Support My Blog

Showing posts with label AIR KELAPA TUA - APA GUNA?. Show all posts
Showing posts with label AIR KELAPA TUA - APA GUNA?. Show all posts

Sunday, August 13, 2023

AIR KELAPA TUA - APA GUNA? (PART 2)

AIR KELAPA TUA
(Matured Coconut Water) merupakan jenis cecair yang terdapat dalam buah kelapa tua dimana ia selalunya dibuang sahaja semasa kelapa tersebut dipecahkan untuk di jadikan kopra atau dia,mbil santannya terutama dikawasan tanaman kelapa. Ini kerana selalunya isi putih atau daging kelapa sahaja yang akan dikeluarkan untuk diperah santannya. Ada kalangan mereka yang cuba minum air kelapa tua ini tetapi rasanya kurang enak berbanding dengan ait dari kelapa muda yang lebih manis dan enak. Bagaimana pun dengan teknologi moden masa kini dimana sudah diketahui akan kehebatan dan khasiat air kelapa tua yang hasil dari kajian makmal ia juga cecair isotonik sangat menyihatkan dan dapat dikomersilkan sebagai 'minuman diet sihat'. Hasil analisa makanan dilaporkan dimana kadar gula pada air kelapa tua lebih sedikit daripada air kelapa muda disamping banyak zat-zat mineral lain didalamnya yang sesuai dijadikan minuman kesihatan. Khasiat tersebut dari kelapa tua adalah sangat beragam kandungan mineral dan vitamin didalamnya. Salah satu kelebihannya buah tropika yang satu ini adalah dimana ia mampu mengembalikan cairan dan elektrolit yang hilang yang membantu tubuhbadan terhindar dari dehidrasi. Hasil penelitian penulis bog dulu dimana air kelapa yang mana biasanya berasal dari kelapa muda yang berumur 6 - 9 bulan adalah lebih banyak berbanding dengan isipadu air kelapa dari buah kelapa tua. Dilaporkan kandungan nutrisi Air Kelapa Tua dengan purata kuantiti sebanyak 250 mililiter atau setara dengan 1 cawan minuman didakwa mengandungi sebanyak 44 kalori tenaga dan memang ia juga bebas lemak. Air kelapa tua juga mengandungi sebanyal 10 gram karbohidrat, 0.5 gram protein, 10 gram gula, 64 mg natrium dan 404 mg kalium serta sekitar 24 mg vitamin C. Kandungan vitamin pula memang hebat antaranya Vitamin B1 dan mineral lain seperti Manganese (Mn), Zat besi (Fe), Phosforan (P) dan Zinc (Zn). Kalau secara umum di Malaysia memang amat jarang ada masyarakat tempatan ,ahu minum air kelapa tua berbanding kelapa muda. Rasanya yang kurang manis dan ada sedikit bau minyak ramai yang kurang suka. Sebenarnya air kelapa tua mempunyai banyak nutrisi serta kesan antioksidan serta antiradang, antibakteria dan antivirus yang berguna untuk kesihatan. Kini didalam dunia moden air kelapa tua telah dikumpulkan dan diproses menjadi minuman isotonik yang sangat bernilai dipasaran terutama untuk aktiviti sukan. Contohnya adalah minuman jenama 'Vitacoco' yang tulisannya boleh dibaca dalam tulisan saya (Sila klik disini). Artikel petang Khamis kali ini di dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis satu fakta bagaimana air kelapa tua sesuai dijadikan produk yang kesihatan yang berguna dan bernilai tinggi dengan teknologi pemprosesan dan cara pasaran yang betul untuk dijadikan bahan rujukkan.


