KACANG HIJAU (Vigna radiata Linn) merupakan sejenis tanaman jenis kekacang dari keluarga Fabaceae yang mana tumbuhan ini dipercayai berasal daripada kawasan India dan Pakistan atau pun Bangladesh. Kacang hijau bukan sekadar makanan kaya dengan khasiat akan tetapi sebenarnya kacang hijau juga ada banyak manfaat untuk kesihatan tubuh. Apabila penulis blog mengintai didapur dikampong dimana didapati kebanyakan ibu yang rajin memasak di rumah sudah tentu kacang hijau tidak pernah terkecuali dalam stok simpanan. Selain enak dibuat bubur manis biasa juga tepungnya pula banyak digunakan dalam penyediaan kuih tradisional seperti kole kacang dan kuih putu. Bagaimana pun bagi wanita yang kreatif dimana kacang hijau bukan setakat dijadikan juadah makanan akan tetapi ia juga turut dimanfaatkan untuk kerja kraf tangan, mengawal masalah kesihatan tubuh dan boleh menghasilkan bahan perawatan kulit. Cuba pembaca blog ini bayangkan apabila butiran serbuk halus ini bukan calang-calang kegunaannya akan tetapi mempunyai ribuan manfaat untuk kesejahteraan diri penggunanya. Ini kerana laporan kajian menyatakan dimana kacang hijau mengandungi sumber protein yang sangat baik seperti rendah lemak, tinggi serat dan bahan antioksidan. Kacang hijau juga memang kaya dengan nutrisi seperti Kalsium (Ca), Zat besi (Fe), Zink (Zn), Kalium (K), fosforan (P), vitamin A, B, C, E dan K serta folat. Melengkapi nutrisi kacang hijau adalah zat Manganese (Mn), Selenium (Se), Magnesium (Mg) dan karbohidrat. Pada penulis bolg mendapati dimana kacang hijau memang sudah semestinya kesemua zat dan khasiat ini menawarkan pelbagai manfaat baik untuk tubuh. Kini penggunaan kacang hijau dalam kosmetik amat signifikan dan menjadi amalan banyak premis kecantikan. Kini juga di kebanyakan pusat kecantikan seperti spa dan pusat perawatan wajah yang mana mereka akan mementingkan penggunaan bahan semulajadi tepung kacang hijau yang dicampur susu, madu atau yogurt dijadikan pupur wajah. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan kacang hijau dan pelagai kegunaan lain selain daripada makanan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.
Kacang hijau yang ingin digunakan untuk dijadijkan Serkub Wajah (Scrub) dimana ia perlu direndam semalaman dan dikisar bersama kelapa (Sila anda lihat foto disebelah). Sebaiknya dijadikan skrub untuk menyental tubuh badan dimana ia di khususkan pada bahagian pelipat, bawah lengan, leher, siku dan kaki. Berikut antara resipi ringkas yang boleh dijadikan panduan untuk perawatan wajah di rumah. Modalnya tidak besar, namun kepuasan diperoleh pasti menyenangkan. Bahan-bahan yang perlu adalah seperti 1 cawan kacang hijau (dibasuh dan dikeringkan), 1 cawan air suam, Minyak aromaterapi lavender dan juga Kain bersih. Memang akhirnya nantu serbuk atau tepung kacang hijau sesuai dibuat pupur dan skrub. Cara-cara membuat dengan anda mengisar kacang hijau dan pindahkan ke dalam mangkuk yang kering. Kemudian diletak dua titis minyak aromaterapi dalam air suam dan celupkan kain. Perah sedikit. Dalam keadaan wajah yang bersih, tekap kain. Urut wajah perlahan-lahan dan biar kain terus menekap muka antara 10 ke 15 minit. Alih kain dari wajah dan oles serbuk kacang hijau seperti rutin pemakaian pupur biasa. Kemudian diurut perlahan-lahan dan bilas dengan air sejuk sehingga bersih dan akhir sekali keringkan wajah.
