KANDANG KAMBING merupakan satu jenis struktur yang penting dalam sistem penternakan Kambing sama ada Kambing Tempatan, Kambing Impot atau Kambing Berbiri (Dulu disebut Kambing Biri-biri). Saya memang biasa dengan kandang kambing semasa remaja dahulu kerana arwah bapa memang menternak banyak ekor kambing tempatan sehingga mencapai lebih 60 ekor melibatkan beberapa buah kandang di Muar, Johor sekitar tahun 1970'an sehingga tahun 1980'an. Kambing tersebut kebanyakannya di jual kepada pemborong yang datang dengan motorsikal (Dengan bakul isi kambing diperbuat dari rotan atau buloh) atau dengan lori. Hanya sebahagian kecil sahaja yang disembelih untuk dimakan (jarang sekali). Kambing tersebut di lepaskan pada waktu pagi sekitar jam 10.00 - 11.00 pagi dan masuk balik kandang sekitar jam 5.00 - 7.00 petang setiap hari. Kambing kampong memang mudah dipelihara dan pandai mencari makanan dikeliling rumah dan kawasan kampong dengan sendiri. Kadang-kadang diberi makanan tambahan dengan rumput yang dipotong atau paling istimewa ialah daun nangka. Artikel petang ini saya menulkis mengenai kandang kambing untuk dikongsi bersama dengan pembaca berdasarkan pengalaman dan kajian pembacaan.
Penternakian Kambing Kampong atau Kambing Bebiri memerlukan sistem sempurna untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan dan menguntungkan. Antara Sistem Penternakan yang diamalkan adalah Sistem Meragut Bebas, Sistem Separa Berkurung dan Sistem Berkurung Sepenohnya. Kesemua sistem Ternakan ini memerlukan rekabentuk kandang dan sistem pengurusan kandang kambing yang berbeza-beza. Sistem Ragutan Bebas merupakan kaedah paling murah dan mudah dimana ternakan kambing dilepaskan bebas didalam kawasan ragutan dan tidak ada kandang khusus dibuat untuknya. Kambing ini akan berteduh dibawah pokok, didalam belukar atau jika ada teduhan sementara beratapkan zink dengan lantai tanah dikawasan ragutan. Walau pun begitu sistem jenis ini tidak berapa digalakan kerana kesukaran untuk mengawal pergerakan kambing dan risiko kehilangan, kecurian atau diserang musuh terutama pada malam hari. Pengawasan untuk sistem ini agak rumit kerana pemilik kambing (atau Gembala Kambing) tidak mampu melihatnya setiap masa.
Sistem Ternakan Separuh Berkurung memerlukan Kandang Kambing yang dibina agak jauh dibelakang rumah (walau pun ada yang bina ditepi atau depan rumah) untuk mengelakan bau najis kambing. Sistem ini akan mengurung kambing pada waktu malam dalam kandang dan melepaskan pada esok paginya untuk keluar meragut rumput dikeliling rumah atau dibawah pokok getah atau kelapa sawit. Lazimnya kambing akan dilepaskan selepas jam 11.00 pagi - 1.00 tengahari selepas dipastikan rumput ragutan benar-benar kering. Elakan melepaskan kambing ketika rumput basah kerana kambing akan sakit perut. Kambing akan kembali masuk kedalam kandang apabila lewat petang dengan sendiri atau apabila cuaca buruk nak hujan (Kambing pun tahu bila nak hujan...dia takut air hujan). Walau pun kambing takut hujan tetapi harganya tetap mahal...Dalam kandang kambing boleh digantung garam ketul (Block salt) yang akan dijilat oleh kambing pada bila-bila masa semasa dalam kandang. Kambing akan baring bila masuk kandang dan kerjanya..MENGUNYAH rumput tanpa henti sehingga kambing tidur. Lazimnya saya akan buat unggun api dibawah kandang kambing setiap petang untuk menghalau nyamok dan membakar najis tahi kambing yang dikumpulkan. Najis tahi kambing adalah sumber baja organik yang sangat baik kerana mengandungi unsur N yang tinggi serta amonia dari kencing kambing. Sistem ini sangat sesuai dijalankan oleh penternak kembing kerana kita mudah menguruskan dari segi kesihatan , kawalan keselamatan dan urusan jualbeli.
Sistem Berkurung Sepenohnya lazimnya dijalankan oleh penternak yang mempunyai kawasan kecil dan tiada kawasan ragutan. Sistem ini akan mengurung kambing sepenohnya dalam kandang yang dibina dan diberi makan menggunakan rumput dau dedaun yang dipotong dari kawasann lain atau padang ragut. Ada juga yang memberikan makanan PKC tetapi kos membeli PKC agak tinggi. Kebaikan sistem ini adalah untu tujuan penggemukan kambing untuk dijual atau untuk memelihara anak-anak kambing yang baru dilahirkan dan diganggu oleh kambing-kambing lain jika diletakkan dalam satu kandang yang sama. Anak kambingyang berumur 2 minggu hingga 2 bulan sesuai diletakan dengan sistem berkurung ini. Sistem ini kurang digalakkan untuk penternakan komersial yang banyak.
