UDANG GERAGAU merupakan sejenis udang halus yang berwarna keputihan yang datang secara bermusim dipantai-pantai negara kita seperti di Melaka, Perak, Selangor dan beberapa pantai lain. Undang geragau juga di panggil sebagai Udang Baring atau Udang Geraguk dan dalam bahasa inggeris dpanggil 'Small Shrimp' tetapi tidak dapat dipastikan nama botani dan familinya. Udang Geragau datang kepantai di pantai Klebang di Melaka pada waktu-waktu tertentu semenjak berkurun-kurun dahulu dan sangat popular dikalangan penduduk tempatan. Haiwan kecil dari kumpulan Crustacea ini dilaporkan hidup dipantai secara berkumpulan dalam air laut ditepi pantai Melaka dimana ketika saya bertugas di Melaka selama 14 tahun selalu mendapat tahu bila nelayan akan menangkap udang geragau menggunakan 'Pelanggai'. Saya mula kenal udang geragau ketika kecil lagi di Muar, Johor dimana udang ini sering dijadikan bahan penting dalam membuat jemput-jemput atau 'Goreng Tepong Udang Geragau' dan memang sedap. Artikel pagi Ahad ini saya menulis mengenai udang geragau berdasarkan pengalaman dan pemerhatian di Melaka dahulu.
Udang Geragau adalah udang berwarna putih yang kecil dan lembut bersaiz sekitar 1-3 cm semasa basah dan perlu dikeringkan untuk simpanan jangkamasa panjang dan sangat ringan. Udang ini datang ketepi pantai Klebang di Melaka pada musim tertentu dengan kuantiti yang banyak dan ujudlah 'Pesta Melanggai' dikalangan penduduk tempatan. Pelanggai adalah sejenis alat yang mempunyai 2 batang kayu di sambung dipangkalnya dan dipasangkan jaring halus di rentang pada kedua-dua hujung kayu yang akan di tolak dilantai pasir pantai. Udang atau anak ikan yang melalui pelanggai akan terperangkap dalam jaring yang di tolak dan akan masuk kedalam hujung jaring halus yang diangkat kearah pelanggai. Saya pernah cuba melanggai dahulu...wow bukan main berat nak angkat pelanggai ini. Hanya mereka yang mahir sahaja mampu melanggai untuk dapatkan hasil banyak.
Pelanggai akan membawa bakul plastik yang diikat pada pinggangnya dan kalis air. Udang Geragau yang dikutip dari jaring pelanggai akan dimasukkan kedalam bekas ini sehingga penuh dan dibawa ketepi pantai untuk disimpan. Pelanggai akan turun semula ke laut untuk meneruskan mengutip udang geragau...memang hilang penat kalau dapat banyak udang geragau ketika turun...keseronokan ini bagaimana pun perlu berhati-hati juga jangan sampai ketengah laut dan air pasang kita akan tenggelam nanti...maut jawabnya. Kepakaran dan kemahiran pelanggai tentang lokasi dan alur dalam air laut sangat penting kerana jika tidak biasa dengan permukaan dasar laut juga membahayakan. Minggu lepas ada kes kematian di pantai Klebang Melaka dipercayai pelanggai. Sebaiknya kini pelanggai akan mengikat pelampong tiub kereta dipinggang untuk mempastikan keselamatan jika berlaku kes air pasang mengejut, ombak dari kapal atau pun pasir jerlus ketika berada dilaut.
Harga udang geragau basah di Pantai Klebang adalah sekitar RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram pada musim-musim tertentu. Harga ini akan meningkat sedikit pada musim udang geragau kurang dipantai. Sehingga kini belum ada banyak maklumat bagaimana udang ini membiak dan kaedah untuk menternak udang geragau secara komersil. Hanya faktur alam semulajadi yang menentukan kehadiran udang geragau dipantai Klebang. Dari segi teorinya saya fikir keujudan udang geragau adalah untuk makanan ikan-ikan dalam laut selepas waktu tertentu dimana dalam keadaan tertentu populasinya sekarang telah tidak menentu dan terus mengurang. Pencemaran air laut dan serta beberapa aktiviti menambak laut dengan pasir telah menyababkan habitat semulajadi untuk udang geragau berkurangan. Kualiti udang geragau juga perlu diperiksa selalu untuk mengetahui kandungan logam berat akibat pencemaran kualiti air.