Dalam artikel ini penulis blog kupas lagi persoalan antara minum air kelapa muda dengan minum air kelapa tua yang manakah yang lebih menyihatkan?. Asanya dimana a
ir kelapa muda dan air kelapa tua sama-sama bermanfaat kepada kesihatan pengguna. Namun begitu berdasarkan kepada penelitian peribadi dan pengalaman lebih 35 tahun dalam industri kelapa ianya akan diperjelaskan. Bukan semua orang suka minum air kelapa sebenarnya dimana penduduk di negara yang tiada pokok kelapa memang sukar untuk mendapatkan air kelapa berbanding dengan negara tropika seperti di Malaysia yang sangat mudah mendapatkan air kelapa. Bagi penulis blog yang ada beberapa pokok kelapa di kawasan rumah di kampong memang tidak susah untuk mendapatkan buah kelapa sama ada kelapa muda atau pun kelapa tua. Pengalaman minum air kelapa dari pokok sendiri memang berlainan dengan membeli air kelapa yang sudah dicampur denag air batu yang dijual di gerai tepi jalan atau di pasaraya juga. Ini kerana nikmat sebenar meminum air kelapa yang satu ini memang menyegarkan dan paling enak diminum ketika hari sedang panas terik apa lagi sangat kehausan. Tentunya kedua-dua jenis air kelapa muda dan air kelapa tua menjadi penghapus dahaga. Pada penulis blog mendapati ada dua varian air kelapa yang tersediakan dalam pasaran  iaitu air kelapa muda dan air kelapa tua. Lazimnya air kelapa muda dan tua ternyata mempunyai ciri khas atau  karakteristik dari segi kandungan kualiti airnyayang berbeza. Apa pun kalangan pembaca blog anim agro semua sebelum memutuskan untuk memilih air kelapa muda atau tua sebaiknya baca tulisan ini sehingga selesai untuk tujuan mendapatkan fakta menarik dalam usaha membandingan air kelapa muda vs air kelapa tua. Pada penulis blog Air Kelapa Tua mempunyai kandungan isi putih (daging) yang lebih banyak dibandingkan air dan juga daging kelapa tua ini tebal dan mempunyai rasa lemak dan enak bila dimakan. Meminum air kelapa kelapa tua cenderung sejak dulu agak kurang popular dikalangan ramai dibandingkan permintaan air kelapa muda. Air kelapa tua kurang enak kerana ada ras berminyak, kurang manis, kurang aroma (kecuali kelapa pandan) bagaimana pun ia tetap mengandungi gula, vitamin, mineral, Asid amino dan fito-hormon. Perbezaan air kelapa muda dengan air kelapa tua terletak pada kandungan gulanya dan kandungan bahan proteinnya. Jika penulis sentuh soal nutrisinya dimana sebenarnya bahagian daging putih kelapa tua juga tidak kalah dibandingkan nutrisi kelapa muda. Kajian makmal mendapati dimana isi daging kelapa tua tinggi kandungan lemak, serat dan juga karbohidrat. Selain itu bahan elektrolit di dalam kelapa yang tua juga cukup tinggi. Sebenarnya kelapa tua cenderung lebih banyak dipakai sebagai bahan olahan makanan, misalnya santan. Bagaimana pun terkini sudah ada produk air kelapa tua di botolkan seperti produk 'Vitacoco' yang harganya mencapai USD5 sebotol dan amat diminati sebagai minuman kesihatan dan olahraga.


