Support My Blog

Monday, June 14, 2021

APAM BALIK -HEBAT PRODUKNYA

KUIH APAM BALIK
atau juga juga dipanggil sebagai Apom Balik, Martabak Manis (di Indonesia), Kuih Terang Bulan  adalah sejenis makanan yang enak popular di Malaysia, Singapura dan juga di Indonesia. Penulis blog memang penggemar makanan apam balik original yang sering di beli daripada penjual di Pusat Kejiranan Precint 11, Putrajaya dengan harga RM3.50 sekeping dan mengenyangkan untuk 2 orang. Setiap minggu memang ada membeli apam balik yang enak dimakan semasa panas-panas lagi dimana di musim pandemik covid19 ini boleh dibeli secara on-line seperti Fanda Food, GrabFood dengan sedikit kos penghantaran. Membuat kuih apam balik memerlukan kemahiran dan peralatan khusus dan bahan yang mencukupi. Pada masa ini penulis blog juga dapati terdapat bermacam jenis apam balik seperti Apam Balik Tradisional (original), Apam Balik Nipis, Apam Balik Coklat, Apam Balik Vanilla, Apam Balik Strawberri, Apamm Balik Nestum, Apam Balik Special dan bermacam lagi jenisnya. Apam Balik Tradisional atau Original atau Apam Balik Besar merupakan adunan tepong yang diberikan baking powder dan di bakar didalam kuali khas (biasanya kuali dibuat daripada tembaga yang diletakkan diatas dapur gas) yang panas. Kemudian ia disapu dengan majerin dan di tambah dengan gula pasir, kacang tanah kisar, jagung dan dimasak sehingga kering. Lazimnya apam balik dihidangkan pada waktu petang yang tetapi kini di kompleks pasaraya ia dijual sepanjang masa untuk para pengunjung pasaraya. Apam balik juga sering dijual di Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Basah, Pasaraya, Gerai Tepi Jalan dan sebagainya mengikut kesesuaian.Walau pun apam balik enak dimakan semasa panas-panas lagi tetapi perlu awas kerana jika terlalu panas maka isinya boleh melecurkan lidah dan mulut selepas dimasak. Makan apam balik yang sudah sejuk pula tidak enak kerana ia sudah lembik dan rasanya pun berbeza. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kuih apam balik untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Jika ingin makan apam balik pembaca blog boleh membelinya atau sebaiknya cubs membuat sendiri dirumah. Resepi untuk membuat sendiri secara mudah dirumah akan dipaparkan dalam bab ini agar pembaca boleh mencubanya. Bagi membuat apam balik yang enak dan gebu memerlukan bahan seperti 2 cawan tepung gandum, ½ cawan gula, 1 sudu teh soda bicarbonate, 1 sudu teh baking powder, Sedikit pewarna kuning, 1 biji telur,  1½ cawan air dan juga sedikit mentega atau planta untuk tujuan mengoles selepas siap masak dikulit luarnya. Bahan untuk bahan tabur diperlukan terdiri daripada Kacang tanah ( ia perlu digoreng tanpa minyak dan tumbuk kasar), Jagung manis dalam tin, Gula halus dan juga Marjerin. Cara-cara untuk membuatnya dimulakan dengan menggunakan mixer maka perlu pukul telur dan gula sehingga adunan kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning kedalam adunan dan di pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati dalam bekas. Seterusnya proses memasak dengan menyapukan bahan mentega atau bahan margerin di permukaan kuali yang sesuai saiznya (sebaiknya menggunakan jenis kuali tidak melekat - non stick pan). Seterusnya di tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) adunan didalam kuali panas dan mesti ratakan. Biarkan seketika dan sementara masak dan kemudian ditaburkan kacang, jagung, gula dan biarkan sehingga masak. Apabila masak maka dilipat dua menjadi seperti bulan separuh dan disapukan dengan majerin dan siap untuk dihidang dan dinikmati.

