Support My Blog

Thursday, June 10, 2021

KAEDAH MENANAM POKOK

KAEDAH MENANAM POKOK
merupakan salah satu daripada amalan agronomi yang penting diketahui oleh mereka yang terlibat dengan sektor tanaman sama ada melakukan pertanian komersil atau sebagai hobi sahaja. Kepada sesetengah orang mereka menganggap memanam pokok adalah satu perkara yang mudah tetapi sebenarnya ada beberapa perkara teknikal asas yang mesti diikuti untuk mendapatkan pertumbuhan pokok yang cekap. Amalan agronomi dalam tanaman selalunya bermula dengan aktiviti menyediakan bahan tanaman atau benih diikuti dengan aktiviti menyediakan lubang penanaman, menanam, menyiram, mengawal rumpai, membaja, mengawal perosak dan penyakit, membuat cantasan, memetik hasil dan seterusnya adalah pengurusan hasil lepas tuai. Kaedah penanaman pokok (tree planting) adalah aktiviti asas yang melibatkan penanaman pokok yang berakar dan mampu tumbuh dengan baik seperti pokok buah-buahan, pokok getah, pokok hutan dan sebagainya. Ia berbeza dengan kaedah penanaman untuk tanaman kontan seperti tanaman sayuran, keledek, jagung, keladi, ubikayu dan sebagainya. Aktiviti menanam pokok selalunya akan bermula dengan proses penyediaan lubang penanaman diikuti dengan aktiviti penyediaan campuran tanah, penanaman pokok, penyediaan kayu pancang atau tali pengikat, penjagaan serta penyelenggaraan selepas menanam dan aspek jarak tanaman. Mereka yang ingin menanam pokok perlu tahu akan asas-asas disebutkan diatas agar proses penanman yang dilakukan berjaya memberikan kepuasan apabila pokok tumuh dengan baik dan mampu memberikn hasil. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Tchnology" saya kongsi info mengenai aspek kaedah menanam pokok untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Aktiviti penyediaan lubang penanaman peru disediakan dengan betul. 
Cara penanaman pokok yang lama perlu digantikan dengan kaedah penyediaan lubang yang betul bagi penanaman pokok. Kebiasaannya bahagian akar pokok akan lebih berkembang daripada bahagian atas bebola akar ke bahagian lapisan tanah yang subur dan paling sesuai bagi pertumbuhan pokok yang baik (1 kaki daripada permukaan tanah). Bergantung kepada saiz anakbenih dan jenis tanaman penyelarasan semula saiz lubang tanaman diperlukan dimana saiz yang lebih luas tetapi tidak terlalu dalam dengan sedikit pengubahsuaian (sloping sides). Penanaman pokok yang terlalu dalam adalah satu kesalahan yang biasa dilakukan. Saiz lubang penanaman bergantung kepada beberapa perkara seperti tekstur tanah, saiz bebola akar atau pokok, lebih luas lubang yang dibuat, lebih baik untuk tumbesaran pokok. Bagi jenis pokok separa matang sebaiknya lubang penanaman disyorkan bersaiz 2 ke 3 kali ganda lebih besar daripada diameter bebola akar dan sedalam saiz bebola akar tersebut. Sekiranya tanah di kawasan penanaman dalam keadaan baik (ruangan udara yang baik dan subur) maka saiz lubang di kawasan tersebut lebih kecil berbanding di kawasan tanah yang kering dan tidak subur. Semasa menggali lubang pastikan tanah permukaan dan tanah pertengahan harus diasingkan. Tanah perlu bebas daripada batu-batan atau permukaan yang padat dan keras. Ia hendaklah dipecah-pecahkan supaya dapat membaiki saliran air dan menggalakkan akar pokok tumbuh dengan baik.

Jarak penanaman adalah penting dipastikan bergantung kepada jenis pokok dan juga keadaan tanah sama ia tanah rata atau tanah cerun. Sebenarnya memang tidak ada
 sebarang syarat khusus yang boleh dinyatakan mengenai jarak tanaman kerana banyak faktor yang mempengaruhi jarak penanaman pokok. Bagi mendapatkan jarak tanaman yang baik perlu dikaji beberapa faktor yang diambil kira iaitu jenis pokok yang dipilih, sifat pertumbuhan pokoknya (saiz kanopi pokok dan sifat akar) dan juga keadaan kualiti tapak penanaman. Penting juga diambilkira mengenai apakah dia tujuak penanaman pokok dilakukan sama ada untuk mendapatkan hasil buahnya atau hanya sebagai tanaman hiasan (ornamental plants), tanaman landskap atau tanaman u tuk dijadikan pokok induk benih tanaman. Bagi menanam pokokk landskap di taman atau ditepi jalan  jarak penanaman untuk pokok pinggiran jalan adalah dalam lingkungan 10 - 20 meter bergantung kepada spesis pokok dan kualiti tapak penanaman. Sekiranya pokok ditanam bagi tujuan untuk ia menghadang angin atau permandangan maka jarak tanaman bagi pokok-pokok ditanam rapat-rapat supaya kanopi antara pokok bertindih antara satu sama lain bagi menghalang laluan angin (wind breaker). Jika penanaman pokok berhampiran dengan bangunan, rumah, tembok konkrit, pembentung bawah tanah dan sebagainya disyorkan agar jarak menanam yang sesuai ialah 4 meter jauhnya supaya akar-akar pokok tidak akan merosakkan struktur konkrit dan bangunan.

