Support My Blog

Wednesday, August 2, 2023

POKOK AKASIA - TUMBUHAN YANG BERGUNA

POKOK AKASIA
(Acacia mangium atau 
Acacia auriculiformis) merupakan sejenis tumbuhan saka liar yang banyak tumbuh dikawasan belukar, hutan dan tanah terbiar di negara kita yang mempunyai iklim tropika. Malahan terkini bayak negara di kawasan tropika yang menanam pokok akasia sebagai 'Hutan Akasia' untuk pelbagai tujuan. Pokok Akasia pada penulis blog yang beberapa kali masuk hutan akasia di Malaysia mendapati dimana ia merupakan sejenis pokok dalam genus Acacia yang malar hijau yang tumbuh di Asia. Apa pun direkodkan yang meluas ditanaman adalah Pokok Akasia jenis Acacia auriculiformis yang biasanya dikenali sebagai Auri, Earleaf acacia, Earpod wattle, Wattle hitam utara, Wattle Papua, Wattle Tan, merupakan pokok bengkok cepat tumbuh dalam keluarga Fabaceae. Ia dilaporkan sangat natif dibeberapa negara termasuk di Australia, Indonesia dan Papua New Guinea. Pokok ini mampu tumbuh sehingga ketinggian 30 meter dimana sepokok akasia jenis ini didakwa mempunyai kira-kira 47,000 biji benih/kg. Ia merupakan pokok malar hijau yang tumbuh di antara 15-30 meter dengan batang hingga 12 meter panjang dan 50 cm garis pusat. Ia didapati juga mempunyai daun padat dengan bahagian rendang terbuka satu kembang. Batangnya bongkok dan kulit kayu merekah secara menegak. Akar adalah dangkal dan tersebar. Komponen daunnya pula mempunyai ukuran sepanjang 10-16 cm dan 1,5-2,5 cm lebar dengan 3-8 saraf selari, tebal, keras dan melengkung. Bunganya selelu berukuran 8 cm panjang dan berpasangan, berwarna krim kuning dan ada aroma manis wangi. Buah akasia pula adalah berukuran 6.5 x 1.5 cm dengan bentuk rata, tulang rawan, sayu, melintang berurat dengan margin berombak. Penulis blog dapati apa yang unik mengenai tumbuhan ini adalah ada kemampuannya dalam menghasilkan nektar (cecair manisan) dari celah daun bagi makanan serangga termasuk lebah madu. Lebah madu dan serangga lain akan menyedut manisan nektar pada pangkal daun (leaf petiol) sebagai sumber makanan yang banyak dikeluarkan oleh pokok akasia. Sebenarnya terdapat lebih daripada 1,300 spesis pokok akasia diseluruh dunia tetapi 899 daripadanya berada di benua kecil Australia. Itulah sababnya kenapa negara Australia merupakan negara pengeluar madu dari pokok akasia yang terbesar didunia dengan luasnya pokok ini hidup secara semulajadi atau ditanam untuk tujuan hutan dan pengeluaran madu. Pokok akasia daripada keluarga Fabaceae merupakan pilihan paling sering untuk penanaman semula hutan di Malaysia terutama di Sarawak, Sabah, Johor, Pahang dan di Selangor. Program penanaman pokok akasia merupakan satu kaedah menghutankan semula keadaan hutan yang kayunya telah dibalak. Pokok ini cepat membesar dan mempunyai kualiti kayu yang tinggi mutunya untuk kegunnaan industri perkayuan. Tinggi pokok boleh mencapai 30 meter dengan diameter hingga 1 meter. Rata - rata diameter yang bisa digunakan untuk membuat perabot minimum 25cm untuk mendapatkan sampel yang baik. Acacia mangium memerlukan 5 - 7 tahun untuk mencapai diameter 30cm. Berbanding dengan tanaman pokok hutan lain, pelaburan menanam pokok akasia dilakukan secara besar-besaran di Sabah untuk dihantar kekilang membuat kertas. Pokok Akasia merupakan pokok saka berbatang keras dengan batang yang tumbuh menegak. Bahagian bunganya adalah berbentuk jambak yang panjang dengan warna putih kekuningan dan ia bergantung kepada spesis dan juga persekitarannya. Artikel subuh ini dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan pokok akasia yang merupakana sejenis tumbuhan berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 


