AYAM KAMPONG? Mana nak beli atau nak pelihara kalau tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jawabnya kena cari pasar borong yang berhampiran. Harganya...memang mahal sekitar RM 15.00/kg dan seekor mencapai lebih RM 20.00 atau RM 25.00. Itu pun kalau ada stok digerai jualan ayam kampong, akan tetapi kenapa ayam kampong mahal?...Dulu memang saya duduk kampong dan puas makan ayam kampong sejak kecil lagi kerana terdapat banyak ekor ayam kampong berkeliaran dikawasan rumah begitu juga dengan ternakan kambing kampong yang masuk reban setiap petang. Rasanya ayam kampong menjadi hidangan istimewa zaman dulu ketika duduk kampong kerana tidak selalu kita dapat makan daging ayam tidak macam hari ini mudah sahaja untuk membeli ayam daging atau orang kampong panggil 'ayam karen'. Dinihari ini jam 2.00 pagi ini sambil menghadap Sungai Mersing (Dari bilik di Hotel Timothel) saya menulis mengenai ternakan ayam kampong untuk pengetahuan kita bersama.
Apakah istimewanya AYAM KAMPONG berbanding dengan AYAM DAGING MODEN?... Memang banyak bezanya dari kaedah penternakan, cara memberi makan, jenis ayam dan juga harganya. Ayam kampong ada banyak jenis yang boleh diternak dari jenis tempatan sehingga jenis moden (Diimpot - seperti Perancis, Siam, Vietnam dan banyak gelaran lagi). Boleh dikatakan ayam kampong adalah jenis ayam organik kerana makan apa sahaja serta bebas dan bergerak liar dikawasan rumah dan kebun. Mereka memakan apa sahaja yang ada diatas tanah seperti serangga, daun, tanah, sisa makanan, buah-buahan yang gugur dan juga benda tu...lepas kita melepas (dulu dikawasan kebun je). Ayam kampong pandai mengkais-kais tanah untuk 'exercise' dan cari makan. Ayam kampong tidak memerlukan penjagaan yang rumit kerana kita hanya menyediakan reban ayam yang mudah sahaja daripada kayu dan bumbung dan lantai serta tangga untuk ayam naik sendiri. Pastikan reban mempunyai ruangan yang cukup dimana seekor ayam perlukan 1 kaki persegi dan kalau ada 10 ekor sediakan 10 kaki persegi. Dulu saya tidak buat macam itu memadai dengan buat beberapa tingkat kayu dalam reban kecil dan tinggi dimana ayam akan bertenggek diatas palang-palang kayu yang disediakan.
Bagusnya ayam kampong adalah kerana kita boleh pelihara dan tuai sepanjang tahun tidak mengira musim panas atau musim hujan. Ayam kampong pandai cari makan sendiri dan merayau-rayau dikeliling rumah dan kebun untuk mencari makanannya. Bila dah petang ayam kampong akan pulang sendiri kedalam reban untuk tidur. Kalau ada musuh yang mengancamnya seperti biawak, musang, ular dan sebagainya di waktu siang atau malam maka ayam kampong akan mengeluarkan bunyi bising dan memberitahu tuannya musuh sedang mengancamnya. Lalu tuan rumah akan ambil senapang dan ...Bang....bunuh musuh yang datang. Kadang-kadang pasang perangkap sahaja. Ayam kampong juga akan mengawan dan bertelur dimana kita akan gunakan telur untuk makan atau dibiarkan ditetaskan oleh induknya menjadi baka anak ayam kampong agar terus banyak bilangan ayam kita. Ayam kampong juga memang handal memelihara anak-anaknya sehingga mampu berdikari. Sesiapa sahaja yang mendekati anak ayam kampong pasti ibunya akan garang dan mengejar kita!
Kalau hendak pelihara ayam kampong perlu ada Ayam Jantan seekor untuk sekitar 10 ekor ayam betina agar dapat mengawan dan bertelur. Pilih ayam jantan (AYAM JAGO) yang besar , aktif dan mempunyai bulu yang canti disamping kuat tenaganya. Ini kerana untuk proses mengawan , ayam jantan akan mengejar ayam betina keliling rumah sambil mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga selesai mengawan. Ayam betina yang hendak bertelur akan berbunyi kuat berketak-kokok untuk memberitahu tuan rumah yang dia hendak bertelur dan mencakar-cakar kawasan untuk bertelur. Perlulah disediakan tempat khas untuk ayam betina bertelur seperti kotak kayu, tin atau sudut khas yang diberi alas kain buruk, rumput, lalang, kertas yang lembut untuk ayam bertelur dan proses mengeram telur. Kalau tidak disediakan maka ayam betina akan bertelur diatas tanah atau rumput secara berselerak dan akan dimakan musuh terutamanya biawak air. Ayam betina mampu menghasilkan sebanyak 15 biji telur dalam masa 21 hari.
