Support My Blog

Tuesday, June 22, 2021

IKAN KERING DAN PKP

IKAN KERING
atau IKAN MASIN (Salted Fish) merupakan makanan yang ada kaitannya dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada PKP Penuh (Lockdown), PKPD, PKPB, PKPP dan sebagainya akibat pandemik covid-19. Dari segi definasi i
kan kering merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan merendamnya dalam air garam dan kemudian mengeringkannya untuk ia boleh disimpan lama. Ikan masin ini juga merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses dengan cara sebegini terdiri daripada ikan kering yang harganya mahal kepada ikan kering yang harganya murah. Antara ikan kering yang mahal dibuat daripada ikan yang harganya mahal dan diminati ramai seperti ikan kering kurau dan sebagainya. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan walau pun ada yang mencuba mengeringkan menggunakan oven tetapi hasilnya tidak sebaik yang dijemur. Di Malaysia lazimnya ikan kering boleh dibeli daripada pasar basah, kedai runcit, pasaraya, penjual sayur yang bergerak, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasar borong sehingga didalam talian online. Ikan kering dari segi logik biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak besar. Selain dijadikan sebagai lauk dimakan bersama nasi putih lazimnya ikan kering juga akan dimakan bersama ubi kayu yang direbus dan juga dijadikan sebagai antara bahan membuat sayuran. Pada penulis blog masakan 'ikan kering kurau masak kuning' dengan nanas merupakan antara makanan paling digemari sejak dahulu. Lazimnya penulis blog membeli stok ikan kurau isi dan tulang dari Lumut, Kuantan, Mersing, Terengganu dan beberapa lokasi lain untuk dijadikan stok sebelum PKP lagi. Artikel pada malam Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai ikan kering atau ikan masin dan laporan media berkaitan dengan ikan ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Portal Berita Harian Metro bertajuk '
Simpan ikan masin sepanjang PKP' menarik untuk ditulis semula. Dilaporkan kalau punya duit hanya tinggal sikit lagi beberapa usahawan sudah pun membuat ikan masin agar dapat makan dengan nasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk oleh Suparwan Man di Jitra, Kedah baru-baru ini (Sila lihat foto disebelah). Suparwan antara ibu tunggal yang kini terputus bekalan makanan berikutan hanya menerima gaji hari sebagai pembantu gerai menjual air. Dia sudah dua minggu tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan selepas gerai air itu ditutup dan kini sumber makanan untuk keperluannya juga semakin terhad. Gajinya hanya kira-kira RM25 sehari dimana sebelum ini memang cukup untuk dia makan tapi selepas dua minggu tidak bekerja maka duit simpanan semakin berkurangan. Masa ikan murah baru-baru ini dia membeli dan menjemur kering dimana kini itulah yang jadi lauknya sekarang dan beliau sebenarnya sudah buntu di mana untuk dia sepatutnya mendapat bantuan. Dia yang berasal dari Tanah Merah, Jitra adalah antara ribuan pekerja bergaji hari yang terjejas akibat sekatan masa PKP. Bagaimanapun media melaporkan Suparwan masih bersyukur apabila ada seorang peniaga bernama Suairdie Johari bersama rakannya yang mengambil inisiatif untuk mengagihkan barangan keperluan kepada golongan yang sengsara. Bantuan itu dapat membantu untuk dapat meringankan beban Suparwan selama beberapa hari. Suairdie dakwa dimana dia hanya menggunakan duit simpanannya hasil menjual cendol untuk membantu mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup. Dia juga peruntukkan RM2,000 bagi membeli beras, telur, minyak masak, gula, roti dan sos untuk mereka terkesan akibat PKP iaitu sebanyak 140 pek dia sediakan dan mereka boleh datang ambil di rumahnya sejak kelmarin. Beliau mengenakan syarat ketat sedikit iaitu hanya memberi keutamaan kepada ibu tunggal yang kematian suami dan bergaji hari kerana mereka lebih memerlukan. Dia juga pernah menitis air mata bila mendengar rintihan mereka yang terputus bekalan makanan, mereka tiada arah hendak dituju jadi dia dan rakan-rakan tidak sanggup melihat mereka dalam keadaan susah dan berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung sekarang. Pada penulis blog usaha oleh Suairdie ini memang disanjung tinggi.

