Support My Blog

Sunday, July 9, 2023

ISU PENGGUNAAN PLASTIK DI KEBUN

PENGGUNAAN PLASTIK SILVERSHINE (Silvershine plastic) di kebun sangat lazim dilkukan oleh kebanyakan petani dan pihak perladangan komersial diseluruh dunia. Petani di Malaysia terutama mereka yang menanam tanaman makanan jangkapendek seperti sayuran, nanas dan sebagainya kini lazim menggunakan sungkupan plastik. Sungkup plastik ialah sejenis lapisan plastik khusus dibuat untuk digunakan dan berfungsi seperti sungkupan lain bagi tujuan mengelakkan dari masaalah persaingan dan pertumbuhan rumpai dan untuk menjimatkan air dalam amalan agronomi pertanian serta sering digunakan juga didalam amalan seni taman hiasan  (landscaping). Kini ada beberapa jenis sungkupan plastik juga bertindak sebagai lapisan untuk memerangkap bahan methyl bromida iaitu sejenis bahan pewasap untuk dapat membunuh serangga perosak tanaman dan juga penyusut lapisan ozon di dalam tanah. Penulis blog memang amat sering melihat bagaimana petani memasang plastik sungkupan silvershine di kebun sayur dan di kenun nanas (di tanah mineral). Tanaman akan tumbuh dari lubang-lubang kecil yang dibuat pada permukaan plastik. Sungkup plastik juga sebaiknya petani akan disesuaikan dengan sistem pengairan khusus seperti teknologi Sistem Pengairan Titis (Drip irrigation). Sila baca mengenai kebaikan penggunaan plastik sungkupan ini didalam artikel saya (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Apa pun selalunya plastik silvershine penutup batas ini lazimnya mempunyai warna hitam sebelah belakang dan warna silver (perak) disebelah lagi. Petani perlu faham akan cara pemasangan plastik ini dimana bahagian yang berwarna silver mesti diletakkan menghadap matahari dan bahagian hitam mesti dibahagian bawah menghadap tanah (Sila lihat foto paling atas). Plastik Sungkupn ini di rentangkan atau perlu diletakkan diatas batas tanaman mengikut panjang batas dan ditepinya dikambus dengan tanah agar tidak di terbangkan oleh angin. Sebaiknya plastik penutup batas di rentang sehingga ketat dan elakkan daripada ada lekukan ditengah batas kerana ia merugikan ruang penanaman dan menjadi tadahan air. Pasangkan pita sistem pengairan titis diatas batas sebelum memasang plastik penutup batas. Lubang-lubang penanaman dan lubang pembajaan akan ditebuk dipermukaan plastik menggunakan sukat atau alat yang sesuai dengan jumlah dan jarak mengikut keperluan. Bgaimana pun isu berkaitan cara pembuangan sungkup plastik sering kali dinamakan sebagai masalah persekitaran yang tidak baik kepada tanah dalam jangkamasa panjang. Walau pun ada kajian dan penyelidikan mengenai teknologi untuk kitar semula sungkupan plastik yang terpakai kepada resin plastik yang boleh diguna semula akan tetapi kebanyak petani akan membajaknya terus kedalam tanah (kerana plastik tetsebut seakan reput). Plastik merupakan produk yang tidak mudah terurai dalam tanah dan untuk jangkamasa panjang maka kawasan tanaman yang sentiasa menggunakan plastik sungkupan akan bermasaalah. Artikel pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan satu isu enting mengenai kesan negatif penggunaan plastik sungkupan seperti plastik sivershine untuk jangkapanjang sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Penulis blog merujuk kepada sejarah bagaimana i
dea untuk menggunakan lapisan polietilena sebagai sungkupan dalam pertanian untuk di fahami. Perkara ini bermula pada pertengahan 1950-an bila seorang saintis iaitu Dr. Emery M. Emmert dari Universiti Kentucky di USa yelah menyedari faedah menggunakan lapisan PEKR (Polietilena Ketumpatan Rendah) dan PEKT (Polietilena Ketumpatan Tinggi) sebagai bahan sesuai untuk dijadikan sungkupan terutama bagi penghasilan sayuran. Beliau yang jalankan kajian tentang beberapa bahan dan perkara lain seperti menggunakan plastik untuk membina rumah hijau daripada menggunakan kaca atau bahan plastik dalam T+Rumah Kaca yang mana teknologinya juga masih dilakukan sehingga kini. terowong tanaman. Teknik yang diakukan adakah dengan menggunakan plastik dan bukan kaca untuk rumah hijau dimana jenis plastik lut cahaya dan hitam amat praktikan didalam penghasilan sayur. Dilaporkan sebanyak 2,500 batu persegi (6,500 km2) tanah pertanian yang aktif diseluruh dunia menggunakan sungkup polietilena atau lapisan yang serupa dengan ia untuk menghasilkan banhak jenis tanaman makanan terutama jenis polietilena ketumpatan rendah. Telah ada kebimbangan kesan dalam penggunaan sungkupan plastik yang menjejaskan akan aspek persekitaran. Kajian dapati jika plastik biasa digunakan sebagai lapisan plastik dimana kesannya ia berkemungkinan akan menumpuk (accumulation) dalam tanah untuk satu jangkamasa lama. Ini kerana selalunya aktiviti pembuangan dan pelupusan plastik adalah menungut atau dengan cara mengumpulkannya dan di letakkan dilokasi lain atau pun bagi kebanyakan petani mengikut jenis tanaman mereka akan membajaknya masuk kedalam tanah. Pengumpulan ini boleh menyebabkan tanag menjadi tidak subur kerana plastik tersebut akan menganggu proses pertumbuhan dan ini akan menyebabkan pengurangan hasil tanaman dan masalah alam sekitar. Bahan Polimer boleh biodegradasi ialah polimer yang dapat diurai secara semula jadi oleh komuniti mikrob yang wujud dalam alam persekitaran tetapi selalunya kos pastik jenis ini agak mahal. Walau pun ia didakwa akan memberikan alternatif yang berdaya lestari berbanding plastik sungkupan biasa sebagai lapisan sungkup tetapi isu masalah petumpukan plastik sungkupan dalam tanah perlu diselesaikan.


