Support My Blog

Friday, February 17, 2012

DAUN

DAUN atau 'Leaf' merupakan satu komponen penting dalam marfologi tumbuh-tumbuhan selain daripada komponen Akar, Batang, Dahan, Bunga dan Buah. Kebanyakan struktur daun adalah nipis dan lebar dengan mempunyai urat-urat daun dimana kebanyakannya juga berwarna HIJAU. Terdapat juga beberapa jenis daun yang tidak nipis seperti daun pokok Conifers yang berbentuk bulat dan jenis lumut yang tidak mempunyai struktur bentuk tertentu. Warna lai daun juga ada berbagai mengikut jenis tumbuhan, lokaliti, benua, ketinggian altitud dan juga persekitaran. Daun merupakan bahagian paling atas dalam struktur tumbuhan dan tumbuh samada bersendirian atau berlapis-lapis bagi mendapatkan cahaya matahari untuk proses FOTOSINTESIS. Artikel malam ini saya berkongsi maklumat mengenai DAUN berdasarkan kepada pembacaan beberapa buah buku Botani Tanaman dan pengalaman penulis sendiri.


Di kawasan Tropika seperti di Malaysia ketika kita menaiki kapalterbang melalui kawasan hutan, kita akan melihat kehijauan sepanjang perjalanan terutama di Sarawak, Pahang dan Perak yang masih banyak kawasan hutan semulajadi. Peranan daun sangat penting di bumi kita kerana ianya menyerap karban dioksid dan melepaskan oksijan yang kita sedut setiap saat melalui strutur yang ada pada daun iaitu sel STOMATA. Daun juga menjalankan proses fotosintesis dengan peranan sinaran cahaya matahari oleh KLOROFIL (yamg ada Kloroplas) dan menghasilkan tenaga, Oksijan dan zat makanan untuk tumbuh-tumbuhan. Daun juga merupakan tempat simpanan kandungan air dan makanan dalam tumbuhan dimana di kawasan fotosintesis mengandungi banyak sumber Protin, Bahan Mineral dan kandungan gula (tenaga). Ternakan ruminan menggunakan bahagian daun sebagai sumber makanan yang kaya dengan zat protin, tenaga dan lain-lain zat mineral. Bagi manusia pula bahagian daun sering digunakan sebagai makanan dalam bentuk SAYURAN atau dijadikan makanan utama bagi sesetengah bangsa didunia.


Marfologi daun berbeza-beza mengikut jenis tumbuhan tetapi lazimnya boleh saya bahagikan kepada 3 iaitu Lapisan Kulit Luar (Epidermis), Lapisan Mesofil (yang banyak terdapat stomata dengan kloroplas iaitu Chlorenchyma) dan juga Tulang/Urat Daun (Veins). Foto sebelah menunjukkan keratan rentas bagi daun yang lazim ada dinegara kita seperti  jenis daun pokok Dikot iaitu daun getah , jagung , ubikayu dan sebagainya. Lapisan Epidermis merupakan lapisan paling luar dimana terdedah kepada sinaran matahari dan dunia luar. Fungsi mesofil pula yang saya ingat semasa belajar disekolah dan di universiti dulu adalah untuk mengawal kadar transpirasi daun dengan mengawal kehilangan air, mengawal kadar perlepasan gas keudara serta menghasilkan kompoun metabolik dalam tumbuhan.


Lapisan Tengah Daun atau Mesofil pula terletak dibahagian tengah lapisan daun yang bercantum (ASIMILASI) beberapa jenis sel tisu yang dipanggil sebagai 'Parenchyma' atau 'Chlorenphyma'. Kedudukan sel stomata dibahagian atas permukaan daun akan memudahkan lagi proses fotosintesis bagi daun. Rajah sebelah menunjukkan bagaimana tenaga cahaya matahari yang diterima oleh permukaan daun membantu proses fotosintesis dan seterusnya memberikan output seperti disebutkan diatas. 


Related Articles:
1. Struktur Tumbuhan (Klik disini)
2. Fotosintesis (Klik disini)
3. Sifir Pertanian (Klik disini)
4. Zat Mikro Tumbuhan (Klik disini)
5. Daylight Length (Klik disini)




By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(25 RabiulAwal 1433H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...