Kes berlainan pula dilaporkan Astro Awani bertajuk '
PKP: Ikan masin, ikan kering kurang dapat sambutan Ramadan ini' dimana dilaporkan ketiadaan pelanggan termasuk pemborong datang ke rumah selain kekangan untuk keluar membuat pengedaran sendiri menyebabkan produk ikan kering dan ikan masin oleh pengusaha di Kuala Sungai, Kuala Kedah, Kedah merudum menjelang Ramadan tahun 2021 ini. ASTRO Awani telah melaporkan dimana keadaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini jelas berbeza bagi beberapa pengusaha di kawasan itu termasuk pasanganZainol Abidin Shuib, 63 tahun dan Salasiah Bakar, 61 tahun yang sudah 15 tahun mengusahakan perniagaan berkenaan. Mereka dakwa setiap kali menjelang Ramadan selalunya ikan kering dan ikan masin keluaran pengusaha dari kawasan itu menjadi buruan orang ramai sebagai juadah pembuka selera ketika bersahur namun kini akibat PKP didakwa kurang mendapat sambutan Dia dakwa biasanya seminggu sebelum Ramadan ikan kering dan ikan masinnya telah habis dijual. Tetapi tahun 2021 ini leih teruk daripada 2020 kerana dia tidak boleh buat apa. Tahun lepas jualan bagus, tahun ini susah sikit. Orang Kuala Lumpur (peniaga dan pemborong) pun tak boleh datang ambil bekalan disebabkan isu COVID-19 (PKP). Dulu dia akan pergi hantar ikan masin dan ikan kering ini ke kedai-kedai di luar kawasan termasuk di Jitra, Kepala Batas dan Pendang tetapi tahun ini tak boleh lagi bergerak bebas seperti dulu. Sekarang hanya mengharapkan pelanggan yang datang beli di rumah selain jualan di pasar di kampung berhampiran saja dan memang jualan kurang baik seperti sebelumnya. Salasiah pula berkata, bekalan ikan mentah dari nelayan tempatan juga kurang beberapa minggu ini dimana ia menyebabkan dia terpaksa mendapatkan ikan gelama daripada nelayan di Kuala Sanglang untuk dijadikan ikan kering dan masin. Ikan pun susah nak dapat dan kadang-kadang empat hingga lima hari baru ada. Setiap hari pasangan ini akan menghasilkan lebih 50 kilogram ikan kering dan ikan masin dan dijual dengan harga RM25 sekilogram bagi Gred A, Gred B (RM20) dan Gred C (RM15).

Di Melaka diberitakan 'Ulang-alik 100 km jual ikan masin' menarik dikongsi sama. Bagi seorang warga emas dari Muar, Johor sanggup berulang-alik ke Melaka setiap hari semata-mata mencari rezeki dengan menjual ikan masin untuk menyara akan kehidupannya dengan isterinya yang uzur. Md Zin Ahmad, 63, dari Bukit Pasir, Muar keluar dari rumah seawal jam 8 pagi menaiki bas ke Melaka Sentral iaitu perjalanan kira-kira 100 kilometer sebelum PKP dan pandemik covid-19. Biasanya doa mampu menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperoleh dari Parit Jawa, Muar. Dia akan akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi memastikan semua ikan masin yang dibawa terjual. Walau pun kadang-kadang orang ramai tidak peduli dengan jualannya, namun dia tidak sesekali mendesak. Isterinya yang mana terlantar di rumah akibat sakit tua dan dia perlu bekerja kuat mencari rezeki. Dia tidak mahu membebankan empat anak yang sudah dewasa kerana mereka mempunyai keluarga sendiri; Md Zin hanya memperoleh komisen jualan sebanyak 50 sen bagi setiap bungkus jualan ikan masin dan terpaksa berbelanja kira-kira RM30 sehari untuk tambang pergi dan pulang, perbelanjaan makan sehingga jam 9 malam. Dia terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan di situ lebih menggalakkan berbanding tempat lain. Dia juga turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi dan padanya selagi dia masih mempunyai kudrat untuk bekerja, walaupun terpaksa berjalan sendirian mendekati orang ramai menjual ikan gelama masin itu. Kadangkala ada rezeki lebih apabila pelanggan yang sedia tahu dia di Melaka Sentral dan akan mencarinya untuk menempah bekalan ikan masin untuk majlis kenduri kesyukuran dan kenduri perkahwinan. Jarak dari Muar hingga ke bandar Melaka bukanlah penghalang untuk mencari rezeki kerana dia menjaga pengambilan ubatan secara harian untuk penyakit yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu. Kini semasa PKP Lockdown 3.0 dia memang tidak dapat berniaga dan tiada pendapatan.

