Support My Blog

Sunday, June 20, 2021

POTENSI TANAMAN SAGO DI SARAWAK

POKOK SAGU
(Metroxylon sagu) atau dipanggil juga pokok rembia merupakan sejenis  tumbuhan yang diproses untuk menghasilkan sagu bagi pelbagai kegunaan termasuk makanan. Di Malaysia terutama dilaporkan ada seluas 57,957 hektar kawasan pokok sagu atau pokok rumbia yang beperingkat umurnya. Hanya Jabatan Pertanian Sarawak dilaporkan mempunyai program khusus pembangunan tanaman pokok sagu bagi mempastikan industri ini terus berkembang dan memberikan pendapatan kepada ramai pengusaha. Bagaimana pun media melaporkan dari Kuching dimana kerajaan digesa wujud lembaga khusus untuk industri sagu terutama di Sarawak. Dicadangkan dimana sebuah lembaga khusus untuk industri sagu dalam usaha dalam meningkatkan daya saing pekebun kecil rumbia di Sarawak.  Perkara itu disuarakan Menteri Kebajikan, Kese-jahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah yang nyatakan ia adalah salah satu permintaan daripada pekebun kecil rumbia di Sarawak. Beliau berharap kerajaan dapat menubuhkan satu lembaga khas untuk industri sagu ini bagi membantu pekebun kecil yang ada di negeri ini kerana industri tersebut merupakan antara salah satu penyumbang kepada ekonomi Sarawak. Bagaimana pun sehingga kini belum ada satu badan yang menjaga atau dapat menguruskan industri sagu di Sarawak berbanding dengan tanaman getah, padi, sawit dan nanas yang mempunyai lembaga yang khusus menjaga industri berkenaan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada delegasi Craun Research Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang berjaya menjalankan aktiviti penyelidikan industri sagu Sarawak di bilik mesyuarat kementerian di Bangunan Baitulmakmur. Industri sagu amat sinonim dengan rakyat Sarawak terutamanya masyarakat Mukah yang merupakan antara penyumbang terbesar dalam industri berkenaan. Di bahagian Mukah sahaja kita mempunyai 40,642 hektar kebun rumbia yang diusahakan pekebun kecil daripada 46,768 hektar seluruh Sarawak. Penulis blog pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak pada tahun 1997 - 1999 dan membuat beberapa kali tinjauan tanaman rumbia di Mukah.  Pokok rumbia diibaratkan sebagai ‘bank’ kepada pekebun kecil terutamanya ketika hendak mendapatkan dana pendidikan kepada anak-anak mereka.  Industri rumbia atau sagu sangat dekat di hati saya kerana di kawasan saya dan sekitarnya rumbia umpama ‘bank’ kepada mereka. Apabila ada keperluan untuk anak mereka pergi melanjutkan pelajaran atau ada majlis perkahwinan maka pekebun rumbia ini akan menebang rumbia mereka untuk dijual kepada pekilang yang mana wang diperolehi dapat digunakan untuk tujuan majlis. Dalam pada itu Ketua Pegawai Esekutif Craun Research Zaidell Hussaini dakwa dengan adanya satu lembaga dijangka ia dapat menjaga kebajikan, pengurusan dan pembangunan untuk industri sagu di negeri ini. Ia juga akan dapat dalam meningkatkan daya saing pekebun kecil kita di sini kerana hanya Sarawak pengeksport sagu utama dunia. Setakat ini syarikatnya hanya mampu menghasilkan 40,000 -  50,000 kilogram sagu setahun sejak 20 tahun dan syarikatnya akan mengeksport 60 peratus daripada hasil tersebut ke Semenanjung, 30 peratus ke Jepun dan selebihnya pasaran tempatan. Harga komo-diti sagu ketika ini sudah pun mencecah RM2,000 per tan ekoran permintaan yang tinggi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis rencana ke 6,459 mengenai potensi tanaman pokok sagu di Sarawak untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam pada itu dilaporkan oleh Utusan Borneo dimana Kerajaan 
Sarawak perlu meningkatkan aktiviti penyelidikan tanaman sagu untuk masa hadapan.  Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang tanaman sagu jika ingin terus kekal menjadi pengeksport terbesar produk berkenaan di dunia. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata Sarawak yang merupakan pengeksport terbesar produk sagu, bagaimanapun masih perlu menghadapi cabaran dalam meningkatkan kualiti kanji sagu dan produk bernilai tambahnya. Menurutnya ia bagi membolehkan Sarawak kekal berdaya saing di pasaran global bukan sahaja dalam aktiviti huluan tetapi hiliran sagu. Sarawak harus bergerak maju ke arah membangunkan model serta idea bertujuan untuk boleh mempercepatkan pertumbuhan sosioekonomi daripada hasil pertanian termasuk sagu. Sarawak perlu meningkatkan intensiti R&D dalam empat perkara bagi meningkatkan hasil kanji sagu berkualiti termasuk meningkatkan penghasilan sagu dalam mengurangkan tempoh gestasi daripada 10 - 15 tahun kepada lima tahun. Selain itu usaha untuk dapat mengurangkan kos pengeluaran sagu dan menggunakan inovasi berterusan dengan teknologi pengekstrakan terkini. Beliau berkata demikian sempena perasmian Simposium Sagu Antarabangsa Ke-13 di Kuching. Simposium merupakan anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak turut dihadiri Rektornya Profesor Datuk Dr Jamil Hamali serta Presiden Society of Sago Palm Studies, Jepun Profesor Hiroshi Ehara. Sarawak kini merupakan pengeksport sagu terbesar di dunia dengan mengeksport sekitar 25,000 -  40,000 tan produk sagu setiap tahun ke Semenanjung Malaysia, Jepun, Taiwan, Singapura dan negara lain. Sarawak telah melabur dalam meningkatkan hasil sagu dengan mengambil langkah berani sebagai yang pertama di dunia menanam sagu dengan meliputi kawasan seluas 55,000 hektar sehingga 2013. Kerajaan negeri telah berjaya melaksanakan atau membangunkan tanah termasuk ladang dengan keluasan 283 hektar dan melibatkan 4,875 pekebun kecil melalui Program Pembangunan Ladang Kecil Sagu. Pihak UiTM komited dalam pembangunan sagu di Sarawak dengan melaksanakan penyelidikan bersama universiti luar negara serta agensi berkaitan. Ia termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangi bersama Society of Sago Palm Studies, Jepun semalam, turut menumpukan bidang penyelidikan daripada kedua-dua pihak. Dalam MoU ada termasuk kerjasama dalam teknologi amalan-amalan penyelidikan, pendidikan berasaskan penyelidikan, seminar, program pendidikan seperti simposium serta mesyuarat berkaitan isu penyelidikan.

