Support My Blog

Tuesday, November 24, 2015

ALAH SAMBUNG, MENANG SORAK


ALAH SABUNG, MENANG SORAK merupakan satu peribahasa lama yang kini agak kurang digunakan dalam percakapan harian atau dalam media cetak. Peribahasa yang dicipta oleh bijak pandai Melayu ini memberi maksud sebagai "Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati". Dalam penulis mencari contoh ayat daripada buku teks, terjumpa satu contoh ayat yang digunakan seperti berikut "Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya". Ayat ini memberi erti bagaimana Pak Leman yang bercita-cita tinggi untuk menjadi ketua dikampongnya sanggup mengeluarkan wang, tenaga dan masa tetapi akhirnya orang lain  yang mungkin lebih berwibawa dipilih oleh masyarakat kampong. Perkara seperti ini memang lazim berlaku  dalam masyarakat terutama dikalangan ahli-ahli politik yang berebut-rebut bertanding untuk menjadi pemimpin. Dalam peribahasa ini objek yang digunakan adalah 'AYAM SABUNG' atau ayam jantan atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Fighting Cock' dan bukannya haiwan lain seperti itek, kucing, kambing atau lembu. Mungkin mereka meneliti perilaku ayam sabung yang kadang-kadang akan berlaga sesama komuniti mereka dengan mengeluarkan bunyi yang bising. Memang benar kalau melihat ayam bersabung ia menghasilkan bunyi amat kuat disamakan dengan 'bersorak' dalam peribahasa ini. Ayam jantan tersebut mungkin bertarung untuk mendapatkan sesuaitu dan menunjukkan kejantanan mereka. Bagaimana pun akhirnya ayam jantan tersebut akan ditangkap oleh pemiliknya dan disembelih untuk dijadikan lauk ayam kampong yang enak dan lazat. Kalau difikir memang tidak perlu ayam tersebut bersabung selalu kerana tiada faedah yang akan diperolehi dalam kelompok ayam. Apa pun artikel ini menumpukan secara teknikal mengenai ayam sebagai satu info yang boleh digunakan bagi mengukuhkan bagi peribahasa ini. Artikel subuh pagi Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu kupasan mengenai peribahasa Alah sabung, menang sorak secara teknikal untuk bahan rujukkan dan bacaan semua.


Ayam merupakan satu jenis haiwan yang amat dekat dengan manusia. Ternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu untuk AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga termasuk ternakan BURONG PUYOH. Industri Ternakan Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 225,789,620 ekor di ternak pada tahun 2010 (Sumber: Laporan Agro Makanan, MOA). Sebagai perbandingan jumlah ternakan ayam ini cuma sebanyak 174.7 juta pada tahun 2005 telah meningkat kepada 179.2 juta ekor (2006), 188.83 juta ekor (2007), 192.69 juta ekor (2008) dan sebanyak 208.33 juta ekor pada tahun 2009. Ternakan itek pula mencatitkan populasi sebanyak 7,927,860 ekor pada tahun 2010. Kajian saya mendapati tahap jumlah pengeluaran daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,295 ,000 metrik tan yang bernilai sebanyak RM 5.776 billion. Penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,103,000 metrik tan setahun. Daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Kita adan jumpa daging ayam di restoran semaa sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan.Negeri Johor merupakan peneraju utama ternakan ayam di Malaysia dengan bilangan ayam sebanyak 60.097 juta ekor diternak pada tahun 2010 diikuti dengan Sarawak (312.604 juta ekor), Perak (31.988 juta ekor), Melaka (18.899 juta ekor), Kelantan (17.140 juta ekor), Pulau Pinang (14.218 juta ekor), Negeri Sembilan (13.116 juta ekor) dan Selangor (12.634 juta ekor). Negeri lain memelihara kurang dari 10 juta ekor pada tahun 2010 iaitu Pahang (9.042 juta ekor), Sabah (5.586 juta ekor), Terengganu (4.621 juta ekor), Kedah (2.968 juta ekor) dan Perlis (2.881 juta ekor). Tidak ada laporan mengenai ternakan ayam di Wilayah Persekutuan. Ayam yang diternak di Johor adalah untuk kegunaan domestik dan sebahagian ekspot ke Singapura. Ladang-ladang Ayam di Johor juga menyumbangkan keujudan banyak lalat dikawasan kampong saya di Gersik yang semenjak adanya ladang ayam telah menjadi ancaman ketika hendak makan. Keadaan selalu akan bertambah teruk jika mengadakan majlis kenduri kendara maka lalat dulu lha yang menjamah makanan!.


AYAM KAMPONG? Mana nak beli atau nak pelihara kalau tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jawabnya kena cari pasar borong yang berhampiran. Harganya...memang mahal sekitar RM 15.00/kg dan seekor mencapai lebih RM 20.00 atau RM 25.00. Itu pun kalau ada stok digerai jualan ayam kampong, akan tetapi kenapa ayam kampong mahal?...Dulu memang saya duduk kampong dan puas makan ayam kampong sejak kecil lagi kerana terdapat banyak ekor ayam kampong berkeliaran dikawasan rumah begitu juga dengan ternakan kambing kampong yang masuk reban setiap petang. Rasanya ayam kampong menjadi hidangan istimewa zaman dulu ketika duduk kampong kerana tidak selalu kita dapat makan daging ayam tidak macam hari ini mudah sahaja untuk membeli ayam daging atau orang kampong panggil 'ayam karen'.Apakah istimewanya AYAM KAMPONG berbanding dengan AYAM DAGING MODEN?... Memang banyak bezanya dari kaedah penternakan, cara memberi makan, jenis ayam dan juga harganya. Ayam kampong ada banyak jenis yang boleh diternak dari jenis tempatan sehingga jenis moden (Diimpot - seperti Perancis, Siam, Vietnam dan banyak gelaran lagi). Boleh dikatakan ayam kampong adalah jenis ayam organik kerana makan apa sahaja serta bebas dan bergerak liar dikawasan rumah dan kebun. Mereka memakan apa sahaja yang ada diatas tanah seperti serangga, daun, tanah, sisa makanan, buah-buahan yang gugur dan juga benda tu...lepas kita melepas (dulu dikawasan kebun je). Ayam kampong pandai mengkais-kais tanah untuk 'exercise' dan cari makan. Ayam kampong tidak memerlukan penjagaan yang rumit kerana kita hanya menyediakan reban ayam yang mudah sahaja daripada kayu dan bumbung dan lantai serta tangga untuk ayam naik sendiri. Pastikan reban mempunyai ruangan yang cukup dimana seekor ayam perlukan 1 kaki persegi dan kalau ada 10 ekor sediakan 10 kaki persegi. Dulu saya tidak buat macam itu memadai dengan buat beberapa tingkat kayu dalam reban kecil dan tinggi dimana ayam akan bertenggek diatas palang-palang kayu yang disediakan.