Dalam industri pembalakan dimana warna kayu akasia adalah sama seperti kayu teras iaitu berwarna dari coklat muda hingga coklat tua kehijauan bergantung kepada spesis. Kayu ini ada yang berwarna krim keputihan dan sangat jelas dan mudah dibezakan dengan kayu terasnya 
(Sila lihat foto disebelah). Ketumpatan kayu adalah pada level MC 12% ketumpatan sekitar 450 - 600 kg/m3. Bahagian dan jenis tertentu boleh mencapai hingga 800 kg/m3. Kini kebanyakan tanaman pokok akasia yang digunakan untuk pembangunan hutan ladang di Malaysia adalah jenis Acacia mangium. Selain itu terdapat juga spesies yang digunakan dalam projek pembangunan hutan ladang dari famili yang sama seperti Acacia hybrid. Spesies ini dipilih kerana memiliki ciri-ciri iaitu kadar pertumbuhan yang cepat besar dan boleh beradaptasi pada tanah-tanah dengan tingkat kesuburan rendah dan keasidan relatif tinggi. ia akan menghasilkan kayu untuk bahan utama untuk pulpa dan bukan pulpa. Kualiti pulpa Acacia mangium setara dengan kualiti pulpa Eucalyptus yang telah pun banyak digunakan dalam industri pulpa di seantero dunia kini. Kayu ini juga baik untuk bahan kayu pertukangan. Bagaimana pun penanaman Acacia mangium dilaporkan agak mudah dimana ia mulai dari pengendalian benih, mudah untuk disemai dan menguntungkan jika ada rantaian nilai lengkap. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai pokok akasia untuk dipaut (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Pokok akasia kini semakin dipopularkan di beberapa negara sebagai satu induatri penting dalam pelbagai pendekatan. Tumbuhan ini di jadikan sebagai tumbuhan hiasan, dan juga ia sebagai pokok teduhan dan juga ditanam di ladang sebagai kayu api di Asia Tenggara. Kayunya baik bagi menghasilkan produk penting seperti kertas, produk perhiasan and peralatan. Ia mengandungi tanin sesuai bagi menyamak kulit haiwan. Di negara India dilaporkan kayu dan arang akasia digunakan secara meluas. Getah dari pokok ini dijual sebagai produk yang didagangkan akan tetapi ia didakwa tidak seberguna seperti gum arab. Pokok ini pernah digunakan sebagai penahan sakit oleh penduduk asli Australia. Pati dari pokok akasia jenis Acacia auriculiformis teras mengganggu fungi yang menyerang kayu tersebut amat berguna.


Di Malaysia khususnya di Sarawak dimana para pengilang kayu tempatan digalak untuk menggunakan sepenuhnya kayu akasia sebagai sumber bahan mentah alternatif bagi tujuan pembuatan perabot. Kalau dulu kayu ini hanya ditumpukan untuk pembuatan kertas namun hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) ia berpotensi untuk dijadikan perabot. Kayu akasia telah terbukti berkualiti tinggi untuk pembuatan perabot dan kini terpulang kepada pengilang dan pemain industri untuk menggunakan sepenuhnya potensi yang ada pada kayu akasia. Didakwa dimana jumlah eksport perabot kayu Malaysia pada tahun 2013 adalah sebanyak RM5.74 billion. Daripada jumlah  Sarawak hanya menyumbang 0.4 peratus atau RM30 juta iaitu ia bernilai jauh lebih rendah berbanding Sabah iaitu RM50 juta atau 0.9 peratus dan selebihnya disumbangkan oleh negeri di Semenanjung Malaysia sebanyak RM5.6 billion atau 99 peratus. Meskipun nilai eksport yang disumbangkan oleh Sarawak agak rendah namun Sarawak yakin jumlah tersebut dapat ditingkatkan pada masa akan datang melihat kepada kelebihan yang dimiliki oleh Sarawak dari segi bahan mentah. Oleh itu di gesa pengilang tempatan di Sarawak agar mereka menjalinkan kerjasama dengan pengilang perabot ternama dari luar seperti Semenanjung Malaysia bagi mengembangkan lagi industri perabot di Sarawak. Bagi memperkukuhkan juga industri perkayuan di Sarawak dimana kerajaan negeri telah mengadakan misi pelaburan dan jualan kayu ke luar negara. Adalah diharapkan agar pengilang perabot sentiasa ingat akan kuasa membeli rakyat supaya industri ini terus kekal menguntungkan dan pelanggan kekal setia dalam membeli produk. Kelak dengan adanya ‘The Furniture Village’ nanti maka ia akan membolehkan persatuan mengumpul pengilang berkualiti tinggi di bawah satu bumbung untuk bekerja bersama dalam meningkatkan imej perabot negara ke tahap antarabangsa. Pembuat perabot tempatan berhadapan dengan persaingan sengit daripada pesaing kos rendah seperti China dan Vietnam.
 
