Daun Padi (leaves) merupakan komponen penting pada pokok padi. Daun kelopak yang terpanjang dan membalut ruas yang paling atas dari batang disebut daun bendera. Pembentukan anak-anak (tiller) padi sangat dipengaruhi oleh keberadaan unsur nutrien, sinaran cahaya matahari, jarak tanaman dan amalan agronomi. Daun tanaman padi memiliki ciri khas iaitu terdapat sisik dan telinga daun. Daun padi mempunyai tulang daun yang sejajar. Daun padi tumbuh pada batang dan tersusun berselang-seli pada setiap buku. Setiap daun padi dilihat terdiri atas helaian daun, pelepah daun yang membungkus ruas, telinga daun (auricle) dan lidah daun (ligule). Daun teratas selalu disebut 'daun bendera' yang kedudukannya dan ukurannya selalu dilihat berbeza dari daun padi yang lain. Satu daun pada awal fasa pertumbuhan padi selalu perlukan jangkamasa 4 - 5 hari untuk tumbuh secara penuh. Bagaimana pun selalunya pada fasa pertumbuhan seterusnya dimana jangkamasa proses pertumbuhannya memakan masa yang lebih lama sekitar 8 - 9 hari. Jumlah daun pada tiap tanaman bergantung pada varieti padi dimana kebanyakan varieti baru padi dikawasan tropika mempunyai sebanyak 14 - 18 helai daun pada batang utamanya. Kompponen Bunga Padi (Flower) adalah dari jenis bunga telanjang dimana ia mempunyai dua jantina dengan bunga yang bakal menjadi buah adalah bunga yang di atas. Bahagian bagian bunga padi terdiri dari tangkai, bakal buah, lemma, palea, putik dan benang sari. Jumlah benang sari ada 6 unit dengan tangkai sarinya pendek dan tipis, kepala sari besar serta mempunyai dua sarung debunga. Putik bunga ini akan mempunyai dua tangkai putik dengan dua buah kepala putik yang berbentuk malai dengan warna pada umumnya putih atau ungu. Jika bunga padi sudah matang maka palea dan lemma yang asalnya bersatu akan terbuka dengan sendirinya agar pemanjangan benang sari dapat terlihat dari floret yang membuka. Masa terbuka palea dan lemma ini selalu berlaku diantara jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada suhu 30-32 Celsius. Palea dan lemma kemudian akan tertutup setelah kepala sari selesai melakukan proses dalam pendebungaaan.
Komponen Buah Padi (Grain) yang mana sebenarnya selalu disebut sebagai 'Bijirin padi' atau 'bulir' atau 'Biji Padi atau Gabah' dimana ia sebenarnya bukan biji melainkan buah padi yang tertutup oleh lemma dan palea. Lemma dan palea serta bahagian lain akan membentuk sekam atau kulit padi atau gabah dimana lemma selalu lebih besar dari palea dan menutupi hampir 2/3 permukaan beras, sedangkan pada sisi palea tepat akan bertemu pada bahagian sisi lemma. Biji padi terdiri atas biji yang terbungkus sekam dimana komponen sekam terdiri atas gluma rudimenter dan sebahagian dari tangkai gabah (pedicel). Berat bijirin padi beragam dari 12 - 44 mg pada kadar air 0% sedangkan berat bagi sekam adalah pada purata sekitar 20% berat biji padi. Perkara asas yang selalu berlaku pada tanaman padi adalah Proses Mutasi Padi. Ini kerana secara umum perubahan sifat keturunan disebut dengan mutasi iaitu proses perubahan yang terjadi pada kandungan sifat genetik (gen atau kromosom) suatu sel yang diwariskan kepada keturunan dan varietinya. Antara penyebab terjadinya 'mutasi' diantaranya disebabkan oleh kesalahan replika bahan genetik semasa proses pembelahan sel berpunca dari kesan Radiasi, Bahan Kimia (mutagen) atau disebabkan serangan Virus semasa proses Meiosis. Tetapi ada juga mutasi yang tidak jelas mutagennya iaitu berlaku disebabkan oleh kesan kealpaan atau kekeliruan yang berlaku pada suatu proses metabolisma dalam sel. Apa pun perkara ini boleh terjadi keranaa adanya ilmu kemungkinan (probability) dan ia bukan berpunca dari pengaruh luar tetapi kerana oleh kebetulan sahaja. Mutasi dapat terjadi secara spontan (spontaneous mutation) dan juga dapat terjadi melalui induksi (induced mutation). Mutasi spontan adalah mutasi (perubahan materi genetik) yang disebabkan oleh adanya sesuatu pengaruh yang tidak jelas sama ada ia berpunca dari kesan persekitaran luar atau pun dari internal organisma itu sendiri. Sedangkan mutasi terinduksi adalah mutasi yang disebabkan oleh paparan dari sesuatu yang jelas sebagai contoh apabila ada paparan sinar UV. Apa pun dilaporkan memang tida ada perbezaan antara mutasi yang terjadi secara semulajadi (natural) atau pun mutasi hasil induksi pada tanaman padi. Mutasi mempunyai makna amat penting bagi pemurnian baka tanaman padi kerana kesan dari radiasi juga memungkinkan untuk meningkatkan hanya satu karakter yang diinginkan dalam varieti padi tertentu yang dikehendakki tanpa mengubah ciri atau karakter yang lainnya. Tanaman seperti padi yang secara umum dibiakkan secara vegetatif pada umumnya bersifat heterozigot yang dapat menimbulkan keragaman yang tinggi setelah dilakukannya radiasi. Radiasi merupakan satu-satunya proses dan cara yang mana ia dapat dilakukan untuk meningkatkan keragaman pada tanaman yang steril dan apomiksis (Mutasi juga dapat menghasilkan karagaman yang lebih cepat dibandingkan pemuliaan secara konvensional). Selain itu juga mutasi juga dapat menghasilkan keragaman yang tidak dapat dijangka hasilnya. Perkara ini adalah aspek sangat baik dalam proses biakbaka tanaman padi. Dilaporkan proses mutasi ini dilihat ia mempunyai aspek beberapa keunggulan juga memiliki beberapa kelemahan seperti kesan ketidakstabilan sifat-sifat genetik yang muncul pada generasi berikutnya.
