Support My Blog

Monday, October 25, 2010

PARIT LADANG


Sistem Parit Ladang atau 'Drainage System' merupakan satu keperluan infrastruktur yang penting dalam penyediaan kawasan perkebunan yang hendak dilaksnakan. Sewaktu proses penyediaan kawasan kebun kerja-kerja pembersihan kawasan dengan menebang, mengumpul, membakar , memerun dan pembajakan tanah kerja-kerja penyediaan infrastruktur asas kebun adalah penting. Penyediaan jalan ladang, sistem perparitan, sistem pengairan, setor input, rumah pekerja, pusat memproses, pusat pengumpulan hasil dan lain-lain infra perlu disempurnakan. Penyediaan sistem perparitan menupakan satu komponen yang penting bagi mempastikan lebihan air dalam kebun dapat di keluarkan dari kawasan tanaman. Artikel kali ini penulis berbincang mengenai parit ladang sebagai satu tajuk berdasarkan pengalaman penulis yang menjalankan banyak projek-projek pembangunan tanaman makanan dibeberapa negeri di Malaysia.

Sistem perparitan merupakan komponen infrastruktur yang penting di buat terutama di kawasan kebun yang mudah ditenggelami air seperti dikawasan tanah rata dimana air mudah bertakung. Kebanyakan kebun tanaman makanan seperti sayuran dan taman singkatmasa (Cashcrops) tidak tahan jika terendam dalam air melebihi beberapa minit atau beberapa jam sahaja dan akan rosak. Parit Ladang berfungsi sebagai laluan untuk air berlebihan dari ladang untuk dikeluarkan agar tidak merosakkan tanaman dalam kebun. Ada parit ladang yang berfungsi untuk mengeluarkan air dari ladang dan ada yang mempunyai 'dual purpose' iaitu fungsi tambahan sebagai parit untuk membawa air masuk keladang (Sawah Padi Tradisional) dan di Kebun Sayuran yang tanahnya rata dan rendah.

Pengalaman penulis di Johor dan Melaka mendapati semasa perancangan untuk membuka kawasan baru (kawasan tanaman sayuran atau tanaman makanan lain) perlu dikenalpasti dimana sumber air dan kemana air lebihan dari ladang perlu dikeluarkan. Parit ladang di kenalpasti dengan mengkaji bentuk kontour atau rupabentuk kebun dan kenalpasti kawasan tinggi - rendah untuk mempastikan parit yang digali dapat mengalirkan air dengan sempurna. Terdapat beberapa jenis Parit Ladang yang digali mengikut fungsi dan kegunaannya mengikut jenis tanaman.

Fungsi utama Parit Ladang ialah untuk menyalirkan air keluar dari ladang dan fungsi lain adalah seperti menjadi sistem untuk menghalang binatang masuk kekebun , menjadi pagar kebun (Ban Tanah yang tinggi), tempat simpanan air untuk sistem pengairan, menandakan sempadan tanah dengan tanah orang lain dan lain-lain fungsi. Parit Ladang lebar yang digali dikeliling Ladang Kelapa sawit oleh Estet Swasta menghalang kemasukan dan pencerobohan manusia dan binatang memasuki kawasan estet. Parit Luas ini digali dikeliling ladang sawit dengan kos yang agak tinggi menggantikan sistem pagar estet. Binatang ternakan seperti lembu, kambing yang diternak dikeliling estet tidak dapat masuk keestet yang mengganggu pengurusan estet (Tanah jadi padat dan mungkin penternak akan curi buah sawit). Serangan babi hutan (wild boar) terhadap anak pokok sawit yang baru ditanam dapat dikurangkan dengan adanya parit tersebut.

Pengalaman penulis mendapati bagi parit ladang untuk projek Jabatan biasanya berukuran 7kaki x 4 kaki x 4 kaki (Parit Besar), Ukuran 4 kaki x 3 kaki x 3 kaki (Parit sederhana) dan Ukuran 3 kaki x 2 kaki x 2 kaki (Parit Kecil atau Parit Racik). Kos penggalian parit bergantung kepada lokasi kebun, jenis mesin digunakan, jarak parit yang digali (Kuantiti), jenis tanah (Gambut, Mineral, Bris) dan juga fungsi parit tersebut. Pengalaman penulis di Melaka dan Johor mendapati anggaran purata kos bagi parit besar RM 80.00 - RM 120.00 satu rantai, Parit Sederhana antara RM 60.00 - RM 80.00 satu rantai dan Parit Kecil antara RM 30.00 - RM 50.00 satu rantai. Parit yang telah digali perlu diselenggara atau diperiksa setiap setengah tahun atau beberapa tahun mengikut jenis tanah dan fungsinya. Penulis mendapati untuk tanah gambut dan tanah bris sangat mudah terkambus semula berbanding dengan parit ladang ditanah mineral. Penggalian semula parit biasanya 20-50% lebih murah dari kos menggali parit baru. Kerja penyelenggaraan ini dipanggil seperti 'Cuci Parit' atau 'Membersih Parit' yang menjadi keperluan.

Parit Dalam Ladang perlu di pastikan akan bersambung dengan sistem saliran utama (Parit Besar) atau Anak sungai atau Sunngai yang biasanya diselengleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Setiap Daerah di Johor mempunyai Jawatankuasa Pengawasan Siatem Saliran dan Pengairan peringkat Daerah yang akan berfungsi dalam menentukan semua sistem saliran dan pengairan yang diselaraskan oleh JPS Malaysia. Kejadian Banjir Besar tahun 2006 di Daerah Muar Johor menyebabkan kerugian hampir RM 163 juta akibat banjir tersebut dan kesan amat serious bagi kawasan terendam yang lama kerana saliran tidak berfungsi dengan baik. Parit Ladang pada masa dahuli digali menggunakan cangkul dan tajak oleh petani tetapi kini di gali dengan menggunakan jentera. Antara jentera yang boleh digunakan untuk parit ladang adalah Jentera JCV, Kobe dan sebagainya. Jentera JCV hanya perlu menukarkan saiz mata jengkaut untuk menentukan saiz parit yang digali. Parit ladang juga perlu disediakan jambatan atau Titi Laluan untuk digunakan bagi laluan masuk-keluar kekebun samaada bersaiz kecil atau besar (Kenderaan sesuai melaluinya). Diharap artikel ini dapat memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca mengenai parit ladang. Wasallam!.


PARIT LADANG...AMAT PENTING...
TERSUMBAT...KENA BERSIHKAN...
ADA BANJIR...MEMANG GENTING....
TANAMAN ROSAK...HASIL KURANG...


By,
M Anem

Senior Agronomist,
Hotel Ancasa,
Batu Feringgi
Pulau Pinang

Malaysia.
(Kemaskini 23 JamadilAwal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...