Media Harian Metro melaporkan dari Georgetown, Pulau Pinang mengenai 'Apam Balik 46 perisa' yang menjadi pelik bunyinya kepada penulis blog. 
Mencipta 46 perisa apam balik memang tidak masuk akal namun itu kelainan yang diketengahkan pengusahanya bagi menarik pelanggan. Apam balik serunding keju, sambal bilis garing dan telur bersama keju antara menu unik yang laris dan menjadi pilihan pelanggan. Pengusaha apam balik Triple Q dikenali Zulkiffli (41 tahun) mendakwa semua perisa itu dihasilkan daripada permintaan dan maklum balas pelanggan di gerainya di Jalan Datuk Ismail Hashim, Relau, Pupau Pinang. Menu unik itu membolehkan Zulkiffli menjual 600 apam balik sehari pada harga RM1 - RM7 sebiji dengan bantuan dua pekerja. Perniagaan yang diwarisi daripada bapanya sejak 2015 hanya ada perisa asli ditabur kacang serta jagung manis sebelum dia menyedari perubahan selera pelanggan lalu cuba menggabungkan keju serta coklat dan mendapat sambutan. Ada juga perisa itu ditemui secara tidak sengaja ketika saya tersalah mencampur bahan ke dalam hidangan. Lama kelamaan makin banyak perisa baru tercipta termasuk apam balik pepperoni piza, telur ayam, telur sosej dan oreo selain menggantikan keju biasa dengan keju mozzarella. Perisa lain termasuk keju dan butterscotch, gula merah, strawberi, bijian coklat, sosej, nutella, pisang dan yang terbaharu ialah karbonara bersama keju. Menurut bekas kerani syarikat pembangunan hartanah itu, sebelum ini dia hanya mengusahakan perniagaan terbabit pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bagaimanapun disebabkan oleh sambutan memberangsangkan maka dia nekad berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada perniagaan terbabit. Malah juga dia turut membuka cawangan di Bayan Lepas serta melatih pekerjanya membuka cawangan sendiri di Bagan Serai, Taiping dan Ipoh di Perak. Pelanggannya terdiri daripada penduduk dan pengunjung di utara selain Lembah Kelang, Johor dan Singapura. Dia merancang memperluaskan jenama ini ke wilayah utara dan mungkin bermula di Alor Setar dan Langkawi tidak lama lagi. Beliau juga berpesan kepada golongan muda supaya mengambil peluang membuka perniagaan dengan jualan yang unik dan mengikut permintaan semasa bagi menjana pendapatan. Selain menghasilkan sendiri jagung manis, Zulkiffli turut menjual adunan apam balik sejuk beku yang boleh bertahan selama tiga bulan. Dia dakwa jatuh bangun itu perkara biasa yang penting perlu berani mencuba selain kreatif bagi memikat selera pelanggan.

Kisah mengenai apam balik 
'power' yang mampu menambah rezeki bantu suami menyara keluarga di Singapura dimana kuih ini semakin popular dilaporkan akhbar BH. Mereka dakwa dimana antara nama lain apam balik, bergantung pada tempat ia dibuat, ialah terang bulan, min chiang kueh,murtabak manis dan apam Pulau Penang. Walaupun apam balik merupakan antara kegemaran ramai di Singapura dimana seorang wanita Sumatera yang berkahwin dengan seorang warga Singapura mendapati tidak ramai orang menjual kuih itu di sini. Ini memberi suri rumah itu idea menjual apam balik apabila beliau ingin membuka perniagaan sendiri bagi menambah akan pandapatan dan membantu suaminya menyara keluarga mereka. Menurut Cik Roza yang datang ke Singapura selepas berkahwin pada 2005 dimana beliau suami isteri memang suka menjamu selera di serata Singapura dan Roza selalu memerhatikan tidak ramai peniaga Melayu Islam menjual kuih apam balik. Kuih itu biasanya dijual semasa bazar Ramadan sahaja ujar beliau yang berusia 46 tahun dan sekarang warga Singapura. Pada 2009 Cik Roza memulakan perniagaan Apam Balik Power yang menjual apam balik sepanjang tahun. DIa masih ingat berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun itu. Pada masa itu, saya mempunyai seorang anak dan hanya suami saya yang bekerja sepenuh masa. Di tengah-tengah keadaan tidak menentukan ketika itu, beliau membuka sebuah gerai kecil di Jurong West. Namun Cik Roza terpaksa menutupnya sebulan kemudian kerana kos sewa terlalu tinggi. Pada 2012 dia buat kali pertama menyertai bazar Ramadan diGeylang Serai dan populariti Apam Balik Power meningkat secara perlahan-lahan. Antara faktor pelaris itu ialah beliau menyediakan apam balik beraneka perisa, termasuk perisa onde-onde, keju oreo, keju coklat dan red velvet. Asalnya dia jual apam balik berinti kacang dan gula saja tapi kini sudah ada perisa unik seperti coklat bersama pisang dan kacang bersama coklat. Sejak dua tahun lalu, ibu empat anak itu membuka sebuah gerai kecil di Restoran Ayza di Jurong West.

