DURIAN (Durio zibethibus) merupakan sejenis pokok buah-buahan yang popular di negara kita selain daripda buah-buahan lain seperti Betik, Nangka, Pisang dan Rambutan. Terdapat lebih dari 200 klon durian telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian di Malaysia dimana hanya sekitar 10 -12 klon sahaja yang diminati oleh pengguna dan petani seperti Durian D24, Durian D123, Durian D197, Durian D99 dan sebagainya. Antara Durian yang disukai adalah klon D24 yang dimana klon ini adalah diantara yang mempunyai kedudukan teratas di Malaysia. Terdapat seluas 101,960 hektar tanaman durian di negara kita pada tahun 2011 dengan jumlah penghasilan sebanyak 300,470 metrik tan. Keluasan keseluruhan tanaman buah-buahan di Malaysia adalah 278,493 hektar (Laporan Jabatan Pertanian 2011). Tanaman durian adalah 34% daripada keseluruhan 26 jenis buah-buahan yang ditanam di Malaysia. Artikel petang ini saya menulis mengenai pencirian Klon Durian D24 untuk rujukan semua yang berminat mengenai tanaman durian,
POKOK Durian D24 yang saya kenal ini mempunyai tabiat pertumbuhan batang pokok menegak dan merupakan pokok jenis saka. Dahannya tumbuh menegak dan juga bersudut mengikut keadaan kanopi dan sistem penanaman. Bentuk kanopi durian Klon D24 adalah seperti 'Kubah' yang rendang (Lihat foto sebelah). Ketinggian pokok begantung kepada sistem penanaman dan mampu setinggi 20-30 meter walaupun ketinggian bukan faktur jumlah buah durian yang akan dihasilkkan. Terdapat beberapa petani di Jalan Pagoh-Bukit Pasir di Muar, Johor yang membuat cantasan atas (Topping) pokok durian D24 dan membenarkan sekitar 7-12 meter sahaja ketinggian pokok.
DAUN pokok Durian D24 mempunyai orientasi mendatar kepada ranting pokok berbentung 'Oblong'. Pangkal daun adalah berbentuk 'akut' dengan hujungnya pula adalah berbentuk 'acuminate' atau pun dalam bahasa kita berbentuk tirus tajam. Sekali pandang daunnya mempunyai sifat separuh berlipat dengan bentuk tepi daun yang memang ketara licin. Permukaan daunnya juga licin dengan tekstur daun yang lembut. Warna di bahagian permukaan atas daun adalah hijau dan warna dibahagian permukaan bawah daun hijau keperangan. Dari segi urat-urat pada daun akan kelihatan jelas dimana uratnya adalah seakan sedikit timbul (Rujuk foto).
BUNGA durian D24 berbentuk ovat dan mempunyai kudup yang tajam. Musim bunga bagi klon D24 lazimnya adalah pada bulan Feb-April untuk penghasilan pada musim utama walau pun kini pengeluaran bunga tidak menentu masanya. Terdapat pokok durian D24 yang menghasilkan bunga pada waktu lain kerana telah berlaku perubahan cuaca dan teknologi amalan agronomi yang semakin maju. Warna kudup bunga adalah hijau kekuningan (Lihat foto sebelah) dimana ianya mempunyai tangkai kudup yang agak panjang. Bentuk tangkai kudup bunga adalah berbentuk selinder yang purata panjangnya sekitar 4 cm. Kalau diteliti dengan betul kita akan dapat lihat ruang antara epikalik (epicalyx) dan kalik (calyx) adalah sedikit atau pun hampir tiada. Rupa bentuk 'style' bunga adalah membengkok sedikit dan berkedut dibawah stigma. Warna pistil bunga adalah kuning sehingga oren. Bunga berkembang dan didebungakan pada waktu tengahmalam sehingga subuh oleh serangga (kupu-kupu).