Proses pengeringan udang geragau dijalankan secara manual iaitu dengan menjemur dibawah cahaya matahari. Udang geragau basah diletakkan diatas pelapik zink atau tikar untuk dijemur selama 1-2 minggu sehingga betul-betul cukup kering. Walau pun ada teknologi 'dryer' komersil dipasaran tetapi alatan ini jarang-jarang digunakan. Apabila cukup kering udang geragau akan dimasukkan kedalam beg plastik putih dan diikat kuat agar kedap udara. Udang geragau kering akan dihantar kepada pemborong atau peraih dengan harga RM 8.00 - RM 10.00 sekilogram dan di pasaran runcit harga sekitar RM 12.00 - RM 15.00 sekilogram. Semasa kita hendak membeli udang geragau pastika ianya telah cukup kering, tidak kotor dan pastikan tiada pasir didalamnya (selalu boleh dirasa pasir halus dalam udang geragau kering). Udang geragau yang ada di Malaysia mungkin sebahagiannya adalah diimpot dari luar negara.
Banyak kegunaan udang geragau dikalangan masyarakat kita dan pada saya yang paling saya sukai ialah untuk membuat Goreng Tepong Udang Geragau (atau orang kata Jenput-jemput Udang Geragau atau Cucur Udang Geragau). Cara buatnya juga sangat senang iaitu dengan membasuh bersih udang geragau kering (yang basah lagi sedap) dan masukan dalam tepong yang diisikan dengan air suam, garam perasa, hirisan bawang, daun sup, hirisan cili besar dan terus digoreng hingga masak. Hidang ketika masih panas dan sediakan pencecah sos tomato cili atau pencecah lain yang digemari. Udang geragau juga boleh di buat Belacan, Cencalok, Serunding Udang Geragau, Telur Dadar Udang Geragau, Lempeng Udang Geragau, Sambal Cili Api Udang Geragau, Ramuan Mee Bandong Muar, Laksa Kari Udang Geragau, Kerepek Udang Geragau dan banyak lagi resepi udang geragau yang tidak dapat saya nyatakan.
Satu lagi yang saya suka adalah Nasi Goreng Cili Api Udang Geragau. Cara membuatnya juga mudah bagi saya yang memang pandai memasak. Cili api, bawang merah , ikan bilis dan garam dimasukan dalam lesung batu dan ditumbuk separa hancur. Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukan ikan bilis dikopek kemudian masukkan ramuan dan digoreng sehingga naik bau. Masukkan udang geragau dan kemudian masukan telur ayam dihancurkan. Ramuan lain seperti karot, belacan dan kacang panjang dipotong halus juga boleh dimasukkan. Nasi yang sejuk dimasukkan dan gaul dengan sebati menggunakan api yang sederhana. Akhir sekali masukan daun sup dan sedia untuk dihidangkan. Nasi Goreng Udang Geragau sedap dimakan diwaktu pagi atau untuk minuman petang.
Industri Udang Geragau ini mempunyai banyak cabaran dimasa akan datang. Perubahan cuaca, perubahan kualiti air dan penambakan pantai laut serta banyaknya sisa buangan kimia kelaut menyebabkan udang geragau semakin terancam. Beberapa kempen kesedaran perlu diterapkan kepada semua orang bahawa ada hidupan lain dilaut yang akan pupus jika tidak dikawal. Kita tidak mahu udang geragau akan hilang dan nasil pelanggai semakin malap (lihat foto sebelah) dimana telah melanggai seharian sehingga petang tetapi apakan daya hanya 'tolak air' sahaja tanpa udang geragau dikutip. Diharap artikel pagi ini akan memberikan sedikit maklumat mengenai udang geragau hasil nukilan saya yang nak buat sarapan pagi...dah tentu saya buat Jemput-jemput Udang Geragau atau Nasi Goreng Geragau (ada beli di Mersing minggu lepas...)....Best punya!
MUSIM DATANG....UDANG GERAGAU...
MARI MELANGGAI...USAHLAH RISAU....
KEPANTAI KLEBANG...JANGAN BERGURAU...
KALAU NASIB BAIK...BANYAK DAPAT TAU....
Related artikel:
1. Cencalok (Klik disini)
2. Belacan (Klik disini)
3. Udang Kering (Klik disini)
4. Udang Galah Endau (Klik disini)
5. Kupang (Klik disini)
By,
M Anem
Jalan Lebuh Air Keroh,
Air Keroh,
Melaka, Malaysia
(17 RabiulAwal 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.