Support My Blog

Thursday, August 6, 2020

BUAH BELULUK DAN KHASIATNYA

BUAH BELULUK (Arenga pinnata) atau pun sering juga disebut sebagai Buah Kabung merupakan sejenis buah nadir yang sangat popular di makan terutama pada bulan Ramadan dan Syawal di Malaysia. Pokok ini juga dipanggil sebagai Sugar Palm, Arenga Palm, Areng palm, Black-fiber palm, Gomuti Palm, Pokok Aren, Pokok Enau, Irok dan Pokok Kaong (Sila lihat pokok dan buah beluluk diatas). Penulis blog mengenali pokok belulok atau pokok kabong dimana ia juga amat ditakuti kerana menghasilkan cecair yang gatal apabila terkena pada kulit kita. Pokok belulok tidak ditanam sebaliknya ia tumbuh liar didalam hutan atau belukar atau sekitar kawasan perkampungan. Pokok ini sebenarnya daripada keluarga Arecaceae (Dulu ia dipanggil keluarga Palmae) ini boleh menghasilkan air nira (Cecair Manisan) seperti juga tumbuhan yang sama dalam keluarga ini seperto pokok Nipah, Kelapa dan sebagainya. Lazimnya tumbuhan ini tumbuh liar semulajadii dikawasan yang agak lembab dan ianya berumpun. Dalam membuat beberapa tinjauan dan rujukkan, penulis blog mendapati Pokok Kabung adalah satu spesis tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara dimana ia juga telah ada di Australia Utara dan juga India Timur. Selain air nira, pokok beluluk ini atau kabong akan menghasilkan buah beluluk yang diproses untuk dijadikan isi buah yang sangat popular untuk dijadikan ramuan dalam minuman. Dalam satu tinjauan yang dilakukan di Perak dimana penulis blog mendapati purata panjang tandan buah beluluk sekitar 1.5 meter dan mempunyai buah yang berangkaian. Buah beluluk ini memerlukan masa selama 15 jam dari proses bahan mentah sehingga sira gula dimana lazimnya memerlukan 3 kali rebus serta dimasuk sira gula. Buah belukuk atau kabung ini mempunyai isi putih didalamnya bagi setiap biji. Apa yang penulis blog tinjau lazimnya harga isi buah kabung belum sira gula sekitar RM10.00 sekilogram atau sekitar RM2 sebekas isi buah kabung disira. Artikel pada subuh Isnin ini saya terus menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai khasiat buah beluluk untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Buah Beluluk atau Buah Kabung ini merupakan buah nadir yang popular dalam masa tertentu sahaja. Paling tidak pun ramai kalangan masyarakat tempatan akan mendapatinya didalam minuman Air Batu Campur (ABC) atau Cendol Buah Beluluk (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog memang suka dengan minuman ini yang selalunya ada dijual di kompleks pasaraya, restoren dan gerai biasa. Buan ini yang semakin sukar didapati merupakan datangnya daripada pokok yang menyebabkan 'keracunan' atau  'gatal' yang amat sangat jika tidak di kendalikan dengan baik. Ia adalah dari pokok beluluk atau pokok kabung atau pokok enau dimana tumbuh meliar dikawasan lembab dipinggir hutan dan perkampungan. Tanaman aren (Arenga pinnata) kini juga meupakan tumbuhan yang dilindungi oleh undang-undang dibeberapa negara. Tumbuhan ini juga dengan berbagai nama seperti nau, hanau, peluluk, biluluk, kabung, juk atau ijuk (aneka nama lokal di Sumatra dan di Malaysia; kawung, taren (Sunda); akol, akel, akere, inru, indu (bahasa-bahasa di Sulawesi); moka, moke, tuwa, tuwak (di Nusa Tenggara) dan lain-lain nama tempatan. Ia mampu menghasilkan pelbagai produk lain seperti produk gula kabung dan juga nira serta ditapaikan menjadi minuman khusus. Buah beluluk ini (disebut juga kolang kaling) dapat dibuat manisan yang lazat atau campuran pengat. Dalam pada itu juga ada yang menjadikan tumbuhan menjadi penyapu lidi, tali untuk mengikat kerbau, alas kaki, atap dan dan juga sebagai atap rumah.

