Dasar Pertanian dan Agromakanan negara sering nyatakan dimana antara teras untuk kemampanan saling berkaitan oleh empat aspek utama iaitu pematuhan undang-undang, sosial, alam sekitar dan ekonomi sementara didalam konteks perniagaan pula aspek kelestarian juga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan perniagaan untuk mampan. Apa pun penulis blog percaya dimana selain mempunyai persekitaran, risiko sosial dan ekonomi, jaminan undang-undang juga penting. Pemahaman yang betul tentang pembangunan kelapa sawit di tanah gambut diperlukan untuk mencapai pelaksanaan amalan mampan dalam operasi kelapa sawit. DI Malaysia industri perladangan kelapa sawit telah mengalami pertumbuhan pesat baik oleh pengusaha perniagaan berskala besar mahupun sektor pekebun kecil. Perkembangan ini didorong oleh permintaan pasaran dunia, terutamanya dai negara India, China dan Eropah terhadap minyak sawit mentah (MSM). Pada masa ini negara Indonesia kini merupakan pengeluar dan pengeksport MSM terbesar di dunia diikuti oleh Malaysia dan Thailand. Menurut rekod Oil Data World dilaporkan pengeluaran Indonesia telah mencapai 43 juta tan pada 2020. Ini diikuti oleh Malaysia dengan 23 juta tan dimana kedua negara ini membekal 90% dari pengeluaran MSM dunia dan selebihnya dari negara seperti Nigeria, Colombia, Thailand, dan sebagainya. Pada tahun 2020 juga pengeluaran MSM telah dipertingkatkan secara berterusan dimana aktiviti memperluasan tanah untuk tanaman sawit tidak dapat dielakkan termasuk di kawasan Tanah Gambut. Inilah cabaran bagi industri minyak sawit di negara yang mana ia berkaitan dengan dilema dan kerumitan tanah gambut dengan potensi kesan akibat banjir, kekurangan air dan pencemaran, kebakaran hutan dan pencemaran udara, kehilangan habitat dan perubahan biodiversiti, peralihan sosial ekonomi dan perubahan iklim global. Keperluan infrastruktur seperti saliran, jalan ladang dan sebagainya diantara kos tertinggi didalam membangunkan tanaman sawit di tanah gambut. Penulis blog di beritahu oleh beberapa pengurus ladang yang mendakwa dimana penghasilan hasil sawit di tanah gambut juga adalah emang tinggi dengan pengurusan yang sempurna.
Di laporkan dimana terdapat kerumitan dalam penurusan ladang tanaman sawit di Tanah Gambut. Ini kerana penulis blog yang banyak kali membuat tinjauan teknologi di banyak ladang-ladang sawit mendapati dimana tanah gambut adalah tanah yang 'rapuh' atau rapuh. Bentuk muka bumi tanah ini biasanya berbentuk lembangan dan umumnya terletak tidak jauh dari pantai. Tanah gambut mengandungi simpanan dari pelbagai tumbuhan dan organisma yang telah hidup selama ribuan tahun dahulu. Paras air bawah tanah gambut biasanya hampir dengan permukaan tanah yang mengandungi dan juga membanjiri kawasan tersebut. Ini secara semula jadi berlaku semasa musim hujan atau kemarau. Di musim kemarau pula kejadian tanah gambut terbakar juga sering berlaku sehingga ia menjadi isu 'Jerebu' yang memusnahkan tanaman sawit dan meruikan pengusha (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog memang mendapati hanya tumbuhan gambut asli yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan seperti ini dan tumbuh di atasnya seperti Ramin, Jelutong dan Rotan yang akan mampu tumbuh dengan baik. Manakala tanaman kelapa sawit dan akasia bukanlah tumbuhan yang secara semula jadi boleh menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Akibatnya memang ada lopak-lopak atau air yang berlebihan dimana isu ini mesti dialihkan dari prasarana parit ladang atau terusan yang berfungsi untuk mengalirkan air dari tanah gambut di sekeliling ke dalam sungai. Pembinaan ini memerlukan perancangan tepat dan kos yang tinggi serta aktiviti dalam penyelengaraan yang perlu dilakuan mengikut keperluan. Paling penting pengusaha sawit tanah gambut perlu faham dimana apabila air sudah dikeluarkan atau dialirkan dari tanah gambut dimana sifat tanah akan berubah. Tanah ini berubah yang kemudiannya menjadi kering dan mudah terbakar dan akan mengalami penenggelaman. Kadar penenggelaman adalah berbeza-beza akan tetapi secara purata mencapai 5 cm setahun untuk tanah gambut yang membuka sehingga 70 cm di bawah permukaan. Pada peringkat awal pembangunan dimana berlaku situasi penenggelaman tanah gambut bahkan boleh mencapai lebih daripada 50 cm setahun. Dengan cara penenggelaman yang berterusan dimana jika tidak diurus dengan betul maka apa yang berlaku adalah akar pokok kelapa sawit akhirnya akan terdedah atau tidak dapat memegang graviti pokok seterusnya pokok akan tumbang atau runtuh.