Penanaman pokok melibatkan aktiviti p
enyediaan campuran tanah dimana tanah terbaik yang dimasukkan ke dalam lubang penanaman adalah tanah yang dikeluarkan dari lubang yang sama. Tanah bahagian permukaan ini atau dipanggil sebagai tanah atas (top soil) merupakan tanah yang lebih subur berbanding dengan tanah bawah (sub-soil) kerana ia selalunya ada lebih banyak nutrien dan bahan organik serta peroi. Kebanyakan tanah di kawasan yang telah dibangunkan dikawasan perumahan atau bandar perlu ditukarkan dengan tanah atas atau ’top soil’ luar yang dicampurkan dengan pasir dan bahan organik dibuat berasingan. Ini bagi memastikan media penanaman yang digunakan mempunyai tekstur dan struktur yang baik untuk penyerapan air, pengudaraan serta subur. Faktor ini akan dapat menggalakkan pengeluaran akar-akar baru kerana keadaan lebih sesuai. Distorkan dimana nisbah campuran tanah yang disarankan terdiri daripada formulasi 3:2:1 iaitu tiga bahagian tanah atas, dua bahagian bahan organik (tahi   lembu, tahi ayam atau bahan kompos) dan satu bahagian pasir sungai. Bagaimanapun semasa mengendalikan bahan organik seperti tahi ayam dan lembu lebih sukar disebabkan bahan tersebut berbau busuk, melekit, lembap dan sukar diurus. Disyorkan dimana cara mencanpur tanah campuran ini adalah baik antara bahan di bawah boleh digunakan untuk setiap 1 meter padu lubang tanaman. Tanbahkan 2 kg TSP (Triple Super Phosphate) kedalam lubang tanaman.

Penanaman benih pokok dilakukan selepas lubang disediakan dan diisikan dengan tanah campuran. Sebaiknya s
atu lubang kecil hendaklah digali di atas campuran tanah yang dimampatkan bersesuaian dengan saiz bebola akar.  Anak pokok harus dikeluarkan dengan berhati-hati daripada tabung bagi ianya mengelakkan bebola akar pecah dan kecederaan akar.  Semasa mengangkat anak benih seharusnya tidak hanya memegang batang tetapi perlu juga memegang bebola akarnya.  Bagi pokok di dalam bekas sebaiknya perlu dikeluarkan dengan berhati-hati dan akar-akar anak benih pokok yang berlingkar di bahagian bawah tabung perlu dileraikan dan diserakkan dengan baik di dalam lubang. Akar yang terlalu banyak boleh dipotong bagi mengelakkan sistem akar bergelung dan terikat sesama sendiri. Bebola akar dimasukkan ke bahagian tengah lubang sehingga kolar akar selaras dengan permukaan tanah bagi mengelakkan bebola akar tenggelam. Kemudian sebaiknya campuran tanah dimasukkan ke dalam lubang dipadatkan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan akar. Bagi mengelakkan air bertakung dan tanah mendap di lubang penanaman, tanah di sekitar pangkal pokok perlu ditinggikan beberapa sentimeter daripada paras tanah asal. Gunakan air bagi memadatkan tanah dan bukan dengan cara memijak tanah bagi tujuan untuk mengelakkan tanah terlebih mampat dan untuk memberikan ruang untuk akar bergerak.

Selepas menanam anakbenih pokok aktiviti pemasangan k
ayu pancang, tali penegang dan perlindungan fizikal perlu dilakukan. Sebaiknya kayu pancang dan tali penegang hanya perlu sekiranya pokok ditanam di kawasan yang berangin dan sekiranya pokok tidak tumbuh dengan tegak. Kayu pancang biasanya berukuran 2.5 cm - 5 cm dan ketinggiannya bergantung kepada ketinggian pokok yang ditanam. Kayu pancang ini hendaklah dicacak berdekatan batang pokok mengikut arah tiupan angin tetapi perlu untuk dielakkan daripada mencederakan akar pokok. Batang pokok perlu diikat kepada kayu pancang sekurang-kurangnya dua ikatan menggunakan bahan yang lembut seperti getah untuk mengelakkan kecederaan kepada batang pokok. Kayu pancang dan tali penegang perlu dibuang apabila pokok yang ditanam telah membesar dan kelihatan teguh (selepas setahun). Sekiranya pokok ditanam di kawasan yang terdedah dengan binatang dan kerosakan manusia sebaiknya ada pagar perlu dibina di sekeliling anak pokok. Bagaimana pun sering dipasang kawat BRC bersama kayu pancang untuk elakkan daripada seranagn haiwan (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti penjagaan dan penyelenggaraan pokok selepas penanaman pokok dilakukan. Aktiviti menyiram, memasang sungkupan and pemangkasan adalah perkara yang sangat penting dalam penanaman pokok. Penyiraman perlu dilakukan sebaik sahaja pokok selesai ditanam dan sangat kritikal dalam beberapa bulan pertama. Pada hari yang panas atau musim kemarau, pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari iaitu pada awal pagi atau lewat petang. Sungkupan penting bagi menutup tanah yang terdedah di sekeliling pokok yang baru ditanam bagi mengelakkan kehilangan kelembapan tanah, mengawal pertumbuhan rumpai dan sebagai sumber nutrisi kepada pokok. Sungkupan boleh digunakan daripada bahan seperti hampas kelapa sawit, rumput serta daun-daun kering, sabut kelapa atau padi, jerami padi, habuk dan cebisan kayu.  Sungkupan perlu diletakkan setinggi 2 - 4 inci iaitu pada sekeliling pokok kecuali untuk sesuatu kawasan memerlukan 6-8 inci daripada batang pokok. Penjagaan rumpai, membaja perlu dilakukan sehingga pokok membesar dan berbunga seterusnya mengeluarkan hasil. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM POKOK... ADA KAEDAHNYA...
BUAT LUBANG... PASTIKAN JARAKNYA...
TANAH CAMPURAN... MASUKKANNYA..
BENIH DITANAM... PERLU DIJAGA PULA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(28 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...