Dalam bidang perubatan tardisional pula pokok beluluk atau enau juga ternyata memiliki khasiat untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ia didakwa mampu mengatasi masaalah Demam dimana dengan mengambil 1 gelas air hangat dan sepotong gula kabung (beluluk) dimana kemudian kedua-dua bahan dicampur dan dikacau rata. Amalkan meminumnya sehingga demam menjadi sembuh. Kedua khasiatnya didakwa mengatasi masaalah Sakit Perut dengan mengambil segelas air hangat dan kemudian ambil sepotong gula kabung dan asam yang telah masak secukupnya. Campurkan smeua bahan tersebut sehingga sebati dan kemudian ditapis untuk diambil airnya. Minum selalu sehingga masaalah sakit perut menghilang. Bagi mereka yang ada masaalah Buang Air Besar boleh amalkan dengan mengambil segelas air hangat dan 1 potong gula kabung. Seterusnya dikacau sehingga sebatu dan boleg terus diminum dan masaalah tersebut selasai. Apa pun dilaporkan dimana gula yang dibuat dari nira beluluk atau enau ini belum diketahui secara pasti kandungan kimia yang ada di dalammnya kerana belum ada laporan klinikal dan makmal akan kehebatannya. Bagaimana pun dikalangan masyarakat tempatan mereka sudah mengamalkan meminum dan mengetahui akan khasiat dari pengalaman lama secara perubatan tradisional dimana gula kabong ini telah menjadi pilihan mereka. 

Dalam blog pakdin.my saya merujuk kepada artikel menarik bertajuk ''Nikmat 'Air Jando Pulang' Di Kuala Pilah'' yang unik dan berkait dengan buah beluluk. Ditulis dimana nama “jando” atau janda pada minuman ini menimbulkan seribu persoalan terutama bagi mereka yang tidak pernah mendengar dan mengetahuinya. Ia kini semakin popular di sekitar Kuala Pilah dengan gelaran “Air Jando Pulang” yang telah menjadi tarikan ramai termasuk dari luar untuk merasai kenikmatan bagi menghilang dahaga. Sepanjang jalan dari Ulu Bendul menuju ke Kuala Pilah dilihat beberapa promosi mengenainya di papan-papan tanda memanggil-manggil orang ramai yang lalu di situ untuk mencubanya. Apakah pemilihan nama janda pulang itu turut menjadi persoalan sama ada benarkah ramai golongan janda di Negeri Sembilan?. Di tempat lain di Negeri Sembilan, ia popular menjadi minuman kegemaran pada musim bulan puasa dan perayaan anjuran kerajaan negeri. Itu pun jika pihak yang berkenaan faham apa yang dikatakan Air Jando Pulang. Didaakwa penjual Air Jando Pulang tanpa juga memahami sejarah dan kebaikan meminum air berkenaan menjadikan air ini sama seperti air lain dan tiada keunikannya. Namun apa istimewanya hingga air ini diangkat menjadi minuman tradisi NS. Kajian mendalam harus dilakukan pada air itu terutama dari segi sejarah dan kebaikannya untuk kesihatan. Berkemungkinan ia akan menjadi tarikan untuk diminum oleh orang ramai dan ia akan menjadi air sekadar untuk orang mencubanya kerana ingin tahu kenapa ada kaitan dengan Jando dan kemudian Pulang.