AYAM LAGA (Fighting Cocks) pula adalah ayam yang merupakan sejenis ayam yang dipelihara khusus untuk berlaga atau bertarung bagi tujuan perlawanan ayam. Saya dapati ayam laga juga digelar sebagai Ayam sabung, Ayam laga, Ayam Bangkok, Ayam Siam atau Ayam baik (bahasa Inggeris: gamecock) adalah sejenis baka ayam. Ia digemari oleh para peminat ayam di seluruh dunia kerana mempunyai ciri-ciri untuk bersabung atau berlawan. Ayam Laga/sabung ialah ayam yang sanggup bertarung sampai mati ketika perlawanan. Di Thailand, Indonesia, Filipina dan Semenanjung Malaysia, ayam laga ini seakan-akan sama dari jenis ciri baka dan cara ia berlawan. Beberapa pemilik ayam laga di Malaysia yang pernah saya tanya telah mengatakan sesetengah baka ayam ini diimport dari Bangkok (Thailand) dan tidak mustahil ayam sabung ini seakan-akan sama. bagaimana pun bagi kawasan seperti di Sabah, Sarawak dan sesetengah tempat di Indonesia ayam sabung ini berbeza daripada ayam sabung dari Bangkok kerana saiz ayam sabung ini lebih kecil dan seakan-akan ayam katik dan ayam hutan. Terdapat juga dakwaan ayam ini juga dipercayai berasal dari Myanmar. Didalam banyak rujukkan didapati ayam ini juga dikenali sebagi 'ayam pisau' kerana apa yang sering berlaku adalah dibahagian tajinya akan dipasang dengan pisau bersaiz lebih kurang 5 inci untuk bertarung dimana ia perlu masa 4 minit sahaja untuk mengalahkan lawannya. Beberapa Ciri-Ciri penting Ayam Laga yang pelu diketahui oleh peminat ayam laga berbeza-beza mengikut keinginan pemilik(Lihat foto sebelah). Bagaimana pun saya akan senaraikan beberapa ciri penting yang perlu ada pada ayam laga. Bentuk kepala dan tulang alisnya tebal dan sebaiknya bulu ayam laga berkilat dan kaku, terutama pada bulu sayap dan ekor. Ayam laga perlu ada kaki bersisik kasar, dengan bentuk dari segi empat sampai bulat. Kepalanya berbentuk buah pinang dan diperhatikan ketika berdiri ia mempunyai bentuk badannya menegak(erected shape). Dibahagian matanya masuk ke dalam, sepet, dan jernih dengan mempunyai kulit muka yang kasar, tebal dan juga sebaiknya berwarna merah. Ia mempunyai paruh besar, kuat melengkung, beralur mulai dari lubang hidung ke arah muka dengan ada lubang hidung agak ke depan. Ia juga ada muka kelihatan bengis dan garang. Dibahagian jari kakinya panjang, kecil, kuat dan susunan jarinya mekar. Ia juga perlu pandai memukul bahagian kelemahan lawan dengan pukulan keras dan tepat. Paling utama adalah ia ada semangat tarung tinggi dan malu akalau ia tidak mahu bertarung. Lazimnya ia mempunyai tulang yang kasar dan rapat. Ciri-ciri khas yang dimiliki oleh ayam laga inilah yang membuatkan ia sangat terkenal kehebatannya di arena tarung di seluruh dunia. Tulisan ini diharap mengukuhkan info dan kaitannya dengan peribahasa Alah Sabung, Menang Sorak yang pernah kita belajar disekolah dahulu. Wasallam!.

AYAM SABUNG... MENANG SORAK...
TABUR HARTA.. TERUS BERGERAK...
HARAPKAN HASIL...TETAPI TIDAK...
JADIKAN PANDUAN... PERLU ELAK...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(11 Safar 1437H)

Monday, November 23, 2015

ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM


ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIARLAH KEPANGKAL LENGAN merupakan satu peribahasa yang agak panjang tetap memmebrikan makna yang mudah difahami. Peribahasa ini memberi maksud iaitu "Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya". Dalam beberapa rujukan saya diberikan ayat seperti 'Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Saya berfikir kenapa bijak pandai bahasa dahulu memilih pekasam sebagai makanan berbau busuk untuk diseluk kedalamnya yang menyebabkan tangan akan terus berbau selepas itu. Hanya mereka yang betul-betul ada kemahuan sahaja yang mahu menyeluk ikan pekasam yang busuk untuk membalik-balikan dalam proses pemeraman (fermentation process). Saya fikir peribahasa ini amat sesuai diberikan kepada semua orang terutaa murid sekolah dan pelajar universiti dalam mengharungi peperiksaan dan pelajaran. Ianya juga sesuai dijadikan pendorong kepada semua pekerja dalam membangunkan karier mereka yang perlukan komitment bersungguh-sungguh dalam kerjanya. Saya juga merupakan orang yang bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu dan memberikanya kepada pembaca semua dengan membaca, menulis dan menerbitkan blog berkaitan pertanian sehingga mencapai sebanyak 3,630 artikel. Ia menjadi rujukan kepada lebih 6.5 juta pembaca yang mana setiap hari sekitar 8,000 - 10,000 orang membuat view. Ia sama dengan makna peribahasa ini walau pun untuk tujuan baik kerna saya setuju dengan setiap pekerjaan yang dibuat hingga selesai dengan bersungguh-sungguh akan memberikan hasil. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu peribahasa baik untuk dijadipan panduan hidup.


IKAN PEKASAM adalah ikan yang diawetkan agar ia boleh disimpan lama dengan menggunakan teknologi pengawetan (Sila baca artikel saya mengenai ikan perkasam - Sila klik disini). Proses pengawetan ikan pekasam menggunakan bahan seperti Garam, Asam Keping atau Asam Jawa, Gula Merah dan Bertih Goreng serta air. Ikan merupakan hasil perikanan yang mudah rosak selepas beberapa jam tanpa disimpan dalam peti sejuk. Kaedah paling lazim dilakukan adalah menjadikannya ikan kering masin atau dijadikan ikan pekasam secara tradisional atau cara komersil. Proses membuat ikan pekasam juga mudah serta tidak memerlukan kos tinggi disamping menjamin kualiti ikan yang sedap. Artikel subuh ini saya menulis teknologi berkaitan ikan pekasam dan proses menyediakan ikan pekasam bersadarkan pengalaman, pemerhatian dan lawatan teknikal keprojek pembuatan ikan pekasam tradisional. Ikan Air Tawar adalah sering dijadikan ikan pekasam kerana ianya mudah didapati, ada yang tidak suka akan bau tanah ikan air tawar, murah dan dapat permintaan yang baik oleh pengguna di Malaysia berbanding dengan ikan pekasam laut yang sememangnya banyak diawetkan sebagai ikan kering masin. Antara jenis ikan yang banyak dibuat ikan pekasam seperti Ikan Puyu, Ikan Sepat Padi, Ikan Tilapia, Ikan Terbul, Ikan Lampam Jawa, Ikan Sepat Siam, Ikan Ketutu, Ikan Kepar, Ikan Kalui, Ikan Toman dan banyak jenis lagi. Kebanyakan ikan yang mempunyai sisik sesuai untuk dijadikan ikan pekasam berbanding dengan ikan tidak bersisik yang tidak sesuai. Kajian saya mendapati ikan pekasam sangat popular di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang dimana terdapat banyak sawah padi, Tasek dan Sungai. Orang Selatan Semenanjung kurang memproses sendiri ikan pekasam tetapi tetap ramai yang berminat untuk makan ikan pekasam.

CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM:
Cara buat ikan pekasam mempunyai teknologi yang mudah dan ringkas sahaja. Semua orang yang berminat tentu mudah faham akan teknonoli pengawetan ikan pekasam dirumah masing-masing. Peralatan sedia ada dirumah boleh digunakan dan cuma beli ikan, garam, beras hancur dan asam keping atau asam jawa. Anda boleh cuba sendiri cara berikut sehingga manjadi.


1. Bahan Asas - IKAN: 

Biasanya orang buat ikan air tawar walau pun ada yang suka dengan ikan laut. Langkah pertama ialah ikan mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya. Pastikan segala isi dalam perut ikan mesti cuci sampai putih. Ini untu mengelakkan dari ikan busuk dan di hurung lalat. Ada yang mambuang kepala ikan untuk makan sendiri tetapi bagi tujuan komersil kepala ikan dikekalkan. Pemerhatian saya mendapati jika ada kepala ikan akan lebih menggalakkan lalat nak hinggap dan habitat terbaik bagi ulat.


2. Bahan Pengawet - GARAM: 

GARAM akan digunakan garam yang bersih sederhana halus. Sukatan garam disyorkan pada kadar satu kilogram ikan diberikan sebanyak seratus gram garam (Kadar 1,000 : 100). Jika tidak mahu masin sangat boleh kurangkan garam dan sebaliknya. Pastikan menggunakan garam yang berkualiti sahaja.

3. Bahan Penyedap - BERAS: 
Beras perlu disangan atau digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga berwarna kekuningan dan rangup. Kemudian beras ini di tumbuk sampai sederhana lumat menggunakan lesung batu, lesung kayu atau alat mesin blender kering. Sukatan beras yang digunakan disesuaikan dengan kuantiti ikan dan garam serta air dalam larutan. Fungsi beras goreng ini adalah untuk mengekalkan kelembapan air garam dan meningkatkan citarasa ikan pekasam.

4. Bahan MASAM :
ASAM JAWA ATAU ASAM KEPING
Asam jawa atau Asam Keping dicampukan dalam pembuatan ikan pekasam untuk mengekalkan rasa dan ikan tidak busuk. Ada orang kata yang beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Kajian mendapati bahawa asam keping lebih sesuai digunakan berbanding asam jawa kerana boleh dikeluarkan bila-ila masa. Laporan menunjukkan penggunaan asam jawa menyebabkan ikan pekasam jadi hitam selepas digoreng. Ini mengurangkan kualiti persembahan ikan pekasam.

Diharap artikel ini memberi info berguna kepada anda. Ikan pekasam memang sedap dimakan dengan nasi putih. Ikutilah petua 'Menyeluk Pekasam Biarlah Sampai Ke Pangkal Lengan'.. InsyAllah akan Berjaya. Wasallam!.
MENYELUK PEKASAM ... SAMPAI LENGAN...
BERBAU BUSUK.. TETAPI ENAK DIMAKAN...
BERSUNGGUH-SUNGGUN...ADA KEJAYAAN...
MEMANG PENAT... ARTIKEL INI DITULISKAN.... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(8 Safar 1437H)

Sunday, November 22, 2015

KERBAU BAWA LUMPUR SEMUA TERPALIT


Peribahasa lama SEEKOR KERBAU MEMBAWA LUMPUR, SEMUANYA TERPALIT agak jarang didengar atau jarang digunakan masa kini. Ia memberi maksud sebagai "Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa".  Ini adalah satu peribahasa yang amat bermakna bagi sesebuah negara, masyarakat atau kelompok dan ianya perlu sentiasa diberikan perhatian oleh semua pihak. Kesalahan yang mungkin dilakukan oleh individu atau seklompok kumpulan kecil jika didapati bersalah akan menyebabkan kumpulan atau golongan tersebut dituduh sama. Terkini adalah kes Pengeboman Di Stadium Bolasepak Di Paris, France pada November 2015 dimana kumpulan IS dituduh melakukannya begitu juga Peristiwa 911 kapalterbang melanggar Bangunan Twin Tower di New York sehingga runtuh. Akibatnya adalah umat Islam diseluruh dunia menerima kesusahan dari apa yang dilakukan oleh pengganas dalam isu ini. Kesan dari serangan 911 bukan sahaja kita melihat Negara Iraq telah diserang dan ditawan malahan jutaan umat Islam (dan orang awam) telah dibunuh tanpa bukti walau pun mereka tidak bersalah. Begitulah bahaya jika melakukan kesalahan diperingkat dunia, negara, kampung atau dalam masyarakat itu sendiri. Apa pun bukan itu yang saya hendak bincangkan dalam artikel ini tetapi mengenai industri ternakan kerbau dan maklumat mengenai haiwan kerbau itu sendiri. In kerana peribahasa lama in menggunakan haiwan kerbau sebagai objek pembayang yang penting. Kerbau memang haiwan yang jarang dibincangkan berbanding dengan lembu dan kambing. Ini kerana kerbau (water buffalo) amat kurang populasinya berbanding dengan lembu dan kambing. Kerbau pernah dijadikan haiwan penting dalam Majlis Adat Istiadat Melayu dan Minangkabau dimana ia akan mengukur kekayaan seseorang. Pernah dahulu maskahwin untuk menikah juga menggunakan kerbau. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dlam "Anim Agro Technology" mengenai satu peribahasa berkaitan haiwan kerbau dan info mengenai kerbau untuk rujukkan anda.


Rekod daripada Kementerian Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menunjukkan terdapat seramai 43,310 penternak Lembu dan 3,925 penternak Kerbau yang terlibat dalam industri ini sama ada berskala besar, sederhana dan juga yang berskala kecil. Penternak kambing dan bebiri pula direkodkan adalah sebanyak 25,509 orang sementara penternak Ayam seramai 76,925 orang, penternak itik seramai 8,779 orang dan penternak babi seramai 887 orang. Pada keseluruhannya negeri Kelantan merupakan negeri paling ramai bilangan penternak lembu iaitu seramai 26,186 orang tetapi kebanyakannya adalah penternak yang berskala kecil-kecilan mempunya kurang dari 5 ekor lembu diikuti dengan Negeri Terengganu seramai 5,283 orang. Negeri Johor merupakan negeri paling banyak menyumbang sektor ternakan negara terutama dalam Industri Ternakan Ayam (Lebih 60 juta ekor setahun), Ternakan Kambing (70,000 ekor/ tahun) serta jumlah sembelihan lembu dan kambing di Malaysia. Kini terdapat sebanyak 130,090 ekor Kerbau direkodkan dalam negara kita pada tahun 2010 dengan sebanyak 9,130 ekor kerbau disembelih. Sabah mempunyai bilangan kerbau terbanyak iaitu 44,133 ekor diikuti dengan Pahang (17,533 ekor) dan Perak (16,951 ekor). Jumlah pengeluaran daging segar tempatan direkodkan sebanyak 46,510 metrik tan pada tahun 2010 yang bernilai RM 819.6 juta pada tahun 2010 berbanding cuma sebanyak RM 535.4 juta pada tahun 2005. Penggunaan daging oleh penduduk Malaysia sebanyak 162,360 mt sedangkan bekalan dalam negara cuma 46,510 mt setahun. Saya kira perbezaan ini iaitu sebanyak 115,850 mt daging lembu/ kerbau perlu diimpot. Anda boleh baca artikel mengenai kerbau (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Ternakan kerbau memerlukan komitment tinggi kerana agak sukar untuk memulakan aktiviti ini kerana sukar dapat induk dan bekalan kerbau.