Bagaimana pula dengan kehebatan minum
 Air Kelapa Muda?. Lazimnya dan secara teknikalnya memang jumlah atau kandungan air didalam kela muda adalah lebih banyak dan lebih enak pada penulis blog. Selain dari ia manis, berbau harum selalunya air kelapa muda sesuai diambil oleh para peniaga di jalanan sebagai air kelapa yang dijual. Kelapa Muda lazimnya di takrifkan sesuai diambil buahnya ababila sudah berumur 7 - kurang 9 bulan untuk kualiti terbaik bergantung kepada varieti kelapa dan juga pengurusan amalan agronominya. Kajian makmal mendapati dimana dalam segelas air kelapa muda ada sebanyak 3 gram serat, 46 kcal kalori serta kandungan elektrolit tinggi utamanya mineral seperti kalium (K). Dalam kajian lain disahkan bahawa air kelapa muda juga mengandung zat besi dan vitamin C. Fakta tersebut menyatakan dimana 94 peratus dari air kelapa merupakan bahan air dimana kandungan bahan lemaknya sangat sedikit sangat. Selalunya kandungan seperti ini yang membuatkan air kelapa amat baik untuk mengembalikan cairan tubuh usai beraktiviti dan berolahraga. Apa pun air kelapa muda baik dalam membantu untuk melancarkan sistem pencernaan selepas meminumnya. Dilaporkan juga banyak kajian mendapati jika air kelapa muda mengandungi bahan antioksidan dan mampu mengawal kehadiran radikal bebas para peminumnya. Berbalik kepada persoalan asas apa bezaanya dengan Air Kelapa Tua?. Air kelapa muda atau tua memiliki manfaatnya masing-masing. Kandungan bahan mikronutrien dalam air kelapa muda mungkin lebih banyak berbanding dengan air kelapa tua akan tetapi jika menyentuh mengenai isi daging kelapa tua juga dimana ia mengandungi zat nutrisi yang tidak kalah dari air kelapa muda. Apa pun pemilihan sama ada minum air kelapa muda atau kelapa tua akan tergantung pada tujuan asal sama ada untuk hilangkan dahaga sahaja atau untuk ujirasa kesedapannya. Pada penulis blog memang lebih suka minum air kelapa muda. Apa pun kini sudah suka dengan minuman air kelapa tua seperti produk vitacoco yang sudah disejukkan dalam peti sejuk sebelum diminum.


Menarik kisah dari mediaprima.com yang bertajuk '
Memanfaatkan air kelapa tua' yang paparkan bagaimana air kelapa tua melalui proses fermentasi sudah ada dipasaran Malaysia. DIlaporkan kelapa tua sudah sememangnya sinonim dengan penggunaan isinya yang menghasilkan santan atau kerisik dalam makanan. Malah, ada juga menjadikan isi kelapa tua sebagai pemanis termasuk jeli pejal. Jika bercerita mengenai air kelapa pula, biasanya air kelapa muda menjadi pilihan kerana rasanya yang lebih sedap untuk diminum berbanding air kelapa tua. Air kelapa tua biasanya menjadi bahan buangan apabila isinya digunakan untuk dijadikan bahan makanan seperti dinyatakan di atas. Melihat kepada pembaziran air kelapa tua, kumpulan penyelidik yang diketuai Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Mohd Izwan Mohd Lazim mencetuskan idea untuk menjadikan air kelapa tua sebagai minuman bermanfaat kepada manusia atau minuman berfungsi. Penyelidikan berkenaan yang dijalankan dalam tempoh tiga tahun bermula 2018 hingga 2020 itu berjaya menghasilkan produk air kelapa tua sebagai minuman berfungsi yang diberikan nama air kelapa difermentasi. Hasil kajian yang dilaksanakan kumpulan penyelidik kami mendapati air kelapa tua sebenarnya mampu menjadi air minuman tenaga semula jadi. Penggabungan dua jenis kultur mikroorganisma dan ramuan formulasi memberi nilai tambah air kelapa tua dengan peningkatan kandungan sebatian bioaktif seperti asid organik serta asid amino melalui proses fermentasi bakteria asid laktik. Proses fermentasi ini akan menghasilkan kandungan asid laktik yang tinggi dan bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi dalam produk tanpa menggunakan bahan pengawet sintetik. Formulasi yang dihasilkan juga meningkatkan rasa produk yang lebih astringen dan sedap. Oleh itu, kumpulan penyelidik membangunkan satu proses fermentasi yang optimum dan terkawal bagi menghalang berlakunya kontaminasi daripada bakteria yang tidak diingini. Di Malaysia terdapat sekitar 15 hingga 20 kilang memproses buah kelapa untuk dijadikan pelbagai produk terutama berasaskan isinya. Bekalan kelapa diperoleh dari Indonesia melalui permit import yang dikawal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Dianggarkan kuota import tahunan kelapa tua kira-kira 120 hingga 150 juta biji. Bakinya dianggarkan 38 juta pula diperoleh daripada pembekal tempatan. Kebanyakan kilang atau industri memproses buah kelapa tua untuk menghasilkan santan dan produk asas lain seperti minyak kelapa dara serta kerisik. Sebenarnya dianggarkan 180,000 liter air kelapa tua dibuang industri ini dan tidak banyak kajian dilakukan untuk nilai tambah air kelapa tua selain daripada penghasilan produk jeli serta cuka sahaja. Daripada kajian dilaporkan dimana didapati air kelapa tua mempunyai nilai khasiat yang tinggi sesuai untuk menghasilkan produk minuman baharu. Apa pun memang terdapat cabaran dalam pembangunan produk ini kerana air kelapa mudah berubah sifatnya dan cepat rosak. Kini dengan teknologi fermentasi ia membantu meningkatkan kandungan sebatian bioaktif dan mampu untuk memanjangkan tempoh jangka hayat produk berkenaan. Air kelapa tua difermentasi yang dibangunkan ini boleh dipelbagaikan formulasi mengikut cita rasa dan keperluan pengguna. Bagi tujuan untuk membuktikan air kelapa tua mampu menjadi produk air tenaga baharu, pihaknya juga akan menjalankan kajian kepada mereka yang menjalankan gaya hidup aktif terutama dalam bidang sukan. Kini kajian juga sudah dibuat dengan memberi uji rasa kepada pengguna di pasaran dan sebanyak 93 peratus pengguna bersedia untuk menjadi pembeli. Dari segi keupayaannya sebagai air tenaga, menerusi kajian yang dilaksanakan sememangnya air kelapa tua mempunyai tahap upaya sama seperti produk air tenaga yang ketika ini berada di pasaran.  Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca semuanya secara bersiri. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AIR KELAPA TUA... BANYAK GUNA...
KURANG SEDAP... DARI YANG MUDA...
MINUMAN ISOTONIK... SELURUH DUNIA...
MEMBACA ARTIKEL.. FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Muharram 1445H).

