Penulis blog pernah mencari rumput jarum mas masa dulu dimana rumput Jarum Mas adalah sejenis rumpai yang tumbuh bersama dikawasan rumpai lain dengan ketinggian sekitar 15 - 30 cm dan mampu mencapai ketinggian 60 cm. Daunya berwarna hijau dengan susunan bertentangan berbentuk 'Lanceolate' berukuran 3 cm panjang yang berpasangan. Akarnya agak keras berbentuk selinder yang masuk dan melekat pada akar rumpai lain disekelilingnya. Bunga rumput jarum mas mudah dikenali dengan ukuran panjang tangkai bunga 1.5 cm dan kelopak yang berwarna Merah, Ungu atau Kuning Terang. Buah rumpai ini berada dalam pot membengkak (swollen seed pod) yang mengandungi beribu-ribu biji benih yang sangat halus (microscopic seeds). Kaedah pembiakan benih rumut Jarum Mas dan cara penyebaran oleh angin, manusia dan aliran air. Apa yang penulis blog lakukan dimana cara mengutip rumput Jarum Mas perlu dijalankan dengan teliti dan semua mesti kenal akan 'benda' ini dahulu. Di kawasan lapang yang cukup cahaya matahari ada banyak rumpai seperti di kawasan padang bola, keliling rumah dan tepi jalan raya perhatikan dahulu rumput ini terutamanya dari bentuk bunga dan batang serta daunnya. Pengalaman penulis blog mendapati jika diteliti rumput ini akan tumbuh berdekatan antara satu dengan lain dengan bilangan yang banyak dan teruskan bergerak untuk mencarinya. Apabila sudah pasti cabut rumput ini dengan tangan cerara hati-hati untuk mengelakkan akarnya terputus. Keseluruhan bahagian rumpai dari pucuk, batang dan bahagian akarnya dicabut. Ikat dan kumpulkan setelah itu ia dibersihkan dari tanah yang melekat pada akarnya. Rumpai ini boleh dijemur beberapa lama sehingga kering sebelum ia sesuai disimpan ditempat yang khas.
Dalam beberapa penelitian ada juga dilaporkan dimana semasa penulis blog menemubual beberapa orang tua di kampong menyatakan Jarum Mas yang mempunyai bunga berwarna Kuning atau dipanggil JARUM MAS KUNING adalah jenis yang paling baik untuk dijadikan ubatan herba. Ini kerana jenis ini didakwa mengandungi khasiat paling mujarab. Petani tersebut mendakwa kucing sangat suka makan rumput jarum mas dan ini menjadikan ianya dipercayai mempunyai kesan yang sama terhadap manusia. Dakwa mereka bagi ibu selepas bersalin digalakkan meminum air rebusan rumput jarummas yang telah dikeringkan sebagai amalan untuk mengecutkan rahim. Khasiat lain yang didakwa mengenai Jarum Mas ialah kemampuannya dalam mengubati sakit buah pinggang, tegang urat, melancarkan proses berkaitan pembiakan manusia dan menambahkan tenaga batin. Bagaimana pun belum ada kajian klinikal yang dijalankan secara saintifik di laporkan dengan lengkap. Cara terbaik bagi menggunakan jarum mas adalah dengan mengambil 4-5 rumpun jarum mas (sama ada yang segar atau telah kering) dan direbus selama 15-20 minit dengan 1.5 liter air dan di minum apabila telah disejukkan atau ketika masih suam. Amalkan meminum sebanyak 2 gelas sehari. Saya memang telah mengamalkannya beberapa tahun dahulu dan memang terasa yang kita amat bertenaga dengan meminum air rebusan jarum mas. Beberapa bulan kemudian saya mendapat maklumat dari rakan saya di universiti yang jarum mas mengandungi kamponen seperti STEROID yang memang mampu menambahkan tenaga. Dia menasihatkan supaya berhenti menggunakan jarum mas kerana steroid itu belum pasti baik atau negatif dalam jangkamasa panjang kelak. Kajian lanjut secara klinikal dan saintifik perlu dibuat untuk tujuan tersebut.

Mengenai teknologi penanaman dan amalan agronomi rumput jarum ma sehingga kini penulis blog masih belum jumpa. Ini kerana kebanyakan tumbuhan ini masih tumbuh melisar sahaja di kawasan lapang. Memang sehingga kini belum ada teknologi untuk menanam rumput jarum mas secara komersil dikeluarkan oleh mana-mana organisasi. Ini agak sukar dikaji kerana sifat semulajadi jarum mas yang parasit kepada rumpai lain. Rumput ini tidak mudah tumbuh dengan bersendirian jika disemai diatas tanah. Akarnya yang menumpang pada akar rumpai lain merupakan satu masaalah tetepi mungkin penanaman diatas media 'cocopeat' atau dengan media 'peatmoss' boleh dicuba. Dari segi pertanian kehadiran rumpai ini adalah musuh kepada tanaman kita kerana berebut unsur makanan, cahaya matahari, air dan kadang-kadang merupakan perumah (host) kepada serangga perosak, bakteria dan kulat. Semasa viral dilaporkan dahulu dimana ada ramai kanak-kanak yang masih bersekolah mengutip rumput jarum mas. Kegiatan ini selalu dilakukan bersama rakan sekolah terutama pada waktu cuti sekolah. Masa itu kononnya rumput ini boleh dibuat ubat dan boleh dijual dikedai ubat dimana apabila dikeringkan mencecah harga RM400 - RM450 sekilogram!. Bila dijual maka ramai kanak-kanak sekolah gembira kerana mereka duit saku. Walau pun masa itu memang ramai tidak pasti kisah bagaimana cerita pokok jarum mas tersebut tetaapi ada pihak media dan cerita dari mulut kemulut yang berlaku. Dilaporkan ada ramai yang berusaha bersungguh-sungguh mengutip dan mengumpul serta mengerigkan rumput jarum mas untuk dijual tetapi malangnya tidak ada pembeli seperti dakwaan. Maka ramai yang kecewa dengan berita viral mengenai jarum mas kerana ternyata ianya 'indah khabar dari rupa' sahaja. Kemudian kisah viral mengenai rumput jarum mas 'tenggelam' begitu sahaja. Penulis blog kurang pasti bagaimana kisah kehebatan dan khasiat rumput jarum mas ini menjadi viral. Seingat penulis bloh kisah ini sama dengan kisah 'Buah Mengkudu' atau Buah Noni yang viral menggila suatu masa dahulu. Semuga artikel ini memberikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!
RAMAI MENCARI... KUMPULKANNYA...
BANYAK KHASIAT... SEPERTI DIDAKWA...
KINI SENYAP... KISAHNYA BAGAIMANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Muharram 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.