KERBAU (Bubalus bubalis) ialah binatang yang termasuk keluarga keluarga Bovidae yang mana sekitar 95% keujudannya adalah di kawasan Asia termasuk di Malaysia. Kerbau liar (Water buffalo) masih dapat ditemui di Malaysia ,Pakistan, India, Bangladesh, Nepal, Bhutan,Vietnam, China, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Thailand. K Kerbau adalah binatang yang sukakan tempat berlumpur dan berair seperti kawasan sawah dan paya untuk mereka berkubang. Kerbau di Malaysia dan Indonesia serta negara jiran lain sejak zaman dahulu digunakan didalam aktiviti membajak sawah padi atau menenggala tanah. Alat tenggala akan diikat pada badan kerbau yang menariknya dengan gagah. Bagaimana pun teknologi ini telah ditukar dengan penggunaan jentera bajak sawah yang lebih cekap, cepat dan hasil menyedia kawasan sawah dengan lebih baik. Bagaimana nasib kerbau selepas era membajak sawah amat terkesan apabila populasi kerbau di negara kita terus berkurangan dengan ketara sekali. Daripada rujukkan saya dengan laporan statistik Kementerian Pertanian, hanya sebanyak 2,468 ekor kerbau yang didaftarkan dengan Jabatan Veterinar semasa laporan ditulis di Semenanjung Malaysia. Sebahagian kerbau liar kini berkurangan dimana masa akan datang tidak akan ada lagi populasi kerbau liar yang dapat ditemui. 


Seekor kerbau jinak dewasa dapat memiliki berat sekitar 300 -  600 kg tetapi kerbau liar betina dapat mencapai berat hingga 800 kg dan kerbau liar jantan dapat mencapai berat hingga 1,200 kg. Berat purata kerbau jantan adalah 900 kg dengan tinggi purata di bahagian bahu kerbau ialah 1.7 m. Salah satu ciri yang membezakan kerbau liar dengan kerbau jinak adalah kerbau jinak memiliki perut yang bulat dan kerbau liar tidak bulat. Kerbau adalah dari jenis Bubalus bubalis dengan tiga subspesies iaitu Kerbau Sungai (Bubalus bubalis bubalis) yang berasal dari Asia Selatan, Kerbau Rawa (Bubalus bubalis carabanesis) yang berasal dari Asia Tenggara dan Kerbau Liar (Bubalus bubalis arnee). Kini saya amat jarang dapat makan daging kerbau tidak seperti ketika bertugas di Melaka sekitar awal 1980'an dimana ketika menghadiri beberapa majlis kenduri perkahwinan di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah. Lazimnya mereka sering hidangkan daging kerbau. Daging kerbau mempunyai tekstur hampir sama dengan daging lembu cuma berbeza sedikit dari segi warna daging, tahap kelembutan dan juga tekstur ira daging yang kasar sedikit. 
Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca semua. Ingatlahlah Seekor Kerbau Membawa Lumpur, Semuanya Terpalit. Wasallam!.
SEEKOR KERBAU...LUMPUR DIBAWA...
BERKUMPUL... TERPALIT SEMUANYA...
ELAKAN BERLAKU... DIMASYARAKAT KITA...
HIDUP AMAN... DAN BAHAGIA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1924, Hotel New York,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia. 
(8 afar 1437H)

Saturday, November 21, 2015

ADA GULA ADALAH SEMUT

ADA GULA ADALAH SEMUT merupakan satu peribahasa yang selalu kita gunakan dan dengar. Semut (ants) merupakan sejenis serangga berkoloni yang hidup rapat dengan manusia. Ia mampu hidup dalam banyak keadaan dan hampir terdapat diseluruh pelosok dunia kecuali kawasan Artik dan Antartik. Peribahasa 'Ada gula adalah semut' memberi maksud iaitu "Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul". Peribahasa ini dalam buku rujukkan yang saya baca memberikan satu contoh ayat iaitu "Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut". Dalam negara Malaysia kini menjadi tumpuan warga luar seperti daripada Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Pakistan, India dan banyak lagi negara untuk mereka datang bekerja. Jumlah mereka kini mungkin mencecah 2 juta dengan sebahagian besar bekerja dalam bidang pembinaan, pertanian, perkhidmatan, orang gaji dan perkilangan. Bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang 'BERGULA' kerana banyak semut dari dalam dan luar negara berkumpul untuk mendapat kerja, kesenangan dan seterusnya kemewahan. Kemana sahaja anda pergi akan nampak atau dilayan oleh warga asing seperti di Pam Minyak, Restoran Makanan Segera, Supermarket seperti Mydin, Jaga Keselamatan di Kompleks Membeli Belah, Lapangan Terbang KLIA dan banyak lagi. Mereka datang untuk mengambil dan menyedut gula-gula yang bertaburan di bumi Malaysia dari setiap sudut. Sumbangan mereka pada pembangunan negara memang tidak dapat dinafikan. Apa pun rakyat Malaysia tidak seharusnya membiarkan gula yang bertabran ini diambil secera berterusan dan rakus oleh semut dari luar ini. Memang tepat kalau peribahasa ini boleh dapat digandingkan dengan peribahasa lain "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' atau "Masuk kandang kambing Mengembek, Masuk Kandang Lembu Menguak".  Kuala Lumpur dan Lembah Kelang sahaja mempunyai ramai penduduk dimana pertumbuhan ekonomi dikawasan ini amat besar sekali. Mereka berkereta kepejabat atau tempat kerja dimana saya lihat sebuah kereta hanya dipandu oleh seorang sahaja. Amat jarang sekali sebuah kereta penoh dengan penumpang dan ini menyebabkan kesesakan lalulintas (jem) dan kesukaran meletak kereta di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa ada gula adalah semut sebagai satu kertas infomasi yang boleh dirujuk.  


SEMUT (Ants) merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae isitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, kebun, bangunan tinggi, kawasan gurun, kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis dari Wikepedia menyatakan terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua didunia semenjak pra-sejarah dahuli melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut denan beberapa jenis yang popular seperti Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen.  


Keluarga semut yang hidup dalam koloni memang pelik berbanding dengan serangga lain kerana didalam koloni mereka mempunyai kasta masyarakat iaitu Ratu(Queen), Jantan (Drone), Pekerja (Workers) dan Askar (Army) seperti rajah sebelah. Mereka mempunyai fungsi dan tugas khusus didalam koloni untuk menjalankan aktiviti harian. Tugas Ratu adalah untuk bertelur seberapa banyak telur selepas proses mengawan dengan semut jantan. Pada kebanyakan jenis semut seperti Lebah dan Anai-anai, lazimnya semut jantan akan mati selepas proses mengawan. Bagaimana pun banyak juga spesis tertentu yang semut penjantan tidak mati selepas mengawan. Golongan pekerja lazimnya bertugas mencari makanan, membina sarang, memberikan makan kepada larva dan sebagainya. Askar pula menjaga koloni daripada dicerobohi oleh musuh dengan menggunakan sengatan atau gigi. Koloni semut atau lebah memang merupakan satu masyarakat sosial yang sangat baik untuk dicontohi oleh manusia dalam kehidupan bermasyarakat.