Saturday, August 12, 2023

AIR KELAPA TUA - APA GUNA? (PART 1)

AIR KELAPA TUA (Matured Coconut Water) merupakan jenis cecair yang terdapat dalam buah kelapa tua dimana ia selalunya dibuang sahaja semasa kelapa tersebut dipecahkan untuk di jadikan kopra atau dia,mbil santannya terutama dikawasan tanaman kelapa. Ini kerana selalunya isi putih atau daging kelapa sahaja yang akan dikeluarkan untuk diperah santannya. Ada kalangan mereka yang cuba minum air kelapa tua ini tetapi rasanya kurang enak berbanding dengan ait dari kelapa muda yang lebih manis dan enak. Bagaimana pun dengan teknologi moden masa kini dimana sudah diketahui akan kehebatan dan khasiat air kelapa tua yang hasil dari kajian makmal ia juga cecair isotonik sangat menyihatkan dan dapat dikomersilkan sebagai 'minuman diet sihat'. Hasil analisa makanan dilaporkan dimana kadar gula pada air kelapa tua lebih sedikit daripada air kelapa muda disamping banyak zat-zat mineral lain didalamnya yang sesuai dijadikan minuman kesihatan. Khasiat tersebut dari kelapa tua adalah sangat beragam kandungan mineral dan vitamin didalamnya. Salah satu kelebihannya buah tropika yang satu ini adalah dimana ia mampu mengembalikan cairan dan elektrolit yang hilang yang membantu tubuhbadan terhindar dari dehidrasi. Hasil penelitian penulis bog dulu dimana air kelapa yang mana biasanya berasal dari kelapa muda yang berumur 6 - 9 bulan adalah lebih banyak berbanding dengan isipadu air kelapa dari buah kelapa tua. Dilaporkan kandungan nutrisi Air Kelapa Tua dengan purata kuantiti sebanyak 250 mililiter atau setara dengan 1 cawan minuman didakwa mengandungi sebanyak 44 kalori tenaga dan memang ia juga bebas lemak. Air kelapa tua juga mengandungi sebanyal 10 gram karbohidrat, 0.5 gram protein, 10 gram gula, 64 mg natrium dan 404 mg kalium serta sekitar 24 mg vitamin C. Kandungan vitamin pula memang hebat antaranya Vitamin B1 dan mineral lain seperti Manganese (Mn), Zat besi (Fe), Phosforan (P) dan Zinc (Zn). Kalau secara umum di Malaysia memang amat jarang ada masyarakat tempatan ,ahu minum air kelapa tua berbanding kelapa muda. Rasanya yang kurang manis dan ada sedikit bau minyak ramai yang kurang suka. Sebenarnya air kelapa tua mempunyai banyak nutrisi serta kesan antioksidan serta antiradang, antibakteria dan antivirus yang berguna untuk kesihatan. Kini didalam dunia moden air kelapa tua telah dikumpulkan dan diproses menjadi minuman isotonik yang sangat bernilai dipasaran terutama untuk aktiviti sukan. Contohnya adalah minuman jenama 'Vitacoco' yang tulisannya boleh dibaca dalam tulisan saya (Sila klik disini). Artikel petang Khamis kali ini di dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis satu fakta bagaimana air kelapa tua sesuai dijadikan produk yang kesihatan yang berguna dan bernilai tinggi dengan teknologi pemprosesan dan cara pasaran yang betul untuk dijadikan bahan rujukkan.