Kisah dimana '
Bakal doktor tidak malu jual ikan kering' juga menarik dikongsikan dengan pembaca. Di Kuala Lumpur berita mengenai terkesan dengan penularan pandemik Covid-19, pemegang sarjana dalam jurusan ekonomi nekad memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Usahanya membawa produk hasil laut Langkawi berupa isi ikan kembung sejuk beku, ikan kering, keropok ikan dan ikan bilis ke ibu kota nyata menarik minat pengguna di Lembah Klang hingga mampu menjana pendapatan lumayan. bagi Noor Aida Noh, 36 mendakwa dia yang dalam proses menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di utara tanah air mula menceburi perniagaan itu sejak dua bulan lalu. PhD dia kini dalam bidang sama (ekonomi) insya-Allah akan siap tidak lama lagi. Dia yang bercita-cita untuk menjadi pensyarah tetapi faham kesan pandemik yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia menyebabkan ekonomi mengalami kemelesetan. Hasrat untuk mencapai cita-cita itu ketika ini agak sukar kerana semua sektor telah pun terjejas termasuklah bidang pendidikan. Dia memulakan perniagaan kecil-kecilan ini dibantu adik, Noor Aqilah dimana kini semakin sambutan amat menggalakkan walaupun baru dua bulan berjinak dalam bidang ini (Sila lihat foto disebelah). Mereka kini berharap orang ramai yang terjejas dengan pandemik Covid-19 tidak putus asa terutamanya mereka yang sudah atau bakal bergelar graduan. Zaman sekarang ini kita tidak lagi boleh memilih pekerjaan biarpun setinggi mana tahap pendidikan yang diperolehi. Sebaliknya perlu memanfaatkan peluang yang ada termasuklah ledakan perniagaan e-dagang. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kini dia sudah mempunyai ejen yang terdiri daripada rakan-rakan yang turut memasarkan produk keluarannya yang dinamakan Hassan Hasil Laut Langkawi. Ejennya berada di Shah Alam, Kajang, Putrajaya, Cheras, Selayang dan Gombak dan sedang mencari ejen lain di sekitar Lembah Klang terutamanya di kawasan Puchong, Petaling Jaya dan Subang Jaya. Antara produk yang mendapat sambutan ramai seperti isi ikan kembung sejuk beku dan ikan kering talang padi. Dia sangat titik beratkan kebersihan dalam penghasilannya dimana belakan dihasilkan dari kilang di Ulu Melaka, Langkawi yang juga milik seorang muslim, bumiputera dan Islam. Proses nak hasilkan isi ikan kembung (sejuk beku) kita akan siang, buang perut, sebelum dibasuh. Ikan kemudiannya dimesinkan untuk diasingkan tulang dan isi. Ini demi memastikan kebersihan dan kualiti isi ikan itu terjamin. Semuga artikel ini memberi info berguna dan kesedaran kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
IKAN MASIN... IKAN KERING SAMA...
IKAN KURAU... MAHAL HARGANYA...
AKIBAT PKP... PELBAGAI CERITANYA...
DIJADIKAN PANDUAN... BAGI SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...