GULA (Sugar) adalah satu perkataan bagi sekumpulan jenis kristal karbohidrat yang boleh dimakan dengan rasa MANIS (Sweet). Dalam peribahasa Melayu ada dikatakan 'Ada Gula Ada Semut' yang membawa maksud dimana ada banyak sumber rezeki maka disanalah ramai berkumpul untuk mendapatkannya. Pemahaman mengenai gula ini juga mempunyai banyak variasi. Bagaimana pun dari segi saintifik lazimnya kandungan dalam gula adalah dikenali sebagai bahan sepertiSukros, Laktose dan Fruktose dimana bahan ini yang memberikan rasa manis pada lidah. Lidah manusia sendiri mempunyai deria seperti manis, masin, pedas, pahit, masam, tawar, kelat dan sebagainya. Deria rasa ini berbeza diantara manusia bergantung kepada umur, genetik dan sensitiviti seseorang. Penggunaan gula lazimnya dikaitkan dengan minuman yang ditambah gula untuk menyedapkan rasa. Bagaimana pun sebenarnya penggunaan gula berlaku dalam kebanyakan makanan daripada sayuran, biskut, susu pekat, aiskrim, kuih mueh dan banyak lagi. Tanpa gula banyak masakan yang kurang enak. Gula ini boleh didapai dalam pelbagai bentuk, jenama dan juga sumber bahan mentahnya. Belum banyak artike yang membincangkan mengenai jenis-jenis gula dan kegunaannya. Pda penulis setelah merujuk beberapa bulu dan artkel mendapati kini terdapat 4 jenis gula yang sepatutnya rakyat Malaysia tahu untuk dibincangkan dalam artikel ini iaitu Gula Pasir, Gula Batu, Gula Merah dan Gula Melaka atau Gula Apong. Di Malaysia ramai rakyatnya yang mengambil gula dalam makanan sehingga memberikan kesan negatif dimana jumlah pesakit diabetis dinegara kita adalah mendudukki tangga ke 4 tertinggi dirantau Asia. Gula banyak diambil dalam makanan dan minuman dimana tanpa gula orang Malaysia kata makanan tidak sedap. Gula yang banyak berada dipasaran adalah kebanyakannya dirujuk kepada bahan sukros yang mana ia paling banyak datang dari gula tebu dan gula bit. Walau pun begitu ada jenis gula lain yang digunakan di dalam industri penyediaan makanan tetapi paling biasanya atau lebih spesifik seperti jenis glukos, fruktos atau gula buah, air gula serta jagung fruktosa tinggi. Saya berharap tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
ADA SEMUT ...DISITU ADA GULA...
BANYAK REZEKI...RAJIN BEKERJA...
ORANG ASING..RAMAI JUMLAHNYA...
NEGARA MAJU ... ITULAH MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(8 Safar 1437H)

Friday, November 20, 2015

LAKSANA BUNGA DEDAP

LAKSANA BUNGA DEDAP, SUNGGUH MERAH BERBAU TIDAK adalah satu peribahasa yang sering kita dengar dengan memberi erti sebagai "Orang yang berpenampilan elok dan menawan tetapi tiada budi bahasa atau tidak beradab". Peibahasa ini saya kutip daripada buku yang diterbitkan oleh DBP untuk sukatan pelajaran bahasa Malaysia disekolah-sekolah dahulu. Sebelum menulis artikel ini saya memang tidak kenal akan bunga dedap. Apabila saya google dan melihat bunganya... amboi! memang ia sejenis bunga yang cantik dengan warna terang dan garang (Sila lihat foto diatas). Bunga yang cantik ini dapat dilihat daripada jauh dengan jelas dan terang amat menarik jika dipandang mata. Terdapat beberapa spesis bunga dedap yang penulis dapat kenalpasti iaitu Bunga Dedap Merah (Sclumbergera truncata) dan juga Bunga Dedap Serap atau Dedap Batik (Erythrina variegata). Spesis bunga dedap lain yang dkenalpasti dalam kumpulan ini agak urang pasti. Berbalik kepada makna bunga dedap iaitu 'Orang yang elok (atau dalam bahasa moden Handsome atau Beautiful) tetapi ia mempunyai perangai atau budibahasa tidak elok atau tidak beradap apabila kita kenali. Ini bermakna orang ini memang dilihat disukai atau terpikat dari jauh untuk dijadikan suami, isteri atau rakan karib kerana ia menyenangkan rupanya dari segi luaran tetapi sebenarnya mempunyai perangai tidak baik. Apa lagi kalau seseorang yang tampan atau cantik ini berpura-pura baik tetapi sebaliknya dia adalah tidak orang yang tidak berbudibahasa kurang agama. Ini bukan ciri-ciri ideal yang dikehendaki oleh semua. Seseorang bakal bapa atau emak mertua akan memerhatikan ciri-ciri tidak baik ini untuk memilih calon menjadi menantu. Bunga Dedap yang berwarna merah kuat dan cantik dari jauh rupanya tidak berbau untuk dinikmati. Walau pun bunga ini dan amat disenangi pada mulanya sehinggakan orang dulu-dulu ambil sebagai peribahasa rupa-rupanya ia hanya luaran sahaja tetapi sikapnya tidak sama dengan kecantikannya. Artikel subuh sabtu ini saya menulis lagi artikel ke 3,600 dalam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa 'Laksana Bunga Dedap, sungguh merah berbau tidak " sekadar mengasah pemikiran tajam anda.

Pokok Bunga Dedap Merah (Erythirina variegata) merupakan tumbuhan dari keluarga Fabaceae (dulu ia adalah Leguminosae) yang ditanam untuk berfungsi sebagai pagar hidup dirumah. Ia merupakan tumbuhan yang juga berfungsi sebagai pokok peneduh dan mempunyai banyak nama gelaran lain. Antaranya seperti Dedap Ayam, Dedap Laut (Melayu); Dapdap, Dadap (Indonesia), Andorogat (Filipina), Th'ong banz (Laos), Thong baan, Thong laang laai, Thong phueak (Thailand), Penglay-kathit (Myanmar). Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai Indian coral tree, variegated coral tree, tiger's claw dan beberapa lagi. Ia mempunyai ciri pokok yang berukuran sedang tumbuh menegak sehingga mampu mencapai ketinggian 15 - 20 meter dengan lebar kanopi sekitar 50-60 cm. Batang pokok lazimnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi coklat muda keputihan apabila dewasa (Sila lihat foto disebelah). Batangnya juga sering mempunyai duri-duri kecil berukuran 1-2 cm yang berwarna kehitaman. Duri tajam ini agak merbahaya jika tercucuk kerana ia berbisa. Lazimnya bunga pokok dedap mengeluarkan banyak daun dimana ia mempunyai daun majmuk dengan tiga daun satu tangkai dengan berwarna hijau muda ke hijau tua dengan panjang daun dengan tangkai panjang 10 - 40 cm. Daunya besaiz besar dan lebar.

