Support My Blog

Thursday, October 20, 2022

AGRO SAWIT - TINGKATKAN EKONOMI

INDUSTRI KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) mampu dikembangkan lagi pada masa tilusan artikel inii dimana harga sawit sangat rendah. Industri ini pada awal tahun 2016 ini banyak diperkatakan orang ramai kerana beberapa isu. Tanaman yang paling luas ditanam di Malaysia ini menjadi sumber penting dalam ekonomi negara semenjak lama dulu dalam bidang pertanian dengan nilai pengeluaran berbillion ringgit. Apabila harga minyak petrolium turun pada paras sangat rendah ia dilaporkan telah pun menjejaskan kepada pendapatan negara dengan ketara. Dikatakan setiap USD 1 satu tong harga minyak mentah turun akan menyebabkan kekurangan hasil negara sebanyak RM300 juta. Kalau dahulu harga minyak mentak berlegar sekitar USD48 satu tong dan kini hanya USD28 satu tong (penurunan USD20) satu tong cuba kira berapa kehilangan pendapatan dalam sebulan. Negara Malaysia bernasib baik kerana masih mampu mengeluarkan 'minyak' daripada pokok kelapa sawit yang menjadi alternatif kepada masaalah kelembapan ekonomi dunia masa ini. Bagaimana pun stok simpanan minyak sawit di Malaysia berkemungkinan akan mencapai paras terendah sejak Julai tahun 2015 lalu berikutan isu fenomena El Nino yang menjejaskan pengeluaran negara kedua terbesar tanaman sawit di dunia ini. Kesan teruk daripada cuaca kering akibat fenomena El Nino menjejaskan pengeluaran minyak sawit negara kerana kelapa sawit adalah tumbuhan daripada keluarga Arecaceae yang perlukan banyak air. Kesan jerebu hampir 4 bulan yang disumbangkan oleh negera Indonesia juga menyebabkan hasil kelapa sawit kurang. Ia berpunca daripada kurangnya proses fotosintesis (matahari tidak tembus kepada daun), Kurang turun hujan (pokok kering) dan kurang berlaku proses pendebungaan (Kumbang pendebunga halus iaitu jenis Elaeidobius kamerunicus tidak dapat terbang bagi menjalankan aktiviti pendebungaan). Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh agensi Bloomberg yang melibatkan penanam sawit, peniaga dan penganalisis dilaporkan stok simpanan kelapa sawit negara telah pun jatuh 11 peratus kepada 2.33 juta tan metrik pada Januari 2016 lalu iaitu berbanding bulan yang sebelumnya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Agro Sawit yag mampu untuk terus meningkatkan ekonomi negara dan dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Pengeluaran kelapa sawit dilaporkan telah jatuh 15 peratus kepada 1.19 juta tan metrik, yang terendah sejak Februari lalu manakala eksport pula kira-kira sembilan peratus (9%) lebih rendah pada hanya 1.35 juta tan metrik. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang akan mengeluarkan data terbaharu pada 10 Februari 2016 ini menyifatkan, penurunan itu terendah dalam tempoh setahun. Dalam masa sama didapati bekalan yang rendah boleh menyokong kenaikan harga pada masa depan dengan mengambil kira permintaan yang lemah daripada pembeli utama se­perti China. Menurut peniaga di Oriental Pacific Futures Sdn. Bhd., Encik Marcello Cultrera, pasaran tidak melihat kepada permintaan China yang rendah sebagai penyebab penutup harga hadapan minyak sawit memandangkan antara bulan ini dan Mac, harga minyak sawit mentah (MSM) boleh mencecah antara RM2,600 - RM2,700 setan. Semalam, niaga hadapan di Kuala Lumpur jatuh 0.6 peratus kepada RM2,531 setan selepas berlaku dan menunjukkan peningkatan sebelum itu pada RM2,551 iaitu nilai yang tertinggi sejak Mei 2014. Harga itu meningkat 1.9 peratus tahun ini selepas menokok lebih 10 peratus tahun lalu. Menurut pengarah Bersekutu CIMB Futures Sdn. Bhd., Hiro Chai pada Selasa lalu berkata, pengeluaran dijangka rendah pada bulan ini berikutan kesan kemarau dan tempoh menuai yang pendek. Negeri tanaman utama sawit di Malaysia iaitu Sabah akan mengalami purata hujan yang rendah dan cuaca kering berterusan sehingga bulan Mac 2016. Kesan sampingan cuaca kering pada tahun lalu juga telah menyebabkan pe­ngurangan hasil di beberapa bahagian di Malaysia dan Indonesia sejak Disember lalu hingga pada Januari ini. Penyelidik yang berpangkalan di Hamburg, Jerman telah menganggarkan pengeluaran Minyak Sawit mentah (MSM) global pula hanya akan meningkat 400,000 tan metrik tahun ini berbanding purata lima tahun lalu iaitu sebanyak 3.2 juta tan metrik.