Dalam menjadikan kacang hijau menjadi bahan bukan makanan sebaliknya ia boleh juga dijadikan Pupur Kacang bagi anda menggunakan untuk kecantikan wajah. Bagaimana pun bukan ramai dikalangan wanita yang tahu bagaimana untuk menyediakan pupur kacang. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya adalah seperti 1 cawan kacang hijau (dikisar halus), 3 sudu yogurt asli, 1 camca madu diman ia semebarnya amat murah dan mudah diperolehi. Dalam pada itu beberapa kaedah dan cara membuatnya adalah dengan memasukkan yogurt dan madu ke dalam mangkuk bersih. Kemudian bahan-bahan ini akan dicampur serbuk kacang hijau sedikit demi sedikit sehingga sebati. Seterusnya ramuan ini dikacau sehingga mencapai kepekatan bersesuaian. Bagi menggunakan oleh disapu atau oleskan campuran pada wajah yang sudah dibersihkan dan biarkan antara 20 hingga 30 minit sehingga pupur kering (Sila lihat foto disebelah). Kemudian perlu dibilas dengan air sejuk dan lap wajah dengan tuala. Amalan memakai pupur kacang ini sesuai untuk semua gulongan agar kecantikan sebenar terserlah akhirnya.
Tanaman ini mengeluarkan biji kacang hijau semenjak dulukala untuk digunakan sebagai sayuran taugeh di Malaysia dan juga di proses dijadikan tepong untuk pelbagai produk lain. Kacang hijau juga ada beberapa jenis diantaranya seperti Mung bean, Green bean, Mash bean, Munggo, Monggo, Green gram, Green soy, Mong dal dan banyak nama lain lagi. Ramai dikalangan kita yang kenal akan kacang hijau yang dijual dikedai tetapi mungkin tidak pernah melihat tanamannya. Penulis blog ada pengalaman mengenai cara tanaman kacang hijau berdasarkan lawatan penulis ke negara Myanmar pada Nov 2009 dan berpeluang melawat ladang dan mengutip maklumat dari MVFRC (Pusat Penyelidikan Buah dan Sayuran Myanmar) semasa lawatan. Dilaporkan dimana data menunjukkan dimana tanaman kacang hijau didunia banyak di China, Myanmar, India, USA, Canada dan Brazil dimana pengeluaran didunia lingkungan 12-15 juta metrik tan setahun. Tanaman kacang hijau tidak popular di tanam di Malaysia kerana faktur cuaca terutama kelembaban tinggi yang menyebabkan tanaman ini amat mudah untuk diserang penyakit. Bagaimana pun Malaysia merupakan negara pengimpot tegar (nett impporter) kacang hijau terutama untuk kegunnaan sebagau bahan makanan dan juga untuk dijadikan sayuran taugeh. Antara negara yang menjadi pembekal kacang hijau d Malaysia adalah negara Myanmar dan China. Taugeh merupakan satu jenis sayuran (Beans sprout) yang banyak digunakan untuk sayuran air dan salah satu ramuan penting dalam membuat mee goreng, meehoon goreng, kue tiow goreng, kuih tauhu sumbat dan banyak lagi. Pendek kata makanan tersebut tidak enak kaau tidaka ada taugeh. Kini dipasaran harga taugeh juga agak murah antara RM 2.50 - RM 4.50 sekilogram dimana ia selalu dijual dlam keadaan segar. Biji kacang hijau juga sangat disukai untuk dibuat bubur kacang dan yang paling popular atau teristimewa adalah makanan 'Bubur Kacang Durian' yang menggabungkan kacang hijau, buau durian, guka melaka dan santan kelapa. Kacang hijau juga dibuat pelbagai kueh mues seperti Kui tempatan yang penulis blog suka iaitu kuih kole kacang dan beberapa jenis biskut serta kek dimana ia sering juga menjadi inti kepada roti dan kueh pau. Di negara China dan India pelbagai kegunaan kacang hijau dalam permakanan mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG HIJAU... BANYAK GUNANYA...
DIJADIKAN BUBUR... KUIH PUN ADA...
BAHAN KOSMETIK... MUDAH CARANYA...
PERLU DICUBA... SETELAH MEMBACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 RabiulAkhir 1441H).
Kemaskini pada 25 Zulhijjah 1444H.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.