Bunga Dedap Merah tersusun dalam kumpulan yang berbentuk kudup yang selalunya keluar dari hujung ranting yang tidak berdaun. Lazimnya bunga ini akan keluar pada masa daun pokok berguguran. Ciri tersebut meninggalkan bunga yang cantik dan ini akan menarik banyak unggas termasuk burung untuk datang bagi mencri nektar dan menjalankan proses pendebungaan. Kemudian bunga dedap berwarna merah jingga hingga merah gelap ini akan gugur. Bunga dedap lazimnya berukuran kelopaknya sekitar 5.5 - 8.0 cm serta seakan ia mempunyai kuku bersaiz pendek. Buahnya dedap adalah jenis berbentuk kapsul atau lengai (polong tebal) yang berwarna gelap. Buah yang berukuran sekitar 15 - 20 cm mengandungi antara 5-10 biji berbentuk telur berwarna coklat, merah atau ungu yang selalunya agak berkilat. Walau pun pada kebiasaannya pokok dedap ada digunakan sebagai pokok pelindung untuk ladang koko dan kopi, ia juga ditanam senagai tiang pokok untuk menjadi kayu rayapan bagi tanaman lada, sirih, vanila, atau umbi gadung. Pokok ini juga baik digunakan sebagai tiang-tiang pagar hidup dan sering dijadukan sebagai pokok penahan angin. Pokok dedap menghasilkan kayu ringan yang lembut dan kayunya berwarna putih. Ia hanya sesuai untuk dijadikan kraftangan iaitu membuat pelampung dan mainan kanak. Kayunya juga merupakan bahan bakar walau pun sebenarnya ia kurang baik digunakan sebagai kayu api sebab ia akan banyak mengeluarkan asap.

Dari segi kegunaan lain lazimnya bahagian daun dedap muda digunakan sebagai sayuran oleh beberapa masyarakat luarbandar di India. Daun-daun ini didakwa berkhasiat untuk membanyakkan susu ibu sama seperti tumbuhan Fabaceae yang lain. Kesannya juga boleh membuat seseorang yang memakannya akan tidur lebih nyenyak. Dalam kes lain jika daun muda ini dimakan bersama dengan bunganya akan membantu untuk fungsi melancarkan haid. Cecair ekstrak daun yang dicampur madu diminum bertujuan untuk mengubati masaalah cacing dalam perut. Seterusnya larutan ekstrak daun dedap yang dicampur minyak jarak (castor oli) didakwa boleh menyembuhkan masaalah sakit cirit birit (Desentri). Daun dedap yang telah dipanaskan digunakan sebagai tampalan (tapal) untuk meringankan rematik. Selain itu didakwa kulit batang pokok dedap memiliki khasiat sebagai bahan yang melawaskan kencing dan membuang kahak. Bagaimana pun didapati bahawa bijinya agaknya beracun. Beberapa laporan terbaru pada tahun 1980an ada menunjukkan bahawa bahagian daun, batang, buah dan akar dedap mengandungi racun yang bernama Asid hidrosianide. Racun yang lainnya yang ditemukan adalah Racun Eritrina. Dalam bijinya telah dijumpai sejenis alkaloid iaitu Eritralin dan Hipaforin. Dalam ujikaji pada seekor katak menunjukkan yang katak tersebut menjadi sangat aktif dan banyak bergerak. Bagaimana pun jika diberikan dalam dos banyak telah membawa kesan melumpuhkan katak tersebut. Oleh kerana daunnya mengandungi protibn tinggi memang sesuai dijadikan makanan ternnakan ruminan. Kajian menunjukkan pada sepokok dedap sederhana mampu menghasilkan 3-4 kali setahun akan dapat menghasilkan 15-50 kg bahan makanan daun untuk ruminan. Daun dedap diketahui tidak bersifat racun (toksik) bagi ternakan ruminan. Akar dedap akan bersimbiosis dengan bakteria dinamakan Brady rhizobium mengikat nitrogen dari udara dimana ini akan meningkatkan kesuburan tanah. Pokok dedap antara tumbuhan yang dapat digunakan sebagai pemeberantas serangga perosak tumbuhan sama dengan pokok neem.

Pokok dedap boleh dibiakkan dengan bijibenih atau keratan batang. Bijibenih matang ini keluar dari lengai buah berwarna hitam yang bergantung pada dahan pokok (Sila lihat foto disebelah). Biji ini boleh direndam dalam air suam dahulu dengan suhu 80 °C selama 10 minit dan dibilas dengan air biasa hingga satu emudian biji benih ini boleh disemai. Biji ini lazimnya akan bercambah setelah 8-10 hari diman apabila mencapai ketinggian 30 - 50 cm disemai selama 8-10 minggu ianya amat sesuai ditanam. Bagi teknik keratan batang lazimnya dahan sepanjang 2 - 3 m dan diameter 2 - 5 cm dikumpul dan dibiarkan selama 24 jam sebelum ditanam. ini dilakuan bertujuan agar ia tidak mudah diserang Kulat. Lebih baik jika keratanini ditanam dalam keadaan yang agak kering. Kalau hendak tanam dedap sebagai pokok pagar sebaiknya gunakan keratan batang yang lebih besar lagi dengan diameter 15 cm dan panjang 2 meter. Rahsianya adalah keratan batang ini perlu disimpan menegak berdiri selama seminggu sebelum ditanam. Disyorkan agar jarakk tanaman sekitar 8 x 10 meter. Berbalik kepada peribahasa yang saya jadikan tajuk perbincangan, janganlah terpesona dengan kecantikkan bunga dedap merah yang cantik tetapi rupanya ia tidak berbau. Ini disama-ertikan dengan seseorang yang berterampilan tampan dan menawan apa gunanya menjadi kawan kalau tidak berbudibahasa atau baik hati. Semuga artikel ini memberi makna kepada kehidupan anda. Wasallam!.
BUNGA DEDAP...MERAH CANTIKNYA...
INGIN DISUNTING... PERLU DITANYA...
WALAU MENAWAN... APA BUDIBAHASA... 
JANGAN KELIRU... ARTIKEL INI DIBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(25 Muharam 1437H)

Thursday, November 19, 2015

BAGAI BELACAN DIKERAT DUA.