Dalam mengatasi isu penanaman sawit ditanah gabut penulis blog juga dapati dimana disebabkan penenggelaman maka kawasan penanaman akan lebih rendah daripada di sekeliling bukan tanah gambut di sekelilingnya atau ada kes-kes dimana ia berada di bawah paras laut seperti di Kg Seri Medan, Batu ahat, Johor. Keadaan sedemikian akhirnya boleh menjadikan kejadian banjir berbulan-bulan keran aair lambat keluar dan ini menyebabkan pokok kelapa sawit tenggelam dan akhirnya tumbuhan akan menjadi busuk dan rosak dalam jangkamasa waktu lama seperti kes Sri Medan ini. Ia juga memang akan menjejaskan tahap produktiviti buah sawit dan menyukarkan aktiviti pengurusan seerti menuai, membaja dan membawa keluar buah dari kawasan tanah gambut yang berair. Merujuk kepada kajian hasil laporan dari negara jiran di kawasan Riau, Indonesia yang luas dengan tanaman sawit di tanah gambut dimana pokok kelapa sawit mula ditanam di tanah gambut pada 1990 dimana kini berusia kira-kira 25 tahun tetapi belum mencapai peringkat kedua kitaran tanaman. Keadaan buruk tanaman di Riau seperti ini amat membimbangkan kerana kira-kira 66% daripada jumlah keseluruhan ladang atau sebanyak 510,000 pokok kelapa sawit di kawasan tanah gambut seluas 4,000 hektar sudah tumbang dan sekita 23% tidak menghasilkan buah dengan baik. Isu pengurusan tanaman sawit di tanah gambut memang perlu dilakukan dengan baik untuk meningkatkan pengeluaran hasil sawit walau pun diketahui banyak kesusahan, kerumitan, dilema dan pembbatasan tanah gambut. Salah satu kaedah adalah dimana bagi mengurangkan kemerosotan hasil dari kawasan tanah gambut perlu ada pelbagai peraturan mengenai isu-isu berkaitan saliran, penenggelaman, kebakaran tanah gambut, pelepasan gas rumah kaca (GHG) ke atmosfera, banjir dan sebagainya. Pembangunan ladang sawit ditanah gambut masih praktikan tetapi pengusaha perlu mengikuti siatem pengurusan pendekatan perladangan mampan. Penulis blog setuju dengan kaedah khusus dikawasan pengurusan tanaman sawit ditanah gambut perlu di kukuhkan. Ini kerana jika ia tidak diurus dengan betul maka kesannya aktiviti pembangunan kelapa sawit di tanah gambut bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar atau ekosistem gambut, tetapi juga kepada aspek kos pembanguna dan modal dalam aktiviti pengeluaran ladang. Penanaman kelapa sawit di tanah gambut memerlukan banyak usaha dan modal kos jika ianya hendak dibandingkan dengan penanaman kelapa sawit di tanah mineral. Peningkatan kos operasi juga penulis log dapati ia akan meningkat apabila berlaku hasil daripada kerja tambahan penyediaan tanah, penyelenggaraan jalan dan pengurusan air. Bagaimana pun bagi mengurangkan dengan lebih teruk kesannya maka aktiviti penanaman kelapa sawit di tanah gambut memerlukan kepakaran, perancangan dan amalan pengurusan terbaik. Bagi tujuan menjadi berkesan maka dari awal lagi proses penyeliaan dan dokumentasi dalam pengurusan tanah gambut mesti dijalankan dan perlu sentiasa memantau dan mengukur hasil pelaksanaan amalan pengurusan terbaik semuga industri sawit di tanah gambut akan terus kekal menyumbang kepada pengeluaran sawit negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAHNYA LEMBUT...SUSAH JAGANYA...
SALIRAN DAN JALAN.. TINGGI KOSNYA..
PERLU DITERUSKAN.. CARA URUSNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 427, Hotel Four Point Desaru,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor, Malaysia.
(13 Muharram 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.