Support My Blog

Monday, July 17, 2023

TANAMAN PADI DI TERES - HEBATNYA DIA

TANAMAN SAWAH PADI TERES
merupakan satu kaedah penanaman padi yang sudah beribu-ribu tahun dilakukan dibanyak lokasi seluruh dunia. Tanaman Padi (Oryza sativa) merupakan sejenis tanaman makanan bijirin yang menjadi sumber utama karbohiderat diman ia merupakan satu jenis makanan ruji bagi kebanyakan negar di dunia. Tanaman padi boleh dibahagikan kepada Padi Sawah yang memerlukan banyak air untuk pertumbuhan dan juga Padi Bukit yang tidak memerlukan banyak air untuk pertumbuhan. Rekod FAO menunjukkan seluas 165.25 juta hektar ditanam diseluruh dunia pada tahun 2021/2022 dengan kenaikan keluas sekitar hanya 161.7 juta hektar pada tahun 2010. Dilaporkan pengeluaran padi dunia adalah pada tahun tersebut adalah sebanyak 752,541, 804 metrik tan dengan pengeluaran terbesar adalah di Negara China iaitu sebanyak 211,860,000 metrik tan atau 28% dari jumlah pengeluaran dunia. Negara kedua terbanyak menghasilkan padi adalah India sebanyak 178,205,000 metrk tan, ke tiga adalah Bangladesh 54,905,000 metrik tan dan yang keempat adalah Indonesia sebanyak 54,549,200 setahun. Malaysia mendudukki tangga ke 26 penghasilan beras dunia dengan sebanyak 2,321,636 metrik tan. atau sekitar 0.31% sahaja. Di Malaysia tidak banyak cara penanaman padi secara berteres di cerun dijalankan dimana kebanyakannya adalah di kawasan 14 buah kawasan jelapang padi di seluruh negara. Penanaman padi teres hanya ada dibeberapa kawasan di pendalaman sahaja. Pada penulis blog mendapati dimana penanaman p
adi teres adalah salah satu teknik pertanian yang biasa diamalkan di banyak negara seperti di China, Indonesia, Filipina dan beberapa negara lain bagi menanam padi. Dalam sistem ini dimana pesawah padi terpaksa berbuat teres dikawasan berserun kerana keluasan tanah yang sempit, kecil dan amat bergantung kepada tenaga manusia serta ia tidak ada jentera pembajak digunakan. Cara pengurusan agihan air kesetiap petak sawah memerlukan masa yang cukup lama dan sistematik agar tidak ada pembaziran berlaku. Terdapat beberapa kawasan tanaman padi dikawasan pergunungan dan perbukitan yang tinggi sejak beribu tahun dahulu dengan tradisional dimana ada yang mampu memberikan beras premium yang bernilai tinggi. Artikel pada petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas tanaman padi secara teres untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Sebenarnya sejak beribu-ribu tahun teknik menanam padi dengan sistem teres adalah satu teknik yang penting dalam mengatasi masaalah hakisan tanah, menjimatkan air dan meningkatkan produktiviti tanaman. Apa pun teknologi ini memerlukan masa agal lama untuk dibangunkan dan dilakukan secara berperingkat turun temurun sehinga ia menjadi satu sistem yang cekap. capat. Petak sawah yang dibentuk mengikut kontour dengan batas yang pelbagai saiz dan ketinggian ditampung dengan sistem pengairan dan jalan kecil yang komplikated. Ia kemudian akan menjadi satu landskap yang sangat indah apabila dilihat dari satu sudut dengan mengekalkan ekosistem kecerunan tanah sedia ada. Banyak kajian dan aktiviti penambahbaikan mesti dilakukan disepanjang masa untuk mempastikan sistem tanaman padi teres ini terus mampan dan mesra alam. Apa pun dari segi saintifiknya dimana sistem tenaman padi teres ini merupakan bagaimana petani dapat mengekalkan mekanisma kesan teres ini boleh bertahan dalam jangkamasa panjang terutama selepas berlakunya bencana alam seperti hujan lebat yang mengancam atau pun kemarau yang menyebabkan kekurangan bekalan air.  Pengurusan ini memerlukan sisstem pengurusan ekosistem seperti mengurangkan kesan hakisan dan aktiviti pemendakan (sedimentation) sehingga lebih 52%). Apa pun sistem teres ini akan dapat mengekalkan penghasilan tinggi setiap musim sehingga 44.8% dengan kandungan paras kelembapan tanah dapat di kekalkan sekitar 12.9%. Sistem tanaman padi secara teres ini juga dilaporkan hasil kajian akan dapat membantu konservasi dalam biodiversiti tanaman mengikut lokaliti tempatan. Kajian juga mendapati dimana cara sistem teres ini memberikan kesan negatif seperti masaalah distribusi air yang semakin terganggu dan juga masaalah berkaitan dengan alam sekitar disebabkan oleh salah urus sistem teres itu sendiri. DIlaporkan apabila pengurusan teres ini tidak dilakukan dengan baik maka purata taha hakisan tanah boleh berlaku sekitar 1 - 5 kali ganda berbanding dengan dilakukan pengurusan teres yang baik. Pada penulis blog keunikan dan kekomplekan (
complexity and multifaceted effects) dalam siste teres sangat berkait dengan struktur penyelengaraan dan rekabentuk yang dilakukan. Kerjasama semua pihak dan mayyarakat perlu komited dengan optima bagi melestarikan sistem tanaman padi teres yang kebanyakannya berada dikawasan berbukit dan bergunung ganang di tanah tinggi. 