Pembaca blog mungkin sudah tahu akan khasiat dan kehebatan minuman air kelapa muda. Jika belum membacanya sila baca tulisan saya dengan pautan seperti yang berikut (Sila klik disini). Saya akan senaraikan beberapa kehebatan air kelapa tua dalam kesihatan tubuh manusia untuk dijadikan bahan rujukkan. Pertama dimana air kelapa tua mampu untuk mengatasi isu 
dehidrasi. Minum air kelapa tua dapat membantu mengembalikan elektrolit dan cairan tubuh yang hilang disebabkan oleh cirit birit atau setelah berolahraga. Minum air kelapa tua tidak hanya memenuhi keperluan cairan badan akan tetapi juga menggantikan elektrolit penting yang diperlukan oleh tubuh termasuk unsur kalium, natrium, kalsium dan magnesium. Memang air kelapa tua menjadi Minuman Isotonik Semulajadi yang hebat kerana selain dapat mengembalikan elektrolit dan cairan tubuh yang hilang, air kelapa tua juga dapat digunakan sebagai minuman isotonik semulajadi yang boleh diminum semasa bersukan atau  berolahraga. Kandungan karbohidrat didalamnya akan dapat menjadi sumber energi untuk mempertahankan stamina dan ketahanan otot semasa berolahraga. Bahan kalium dan juga magnesium dalam air kelapa tua akan memaksimakan kinerja otot selama berolahraga. Minuman ini juga akan membantu dalam proses pemulihan otot setelah berolahraga dan kurangkan rasa sengal pada otot. Sudah lama penulis blog dengar dan tahu jika air kelapa tua akan mencegah batu dibuah pinggang (batu ginjal) semasa proses penumpukan zat-zat sisa dalam tubuh yang membentuk kristal atau batu-batu kecil didlamnya. Jika batu ini tidak dikeluarkan melalui air kencing atau urine maka kristal-kristal tersebut akan membesar dan menyumbat saluran ginjal maupun saluran kencing. Minum air kelapa tua kaedah dapat mencegah pembentukan batu dalam urine. Air kelapa tua juga akan meningkatkan frekuensi buang air kecil sehingga membantu pengeluaran zat-zat sisa badan dan pembentukan batu ginjal pun dapat dicegah. Air kelapa juga membantu Mengawal Gula Darah kerana engontrol gula darah terutama mereka yang ada diabetis. Ini disebabkan oleh kandungan magnesium yang ada didalam air kelapa tua yang dapat meningkatkan sensitiviti insulin dalam tubuh sehingga kadar gula darah pada pesakit kencing manis terkawal. 