Pemilihan tapak kandang kambing penting kerana mesti dipilih dari kawasan tanah tinggi yang tidak mudah banjir (Kampong saya dulu banjir mengikut tahun). Kawasan kandang sebaiknya sejaum 200 meter dari kawasan rumah untuk elakan kesan bau yang mana ada tetapu yang tudak suka akan bau organik tahi kambing. Pastikan kandang didirikan diatas tanah yang agak keras dan kalau diatas tanah gambut atau lembut perlu dibuat alas atau tapak dahulu. KAlau kambing dah banyak dan tiang tenggelam kedalam ditanah ditakuti kandang akan roboh nanti. Bina kandang yang memanjang arah UTARA-SELATAN agak sinaran matahari masuk kebahagian lantai kandang dan bahagian bawah kandang untuk mengeringkannya. Jika membina beberapa buah kandang pastikan jangan rapat dan sejauh mana agar cahaya matahari dapat melepasi bayangan. Keperluan kawasan luas kandang sebanyak 0.7 meter persegi (7 kaki persegi) setiap ekor agar selesa untuk bergerak. Kalau perlu sediakan blok-blok atau dinding pemisah yang sesuai untuk mengasingkan setiap kelompok atau keluarga.
Ketinggian kandang kambing adalah penting aiaitu sekurang-kurangnya 4-5 kaki dari paras tanah dan lebih tinggi adalah lebih baik. Tiang kayu dari Beruti 4 kaki x 3 kaki setinggi 14 - 20 kaki dimana ketinggian paras lantai dengan bumbong setinggi 8 kaki (Lihat rajah diatas). Lantai dibina dari kayu beruti berukuran 1" x2" dipasang dengan jarak 5/8 inci (1.5 cm) dan pastikan tidak ada yang jarang kerana kaki kambing akan tersepit nanti. Jarak tersebut sesuai untuk tahi kambing jatuh kebawah dan juga kencing kambing. Pasangkan dinding setinggi 4 kaki disekeliling kandang dengan kukuh dan juga pintu kandang yang boleh dikunci. Tangga untuk naik keatas kandang perlu dibina satu unit (kandang kecil) dan 2 unit untuk kandang yang panjang sehingga 100 ekor kambing untuk elakan kesesakan. Tangga Kambing perlu dipasang dengan beruti setiap 1 kaki untuk memudahkankan kambing naik kekandang. Bahagian bumbung sebaiknya menggunakan zink tahan panas (aluminium zinc) dengan mempunyai ruang udara yang sesuai mengikut rekabentuk. Kalau boleh perlu di sediakan palung air minuman dalam kandang. Bahagian tepi kandang sebaiknya disimen selebar 4 kaki lebar untuk menjamin kebersihan kandang dan kalau ada modal boleh diseimen keseluruhan bawah kandang.
Satu kisah mengenai kandang kambing yang saya dapat semasa bertugas di Muar (Kini Daerah Ledang) apabila menerima aduan seorang penduduk di Kampong Jalan Air Panas, Sagil. Ceritanya bermula dengan seorang warga tempatan yang telah bertugas sangat lama dan tinggal di Singapura dan baru balik kampong telah membina sebuah rumah di kampong tersebut. Beliau sering hantar surat komplen terhadap bau busuk yang didakwanya dari kandang kambing yang telah dibina dikawasan tersebut lebih 40 tahun. YB Tangkak (Dato Gan masa itu) telah acapkali membawa kes tersebut kepada pihak atasan untuk mengatasinya. Isunya penduduk kampong tersebut tidak pernah pun komplen bau tersebut dan ini amat mmemeningkan YB (Pengundi?). Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Daerah telah cuba membuat penyelesaian dibawah kuasa masing-masing...tetapi tidak ada satu akta pun yang boleh diaplikasikan...cuma nasihat JPV gunakan EM sahaja. Tidak ada sebab untuk kandang dirobohkan demi melayan seorang yang baru balik dari....itulah agaknya dulu moyang kita dulu ada kata...MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK...MASUK KANDANG LEMBU...TAPI MASUK KANDANG HARIMAU...MAUT!
KANDANG KAMBING....MEMANG PERLU....
MUDAH DIBINA....KOSNYA MEMANG MAMPU....
KEBERSIHAN DIJAGA...PENYAKIT BERLALU...
KAMBING SELESA...TERSENYUM SELALU....
By,
M Anem
Room 39, Galaxy Inn Hotel,
Lumut, Perak,
Malaysia.
(20 Rabiulawal 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.