BUAH Durian D24 memang idak sukar untuk dikenali oleh mereka yang pakar durian. Klon ini mempunyai bentuk buah yang Bulat sehingga Oval dimana ciri utama dilihat pada bahu buah yang dikatakan 'Bulat'. Bentuk pada hujog buah juga dikatakan sebagai 'Bulat' (Lihat foto sebelah). Saiz buah adslah sederhana besar dengan purata saiz sekitar 19 cm panjang dan 17 cm lebar (buah yang standard saiz dan pengurusan kebun). Pengalaman saya di Segamat dan tangkak mendapati purata berat buah klon D24 adalah sekitar 1.5 kg sebiji walau pun adal juga yang lebih besar sampai 2 kg sebiji dikawasan Jementah, Segamat dulu saya jumpai. Warna kulit hijau sehingga hijau keperangan dipengaruhi dengan sistem tanaman, lokaliti dan cara pengurusan kebun. tangkai buah berbentuk selinder dengan purata panjang tangkai buah sekitar 4 cm. Susunan duri dikeliling tangkai buah adalah halus dan bergabung tetapi tidak tajam. Susunan duri dihujung buah kulitnya tidak berduri seakan ada serpihan dari bunga. Duri pada kulit pangsa besar, tirus dan tajam dimana ada duri yang kecil diantara duri yang besar. Durian D24 sedang untuk dibuka dan ketebalan kulit sekitar 0.7 cm dan ketebalan empulur sekitar 3 cm.
ISI durian D24 paling istimewa bagi saya kerana warnanya yang krim sehinga kuning emas. Saiz ulas juga dikatakan kategori BESAR iaitu berukuran purata 5 cm lebar dan 4.5 cm panjang. Paling baik dimana isinya yang tebal sekitar 1.0 - 1.2 cm dan rasa Lemak, manis serta ada rasa Pahit. Tekstur isinya adalah Halus dengan tahap kelikitan isi sebagai Tidak Melekit. Baunya kuat selaras dengan kepejalan isi yang dikatakan sebagai 'lembut'. Kalau lori membawa durian lalu didepan kita dengan membawa semua klon D24, memang tidak dinafikan baunya sangat kuat. Purata berat isi dengan buah adalah sebanyak 26% (maknanya setiap 1,000 gram buah mempunyai 260 gram isi). Lazimnya klon ini mempunyai sebanyak 5 pangsa dengan setiap pangsa mempunyai 1-3 ulas bahagian isi.
BIJI durian klon D24 adalah 90% berbiji penoh dan boleh dikatakan tiada yang berbiji separuh . Bagaimana pun kajian oleh Jabatan Pertanian di Stesen Pertanian Tangkak mendapati terdapat sekitar 10% biji KESEP. Purata berat biji adalah sekitar 26 gram iaitu agak sederhana besar dengan bentuk yang bulat atau Ovat. Kulit biji adalah coklat kekuningan dan mempunyai lapisan kulit biji yang licin. Saya paling suka makan biji durian yang telah direbus dimana mempunyai rasa yang lemak (tetapi jangan makan bahagian tunas) yang agak pahit sedikit. Biji durian D24 mudah disemai untuk dijadikan pokok penanti untuk dicantum dengan klon lain kelak. Beberapa percubaan telah dibuat semasa saya di Muar dulu untuk memproses biji durian D24 bagi dijadikan kerepek tetapi kurang sedap jika dibandingkan dengan biji dari Klon Munthong untuk dibuat kerepek.
Semuga artikel ini memberikan sedikit maklumat kepada pembaca dan peminat durian mengenai pencirian durian D24. Harga ladang durian D24 diladang dan jualan runcit bergantung kepada kualiti, saiz dan paling kritikal adalah musim atau waktu pengeluaran serta lokasi. Pada keadaan buah banyak harga durian D24 tidak kurang dari RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram dan kalau buah telah kurang mampu mencecah sehingga RM 10.00 - RM 12.00 sekilogram dikawasan Tangkak, Muar dan kawasan sekitar. Saya pernah membeli dengan harga RM 15.00 sekilogram klon ini kerana ada permintaan khas dari pihak tertentu yang pada masa itu memang sukar untuk dapatkan durian D24. Kini mungkin ramai yang mula kurang makan durian kerana telah banyak pilihan buah-buahan lain dipasaran.
DURIAN D24 ...MEMANG POPULAR NAMANYA....
BENTUK BUAHNYA BULAT...TAJAM DURINYA...
SENANG DIBUKA..KUAT DAN MANIS ISINYA...
PERGI LAWAT KEBUN...MAKAN FREE SYOKNYA...
Artikel berkaitan:
1. Durian (Klik disini)
2. Durian Clones in Malaysia (Klik disini)
3. Durian 'Musang King' - (Klik disini)
4. Durian Clones (Click here)
5. Durian Belanda (Klik disini)
6. Klon Buah Popular di Malaysia (Klik disini)
7. Dadih Durian (Klik disini)
By,
M Anem
Tangkak, Ledang,
Johor, Malaysia
(Cuti balik kampong)
27 Rabiulawal 1433H

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.