Dalam kajian dinyatakan dimana minum air kelapa tua mampu menurunkan kadar kolesterol. Ini kerana 
air kelapa tua juga dapat menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida dalam tubuh serta dapat meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Manfaat ini disebabkan daripada kandungan Asid Amino, Asid Askorbat, Kalsium dan Kalium dalam air kelapa tua yang tinggi. bahan nutrisi tersebut membantu mengurangi kolesterol. Ia juga ada memberikan seperti ubat 'statin' yang digunakan untuk kawal menurunkan kolesterol. Uniknya dimana air kelapa didakwa akan dapat menurunkan tekanan darah terutama bagi mereka ada masaalah hipertensi. Bahan Kalium dapat merelaksasi dinding pembuluh darah sehingga tekanan darah pun turun. Dilaporkan dimana selain itu dimana bahan kalium dalam air kelapa tua juga berguna untuk membantu mengeluarkan jumlah natrium berlebih dalam tubuh. Natrium berlebihan selalunya akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan dengan cara minum air kelapa tua kesannya tekanan darah akan menurun. Bagaimana pun perlu dingatkan dimana bagi mereka yang sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi sebaiknya tidak minum air kelapa tua secara berlebihan. Meminum air kelapa tua berlebih dan ubat tekanan darah secara bersama akan dapat menyebabkan kes penurunan tekanan darah terlalu drastik dan ia akan membahayakan kesehatan. Memang ada info bagaimana minum air kelapa tua akan mencegah serangan jantung. Kaedah ini dilaporkan akan dapat mencegah risiko terjadinya serangan jantung kerana tekanan darah tinggi merupakan salah satu faktor yang meningkatkan risiko terjadinya serangan jantung. Kandungan kalium dalam air kelapa tua yang cukup tinggi juga dapat membantu irama jantung berdetak lebih teratur. Kedua kelebihan ini akan membantu menjaga tekanan darah tetap normal, sehingga menurunkan risiko terkena serangan jantung. 


Minum air kelapa tua juga mampu m
encegah kes timbulnya jerawat disebabkan dari kandungan antimikrobe di dalamnya yang dapat membantu mencegah timbulnya kes jerawat. Caranya dengan menyapukan air kelapa tua kepada bahagian kulit yang berjerawat. Ia juga dilaporkan akan mencegah kulit berkedut kerana radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dapat merosakkan sel dalam tubuh. Ketika sel-sel dalam tubuh rosak dimana keadaan ini dapat mempercepatkan proses penuaan seperti munculnya kulit berkedut atau keriput. Bagi tujuan mencegahnya maka amalan minum air kelapa tua sesuai dilakukan. Kandungan antioksidan dalam air kelapa tua berkesan bagi mencegah terjadinya keriput serta membantu tubuh melawan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan begitu maka kulit akan tetap sihat. Terhebat dimana minum air kelapa tua akan menurunkan risiko terkena kanser dimana air kelapa tua efektif melindungi tubuh dari paparan radikal bebas yang menyebabkan timbulnya berbagai penyakit termasuk kanser. Khasiat kelapa tua ini didapati dari kandungan antioksidan di dalamnya yang dapat mencegah terjadinya radikal bebas.  Apa pun apa yang penulis blog tahu dimana manfaat air kelapa tua untuk kesihatan tubuh memang sangat banyak. Namun begitu bagi ibu sedang hamil atau menyusui adalah sebaiknya menghindari mengambil air kelapa tua. Ini perlu dilakukan sebab belum ada penyelidikan yang cukup untuk mengetahui apakah air kelapa tua selamat diminum oleh ibu hamil dan menyusui. Memang menjadi fakta dimana air  kelapa tua itu mempunyai kandungan kalium yang tinggi. Sesiapa yang meminumnya dengan jumlah terlalu banyak unsur mineral kalium dapat menyebabkan kes negatif seperti hiperkalemia terutama kepada mereka yang sedang mengambil ubat terkanan darah tinggi. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca semuanya secara bersiri. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AIR KELAPA TUA... BANYAK GUNA...
KURANG SEDAP... DARI YANG MUDA...
MINUMAN ISOTONIK... SELURUH DUNIA...
MEMBACA ARTIKEL.. FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Muharram 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...