Support My Blog

Monday, August 3, 2020

GUARANA ALTERNATIF SAWIT DAN GETAH

Guarana (Paullinia cupana) adalah pokok herba dari keluarga Sapindaceae yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil yang mana bijinya boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh, dan mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi. banyak percubaan untuk menanam tanaman guarana ini semenjak tahun 2015 lagi apabila pihak RISDA mencuba menjadikan tanaman ini sebagaii tanaman yang mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah d Malaysia akibat harga getah semasa yang sangat rendah semenjak beberapa tahun ini. Bukan sahaja harga getah yang rendah untuk jangka waktu yang lama, malahan harga komoditi kelapa sawit juga telah jatuh merudum untuk satu jangkamasa yang sangat lama. Ini telah menjadikan pekebun kecil getah dan kelapa sawit menjadi bingung dengan senario harga komoditi yang mereka terima dimana menyebabkan pendapatan harian mereka tidak mencukupi untuk tujuan perbelanjaan harian asas. Diatas dasar tersebut beberapa pihak pihak yang berkuasa terutamanya menteri terlibat telah mencadangkan beberapa projek untuk menambah pendapatan pekebun kecil getah dan kelapa sawit walau pun kajian secara terperinci akan cadangan tersebut belum lagi muktamad. Antara projek yang pernah dicadangkan seperti menanam pokok guarana, menanam pokok sacha inchi, menanam buluh (Kini menjadi bahan lawak beberapa pihak tertentu), menanam cedawan volvariella, menternak kelulut, menternak ayam dan kambing, menternak ikan dan aktivti pemprosesan makanan (IAT). Tanaman guarana masih belum mendapat kelulusan pihak kerajaan iaitu Jabatan Pertanian kerana benih yang dibawa masuk daripada Brazil didakwa mampu mengugat industri getah kerana Penyakit South American Leaf Blight (SALB) yang dinyatakan adalah merbahaya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1957. Kisah ini panas dan sejuk sehingga pada bulan Mei 2020 lepas penulis blog dapat info dalam facebook dimana beberapa kawasan penanaman guarana di Pulau Pinang di lihat menghasilkan buah. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" mengupas laporan Berita Harian yang menegaskan bagi melancarkan penanaman guarana secara serius di Malaysia dan laporan facebook terkini untuk bahan rujukkan anda semua.

Baru-baru ini dalam akhbar Berita Harian dengan artikel yang bertajuk 'Guarana berpotensi besar alternatif sawit, getah' telah di keluarkan sebagai satu usaha pihak MIER. Berita menyatakan dimana Malaysia berpotensi menjadi pengeluar tunggal produk guarana di Asia Tenggara jika ia dibangunkan sebagai tanaman alternatif bagi komoditi getah dan sawit.  Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Kamal Salih berkata (Penulis blog berjumpa beliau di Seminar Alumni UPM Febuari tahun 2020 dan bentang perkara sama) dimana kajian pihaknya juga mendapati guarana mampu menyumbang kepada ekonomi sebanyak lima peratus atau RM84 bilion daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara yang berjumlah RM1.34 trilion (Sila lihat foto disebelah). Dakwa beliau anggaran itu berdasarkan kepada perancangan MIER dan rakan kerjasamanya untuk membangunkan 700,000 ekar tanaman guarana di seluruh negara. Lantaran itu MIER akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan dan ia dijangka dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat. Ini kerana guarana mampu dalam memberikan pendapatan yang tinggi terutamanya kepada pekebun kecil berbanding tanaman komoditi lain ketika ini di Malaysia.