Penulis beberapa kali berpeluang membuat tinjauan teknologi di kawasan penanaman padi teres di Indonesia, China, Thailand, Filipina, Vietnam dan beberapa negara lain semasa bertugas dahulu. Paling banyak adalah beberapa kali dapat meninjau akan sawah teres di Pulau Jawa, di Bali dan juga Sumatra di Indonesia serta Sawah teres di Chiang Rai, Thailand. Mengikut tinjauan dimana keadaan muka bumi di Pulau Sumatera, Jawa, Bali dan lain-lain adalah memang tidak cukup rata untuk ianya dapat diusahakan menjadi padi sawah seperti dtaran rata dikawasan landai yang lebih rata terbentang. Pesawah teres inijuga akan bergantung sumber air dari sungai dan terusan yang dibina melalui tali air yang kecil. Pesawah menggunakan sistem kincir air untuk mencedok air dari tali air ke dalam sawah dimana teknologi kincir air diperkenalkan oleh pegawai Belanda semasa penjajahan Indonesia. Selalunya secara teknikal dimana kedalaman air sawah untuk tanaman padi agar mampu tumbuh dengan baik adalah sedalam12 cm terutama dari mula menanam untuk pertumbuha akar dimana ia mampu mengawal rumpai dan elakknan dari serangan tikus agar tidak makan benih padi. Sistem pertanian secara tradisional ini akan membolehkan kemudian dimana tunggul padi akan mereput dan menjadi baja selepas setiap musim penanaman selesai. Bagi kawasan tertentu penanaman padi teres dilakukan sekali setahun tetapi kini sudah banyak kawasan tanaman padi teres yang ditanam dua kali setahun. Kerja membajak tanah selalu menggunakan cangkul atau menggunakan bajak ditarek oleh kerbau walau pun sudah ada kawasan padi teres yang gunakan jentera pembajak kecil. Dalam pada itu selalunya penternakan ikan kecil seperti sepat, keli dan haruan banyak hidup dalam sawah kerana tidak dicemari toksid baja urea dan racun rumpai dijadikan kitaran sumber ekonomi dikawasan seperti ini.


