
KETUMBAR (Coriandrum sativum) merupakan sejenis tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempahratus. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Saya rasa ketumbar mesti ada setiap masa dalam simpanan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat. Nama lain bagi tumbuhan ini seperti Ketumbar (Malaysia/ Indonesia), Coriander or Chinese Parsley (English), Cilantro (USA), Dhania (India), Phak Chee (Thailand) dan berbagai lagi. Tanaman Ketumbar bukan tanaman popular di Malaysia untuk menghasilkan bijirin ketumbar tetapi ia ada ditanam terutama dikawasan tanah tinggi untuk menghasilkan daun ketumbar bagii tujuan masakkan. Kajian penulis mendapati tidak ada maklumat rasmi mengenai tanaman ketumbar di Malaysia setiap tahun kerana ia amat kecil dan kurang signifikan dikumpulkan. Daun ketumbar ada dijual sebagai 'daun ketumbar segar' untuk bahan masakkan. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai Teknologi Tanaman Ketumbar berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada sebagai 'orang otai pertanian' yang banyak membuat pemerhatian dan pembacaan tentang pertanian.



Bagi penghasilan untuk batang dan daun segar pokok ketumbar akan di tuai dalam masa 40 - 60 hari bergantung kepada kaedah pengurusan. bagi pengeluaran biji ketumbar dituai selepas 120 hari. Jika tanaman dibiarkan ianya akan mengeluarkan bunga. Tanaman ini sebenarnya boleh di potong batangnya dan dibuat sistem ratoon. Varieti yang ada di Malaysia adalah varieti tempatan yang hanya sesuai untuk penghasilan daun dan batang. Tuaian dijalankan dengan mencabut pokok yang matang dan di bersihkan dari tanah dengan membasuh sebelum diisikan kdalam bakul pemasaran. Harga ladang di kawasan Tangkak dan Johor Baru yang saya lawatiu diantara RM 2.00 - RM 3.00 sekilogram. Kajian melalui pembacaan saya mendapati ketumbar mengandungi pelbagai khasiat dari daun, biji dan batangnya. Kandungan khasiat seperti bahan sabinene, myrcena, ocemene, felandren, linalool,deknal, geraniol, transtridecen, kamfena, asam petroselinat, d-manite, skopoletide dan p-semina merupakan komponen penting dalam ketumbar. Ketumbar digunakan sebagai herba perubatan untuk banyak masaalah kesihatan seperti mampu membuang angin badan (kentut), menambah selera atau nafsu makan, meningkatkan prestasi pencernaan perut, kurangan tekanan darah tinggi, elakkan muntah2, buasir, masuk angin malahan ada kata boleh elakkan penyakit campak. Cara menggunakan dengan menumbuk halus atau di kisar untu dijadikan serbuk.
Saya paling minat makan "Ayam Ungkep" yang menggunakan ketumbar sebagai komponen utama dan dicampur dengan jintan manis, jintan putih, halia, bawang putih serai dan juga perasa menggunakan ayam kampong. Masakkan ini sedap dimakan dengan nasi panas dan sayuran. Sate juga memerlukan ketumbar sebagai ramuan utama begitu juga kueh Rempeyek. Orang Jawa memang banyak menggunakan ketumbar atau dia panggil 'mericho' dalam kebanyakan masakan mereka. Itu mungkin menjadi sebab mengapa orang jawa di Johor dan selangor kuat kerja kerana makan makanan yang mengandungi bahan rempah ratus seperti ketumbar. Kajian dan penulisan mengenai tanaman ketumbar di Malaysia perlu digiatkan dengan mencari varieti2 baru yang sesuai dan kaedah amalan pengurusan tanaman yang menguntungkan. Malaysia merupakan negara pengimpot biji ketumbar kering dengan nilai yang agak tinggi setiap tahun bersama-sama herba lain seperti Jintan Manis, Jintan Putih, Biji Sawi, Kayu Manis, Bunga Lawang dan sebagainya. Induatri tanaman herba di Malaysia masih jauh ketinggalan dan perlu ada program dan rancangan tersusun untuk membangunkan industri ini. Mungkin satu agensi mengenai tanaman herba perlu diujudkan untuk tujuan tersebut. Kawasan ladang swit dan getah serta buah-buahan boeh dijadikan kawasan pengeluaran bagi herba tertentu yanh sesuai dikawasan bernaung. Tanah Bris, tanah sawah Terbiar dan Tanah Gambut juga boeh dibangunkan untuk herba. Wasallam!.
MENANAM KETUMBAR...AGAK SUKAR...
BELI DIKEDAI... PILIH YANG SEGAR...
BANYAK DIIMPOT...DARI NEGARA LUAR...
1. Jintan (Klik disini)
2. Buah Keras (Klik disini)
3. Buah Pelaga (Klik disini)
4. Bakawali (Klik disini)
5. Kayu Manis (Klik disini)
6. Cengkih (Klik disini)
7. Bunga Lawang (Klik disini)
8. Bunga Kantan (Klik disini)
By
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia
(Kemaskini pada 1 Dec 2014)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.