Lazimnya bahan arang kayu biasa dan arang briket merupakan bahan bakar alternatif yang banyak digunakan untuk keperluan memasak khususnya bagi membakar atau memanggang bahan makanan seperti daging, ikan, hingga sayuran tertentu. Arang (charcoal) adalah kayu yang telah dipanaskan pada suhu tinggi tetapi dalam keadaan tanpa udara sehingga tidak boleh terbakar. Semua getah dan resin yang dikandung didalamnya mengurai atau menruap habis dan meninggalkan karbon hampir tulen yang akan terbakar perlahan-lahan dengan mudah daan dan bersih. Aada jenis arang dari kayu keras yang asli dimana ia dilihat masih berbentuk potongan kayu asalnya dan tidak mengandungi bahan aditif. Penggunaan arang kayu dimana ia tidak memengaruhi cita rasa makanan yang dimasak dengannya. Berlainan pula dengan jenis arang briket dimana arang ini diperbuat daripada habuk kayu, sekam padi dan sebagainya yang diproses menjadi debu arang dan dicetak mengikut bentuk sesuai. Penulis blog dapati dimana memang ada banyak jenis arang di pasaran yang berbagai katogorinya. Apa pun paling mudah ditemi adalah arang kayu diikuti dengan arang serbuk gergaji, arang sekam padi, arang tempurung kelapa, arang serasah, arang kulit buah mahoni dan jugaarang briket. Masing-masing jenis arang itu tentunya memiliki kelebihan dan kekurangan. Malaysia menghasilkan arang dibeberapa negeri seperti di kawasan pesisir pantai yang ada banyak sumber kayu bakau. Kayu Bakau juga dilaporkan antara bahan asas membuat arang kayu dan ia juga mampu hasilkan arang berkualiti di Malatysia. Kini arang ada dijua di kedai-kedai runcit, pasaraya dan dari atas talian sahaja. Penggunaan arang dalam penyediaan beberpapa jenis makanan terutama untuk membakar Sate, Roti Canai, Mee Goreng dan sebagainya amat disukai ramai penduduk tempatan.
Berbalik kepada jenis Arang Briket dimana ia biasanya berbentuk lebih rapi kerana ia menggunakan bahan yang telah dihaluskan dan kemudian dicetak supaya hasilnya lebih seragam. Briket arang sendiri merupakan hasil dari modifikasi dan inovasi dari arang kayu. Keunggulan dari arang briket jika ia dibandingkan dengan arang kayu adalah daya tahan bakar yang lebih lama, sisa dari hasil pembakaran sedikit, asap yang dihasilkan sedikit dan kadar panas yang lebih tinggi. Arang ini merupakan arang yang ia dibuat dari arang jenis lain yang dihaluskan terlebih dahulu kemudian dicetak sesuai keperluan dengan campuran tepung kanji. Tujuan dari pembuatan briket arang adalah untuk ia dapat menambah jangka waktu bakar dan untuk lebih kos efektif. Dalam pada itu dilaporkan arang yang sering dijadikan briket arang antara lain adalag arang sekam, arang serbuk gergaji dan arang serasah. Arang-arang tersebut ukurannya terlalu kecil untuk digunakan terus sebagai bahan bakar dan akan cepat habis. Maka arang tersebut adalah lebih sesuai jika ia diubah bentuknya menjadi briket arang. Biadanya bagi jenis arang tempurung kelapa dapat dijadikan briket arang akan tetapi hanya menggunakan bahan arang tempurung yang sudah hancur saja. Sebaiknya jika arang tempurung ini yang masih utuh maka ia sudah tidak perlu dijadikan briket arang dan sedia untuk dijual. Apa pun asasnya kelainan diantara arang kayu dengan arang briket adalah cara pembuatannya dan bahan asas digunakan. Briket arang adalah arang kayu yang diubah bentuk, ukuran dan juga sudah disesuaikan kepadatannya dengan cara tekanan (press) bahan campuran serbuk arang dan bahan perekat yang digunakan. Bahan asas sesuai yang digunakan untuk pembuatan briket arang umumnya arang atau kayu berukuran kecil yang diperolehi dari sisa habuk gergaji atau dari sisa daribahan industri perkayuan.
Lazimnya jika dilihat dari cara proses pembuatannya dimana arang briket mempunyai rupa bentuk yang cenderung lebih seragam dibandingkan arang kayu biasa. Arang kayu biasanya ia akan mempunyai bentuk yang tidak seragam dengan ukuran yang tidak seragam antara satu dengan lainnya. Arang briket pula dilihat lebih padat jika dibandingkan arang kayu biasa. Oleh sebab itu arang briket mempunyai daya tahan bakar yang lebih lama dengan jenis residu atau sisa hasil pembakaran sedikit dan cenderung lebih panas dibanding arang kayu biasa. Bagimana pun dari segi harga dimana arang briket pada umumnya dijual pada harga lebih mahal dari arang kayu biasa. Merujuk kepada kaedah pembelian Arang Briket secara on-line di Malaysia melalui aplikasi Shopee dimana 3 kg dijual dengan harga RM12.000 sahaja (RM4.00 sekilogram). Sementara intu di portal sama iaitu di Shopee dimana 20 kg arang kayu biasa dijual dengan harga sebanyak RM46.00 (sekitar RM2.30 sekilogram). Baik briket maupun arang sebenarnya sama-sama boleh digunakan untuk keperluan memasak atau pun membakar bahan makanan seperti BBQ. Sebenarnya Briket Arang atau biasa disebut 'Briquette Charcoal' atau mempunyai nama lain sebagai 'Arang Briket Sawdust' atau 'Sawdust Charcoal' atau 'Yakitori Charcoal' atau 'Ogatan Charcoal' adalah salah satu jenis arang yang dibuat dari bahan baku iaitu serbuk kayu yang di press menjadi briket lalu di proses menjadi arang dengan menggunakan 'carbonised stove' kiln sehinggakemudian ia menghasilkan salah satu briket arang yang mana ia mempunyai kualiti arang yang terbaik jika hendak dibanding jenis arang lainnya. Proses pengeuarannya dimana bahan asasnya iaitu serbuk kayu di campur kedalam loader untuk dilakukan aktiviti pencampuran dari berbagai jenis kayu keras yang lain. Serbuk kayu yang telah masuk loader di jalankan dengan menggunakan conveyer untuk masuk kedalam 'rotary mixer' yang berbentuk seperti mixer truk simen. Setelah serbuk arang tersebut melalui mixer maka serbuk itu di masukkan kedalam rotary dryer atau mesin cyclone dryer untuk menghasilkan serbuk kayu yang memiliki kekeringan maksima. Serbuk kayu yang sudah sangat kering tersebut diproses seterusnya didalam mesin briket press untuk menghasilkan briket kayu yang di press dengan kekuatan sekian ton untuk tujuan bagi menghasilkan briket yang kuat dan padat. Briket kayu yang sudah jadi tersebut kemudian di masukkan kedalam kiln carbonation atau tungku kiln untuk diproses menjadi arang sempurna selama lebih kurang 7 hari dan didinginkan 7 hari. Briket arang siap untuk di bungkus sesuai dengan pasaran. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 dan sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ARANG KAYU... AGAK MURAH HARGANYA...
ARANG BRIKET... RAMAI YANG MENGGUNA...
HARGA AGAK MAHAL... BELI ON-LINE SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.