BAGAI BELACAN DIKERAT DUA, YANG PERGI BUSUK, YANG TINGGAL HANYIR merupakan satu peribahasa yang kurang digunakan dikalangan masyarakat sekarang ini kerana semakin ramai kurang kenal akan produk belacan. Peribahasa ini sebenarnya memberi makna iaitu "Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak". Ini juga bermaksud apabila kita melakukan apa sahaja terhadap belacan pastinya hanya memberikan kesan negatif kepadanya sesuai dengan sifat belacan yang busuk dan hanyir. Belacan merupakan produk berasaskan kepada hasilan laut terutama udang yang diproses untuk dijadikan pes belacan (Shrimp paste) yang boleh disimpan lama sebelum digunakan dalam masakkan. Peribahasa ini memang tepat yang dicipta oleh bijak pandai Melayu sejak dulu kala yang mana kalau sesuatu perkara yang buruk dalam keluarga atau masyarakat yang bermusuhan itu didedahkan kepada orang ramai, pastinya akan memberi aib kepada kedua-dua belah pihak. Sebaiknya jangan melakukan sebarang keaiban pada keluarga atau masyarakat dimana semunya akan mendapat kesannya. Ia disamakan dengan produk belacan yang sememangnya berbau (asasnya pun udang) dan jika dipegang, dipotong atau dibawa maka baunya tetap dikenali sebagai bau belacan. Belacan yang telah rosak jika dipotong pun yang dibuang pastinya bahagian yang busuk tetapi yang tertinggal tetap berbau hanyir. Peribahasa ini menepati dengan makna yang diberikan oleh bijakpandai bahasa yang memahami akan pencirian dan proses pembuatan belacan. Saya ada menulis artikel mengenai belacan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Artikel pagi Cuti Deepavali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai belacan dan teknologi berkaitan pembuatan belacan untuk dikaitkan dengan peribahasa ini. 


Belacan atau 'Shrimp Paste' merupakan sejenis bahan makanan yang diperbuat daripada udang dan garam sebagai perasa masakan di kalangan ramai orang Malaysia. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan khusus atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Saya mengenali belacan semenjak kecil lagi apabila disuruh oleh ibubapa untuk membeli belacan di kedai runcit dahulu. Cara membuat belacan bermula dengan mendapatkan bahan mentah utama iaitu udang geragau (Di Melaka dan Kukup, Johor mereka menggunakan udang geragau mmanakala di Pulau Pinang dan di Sarawak dan Sabah mereka akan menggunakan udang kecil). Udang ini perlu dibersihkan dari kekotoran seperti tanah, pasir, batu dan buang kulit kepala bagi udang yang agak besar dan keras untuk mendapatkan isinya. Gunakan garam berkualiti dari jenis Garam Halus yang bersih dan putih. Secara tradisional kadar garam yang digunakan adalah sebanyak 10% sahaja daripada kuantiti isi udang laut yang hendak digunakan. Contohnya jika kita mempunyai sebanyak 50 kilogram udang maka sebanyak 5 kg garam halus digunakan untuk dapatkan belacan yang berkualiti.


Cara membuat belacan berbeza mengikut jenis udang dan teknologi pengeringan serta jenis alatan untuk memproses yang digunakan. Apa yang saya lihat di Melaka mereka selalunya akan mengaulkan bahan udang dengan garam halus sehingga rata. Susun atau letakkan udang yang telah dicampur garam diatas lantai jemuran (Nyiru atau tikar pandan yang sesuai) setebal 1.0-1.5 cm (Lihat foto sebelah). Udang ini dijemur sehingga menjadi separuh kering. Langkah seterusnya adalah untuk mengisar udang bergaram separuh kering tadi sehingga separuh hancur dengan sedikit air. Ada yang menumbuk dalam lesung jika tiada mesin kisar (Kaedah Tradisional). Kemudian campuran tadi dimasukkan kedalam kain dan dimasukkan kedalam bekas atau tong dan ditindih dengan pemberat untuk mempadatkannya dan diperam selama satu minggu ditempat sesuai. Selepas dipadatkan selama satu minggu keluarkan dari bungkusan kain dan jika masih agak basah jemur lagi. Kemudian campuran tadi dikisar sekali lagi sehingga mendapatkan ramuan yang lebih halus dan ulang semula membungkus dalam kain dan dipadatkan dan diperam selama seminggu lagi. Setelah itu ulang cara tersebut beberapa kali dan proses pembentukkan belacan dibuat sama ada Bentuk Bulat Leper (ukurlilit antara 20 - 50 cm dengan ketebalan 1.5 - 3.0 cm) atau bentuk Bongkah. Jemur belacan ini sehingga agak kering dan sesuai untuk dibuat penggreddan dan seterusnya dibungkus, di label dan boleh dipasarkan. Keseluruhan proses membuat belacan adalah antara 3 minggu (proses mudah) sehingga 8 minggu (menggunakan bahan udang besar) dan bergantung kepada jenis peralatan untuk memproses yang digunakan.


Sambal Belacan merupakan antara makanan berasaskan belacan paling popular dikalangan masyarakat kita. Proses membuat sambal belacan juga sangat mudah. Belacan mentah dibakar dahulu bersama cili besar dan cili padi. Masukkan bahan tadi kedalam lesung batu atau paling senang dalam mesin pengisar (blender) dan masukkan garam dan air asam jawa. Sambal belacan lazimnya dimakan sebagai pelengkap kepada ulam-ulaman dimakan dengan nasi putih dan lauk pauk lain. Sambal belacan Kering dan sambal Belacan Basah berbeza dari kaedah penyediaannya sahaja. Kini sambal belacan menjadi hidangan dikebanyakan restoran makanan masakan kampong hidangan tengahari. Antara masakan popular menggunakan belacan adalah kangkong goreng belacan (Sila lihat foto disebelah). Masakan popular lain seperti Midin Belacan, Kangkong Masak Belacan, Pucuk Cekur Manis Masak Belacan (Sabah Sweet Shoot) adalah hidangan yang popular masa kini. Makanan ini disedian dengan cukup mudah iaitu dengan menumis cili, bawang, belacan, udang atau bilis dalam sedikit minyak panas dan masukkan bahan midin, kangkong atau cekur manis kedalamnya sehingga separuh masak. Hidangkan ketika panas dengan nasi putih dan ikan bakar atau tomyam campur. Satu pinggan bagi kangkong belacan (saiz kecil) berharga RM 5.00 - RM 6.00 untuk 2 orang makan (Mahal tu...modal tak sampai RM 2.00 pun). Selain daripada rasanya yang enak, hidangan ini sekarang disediakan pada waktu tengahari dan malam. Pada penulis walau pun peribahasa ini agak kurang sesuai dengan keenakan makanan yang ada belacan tetapi ia mencapai maksud yang tepat untuk digunakan dalam sindiran atau untuk panduan seluruh komuniti. Wasallam!.
NAMA BELACAN...UDANG ASALNYA...
TUMBUK LUMAT..GARAM MASINNYA...
DIPOTONG DUA.... ITU PERIBAHASA...
ELAKKAN AIB... BAHAGIA SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(28 Muharam 1437H)