Menternak ayam kampong paling ditakuti adalah isu serangan penyakit Ayam terutama Penyakit Sampar Ayam (ND) yang boleh membunuh ayam kampong. Penyakit ayam lain seperti Penyakit Gumboro (IBD), Penyakit Puru, Salmonellosis, Pasteurlosis dan sebagainya. Antara tanda-tanda ayam kampong sakit apabila dilihat ayam kurang nafsu makan, tidak aktif atau Monyok (berdiri diam sahaja dan tidak aktif), pucat, bersin dan keluar hingus dari hidung, muka bengkak, berak cair dan berdarah serta berlaku serangan saraf dimana badannya lemah atau kepala bengkok dan macam-macam lagi. Kalau belum mati lagi biasanya ayam akan disembelih dan dibuat lauk tetapi lazimnya akan diberitahu kepada orang kerajaan (JPH agaknya) dan mereka akan membuat operasi suntikan ayam dikampong secara percuma dulukala.
Kawalan penyakit ayam perlu diikuti oleh semua penduduk kampong dengan mempastikan reban ayam sentiasa bersih, pilih anak ayam yang sihat sahaja, kurung dikawasan khusus sahaja dan elakkan bercampur dengan ayam orang lain (kalau kita beri makan cukup ayam tidak pergi jauh), berikan rawatan segera kalau dah nampak tanda dan musnahkan ayam yang telah mati diserang penyakit dengan membakarnya (jangan makan ayam mati - merbahaya). Bagaimana pun pencegahan adalah lebih baik dengan membuat suntikan seperti pada umur 1 hari dengan suntikan Sampar ayam 'F' dan pada umur 3-4 minggu disuntik lagi dengan cacar ayam dan Sampar 'F', kemudian pada umur 6-8 minggu disuntik sekali lagi dengan Sampar 'S'. Ini lebih menjamin ayam kampong kita tahan apabila berlaku serangan kelak.
Ayam kampong adalah lebih sedap daripada 'ayam pencen' dan 'ayam hutan', apa lagi jika dibandingkan dengan 'ayam karen' (ayam daging). Ini kerana dagingnya pejal dan enak kerana sumber makanan dan merupakan ayam yang aktif bergerak serta tidak banyak lemak. Ayam hutan agak liat dan ayam pencen banyak lemak dan pilihan paling tepat untuk menjaga kesihatan dan menyelerakan adalah makan ayam kampong. Antara menu masakan ayam kampong paling popular dikampong adalah Ayam Masak Kicap, Ayam Masak Ungkep, Ayam Masak Rendang, Ayam Kmpong Goreng Berempah dan juga Masak Kari atau buat Sup ayam Kampong. Kalau untuk Nasi Ambeng ayam kampong akan di buat 'ENGKONG' dimana seekor ayam kampong dibubuh rempah dan digoreng sebelum diletakkan dibahagian paling atas dalam dulang nasi ambeng. Inilah sahaja artikel saya dah jam 2.45 pagi nak tidor...
Marilah kita kenang kembali penternakan ayam kampong zaman dulu dan kini ayam kampong telah dikomersilkan... tungu artikan akan datang untuk menyelongkat teknologi menternak ayam kampong moden pula...Salam.
TERNAK AYAM KAMPONG...AMBOI SYOKNYA...
AYAM LEPAS BEBAS...TAHU BALIK SARANGNYA...
BILA DAN BANYAK...JUAL ATAU MAKANNYA....
MEMANG SEDAP, LAZAT...DAN ENAK RASANYA...
DAH DI BANDAR KINI...MANA NAK CARINYA...
KALAU ADA PUN...PASTI MAHAL HARGANYA...
By,
M Anem
Rool 218, Hotel Timothel,
Mersing Kanan, Mersing,
Johor , Malaysia.
(14 Rabiulawal 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.