Penulis blog yang sering melalui jalan ini dari Putrajaya ke Rompin memang ada melihat banner menarik tersebut. Dilaporkan ada dua (2) dua versi dalam membuat Air Jando Pulang. Versi pertama terasnya adalah air kelapa dan sirap manakala versi kedua terasnya ialah air kelapa dan gula beluluk atau gula kabung atau gula enau. Kebanyakan Air Jando Pulang yang ada dijual sekarang ditiru sahaja dan tidak tahu rahsia di sebaliknya apatah lagi sejarah dan khasiatnya. Lazimnya jika dilihat pada bahagian bawah ada sebiji kelapa muda ditebuk besar dan dikeruk isinya menggunakan sudu dan dipindahkan ke bekas yang lain. Airnya dipindah dan dicampur nira beluluk atau nira enau yang cair mengikut secukup rasa. Seterusnya ia dikacau hingga sebati. Air yang sudah dikacau sebati itu dimasukkan semula ke dalam kelapa yang asal serta dimasukkan buah beluluk yang dalam bentuk halwa ataupun yang sudah diproses. Setelah dikacau kembali di dalam kelapa tadi hingga sebati barulah dinikmati seenaknya. Didakwa proses 'keluar masuk' tadi adalah diibaratkan perpisahan suami isteri dan isteri menjadi janda. Oleh kerana air kelapa hasil air tangan bekas isteri tadi begitu sedap hingga menyebabkan beliau dirujuk semula atau perbuatan bersatu, berpisah dan bersatu semula. Buah beluluk yang sudah diproses atau dijadikan halwa dan dimasukkan dalam Air Jando Pulang berperanan sebagai pengimbang rasa bagi mengelakkan terlalu manis atau loya.

Biasanya minuman ini tidak perlu ditambah gula kerana air kelapa sudah manis begitu juga dengan nira enau dan buah belulukTiga bahan manis yang berlainan ini akan membuatkan rasanya lazat, menarik dan sedap dan di sinilah letaknya keenakan Jando Pulang. Air Jando Pulang versi kedua yang lebih moden ialah campuran sirap dan air kelapa muda. Lazimnya sirap yang digunakan mestilah sirap yang dibuat sendiri dan dicampurkan dengan daun pandan barulah ia akan terasa wangi apabila menikmatinya. Bagimanapun versi ini tidak dijamin khasiatnya kerana sudah dicampur gula halus dalam sirap. Ada juga yang mahu teras lebih sedap akan dicampurkan dengan susu cair sedikit. Versi ini agak mudah untuk menyiapkan kerana bahan-bahan senang didapati dan biasanya menjadi minuman pada bulan puasa,” katanya dan menambah bahawa lebih menarik apabila kedua-dua versi minuman itu diletakkan ketulan ais. Apa pun sebenarnya bagi sesetengah orang yang pertama kali mencuba minuman ini mengadu sakit tekak, rasa loya, pening kepala dan rasanya terlalu manis, mungkin kerana penggunaan gula enau. Kini berikutan sambutan yang begitu baik daripada penduduk tempatan, penulis blog pernah juga mencuba sendiri minuman ini di sebuah restoran yang ada menyediakannya sebagai antara menu minuman. Pemilik restoran berkenaan dikenali sebagai Zul dakwa restorannya sedang berusaha untuk mempromosi minuman berkenaan kepada pengunjung tempatan dan luar. Ada dakwaan dimana menurut pendapat dan amalan orang tua-tua, apabila tiga jenis bahan yang asli iaitu air kepala, nira enau dan buah beluluk disatukan menjadi Air Jando Pulang maka ia boleh mengubati pelbagai jenis penyakit terutama kencing manis, sakit dalam perut dan kencing tidak lawas. Air Jando Pulang ini boleh didapati dalam gelas kaca atau plastik dengan harga berpatutan (Sila lihat foto disebelah). .Ikon dan keaslian produk ini perlu dikekalkan agar Air Jando Pulang adalah asli dari Negeri Sembilan dan tidak diceduk dan disesuaikan dari tempat lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologgy kali ini. Wasallam!!!...
BUAH BELULUK... KHASIATNYA ADA...
DEMAM, SAKIT PERUT... DIRAWATNYA...
AIR JANDO PULANG... APA BENDANYA...
DI NEGERI SEMBILAN... KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(25 Ramadan 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...