Apa yang paling ketara saya lihat dalam transformasi pertanian ialah dengan banyaknya usahawan tani yang kini melaksanakan projek tanaman makanan mereka dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH) sama ada di kawasan Tana h Tinggi atau di Kawasan Tanah Rendah (Lihat foto di TKPM Pulau Gadong sebelah). Walaupun kos asal projek SPH mencecah sebanyak RM 750,000 sehektar tetapi kajian mendapati pulangan akan dapat di capai mengikut Pelan Bisnes dan mengutungkan jika tanaman diurus dengan baik. Sistem SPH dapat mempastikan tanaman dapat dikawal dari segi pertumbuhan, amalan agronomi yang teratur, tidak diganggu oleh faktur cuaca, hasil dapat di capai seperti hasil potensi, kualiti hasil yang baik dan produk yang selamat di makan untuk manusia. Suasana bekerja juga lebih selesa dengan teknologi ini. Kini terdapat ramai pakar2 dalam teknologi SPH di Malaysia yang boleh dirujuk dan dijadikan penasihat dalam tekno9logi ini. Kebanyakkan bahan2 untuk membuat struktur SPH seperti bahan plastik, besi, GI, aluminium, sistem pengairan, Gutter, Netting dan sebagainya kini dikeluarkan oleh kilang-kilang tempatan dan tidak perlu impot. Pegawai pengembangan Jabatan Pertanian ramai yangg mahir dan pakar berkaitan sistem SPH dengan perlaksanaan program TKPM.Saya masih kuat menyatakan bahawa sistem pengembangan pertanian perlu terus dijalankan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta. Peranan oleh kerjaan dijalankan melalui beberapa Jabatan2 dan agensi yang menjalankan projek-projek pertanian di seluruh negara. Peranan agen-agen pengembangan swasta terdiri daripada Petani Maju, Usahawan komersial, Pekedai Pertanian yang menjual input pertanian seperti Racun, Benih, Baja dan lain2 peralatan. Petani yang mendapatkan input2 pertanian akan berhubung untuk teknologi2 baru pertanian yang boleh meningkatkan hasil pertanian mereka.
PENGEMBANGAN PERTANIAN....MENJANA EKONOMI.....
MENYUMBANG KDNK....MENINGKATKAN RM PETANI...
AGEN KERAJAAN BUAT...PERANAS SWASTA DI MESTI...
MEMPASTIKAN MAKANAN....CUKUP DAN BERKUALITI....
By
M Anem
Extension Expert
Ptjya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.