Support My Blog

Friday, August 21, 2020

ARTIKEL KE 6,000 !!!...

ARTIKEL YANG KE 6,000 telah dapat di tulis pada hari baik dan bulan baik iaitu pada 1 Muharam 1442 Hijrah bersamaan dengan 20 Ogos 2020!. Alhamdullilah akhirnya saya berjaya meneruskan penulisan banyak rencana didalam blog "Anim Agro Technology'' yang ke 6,000 ini dengan perasaan amat gembiranya dan bersyukur kepada Allah SWT. Ini merupakan satu pencapaian bagi diri saya yang telah menulis blog iaitu mengenai teknologi pertanian selama hampir 12 tahun dengan membuat posting setiap hari paling kurang satu artikel. Sehingga kini seramai 24,379,535 orang telah buat view secara langsung (sebenarnya jumlah view telah pun mencapai sehingga 25.3 juta pada Jun 2020 akan tetapi kemudiannya hilang rekod 2 juta lebih tidak tahu kenapa iaitu pada awal Julai 2020). Capaian pembaca paling banyak dari bulan Mac - Mei 2020 dimana masa itu adalah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) dengan jumlah capaian melebihi 536,000 orang sebulan untuk selama 3 bulan hampir 1.5 juta membuat capaian. Pada masa kini (20 Ogos 2020) capaian pembaca seramai purata 15,000 sehari dimana 75% adalah daripada Malaysia. Sebenarnya saya dapati daripada beberapa maklumbalas daripada pembaca memang banyak goolongan yang membua capaian kepada blog Anim Agro Technology ini daripada Mahasiswa, Murid Sekolah, Pensyarah Universiti/ Institusi , Guru, Penyelidik, PTD, Agen-agen Pengembangan Pertannian, Ahli-ahli Perniagaan, Ahli Koporat, Penghobi Pertanian, Pekedai, Petani, Usahawan, Pemuda, Penduduk Kampung dan sebagainya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pencapaian penulisan artikel ke 6,000 didalam blog ini untuk dikongsi bersama pembaca semua.


Mengenai tajuk artikel yang paling banyak dibaca sejak mula blog ini di tulis adlah berjudul 'Kelapa - Menanam Matag dan Pandan' yang diposting pada 28 Januari 2015 dimana telah dibaca seramai 72,292 orang (Sila lihat foto diatas). Kedua adalah artikel bertajuk 'Cili Padi - Senang Tanamnya' yang diposting pada 9 Januari 2014 dengan seramai 39,835 orang pembaca. Senarai ketiga pula adalah artikel bertajuk 'Durian Musang King - 30 bulan berbuah' yang ditulis pada 5 September 2016 dengan seramai 34,815 orang pembaca. Dari segi jumlah pembaca didapati Malaysia masih mendominasi membuat capaian kepada blog ini dengan sejumlah 21.5 juta (88.1%) diikuti dengan pembaca dari USA seramai 1.3 juta (5.4%) dan ketiga adalah daripada Indonesia seramai 0.74 juta. Berikutnya adalah mereka dari Singapura, Brunei DS, India, Russia, Spain, Ukraine dan Germany. Bagaimana pun rekod Malaysia teratas ini berterusan kerana ia ditulis dalam Bahasa Malaysia.


Saja-saja tengok didalam website mengenai blog ini dimana menuurut Alexa Ranking ianya berkedudukan ranking pada 296,613 dalam dunia ikut kenyataan tersebut. Berikut adalah beberapa info mengenai perkara tersebut dipetik dari lamanweb www.alexa.com. Dinyatakan iaitu dalam 'Accurate Animhosnan.blogspot.my performance statistics for beginners and professionals alike: Website meta caption: Anim Agro Technology. Discard website report Update the curret website analysis. for animhosnan.blogspot.my Alexa ranking is, at this time, at 295,613. We also want to add that according to the Alexa Global position for the blog by the name animhosnan.blogspot.my has changed by -52 141 over the past 3 months. We are missing the registration date for this domain. The homepage contains 18 off-bound links'. Semeuga sempena tahun baru Awal Muharam 14442H ini akan membolehkan saya diberikan kesihatan, kecekapan, ilham penulisan dan mampu untuk menghasilkan lebih banyak artikel bagi blog Anim Agro Technology. Semuga tahun 1442 Hijrah akan mendidik dan menjadikan kita insan lebih baik dari tahun2 sebelumnya .. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin...

MENULIS ARTIKEL... TIDAK KIRA MASA...
SUBUH, SIANG.... MALAN HARI BERJAGA...
TEKNOLOGI PERTANIAN.. PELBAGAI JUA...
DOA DIPOHON... KEBAJIKAN SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(! Muhharam 1442 Hijrah).
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1442!..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...