Potensi tanaman sagu berpotensi terus dibangunkan dalam industri lebih besar dimasa akan datang di Sarawak. Berita dari Samarahan menyatakan dimana p
roduk tempatan Sarawak iaitu sagu berpotensi terus dibangunkan dalam industri lebih besar sekali gus mampu menyumbang kepada ekonomi negara. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman yakin potensi tumbuhan itu dapat terus dibangunkan menerusi usaha sama dengan MyInnoHub. Kini dengan kerjasama MyInnoHub, UNIMAS berharap dapat memilih rakan kongsi yang sesuai untuk membangunkan lagi sagu ke dalam industri besar. Potensi tanaman sagu amat besar dan universiti juga memerlukan MyInnoHub untuk mencipta, membangun dan memastikan industri itu menjadi salah satu penyumbang kepada kita pada masa akan datang. Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama MyInnoHub di Rumah Universiti, di UNIMAS, Samarahan. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyInnoHub Vincent Wong Wai Sang, CEO Regal International Group dan Dekan Fakulti Sains Sumber dan Teknologi Profesor Madya Dr Othman. Sagu merupakan satu bidang penyelidikan utama dan terkuat di institusi pengajian itu lebih-lebih lagi apabila ia merupakan tumbuhan mantap berkembang tanpa masalah dan sesuai dengan iklim khatulistiwa dan tanah di Sarawak. Penyelidikan sagu telah dimulakan dari awal penubuhan universiti itu dan UNIMAS telah mengenal pasti sagu sebagai produk tempatan di Sarawak yang boleh menjadi sumber makanan pada masa akan datang. Kajian itu disokong oleh penyelidik daripada pelbagai fakulti di UNIMAS yang melihat ke dalam bidang penyelidikan berbeza daripada proses huluan dan hiliran, yang pasti akan meningkatkan taraf hidup penanam sagu serta kepentingan industri sagu di Sarawak. Pihak UNIMAS juga telah menubuhkan Pusat Penyelidikan Sagu (CoSAR) untuk menjadi pusat kecemerlangan dan titik rujuk serantau bagi penyelidikan sagu terkemuka, sambil menambah, universiti itu setakat ini mempunyai lebih 30 penyelidik yang menumpukan perhatian kepada sagu sahaja. MyInnoHub mula menunjukkan minat dalam projek berkaitan sagu susulan pembentangan awal oleh penyelidik UNIMAS pada 29 Februari lalu sebelum UNIMAS dipelawa untuk menghadiri mesyuarat lanjut dan pembentangan di My Innovation Hub di Kuala Lumpur. Mereka menunjukkan minat dalam dua projek berkaitan sagu dan dua produk inovatif lain dibangunkan oleh penyelidik UNIMAS. Projek-projek itu termasuk penukaran gula daripada kanji sagu, pembangunan penuaian mekanikal pokok sagu, teknologi pembinaan jalan dan kaedah inovatif pengajaran bahasa Inggeris, ditambah dua produk CoSAR tambahan mengenai penukaran sisa sagu ke dalam perabot dan alat membersih tumpahan minyak. MyInnoHub berminat mengkomersilkan produk-produk itu dan merancang menjalin usaha sama bagi tujuan tersebut. MyInnoHub merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan ekosistem inovasi bagi menghubungkan ahli akademik dengan kerajaan, sektor swasta dan komuniti.