Kisah apam balik sebagai antara makanan tradisi berasaskan tepung yang dibakar dalam acuan khas dengan lapisan mentega ada dimedia Berita Harian. Apam balik dimasak dan ia kemudian ditabur dengan inti kacang tanah, gula dan jagung sebelum dilipat. Apa pun kuih ini mempunyai banyak nama, seperti apom balik, martabak manis, terang bulan, apam Pulau Pinang, kuih haji, kue bandung, ban jian kuih, chin loong pau dan min chiang kueh. Sejarah apam balik berasal dari Belanda. Ketika itu pegawai Belanda di Indonesia menjual makanan ini yang ketika dikenali sebagai 'lekker' di Bali. Lekker dalam bahasa Belanda bermaksud enak dan makanan ini dicampur pelbagai isian seperti susu, coklat, kacang atau jagung. Makanan ini kemudian tersebar ke Malaysia, Singapura dan Brunei menerusi penghijrahan penduduk Indonesia ke kepulauan Nusantara. Pada awal tahun 70-an hingga 80-an, orang ramai boleh membeli apam balik apabila penjualnya mengayuh basikal dari rumah ke rumah dan memasak di hadapan pembeli. Hari ini apam balik dijual sama ada di pasar malam, gerai pacak atau pasaaraya dan dilokasi tertentu ada yang menggunakan basikal roda tiga di tepi jalan. Peniaga kuih ini boleh menyediakan kuih ini dalam jumlah yang banyak dengan lapan hingga 12 acuan serentak. Jika dulu hanya menikmati apam balik tradisional satu perisa akan tetapi kini dengan inovasi pembuat atau peniaga, bukanlah satu yang menghairankan kalau terdapat pelbagai rasa menjadikan pembeli banyak pilihan. Aroma menyelerakan ketika menunggu Apam Balik Menanti disediakan. Diantara pengusaha makanan ini ialah Mohd Asri Dahali yang memiliki kiosk dikenali Apam Balik Menanti dengan menyediakan apam balik pelbagai rasa seperti coklat, strawberi, vanila dan keju. Memang cukup menyelerakan apabila aromanya terhidu sebaik saja apam balik itu dimasak. Kini dia bersama tiga rakannya, Mohamad Nizam dan Mohd Masri terpanggil untuk memberi nafas baharu kepada cara pembikinan apam balik.  Sebagai pembuat apam balik selama lebih 25 tahun, saya teruja untuk menaikkan taraf kuih ini. Kini selain boleh membeli di kiosk, Apam Balik Menanti boleh dipesan menerusi talian, terutama penduduk sekitar. Tapi mereka kena datang, ambil sendiri apam balik yang mana dipesannya. Terdapat lima jenis apam balik di jual di Kiosk Apam Balik Menanti iaitu apam balik biasa, istimewa, coklat, coklat keju dan daging keju dengan setiap satu harganya berbeza. Apam balik biasa mengandungi inti kacang, jagung dan gula, manakala yang istimewa pula intinya sama tetapi jumlahnya lebih banyak. Mereka menggunakan slogan "Kacang Lebih, Jagung Meleleh" untuk Apam Balik Menanti. Apam balik biasa mengandungi inti kacang, jagung dan gula, manakala yang istimewa pula intinya sama tetapi jumlahnya lebih banyak. Bagi apam balik daging keju ini dijual dengan harga antara RM2.50 hingga RM4.30. Apam balik biasa dijual dengan harga RM2.50 sekeping, Istimewa (RM3), coklat (RM3.50), coklat keju (RM3.50) dan daging keju (RM4.50). Kini premis apam Balik Menanti memiliki tiga cawangan iaitu di Paroi Jaya, Taman Jasmin di Senawang dan Pasaraya Ong Tai Kim di Sentul, Kuala Lumpur. Nama Apam Balik Menanti diambil sempena dengan Bandar Seri Menanti di Negeri Sembilan. Berinspirasi Seri Menanti iaitu ikon kepada Negeri Sembilan, nama itu dipersetujui semua rakan kongsi. Ini bersesuaian dengan kesabaran pelanggan yang terpaksa 'menanti' untuk menunggu apam balik siap dimasak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
APAM BAIK... ENAK RASANYA...
DIMAKAN PANAS... JAGA-JAGA...
YANG ORIGINAL... KACANG ADA...
JENIS PELBAGAI... KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Dzulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...