Wednesday, November 18, 2015

BIDUK LALU, KIAMBANG BERTAUT

BIDUK LALU, KIAMBANG BERTAUT merupakan satu peribahasa lama yang diajar disekolah sejak dahulu kala. Peribahasa ini membawa erti atau maksud sebagai "Perselisihan faham antara dua pihak (biasanya saudara-mara) yang akhirnya berbaik semula". Peribahasa ini sering digunakan dalam masyarakat kita kerana ianya memang berkait dalam kehidupan masyarakat kita. Memang bijak pandai orang dahulu teliti dengan persekitaran dimana mereka tinggal dikawasan kolam, tasek, sungai, danau dimana apabila banyak pokok kiambang tumbuh dan perahu mereka lalu, kiambang akan terbelah dua dan kemudian akan bercantum semula atau bertaut semula (Sila lihat foto diatas). Semasa lawatan saya ke Bangkok beberapa tahun lepas saya telah dapat mengikuti lawatan melalui beberapa terusan dan laluan air dengan bot pelancong dan melihat kiambang bertaut semula selepas dilalui oleh bot pelancong. Ini menjadi daya tarikan dimana pokok kiambang tidak pula rosak atau mati walau dilalui oleh berpuluh malah ratusan bot setiap hari. Begitu erat dan rapatnya tumbuhan kiambang ini yang terapong-apong diatas air walau dibelah oleh bot. Kiasan ini memberi maksud mendalam dalam mengeratkan tali silaturahim dikalangan saudara mara atau adikberadek kerana perselisihan yang berlaku dalam keluarga mesti diakhiri dengan berbaik semula. Perhubungan darah keluarga sememangnya perlu dikukuhkan bagai tautan kiambang diair. Adalah menjadi kerugian jika sebarang kes perbalahan berpanjangan keluarga dan tidak akan dapat menyelesaikan masaalah. Ahli keluarga yang akan datang membantu jika berlaku kesusahan, hadir dalam majlis kenduri dan sebagainya. Dalam sektor pertanian tumbuhan kiambang bukanlah sejenis tumbuhan bernilai ekonomi penting malahan ia dianggap sebagai 'rumpai' yang perlu dihapuskan dikawasan taliair dan disawah padi. Selain ia memenuhi ruang, kiambang akan bersaing dengan ianya menyerap nutrien dalam air dan cahaya matahari. Artikel petang Selasa sempena Cuti Deepavali 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengaitkan peribahasa Biduk Lalu, Kiambang  Bertaut dalam aspek pertanian dan perbincangan saintifik.


Biduk adalah nama lain bagi perahu atau sampan atau bot kecil yang digunakan sebagai pengangkutan air (Sila lihat foto diatas). Bagaimana pun biduk ini adalah sampan kecil yang sering menggunakan dayung untuk mengerakkannya. Pada masa ini penggunaan biduk hanya oleh mereka yang tinggal berhampiran sungai atau taliair dikawasan sawah padi. Biduk tradisional lazimnya diperbuat daripada kayu atau papan yang disambung dan digamkan dengan kerangka yang kukuh. Lazimnya ia akan dicat untuk memberikan ketahanan lama. Biduk digunakan untuk melalui sungai kecil atau tasek yang arusnya tidak kuat. Apabila biduk melalui kawasan banyak kiambang maka kiambang akan terbelah dua dan dengan mudah biduk melaluinya. Pada masa ini penggunaan biduk telah ada yang dipasang dengan injin sangkut menggunakan minyak petrol untuk mengerakannya dengan lebih laju. Biduk atau perahu moden juga kini telah menggunakan bahan buatan daripada fiberglass yang tahan dan ringan. Ia mudah dibeli dan dibawa kemana-mana terutama untuk tujuan memancing oleh mereka kaki pancing. 


Peribahasa 'Biduk lalu, kiambang bertaut' adalah peribahasa yang sinonim dengan tumbuhan air terapung yang dikenali sebagai Pistia stratiotes atau kiambang. Pokok kecil untuk tanaman air ini juga digelar ‘Floating lettuce’ iaitu salad terapung atau salad air. Tumbuhan air ini juga begitu disukai peminat seni taman kerana ciri keindahan bunga kecilnya, selain daunnya yang berbentuk kelopak bunga tersusun indah dan terapung di permukaan air. Selain keindahan dan keunikan pokok air ini, kiambang sebenarnya mudah dijaga dan sangat disukai oleh ikan untuk berteduh daripada panas sinaran matahari. Biasanya pokok ini akan membesar antara 5.1 hingga 45.7 sentimeter diameter serta tergolong sebagai tumbuhan yang sangat mesra alam dan membiak dengan menghasilkan anak pokok. Pokok ini memberi oksigen kepada air serta sangat sesuai sebagai kawalan biologi bagi mencegah pembiakan alga dalam kolam. Ini kerana ia menyerap lebihan organik yang dihasilkan lumut air. Kiambang boleh dikategorikan pokok air yang tahan lasak, namun jika mahu mengekalkan persekitaran kolam yang bersih, ia perlu juga dibersihkan bagi memastikan ia tumbuh segar. Kiambang sebenarnya sukakan teduhan jika tidak daunnya akan terbakar dan menjadi kekuningan. Bagi mengelak permukaan kolam ditutup dengan kiambang, tumbuhan ini perlu selalu dibersih dan diasingkan supaya kolam tidak menjadi sesak. Letakkan kolam atau pun pancuran air jauh daripada tempat pengumpulan air hujan. Ini kerana kiambang boleh hanyut dibawa air yang mengalir.

Bagi mengelak kiambang hanyut letakkan bakul terapung dalam kolam atau pancuran air. Bakul berkenaan boleh dibeli di nurseri bunga dan kedai peralatan kebun. Salah satu cara mudah untuk mengawal pembiakan kiambang adalah dengan meletakkan ikan dalam kolam kerana ikan biasanya makan akar pokok kiambang. Cara lain menyekat pembiakan kiambang adalah dengan meletakkan tumbuhan lain dalam kolam. Pemilik juga boleh meletakkan hiasan seperti itik tiruan, batu sungai atau model kincir angin. Paling mudah sentiasa selenggara kolam dan buang kiambang yang daunnya sudah kekuningan atau hampir layu. Seluruh bahagian pokok kiambang memang dikatakan mengandungi banyak kalium dalam bentuk kalium klorida dan kalium sulfat dan bahan pahit yang akan larut dalam air di mana ia tumbuh. Oleh itu pendarahan dalam usus dikatakan mampu terjadi jika manusia terminum air di mana kiambang tumbuh. Dalam beberapa rujukan penulis mendapat info bagaimana jika kiambang dimakan mentah, kesannya dikatakan mulut dan kerongkong akan berasa gatal dan sakit. Pokok terapong diatas air ini tidak memiliki nilai ekonomi yang tinggi kecuali sebagai sumber humus atau baja atau pun sebagai tanaman hiasan di kolam atau akuarium. Bagaimana pun kiambang juga dikatakan memiliki khasiat ubatan yang tersendiri. Untuk tujuan ubat herba, tidak semua spesies yang boleh digunakan, hanya spesies yang tercatat saha-ja yang dimaksudkan. Air rebusan daun dikatakan boleh diminum untuk merawat batuk darah, diabetes dan sifilis dan juga digunakan sebagai air mandian untuk mengurangkan masalah kembung air di perut. Namun sebelum anda mahu menggunakannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan bagi tujuan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. Penggunaan peribahasa ini masih signifikan pada masa ini kerana ia amat relevan dengan kehidupan masyarakat kita yang kukuh sifat kekeluargaan. Kekuatan institusi keluarga akan membolehkan masyarakat Malaysia lebih maju dimasa akan datang. Wasallam!.
BIDUK LALU... KIAMBANG BERTAUT...
DIMAKAN...SESUAIKAH DI PERUT...
PERBALAHAN KELUARGA...TAKUT...
BERDAMAI...BUANGKAN PARUT..

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 Muharam 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...