Penulis blog merujuk kepada banyak laporan mengenai kesan penggunaan sungkupan plastik di Negara China yang merupakan pengguna plastik sungkupan terbesar di dunia. Dilaporkan daripada sebanyak 1.95 juta metrik tan plastik sungkupan yang di gunakan diseluruh dunia sebanyak 74% (1.44 juta metrik tan) adalah digunakan di China. Beberapa laporan kajian menyatakan fenomena ini telah menyebabkan tanah di China telah tercemar dimana sisa plastik sungkupan ini menyebabkan struktur tanah jadi rosak, tanah menjadi keras, penyerapan air dan nutrien terganggu serta menyebabkan kitaran karbon dalam tanah tercemar menjadi kurang produktif. Kesan untuk suatu jangkamasa lama menyebabkan tanaman kurang subur dan hasilnya berkurangan walau pun menggunakan bahan input yang ditingkatkan. Sejarah menunjukkan penggunaan bahan sungkupan plastik di China bermula se
awal 1970-an dimana petani telah mengunakan kepingan plastik biasa pada jenis tanaman sayuran, kapas dan beberapa jenis tanaman lain dimana masa itu mereka mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tanaman. Kemudian pada tahun 1978 sudah diperkenalkan jenis plastik sungkupan lebih mesra alam dan teknologi dari Jepun termasuk penggunaan plastik nipis dan penggunaan pemasangan jentera yang mana kemudian digabungkan teknologi asal China dengan lebih meluas penggunaannya. Kemudian pada tahun 1983 industri ini telah membangunkan polietilena HDPE atau LLDPE seperti filem tekanan rendah dengan kepadatan nipis yang sesuai.dibuat sungkupan penanaman di lebih daripada 80 jenis tanaman dengan lebih berjaya serta nilai praktikal dan faedah ekonomi yang ketara. Kini penggunaan sungkupan plastik di China dengan ketebalan cum 4-8 µm jenis 'polyethylene film' masih lambat mereput (slow degradable), mudah koyak dan mudah hancur selepas semusim penanaman, sukar di kutip semula dan juga tidak boleh diguna semula (bagus untuk syarikat pengeluar sungkupan plastik - kena beli sentiasa). Kajian menunjukkan kesan residu plastik terdapat pada kedalaman tanah 0.3 meter senilai 72 - 260 kg sehektar bergantung kepada berapa lama penggunaan sungkupan plastik, ketebalan plastik dan juga peratus liputan permukaan tanah ditutupi dengan sungkupan. Kajian mendapati pertumbuhan tanaman terganggu apabila kandungan plastik ini mencapai sekitar 37.5 kg sehektar dimana pengurangan hasil tanaman mencecah 25% sehektar dengan pengurangan crop tiller sebanyak 17%. Penghasilan tanaman kapas dilaporkan telah menurun sebanyak 4%, 8%, 12% dan 19% apabila jumlah residu plastik dalam tanah berada sekiar 80 kg, 170 kg, 280 kg dan 370 kg sehektar. Penulis blog berpendapat contoh ini juga akan berlaku di Malaysia terutama kepada penanaman sayuran dan penanaman nanas. Ini kerana penggunaan jenis sungkupan plastik ini memang sudah menjadi amalan biasa.