Dalam pada itu industri kelapa sawit masih jadi penyumbang pendapatan negara yang tidak boleh dinafikan. Bermula hanya sebagai tanaman hiasan di pinggiran jala, akhirnya menjadi eksport penting negara. Penulis blog merujuk kepada artikel oleh Prof. Madya Dr Norlida daripda UKM yang beraya menyingkap sejarah kelapa sawit, taman ini berasal dari Afrika pada 1848 ke Taman Botani Bogor di Indonesia. Pada 1917 buat pertama kalinya dibawa ke Malaysia (Tanah Melayu) oleh penjajah dan ditempatkan di Ladang Tenmaran di Kuala Selangor. Bermula dari situ, perkebunan kelapa sawit semakin giat diusahakan sehingga melonjakkan Malaysia sebagai pengeluar utama minyak kelapa sawit dunia. Kedudukan ini sedikit terancam bila mana Indonesia mula merebut takhta sebagai pengeluar utama minyak kelapa sawit beberapa tahun kebelakangan ini. Kemajuan dalam industri sawit ini sebenarnya telah memberi nafas baharu kepada sejumlah besar penduduk Malaysia yang miskin khususnya pada zaman selepas kemerdekaan. Nasib penduduk miskin terbela melalui perkembangan industri minyak sawit yang dipelopori oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sejak 1960-an. Perkembangan terus dipesatkan dengan peranan Jabatan Pertanian sehingga ujudnya Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 1969, Institut Penyelidikan Mi­nyak Sawit Malaysia (PORIM) pada 1979 dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 2000. Namun aktiviti dan usaha membasmi kemiskinan mahupun me­ningkatkan pendapatan negara industri sawit tidak harus terhenti di sini sahaja. Pelbagai aktiviti sampingan yang dapat merangsang peningkatan pendapatan harus diusahakan.

Terkini ada disebut 'Pelancongan Agro Sawit' yang dilihat  antara aktiviti yang signifikan dimana ia boleh dibangunkan dan boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu dari Aspek Peneroka dimana aktiviti pembangunan pelancongan sawit ini berupaya membuka peluang kepada peneroka untuk memperoleh pendapatan sampingan (Sila lihat foto disebelah). Dalam Aspek Negara  pula ia dapat mempelbagaikan lagi produk pelancongan yang mempunyai pelbagai daya tarian. Sementara it bagii gulongan Generasi Muda ia berlaku melalui beberapa aktiviti pelancong harian dan sebagainya dimana lazimnya golongan muda khususnya anak-anak sekolah dapat mempelajari bagaimana proses penanaman, tuaian (pungutan buah) dan pemprosesan kelapa sawit dilakukan. Perkara ini penulis blog fikir adalah sangat baik kerana memberi pendedahan untuk golongan muda berfikir tentang teknologi dan mencebur diri dalam industri berasaskan sawit ini. Dilaporkan iaitu sehingga kini, Malaysia mempunyai beberapa buah ladang sawit yang didakwa dikomersialkan sebagai destinasi pelancongan agro sawit. Antaranya, Ladang Sawit Sg. Klah dengan destinasi pelancongan Sg. Klah Hot Spring; Ladang Sawit Trolak dengan destinasi pelancongan Felda Trolak Residence, Ladang Sawit Tekam Plantation dengan Felda Residence Tekam dan Ladang Sawit Sungai Tengi dengan Felda Sungai Tengi Selatan Residence. Beberapa kawasan lain sama ada dalam kawasan Felda atau di luar kawasan Felda juga berpotensi dibangunkan.

Dalam pada itu perlu ada promosi yang mencukupi dari pihak tertentu untuk memperkenalkan pelancongan agro sawit ini diperingkat domestik dan antarabangsa. Kewujudan sistem perhubungan canggih melalui inenet kinii banyak digunakan usahawan agropelancongan ini seagai medium mudah untuk mempromosi. Bagaimana pun jika oleh pihak Kemeterian Pelancongan perlu menyediakan pakej-pakej menarik untuk mereka megikuti pelancongan agro sawit ini. Lazimyna destinasi pelancongan agro sawit ini semakin mendapat sambutan masyarakat setempat kerana keunikan masing-masing misalnya Sg. Klah Hot Spring dengan tarikan mata air panas yang di beberapa lokasi mencecah 100 darjah selsius, Felda Trolak Residence (perkebunan dan kolam pancing - pelancongan agro), Felda Residence Tekam (dusun buah-buahan tempatan dan mendaki ke Gua Senyum) dan Felda Sungai Tengi Selatan Residence dengan tarikan pembuatan labu sayung batik, tanaman sayur-sayuran dan pembuatan kuah tradisional. Kesemua aktiviti ini memberikan kesan dan pengalaman berbeza kepada pelancong. Apa yang perlu diketahui dimana dari penulisan artikel ini secara umumnya keseluruhan dimana penulis blog oercaya dimana jika usaha pembangunan industri pelancongan dilaksanakan dengan terancang akan dapat memberikan nilai impak ekonomi yang baik kepada Malaysia. Kerajaan dan para usahawan agro pelancongan sawit ini tidak seharusnya terhenti kepada produk sedia ada. Tetapi integrasi antara dua industri seperti industri pertanian (agro sawit) dan industri pelancongan harus digalakkan kerana ini dapat memperkukuhkan lagi jaringan dan kemajuan antara kedua-dua industri. Semuga arikel ini dapat memberikan info kepada pembaca blog anim agro untuk dijadika bahan rujukka dan bacaan teraik. Wasallam!!!....
KELAPA SAWIT... LUAS TANAMNYA...
HARGA JATUH.... RAMAI MERANA...
PELANCONGAN AGRO... DICUBA...
PELBAGAI AKTIVITI... KENA ADA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Purajaya,
WP Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(30 Julai 2109).
Cuti An Hari Pertabalan Agong ke 16.
Kemaskini pada 28 September 2022.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...