Minyak sawit menyumbang sekitar 2.8 peratus atau RM38 bilion kepada KDNK akan tetapi didakwa tanaman guarana mampu menyumbang lebih dan ini adalah peluang besar kepada pembangunan ekonomi negara. Beliau berkata demikian selepas pelancaran Projek Guarana Nasional di Kuala lumpur pada 20 Jun 2020 baru-baru ini. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Undang Luak Johol, Datuk Muhamad Abdullah. Tanaman Guarana adalah sejenis tanaman serba boleh dan mapan untuk Malaysia. Dakwanya lagi guarana bukan tanaman bermusim tetapi merupakan jenis tanaman sepanjang tahun dan pihaknya percaya yang tanaman ini boleh membantu menyokong sektor pertanian  dan sektor perladangan. Sebelum ini dilaporkan guarana mampu menjana pendapatan kerana nilai yang tinggi mencecah AS$1,600 (RM6,700) sekilo bagi ekstrak 100 peratus.  Guarana adalah pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil yang mana bijinya boleh dijadikan ubat perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh, dan mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi. Ia boleh digunakan sebagai pemanis atau minuman ringan berkarbonat dan minuman tenaga, dalam ramuan herba, rempah ratus ataupun dalam kapsul-kapsul. Secara amnya, Amerika Selatan memperoleh kebanyakan kafein daripada guarana.

Tan Sri Dr. Kamal Salih mendakwa lagi dimana apa yang paling penting adalah ia berupaya meningkatkan taraf pendapatan golongan B40 dimana ia sekali gus akan mengubah ekonomi negara. Ini didakwa merupakan satu bentuk pelaburan swasta sepenuhnya tetapi kami mahu kerajaan menyokong inisiatif ini. Ia perlu dilihat dari sudut pandang yang besar dan jangka masa panjang. Dakwanya ini antara projek berimpak tinggi dari MIER. Begitulah laporan akhbar BH mengenai kempen penanaman guarana yang dicadangkan oleh MIER di Kuala Lumpur. Penulis blog kemudian mencari maklumat lanjutan iaitu bagaimana status penanaman guarana yang di pantau oleh Jabatan Pertanian semenjak tahu 2017 lagi di Pulau Pinang. Bertuah kerana menjumpai facebook milik kepada Isz Lorenz dikongsi bersama Mohd Azmi dan Andrew Ling yang dibuat posting pada June 11, 2020 jam 8:44 PM. Antara tulisan didalamnya adalah mengenai lawatan pengusaha guarana ke Ladang Berapit, Pulau PinangDibawakan khas oleh Cupana Trading. Guarana adalah Tanaman Tunai Nasional Ketiga yang mana syarikat mendakwa tanaman ini akan dibawakan kepada semua rakyat Malaysia. Disertakan juga beberapa keping foto menunjukkan bagaimana mereka melihat buah guarana yang hampir masak (Sila liht foto disebelah dan dibawah). Apa pun dari pemerhatian penulis blog perlu ada banyak lagi teknologi amalan agronomi yang perlu ditambahbaik mengenai tumbuhan di sini berdasarkan foto dipaparkan. Antaranya adalah bentuk pokok yang mana sebaiknya dahannya adalah lebih banyak dan melempai untuk mendapatkan buah lebih banyak dimana ianya juga memerlukan kaedah cantasan yang tepat. Pengaruh dari pembajaan dan air juga mungkin akan membolehkan tahap pengeluaran bunga dan buah yang lebih baik dan banyak. Memang sehingga kini belum ada pakej teknologi tanaman guarana dibuat oleh pihak berkuasa seperti dari Jabatan Pertanian, MARDI dan pihak universiti. Diharap apabila cadanagn MIER ini hendak dilaksanakan teknologi amalan agronomi tanaman guarana ini mesti dilengkapkan dahulu. Tidak guna tergesa-gesa terus menanam guarana dengan harapan untuk hasilkan bilion-bilion ringgit sedangkan kesannya tanaman getah sedia ada menghadapi masaalah SALB jika tidak dikawal dengan baik. Semuga artikel ini akan memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TANAMAN BARU... NAMANYA GUARANA...
DAHULU DILARANG...SALB PUNCANYA...
MIER MENDAKWA... BERBILLION NILAINYA...
PERLU DI TELITI... AKAN ANCAMANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Ptrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syawal 1441H).
Selamat Hari Raya Aidilfitri kee 28......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...