Media tempatan ada melaporkan dimana kini sistem tanaman padi teres sudah pun dijadikan sebagai produk pelancongan agrotourism terutama di Vietnam, China dan Indonesia. Bernama juga pernah laporkan satu laporan menarik bertajuk '
Sawah padi teres Vietnam rindu pada kehadiran pelancong' dikongsikan.  Sawah teres yang terletak sehingga 1,000 meter di atas paras laut kebanyakannya milik Hmong iaitu satu lagi kumpulan minoriti yang membentuk sebahagian besar penduduk kawasan tanah tinggi di Vietnam amat menarik. Kawasan ini ketika mentari mentari pagi menyinari kabus akan dilihat petani sawah teres Vietnam membawa kerbau mereka ke bendang iaitu melalui lorong kecil bercerun. Sawan ini yang terletak 300 kilometer (km) dari barat laut Hanoi dalam Daerah Mu Cang Chai di wilayah Yen Bai utara menjadi tumpuan pelancong asing dan tempatan sebelum wabak corona virus (covid19) melanda pada 2020. Sejak dulu wanita Hmong ini pernah menyewa pakaian tradisional berwarna-warni mereka kepada pelawat, manakala lelaki memperoleh sehingga USD30 sehari membawa mereka ke laluan berlumpur kecil melalui bukit. Pemandangan sawah padi teres sangat cantik pada bulan September dan Oktober iaitu apabila tanaman bertukar menjadi kuning berkilat. Mereka pernah mendapat sejumlah besar pelancong akan tetapi semasa pandemik dimana semua sawah kosong akibat sekatan pergerakan. Terkini dimana negara Vietnam sudah memulakan pintunya kepada dunia luar dimana ada beberapa pelawat dari negara lain mula tiba awal tahun 2022 di pulau peranginan Phu Quoc dan di kawasan pelancongan lain di selatan. Selain di Vietnam dilaporan kawasan pelancongan sawah teres di China, Indonesia dan Thailand juga sudah mula di buka semula pasca pendemik ini.


Menarik dikongsikan mengenai beberapa kawasan penanaman padi secara teres di China. Antara lokasi yang mana ia sering diwar-warkan adalah bagaimana k
eupayaan untuk menanam padi dalam segala rupa tanah yang telah mengambil penempatan di Lembah Huang He River dan menjadikannya sebagai salah satu tamadun yang paling makmur, kawasan berbudaya dengan amalan teknologi termaju di dunia. Teres tanaman padi ini direkabentuk berasaskan perkembangan teknologi yang membolehkan China bertambah kuat dalam menghasilkan makanan untuk lebih 1.4 billion penduduknya. Terkini keindahan ini dijadikan sebagai sumber kecantikan yang unik untuk negara dan lokasi pelancongan baru. Penulis blog senaraikan beberapa lokasi sawah teres di China yang kini popular sebagai pengeluar makanan dengan aspek agrotourism yang popular. Pertama adalah paling menarik iaitu Longji Terraces iaitu teres tanaman padi sejauh 80 kilometer utara Guilin iaitu di daerah Longsheng (Sila lihat foto disebelah). Dalam bahasa tempatan lokasi ini merujuk sebagai 'Teres Longji' yang bermaksud Tulang Belakang Naga'.  Kedua adalah Yao Village Dazhai di Guangxi, China iaitu salah satu kampung etnik Yao yang terletak di antara sawah bertingkat. Ketiga adalah Yuanyang Terraces yang terletak di daerah Yuanyang berada jauh di wilayah luar bandar Yunnan. Para pelancong dan pengunjung semasa melawat Sawah Padi teres di Yuanyang perlu sedar bahawa mereka tidak perlu memasuki 'taman indah lain' selepas membayar tiket masuk dan dapat melihat keindhan semulajadi disana. Keempat adalah Yunhe Rice Terraces jang juga digelar sebagai 'Teres Sawah Padi Diawan' iaitu di Yunhe County yang berhampiran bandar Lishui di wilayah Zhejiang China. Lokasi ini berada tinggi hampir 2,000 meter dari paras laun dan selalu diliputi awan dan merupakan tanah air orang-orang etnik minoriti yang berasal dari kumpulan Cina Timur yang mempunyai populasi tempatan seramai 700,000 orang. Seterusnya adalah kawasan padi teres di Jiabang Rice Terraces di Jiabang, Guizhou iaitu kira-kira kilometer 80 dari bandar Congjiang. Lokasi ini dihuni oleh orang-orang etnik Miao yang dikenali sebagai Hmong di luar China. Akhir sekali adalah kawasan tanaman padi teres di Hunan  sekitar 285 kilometer barat Changsha dalam daerah Xinhuayang memang agak popular dikalangan pengunjung. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
PADI DI TERES... LAMA SEJERAHNYA....
PETAK KECIL-KECIL... DIJAGA SENTIASA...
PENGHASILAN TINGGI... TEKNOLOGI LAMA...
DESTINASI PELANCON... SEPANJANG MASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Zulhijjah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...