya akan kandungan potasium yang dapat meredakan rasa mual dan muntah. Dilaporkan dimana pada masa dahulu pisang cavendish ini berbiji akan tetapi sekarang ianya sudah tidak berbiji sama sekali. Pisang cavendish yang sekarang beredar di pasaran sekarang diseluruh dunia adalah pisang cavendis dari jenis hibrid yang meneluarkan buah pisang tanpa biji. Dahulu dilaporkan sebelum ditemukanya pisang hidrid tersebut memang pisang cavendish liar memiliki biji yang mengganggu semasa dimakan sehingga tidak menarik ramai orang untuk memakannya. Pisang cavendish yang berwarna kuning bersih ini memiliki banyak kandungan zat berguna untuk kesihatan seperti Riboflavin, Manganese, Vitamin A, Vitamin B6, Niacin, Serat, Protein, Vitamin C, Besi, Kalium, Folate dan juga bahan Magnesium. Sesiapa yang mengambil pisang ini didakwa akan lebih sihat dan membantu mencegah penyakit menular mahupun penyakit dalaman. Ada yang semata-mata makan buah pisang dan buah-buahan lain dengan tidak mengambil nasi sebagai amalan makanan diset harian. Ramai suka makan pisang ini kerana rasanya yang sedap dan kurang manis selain dapat mengenyangkan perut dengan makan satu dari sesisir pisang sahaja. Ia adalah sebagai sumber tenaga hebat kerana kandungan karbohidrat sederhananya cukup untuk mengenyangkan perut. Jadi ianya sesuai untuk orang diet dan dan aktif berolahraga. Pisang merupakan sejenis buah-buahan yang menyihatkan jantung. Kandungan kalium tinggi dan sangat berkesan mencegah tekanan darah tinggi untuk diri kita. Ia juga dilaporkan mampu menyimbangkan darah. Pisang Cavendish kaya dengan vitamin B6 yang berperanan aktif dalam pembentukan antibodi dan jiga hemoglobin di dalam darah kita dan ia sudah tentu memang menyihatkan. Ia juga melindungi sister saraf dan menjauhi potensi terkena stroke. Pisang ini dilaporkan bertindak sebagai 'mood boster' disebebkan ianya memberikan ketenangan kepada manusia melalui zat yang bertanggung jawab atas 'feeling' seseorangagar merasa lebih tenang dan bahagia. Cewah kalau kali sentap elok sangat makan pisang ini. Ia memang makanan yang baik untuk kesihatan otak. Bagi mereka yang sering pedih perut ataupun selalu sakit perut disyorkan makan pisang ini kerana ianya dapat menenangkan perut kita dari selalu pedih dan pastinya kenyang bila makan.
Berita bagaimana 'Sabah berpotensi jadi pengeksport bersih pisang Cavendish' menarik dikongsikan. Sabah perlu menerima guna model perniagaan ladang pisang Cavendish yang berjaya di Kemboja untuk memenuhi permintaan tempatan dan pasaran eksport, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Junz Wong (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini dilaporkan media tempatan setelah dia melawat ladang pisang Cavendish seluas 4,046.85 hektar di negara berkenaan yang diuruskan rakyat Malaysia iaitu Datuk Tom Chow Chin Kiat. Dalam pada itu Junz menyatakan rasa kagum terhadap teknologi perladangan moden yang telah digunakan untuk mengeluarkan pisang berkualiti tinggi secara konsisten bagi pasaran termasuk China, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat. Mereka mempunyai kepakaran, malah mereka memiliki ladang benih kultur tisu sendiri selain nurseri menggunakan kaedah pengeluaran benih konvensional. Selain itu mereka ada kilang pembuatan baja sendiri yang mengeluarkan 10 tan baja organik setiap bulan, menggunakan terutamanya hampas sawit yang banyak di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ladang itu turut menggunakan sistem pengairan moden dan sistem dron berteknologi tinggi untuk memantau kedaan pertumbuhan dan nutrisi tumbuhan tersebut. Ia juga dilengkapi sistem mekanikal khusus untuk mengangkut pisang setelah dituai ke bahagian jaminan kualiti dan kawalan kualiti (QAQC) kemudiannya dipindahkan keah kilang pembungkusan yang meningkatkan tahap kecekapan secara ketara. Keseluruhan ladang pisang tersebut termasuk bahagian pembuatan dan pembungkusan, menggaji 2,000 pekerja dan perbelanjaan modal awal adalah tidak kurang daripada US$10 juta (AS$1=RM4.12). Dia menjemput mereka untuk datang ke Sabah serta membawa masuk pelaburan, pengetahuan teknologi dan sistem QAQC mereka. Kita masih menunggu berita selanjutnya dari Sabah mengenai usaha penanaman pisnag cavendih untuk pasaran domestik dan eksport dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KINI DIEDARKAN.. DISELURUH DUNIA...
WARNA CANTUK... MANIS RASA ISINYA...
BOLEH DIPERLUASKAN ... DI MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Muharam 1443H).
Kemaskin i pada 6 Julai 2023.
Posted from:
Room 2309, Trove Hotel, JB.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.