Lebih unik dimana ada potensi besar sagu untuk hasilkan Batik Linut di Sarawak. Memang penulis blog tahu dimana makanan yang berasaskan sagu mentah atau yang dibuat tepung sudah tidak asing bagi penduduk di Mukah yang merupakan salah satu bahagian di negeri bumi Kenyalang, Sarawak. Tidak kira sama ada ia untuk hidangan makanan berlauk ataupun kuih-muih, pelbagai masakan boleh diasaskan menggunakan sagu atau juga dikenali sebagai lemantak seperti umai, kuih tebaloi, tumpik lemantak dan kuih kapit. Antara jenis makanan paling popular dalam kalangan suku kaum Melanau adalah 'Linut' yang dibuat sepenuhnya daripada dua bahan iaitu sagu dan air. Ia biasanya dimakan ketika musim perayaan ataupun semasa berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara pada bila-bila masa sahaja (Sila lihat foto paling bawah). Apa pun mungkin ramai tidak menyangka bahawa makanan tradisional masyarakat Melanau dan Bisaya ini yang turut disukai suku kaum lain di Sarawak, Sabah mahupun Brunei, bukan sahaja menyelerakan bahkan berpotensi besar dalam penghasilan batik. Jangan kata orang luar kalangan masyarakat tempatan yang memakan linut pun tidak sangka ia boleh dijadikan bahan utama pembuatan batik. Sebelum ini, masyarakat tempatan di Mukah tidak pernah membuat batik. Mereka hanya membuat produk anyaman berasaskan daripada pokok rumbia yang menghasilkan sagu. Jadi, apabila ditawarkan untuk menjayakan projek pembuatan batik ini, saya berasa sangat teruja. Seorang usahawan Andrea James berumur 34 tahun di Telian Tengah, Mukah yang terletak kira-kira 143 kilometer dari Sibu dan mengambil masa kira-kira empat jam perjalanan mahir membuat batik linut. 
Batik Linut  akan  menggunakan teknik cetakan bagi mendapatkan latar belakang warna kain mengikut motif dan ia mmerupakan sejenis produk baharu hasil cetusan idea dan inovasi Kraftangan Malaysia yang diperkenalkan awal tahun 2019 untuk menyuntik keunikan dan kelainan bagi memartabatkan lagi eksklusif batik tempatan. Kini seramai 30 orang terdiri daripada belia dan suri rumah adalah antara individu terawal dipilih untuk mempelajari cara pembuatan Batik Linut serta mengusahakannya secara bersama. 

Keunikan Batik Linut ini adalah terletak pada linut yang dilihat sebagai bahan sesuai menggantikan lilin di mana ia boleh bertindak sebagai bahan penghalang air serta bahan pewarna daripada menembusi bahagian kain kerana sifatnya yang likat itu. Istimewanya dimana ia bukan sahaja boleh menggantikan fungsi lilin tetapi juga dapat menghasilkan corak dan warna yang lebih menarik apabila kain yang digunakan direndam bersama linut. Proses pembuatan Batik Linut adalah hampir sama dengan proses penghasilan batik di tempat lain yang menggunakan teknik cetakan sutera saring cuma linut digunakan bagi tujuan mendapatkan latar belakang warna kain serta semasa mewarnakan motif. Proses dalam pembuatan sehelai Batik Linut yang berukuran sepanjang 2.5 meter dan 4 meter mengambil masa antara satu hingga tiga hari bergantung kepada cuaca (Sila lihat foto disebelah). Memang tiada masaalah hendak dapatkan sagu di Mukan dimana pergilah ke mana-mana sahaja sekitar kampung ini memang ada sahaja sagu dijual. Harganya pun murah berbanding sagu yang dijual di Kuching dmana mereka selalunya akan beli sagu seminggu sekali. Corak Batik Linut dibuat ada motif masyarakat Melanau daripada baju tradisional seperti kunci (butang), baju bangkuas, buah mulung, terendak dan ulat sagu menjadi pilihan untuk ditonjolkan. Komuniti Batik Linut Kampung Telian turut bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan buat rekaan motif kain pasang dan produk pakaian siap Batik Linut lelaki mahupun perempuan. Kain yang siap diwarna akan dijemur di bawah pancaran matahari bagi proses pengeringan batik di Kampung Telian Tengah Mukah (Sila lihat foto disebelah).  Ada beberapa festival diadakan  bertujuan memberi peluang khusus kepada usahawan kraf tekstil dari Sabah dan Sarawak untuk mempromosikan produk mereka di samping bertujuan memperkenalkan produk baharu seperti Batik Linut. Ia juga mempunyai keunikan dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri yang dapat menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara sekali gus menjana pendapatan bukan sahaja pada usahawan bahkan kerajaan negeri. Selain Batik Linut dipamerkan antara kraf tekstil Sarawak lain yang akan diketengahkan adalah tenunan Songket Sarawak, Tenunan Pua (Pua Kumbuh) dan juga Sulaman Keringkam. Semuga artikel  ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN SAGO... DI SARAWAK ADA...
DICADANGKAN... TUBUH LEMBAGA....
BANYAK PIHAK... R&D DILAKSANA...
BATEK LINUT... AMAT UNIK HASILNYA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...