MEE SIPUT mupakan sejenis produk proses berasaskan tepung yang popular dikalangan rakyat Johor terutamanya di Daerah Muar, Batu Pahat dan Daerah Ledang semenjak lama dahulu. Kini mee siput telah terkenal di seluruh Selatan Tanah Air sebagai satu jenis makanan ringan yang diminati. Di negeri lain pula ada mee seakan mee siput yang dipanggil sebagai 'Mee Sanggul' walau pun rupabentuk dan saiznya serta kegunaannya agak berbeza sedikit. Semasa saya di sekolah rendah dulu di SKBR, Parit Raja, Muar memang selalu membeli mee siput di kantin sekolah. Masa itu mee siput cuma berharga 5 sen sahaja sekeping sekitar tahun 1970'an. Pagi tadi sempat makan mee siput goreng sendiri dirumah yang dibeli dikampong minggu lepas dan dimakan dengan sambal kicap dan memang sedap (Lihat foto diatas). Mee Siput yang baru lepas digoreng memang sedap dan rangup dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang sebagai satu pilihan. Artikel pagi ini saya menulis mengenai mee siput berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan kajian persendirian.
Mee Siput Johor disediakan dengan menggunakan bahan asas tepong gandum yang diuli menggunakan mesin penguli tepong dan ramuan membuat mee kuning kemudian diproses menjadi mee kuning biasa. Mee kuning yang panjang ini akan digulong berbentuk bulat (lihat foto disebelah) yang berukuran sekitar 8 - 10 cm dan akan dikeringkan menggunakan mesin pengering atau dijemur dibawah cahaya matahari. Terdapat beberapa pengusaha di Lenga dan Panchor yng menggunakan 'pencetak' untuk mendapatkan bulatan dengan saiz yang seragam dan kelihatan cantik. Apabila mee siput ini cukup kering akan dimasukkan didalam bekas plastik yang kedap udara dan dibungkus sebelum dihantar ke pusat jualan. Semasa bertugas di Muar beberapa tahun dulu, saya telah berjaya membantu seramai 18 orang usahawan IAT membuat mee siput dengan memberikan khidmat nasehat teknikal dan memberikan bantuan peralatan seperti peralatan mesin, cara kawalan kualiti dan juga promosi pemasaran.
Satu bungkus mee siput Johor yang mengandungi 10 keping (Kecil) dan 20 keping (Sedang) dijial sekitar RM 3.00 - RM 6.00 sebungkus bergantung kepada lokasi jualan (Lihat fotoo kiri). Terdapat juga bungkusan untuk jualan borong (sekitar 50 keping) untuk jualan kepada peniaga kantin sekolah dan juga kantin kilang. Kalau tinggal di Putrajaya dan Lembah Kelang ini agak sukar hendak dapat bekalan mee siput Johor berbanding di Muar yang memang terdapat hampir disemua kedai runcit dan juga pasaraya. Mee Siput pernah dijadikan ikon produk bagi Parlimen Pagoh dahulu kerana banyaknya pembuat mee siput dikawasan tersebut. Mee Siput tahan lama jika dibungkus dan disimpan dengan betul. Mee Siput juga boleh dibawa untuk 'travelling' keluar negara jika mahu kerana ianya tahan dan kering.
Cara makan mee siput paling popular adalah dengan kaedah menggoreng menggunakan minyak panas. Pastikan minyak betul-betul cukup panas dan masukan sekeping mee siput dimana akan kelihatan mee mengelembung dan membesar. Angkat mee siput apabila bertukar warna cantik dan jangan terlalu lama kigoreng sampai coklat kerana ianya akan terasa pahit sedikit. Mee Siput Goreng yang baru digoreng adalah sangat rangup dan boleh terus dimakan. Bagaimana pun untuk lebih sedap perlu di siram dengan sambal kicap atau sambal tumis diatasnya. Biarkan beberapa lama sambal kicap atau sambal tumis agar lembut sedikit untuk dimakan. Terdapat gerai menjual mee siput yang dibungkus dalam plastik siap dengan sambal. Seorang peminat mee siput boleh makan sehingga 5 keping sekali dan selepas minum air akan rasa kenyang seperti makan nasi.
Mee Siput juga sangat enak untuk dijadikan 'MEE KENDURI' iaitu sejenis masakan seakan mee goreng yang dihidangkan bersama Nasi Ambeng atau di makan begitu sahaja semasa kenduri di Muar Johor. Mee Siput direbus dahulu dengan air panas dan kemudian diceraikan berasingan. Sediakan ramuan mee kenduri iaitu bawang merah, bawang putih, lada hitam dan bilis yang ditumbuk dalam lesung sehingga lumat. Panaskan minyak dan goreng ramuan sebelum dimasukkan mee siput yang telah dileraikan tadi dan tuang dengan kicap lemak manis. Bahan taugeh, daun sup, daun bawang dan hirisan cili besar dimasukkan sebelum mee kenduri siap untuk diangkat. Resepi Mee Kenduri berasaskan mee siput lebih lazat berbanding dengan resepi mee kenduri menggunakan mee kuning biasa. Kalau masak menggunakan kayu api akan menambahkan lagi kelazatan mee kenduri ini.
Industri Asas Tani membuat Mee Siput perlu digalakan lagi dengan memberikan bantuan khidmat teknikal berkaitan cara memproses dan bantuan peralatan. Promosi makan mee siput goreng juga perlu diperluaskan lagi keseluruh negara sebagai satu usaha mengembangkan makanan tradisi ini. Mungkin ramai dikalangan kita terutamanya generasi baru yang tidak kenal akan mee siput yang dahulu menjadi makanan pilihan di kantin sekolah. Pengenalan Amalan Pengilangan Baik (APB) terutamanya dalam proses membuat mee siput boleh ditingkatkan dengan menggunakan peralatan dan mesin yang sesuai terutamanya ketika proses pengeringan dan pembungkusan. Semuga dengan membaca artikel ini menambahkan ilmu anda mengenai mee siput.
MEE SIPUT...BULAT LEPER BENTUKNYA....
KALAU DIGORENG...RANGUP RASANYA....
DIBUBUH SAMBAL...TAMBAH ENAKNYA...
DIBUAT MEE KENDURI....JANGAN TANYA....
Related articles:
1. Nasi Ambeng (Klik disini)
2. Membuat Mee Kuning (Klik disini)
3. Gandum (Klik disini)
4. Industri Asas Tani di Malaysia (Klik disini)
5. Mee Bandung Muar (Klik disini)
By,
M Anem
Panchor, Pagoh,
Muar, Johor, Malaysia.
(3 Rabiul Awal 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.