mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, April 6, 2020

HEBATNYA BUAH DAN BIJI BETIK (Part 1)

BUAH DAN BIJI BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis buah yang popular dan komersil serta berkhasiat dimakan oleh manusia semenjah dahulu. Saya telah banyak menulis artikel mengenai betik didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Sebenarnya buah betik mempunyai kelebihan dari segi perubatan sejak zaman kuno lagi dimana ia bukan sahaja merupakan antara buah yang mudah untuk ianya dihadamkan akan tetapi ia juga membantu dalam proses pencernaan. Buah betik masak juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, untuk wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka. Agak teruja juga bila dapat tahu buah betik juga mempunyai banyak manfaatnya yang tersendri lebih-lebih lagi ia membantu dalam menurunkan berat badan. Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Di Malaysia terdapat seluas 3,267 hektar tanaman betik dengan penghasilan sebanyak 88,840 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statostik Tanaman, Jabatan Pertaanian Malaysia 2018). Antara negeri yang luas menanam betik adalah Negeri Johor (1,498 hektar dengan hasil 48,277 metrik tan) diikuti dengan Negeri Pahang (522 hektar berhasil 13,468 metrik tan) dan Negeri Perak (277 hektar) pada tahun 2018. Berkemungkinan memang tidak ramai kalangan orangramai yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang ternyata mempunyai pelbagai manfaat. Artikel tengahari ini semasa patuhi Perintah Larangan Pergerakan (PKP) diirumah akibat Covid-19 saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai hebatnya buah dan biji betik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Buah betik yang selalunya dimakan segar memang enak dan memberikan khasiat yang baik. Salah-satunya adalah dapat membantu menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di dalam usus dan hati kita. Penulis blog telah banyak membuat tinjauan kekebun tanaman betik diseluruh negara dimana mendapat ivarieti Betik Sekaki antara yang paling popular ditanam (Sila lihat foto disebelah). Betik Sekaki memberikan buah yang besar, isi yang manis, warna yang menarik dan hasil yang banyak untuk pasaran domestik dan eksport.  Selain itu betik Eksotika dan Betik Subang juga ada ditanam dibeberapa lokasi untuk pasaran domestik. Berbalik kepada beberapa laporan kajian mengenai buah betik, didakwa dimana racun boleh terkumpul sehingga seberat 8 kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik mampu melindungi buah pinggang dari racun yang menjadi masalah buah pinggang gagal berfungsi. Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam sistem pencernaan. Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik uyang disediakan dan secara signifikan dapat menurunkan kadar Kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah). Bahan iini juga dapat meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan Alkaloid, Flavonoid, Tanin, Saponin anthraquinones dan Anthocyanosides. Didakwa biji betik juga mengandungi zat anti-kolesterol yang hebat di samping mempunyai kesan hipolipidemia dan bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah. Kesan hipolipidemia ini sangat berguna sebagai terapi alternatif hiperlipidemia yang hadir dalam lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.

Kajian juga menunjukkan juga dimana Saponin yang ada dalam biji betik bermanfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti aksi resin iaitu dengan mengurangkan peredaran enterohepatik asid hempedu. Melalui perencatan reaksi oksidasi kolesterol LDL ini maka dapat menurunkan kadar kolesterol darah. Ada dilaporkan dimana kandungan fitokimia mempunyai peranan aktif bagi pencegahan penyakit. Sementara flavonoid juga merupakan antioksidan yang dapat menangkap radikal bebas. Dalam laporan lain di katakan dimana terdapat sebanyak 23 khasiat dan kelebihan buah betik yang menjadikannya ia adalah buah yang hebat. Pertama ia didakwa mampu mengubati sembelit dan buasir kerana jika anda mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman. Selain itu buah betik mampu mencegah batu karang dimana sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

Khasiat ke 3 dimana buah betik sesuai dijadikan sebagai tonik tambahan kerana dengan memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit. Ke 4 khasiatnya adalah ia mampu mengubati sakit-sakit otot.  Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu. Khasiat ke 5 adalah didakwa ia mampu untuk merawat masalah kulit. Kepada mereka yang ingin merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. Seterusnya yang ke 6 adalah dimana betik mampu mengubati tumit pecah-pecah. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah. Juga yang ke 7 dimana daun betik sesuai dimakan sebagai  Ulam-ulamanDaun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu. Artikel ini mempunyai dua bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 dimana anda boleh membacanya. Semuga anda mendapat info berguna apabila membaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BETIK... SENANG TANAMNYA...
BUAH BETIK... BANYAK KHASIANYA...
BIJI BETIK... AJAIB KEGUNAANNYA...
BUAH TEMPATAN... MAKAN SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 Syaaban 1441H).
DUDUK RUMAH... Elakkan dari pandemik Covid-19!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...