Teknologi Radiasi Sinar Gamma merupakan teknik popular dilakukan dalam proses mutasi termasuk bagi tanaman padi. Biasanya radiasi adalah melakukan pancaran tenaga melalui suatu bahan atau ruang dalam bentuk panas, partikel, atau gelombang elektromagnetik (foton) dari suatu sumber tenaga. Radiasi memiliki beberapa jenis iaitu Radiasi sinar X, Radiasi Sinar Gamma dan Radiasi Sinar Ultra Violet. Radiasi sinar gamma akan dipancarkan dari isotop radio aktif dimana panjang gelombangnya lebih pendek dari sinar X dan daya tembusnya adalah yang paling kuat. Ada laporan dimana sinar gamma merupakan bentuk sinar yang paling kuat dari bentuk radiasi yang diketahui penyelidik dimana kesan kekuatannya hampir 1 billionr kali lebih kuat tenaganya berbandingkan radiasi Sinar X. Sinar gama yang keluarkan tenaga membolehkan kesan kerosakan molekul melalui reaksi spontan di mana tenaga radiasi diserap oleh molekul DNA. Pada reaksi tidak langsung dimana tenaga tidak diserap oleh DNA akan tetapi ia oleh molekul lain dalam sel sama mampu menghasilkan radikal bebas sehingga ianya akan mengakibatkan perubahan molekul DNA. Pada dos iradiasi sinar gamma 100 Gy dimana biji padi mempunyai purata berat biji padi bagi satu rumpun sekitar 13.13 gram apabila ada kesan radiasi membolehkan berat biji menjadi seberat 11.38 gram serumpun. Sinar gamma dilaporkan mampu menambah baik pertumbuhan akar, batang dan daun (pertumbuhan vegetatif). Dos radiasi yang diberikan untuk mendapatkan baka padi baru yang memperlihatkan wujud perubahan sifat (mutant) tergantung pada jenis tanaman, fasa pertumbuhan, ukuran, kekerasan dan bahan yang akan dimutasi. Kebaikan proses radiasi sinar gamma dengan tahap rawatan berbagai dos didakwa akan mampu mendapatkan jenis varieti padi lebih baik dan unggul yang memiliki ciri-ciri biji padi lebih baik dari sebelumnya. Pemberian dos radiasi yang terlalu tinggi akan menyebabkan proses pembelahan sel yang boleh menyebabkan kematian sel yang berpengaruh terhadap pertumbuhan tanaman, menurunnya daya tumbuh tanaman dan morfologi tanaman. Rawatan dos dosis radiasi yang terlalu rendah pula ia tidak cukup untuk memutasikan tanaman padi kerana frekuensi tanaman yang terlalu rendah hanya menghasilkan sedikit kesan. Varieti padi yang dtanam akan berkurangan ketahannya apabila sudah lama ditanam banyak tahun. Penulois blog dapati dimana sejak 1969 hingga kini MARDI sudah mengisytiharkan lebih dari 47 varieti padi untuk ditanam pesawah di Malaysia. Setiap varieti mempunyai kelebihan masing-masing dari segi ketahanan terhadap penyakit, hasil dan rasa. Kepelbagaian genetik dalam ekosistem penanaman padi ini penting untuk memberi lebih pilihan varieti kepada pesawah selain memastikan bekalan makanan ruji negara sentiasa terjamin. Dilaporkan lebih 90 peratus daripada kawasan tanaman padi di Malaysia atau 350,000 hektar menggunakan varieti padi yang mana proses penyelidikanya adalah dihasilkan MARDI. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MARFOLOGI PADI... SEMUA DIBACA...
BERLAKU MUTASI... SEMULAJADI ADA...
SECARA RADIASI..., DAPATKAN BAKA...
By,
M Anem,
Senior Agriculturist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Ramadan 1444H).
Posted and updated:
12 Safar 1445H.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.