 
 
Adakah pembaca blog semua pernah melihat kayu akasia yang baru diproses untuk dijadikan pelbagai produk?. Kayu akasia merupakan salah satu jenis kayu yang dihasilkan dari pokok akasia sama ada dari pokok liar atau yag ditanam. Pokok akasia adalah jenis sudah menjadi salah satu pohon yang sangat indah. Pohon akasia memiliki bentuk daun yang tirus dengan sedikit duri pada setiap bahagian batangnya. Ada banyak spesis pokok akasia dan selalu mempunyai ciri-ciri kha yang unik. Apa yang penulis blog faham dimana pokok akasia memiliki bentuk bunga yang unik dengan kelompok khusus dengan beraneka warna seperti ungu, putih dan kuning. Pokok akasia dapat tumbuh dari kawasan yang kering dan panas. Ia juga memang memiliki bentuk yang unik kerana setiap batangnya memiliki tempat khusus yang biasanya digunakan oleh semut yang mana ia tidak merosaknya sebab menggunakannya sebagai rumah saja. Ia mempunyai bentuk batang yang bulat dan luru dengan ada banyak cabang dimana dibahagian kulit selalunya ia sangat tebal. Warna pokok akasia bersifat dari coklat tua hingga coklat muda dan bila matang atau sudah tua boleh ia tumbuh mencapai ketinggian sekitar lebih dari 32 meter. Penulis blog kongsikan info mengenai ciri-ciri Kayu Akasia untuk difahami. Kayu ini adalah bahagian pokok akasia yang paling berguna yang ada nilai jualan yang sangat tinggi. kayu akasia memiliki permukaan dan gelombang yang sangat halus diman boleh dilihat secara sekilas seakan seperti kayu jati. iteliti dimana kayu akasia memiliki warna yang menarik iaitu kombinasi warna putih dan coklat yang terlihat pada setiap lingkaran kayu. Ia juga mempunyai ciri yang cukup berat dan tekstur yang lebih keras bila dibandingkan dengan jenis kayu lain. Kayu akasia memiliki bau yang kurang enak seperti bau air kencing walau pun ia sebenarnya dapat  bertahan terhadap serangan beberapa serangga perosak kayu kerana ia keras dan ada bau yang tidak disukai oleh perosak seperti bubuk kayu. Ia juga amat mudah dibentuk dalam pembuatan perabot meskipun memiliki bentuk yang keras. Kayu akasia tidak tahan terhadap pengaruh cuaca dan tidak boleh bersentuhan langsung dengan tanah, air dan suhu lembab.