Kalau dahulu penanaman nanas hanya di kawasan tanah gambut di mana petani akan membakar sisa pokok nanas setiap selesai menuai akan tetapi kini kaedah pembakaran dan juga penggunaan racun paraquat sudah tidak dibenarkan. Bagi penanaman nanas di atas tanah mineral penggunaan sungkupan plastik sudah menjadi pilihan dan amalan agronomi disyorkan terutama untuk kawalan rumpai dan tingkatkan kecekapan pembajaan. Boleh dikatakan penanaman nanas premium seperti Nanas MD2 secara komersial penggunaan sungkupan plastik jenis silvershine sudah menjadi stu kos awal yang agak tinggi selepas kos pembelian benih nanas. Bagi kawasan estet nanas terutama di kawasan tanah mineral mereka akan memasang sungkupan plastik ini menggunakan jentera untuk lebih cepat, cekap dan sistematik. Syarikan utama yang mengusahakan nanas seperti KPF, Rompine dan beberapa lagi memang sudah jadikan sungkupan plastik sebagai amalan terbaik. Bagitu pun kini dikalangan penanam nanas diatas tanah gambut pun sudah menanam nanas premium dengan menggunakan sungupan plastik. Dilihat dari segi sumber bekalan memang mudah mendapatan sungkupan plastik ini dipasaran kerana kebanyakan kilang tempatan sudah pun mampu mengeluarkan sumgkupan plastik dengan harga berpatutan (kini sudah naik lagi). Dari segi teknikal sungkupan plastik di kebun nanas merupakan kaedah terbaik akan tetapi perlu dibuat kajian jangkapanjang akan kesannya terhadap pertumbuhan tanaman seperti laporan kajian di China dalam para 3 diatas. Kajian awal boleh dimulakan oleh pihak tertentu mengenai isu ini agar akan ada alternatif atau amalan agronomi lain yang lebih sesuai dan praktikan selain dari penggunaan sungkupan plastik ini. Kemungkinan isu ini akan menjadi isu utama dalam cara akreditasi GLOBALGAP dimasa akan datang yang menggugat pasaran eksport buah nanas dan produk pertanian lain dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SUNGKUPAN PLASTIK... SERING DIGUNA...
ADA KESAN BURUK.. KAJIAN DI CHINA...
TANAMAN SAYUR... NANAS TERUTAMA....
PERLU DI LIHAT.. JANGKAPANGANG JUGA...

By,
M Anem,
Senio Agronomist, 
Room 2307, Trove Hotel,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...