Penuli
s blog kini kongsikan info akan kegunaan kayu akasia seterusnya agar dapat difahami. Kayu akasia termasuk dalam salah satu dari jenis kayu yang mempunyai nilai jualan agak tinggi. Masa ini kedudukkan kayu akasia dalam dunia perabut rumah tangga dimana dilaporkan adalah berada tangga kedua dibawah kayu jati. Kayu akasia boleh dibentuk untuk menjadi beraneka ragam dan pelbagai produk perabot. Diantara beberapa faedah atau manfaat kayu akasia seperti mana Kayu Akasia boleh digunakan untuk membuat perabut rumah terutama untuk jrnis perabut untuk diletakkan pada bahagian dalam rumah. Kayu akasia memang tidak boleh ianya digunakan untuk pembuatan perabut bagi tujuan diletakkan dibahagian luar rumah yang terdedah hujan panas sebab ia memang tidak tahan terhadap suhu panas, cahaya dan air. Kayu akasia sesuai ia digunakan untuk membentuk berbagai jenis produk untuk hiasan rumah. Beberapa jenis dan produk perabot yang unik mudah dibentuk dari kayu akasia. Meskipun kayu akasia ini mempunyai ciri kayu yang keras namun ia ternyata mudah dibentuk dalam peroses membuat perabot di kilang (Sila lihat foto disebelah). Kayu akasia boleh juga di prose agar ia sebagai dan menjadi campuran bahan minyak wangi (perfume). Meskipun pada dasarnya kayu akasia memiliki aroma seperti air kencing namun sebenarnya kajian mendapati ia boleh diproses menjadi salah satu campuran asas menjadi produk minyak wangi. Proses penyulingan bahan perfume dari kayu akasia biasanya akan dilakukan dengan menggunakan campuran beberapa bahan kayu lain. Kayu akasia juga sesuai digunakan sebagai hiasan. Beberapa jenis kayu akasia yang sudah dibiarkan keras seperti batu secara semulajadi akan di jadikan produk hebat sehingga boleh menjadi tanaman hiasan cantik seperti 'Pokok Bonsai'. Kayu akasia juga boleh dijadikan sebagai bahan ubat-ubatan dimana sesuai. Di laporkan juga dimana kayu akasia didakwa ia mengandungi sejenis unsur penting dikenali sebagai 'Tanin' yang mana ia bersifat sebagai astringen. Bahan ini akan digunakan untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti gangguan seksual untuk pria, penyakit rabies dan mampu ia untuk menormalkan kandungan kadar gula darah. Pokok akasia juga boleh digunakan sebagai pokok peneduh jalanraya, ditaman dan juga mambantu dalam mencegah hakisan tanah. Ciri pokok akasia yang tahan tahan terhadap suhu panas dan kering ternyata sesuai untuk melindungi akan isu tanah bercerun dari terhakis. Selalunya pokok akasia yang sudah tua memang cirinya adalah lebih rapuh sehingga ia disyorrkan agar ia cepat ditebang. Kayu akasia selalunya ia akan digunakan sebagai bahan untuk membuat rangka dalam pembuatan rumah juga. Kayu akasia memang sangat keras dan baunya tidak disukai oleh bubuk sebab itu ia memang antara jenis kayu yang disukai sebagai bahan rumah. Apa pun yang nyata pokok an kayu akasia sesuai dijadikan produk serat iaitu dalam proses Membuat Kertas. Serat kertas banyak digunakan untuk membuat produk akhir berasaskan kepada kertas, kotak dan sebagai material lain dari pokok untuk industri yang memakai kertas. Pokok akasia memang ianya mampu dalam meningkatkan keseimbangan ekologi sehingga selalu ditanam dalam usaha memperbaiki struktur tanah terutama untuk lokassi mudah terganggu seerti di kawasan berbukit, bercerun dan tanah lembut serta di pergunungan. Semua faham dimana kayu akasia mudah dipilih dalam isndustri membuat berbagai jenis perabut. Namun yang penting adalah mempastikan pembekalan kayu akasia berterusan dengan menanam semula dihutan akasia secara terancang dan berjadual. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK AKASIA....ADA DIMANA-MANA...
CEPAT TUMBUH... HUTAN AKASIA ADA...
NEKTAR UNTUK LEBAH... MADU JADINYA...
HASILKAN KAYU... BANYAK KEGUNAANYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 227, Hotel Singgah Pengerang,
Jalan Kelicap 3, Bukit Pelali, Pengerang,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(10 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...