Support My Blog

Monday, October 24, 2022

RUMPAI LAUT - MEMBANGUNKAN ESTET

RUMPAI LAUT (Seaweed) adalah sejenis tumbuhan yang hidup dalam air masin dalam laut dikawasan yang mempunyai kesesuaian persekitaran semulajadi. Terdapat beratus-ratus spesis rumpailaut didalam laut dari yang jenis rumpailaut dari kawasan bersuhu sejuk atau panas, kawasan air cetek atau laut dalam dengan berbagai warna dan bentuk. Malaysia juga diantara negara yang mempunyai kawasan sesuai untuk jenis tumbuhan rumpai laut terutama dalam perairan laut di Sabah. Maklumat yang penulis blog perolehi menunjukkan negara Indonesia adalah pengeluar rumpai laut terbesar didunia dan ia kemudian diikuti dengan negara Filipina dan beberapa negara Asia lain. Kerajaan Malaysia dalam pembentangan Bajet 2009 (13 tahu lalu) di parlimen telah menyebut bahawa industri rumpailaut akan dimajukan dan ditingkatkan lagi dibawah Program Ekonomi Berimpak Tinggi. Bagaimana pun usaha ini dilaporkan diteruskan saban tahun sama ada melalui bajet persekutuan atau pun negeri mahu pun pihak swasta.  Apa pun Daerah Semporna memiliki keunikan dan khazanah alam yang tersendiri. Kedudukan Semporna yang strategik dan berada dalam kawasan segi tiga terumbu karang ini membolehkan rumpai laut tumbuh dengan subur dan menjadi faktor utama pemilihan Semporna sebagai salah satu daripada kawasan pengkulturan rumpai laut di Sabah. Sehubungan dengan itu banyak kajian sudah dilakukan untuk melihat bagaimana kawasan yang dikatakan sesuai sebagai kawasan pengkulturan rumpai laut ini mampu meningkatkan produktiviti rumpai laut dan seterusnya menjadikan ianya sebagai salah satu strategi yang dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan khususnya di daerah tersebut. Estet Mini Rumpai Laut dan Sistem Kluster merupakan salah satu daripada 16 Projek Permulaan (Entry Point Projek atau EPP) di bawah sektor pertanian yang telah dikenalpasti sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (National Key Economic Area) (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) atau singkatannya ETP. Kajian ini telah dilakukan di Pulau Selakan dan Pulau Bum Bum yang majoriti komunitinya adalah etnik Bajau dan telah menetap di kawasan ini sebelum ianya diwartakan oleh Taman- taman Sabah sebagai salah satu kawasan Taman Negara iaitu Taman Tun Sakaran yang berkeluasan 350 kaki persegi. Teknik pemerhatian dan temuramah telah dijalankan di kawasan kajian bagi mendapatkan data dan maklumat. Dapatan kajian mendapati bahawa Konsep Estet Mini dan Sistem Kluster yang cuba diaplikasikan memberi ruang dan peluang kepada komuniti nelayan untuk meningkatkan pendapatan mereka. Dalam artikel ini saya akan berkongsi maklumat mengenai teknologi pengurusan rumpai laut jenis Euchema cottoni yang saya dapat maklumat dari negara Indonesia, Filipina dan membuat beberapa rujukkan lain iaitu buku dan laman sesawang. Artikel tengahari ini sambil bercuti (semasa bertugas dahulu pada 2014) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai indsutri rumpai laut berdasarkan laporan akhbar tempatan untuk rujukkan.


Sejarah rumpai laut di Malaysia bermula sejak tahun 1978 lagi iaitu ada di Pulau Karindingan, Semporna Sabah. 
Ketika itu rumpai laut ditemui tumbuh secara semula jadi dan taburan rumpai laut tersebut telah ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Hawaii iaitu Profesor Maxwell S. Doty. Beliau telah membawa balik sampel rumpai laut ke makmal di Amerika Syarikat untuk tujuan identifikasi dan menamakannya sebagai Kappaphycus alvarezii. Nama tersebut adalah sempena nama seorang ahli biologi dari Filipina iaitu Vicente Alvarez. Selepas identifikasi tersebut, rumpai laut dari jenis Kappaphycus alvarezii diperkenalkan secara meluas di Sabah dan ia mula dikomersialkan pada tahun 1989. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan masa iaitu iaitu Datuk Ahamad Sabki Mahmood, industri rumpai laut telah dikenalpasti dapat memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. "Industri ini mempunyai nilai komersial berdasarkan kegunaannya sebagai bahan mentah bagi penghasilan produk berasaskan farmaseutikal, kosmeseutikal dan nutraseutikal. Didunia dimana negara Malaysia juga merupakan antara negara penyumbang kepada pengeluaran rumpai laut merah dari spesies Eucheuma dan Kappaphycus. Perkara demikian diwar-warkan semasa Majlis Pelancaran Pameran Rumpai Laut yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu di Sabah. Dilaporkan masa itu dimana antara kehebatan khasiat rumpai laut yang sememangnya telah diketahui umum adalah ia kaya dengan vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E serta memiliki berperanan penting dalam pelbagai industri lain seperti makanan, tekstil, cat, perubatan dan sebagainya. Pengeluaran rumpai pada 2104 hanya kira-kira 20,000 tan metrik bernilai RM60 juta dan jumlah ini semakin meningkat saban tahun. 
Perusahaan tersebut kini telah menjadi sumber pendapatan kepada lebih 1,000 nelayan yang mengusahakan hampir 7,000 hektar kawasan pengkulturan rumpai laut di sekitar perairan Pantai Timur Sabah. Daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu di Sabah merupakan kawasan yang amat sesuai untuk pengkulturan rumpai laut kerana kedudukannya di dalam kawasan Segitiga Batu Karang yang dikongsi antara Malaysia, Filipina dan Indonesia. 

Sabah juga merupakan antara negeri yang memiliki pesisir pantai yang luas jika hendakdibanding negeri-negeri lain yang berada di Malaysia iaitu seluas 47,000 kilometer. 
Jabatan Perikanan telah lakukan usaha mengenal pasti lebih daripada 80,000 hektar kawasan perairan pantai Sabah yang berpotensi untuk dimajukan dalam projek pengkulturan rumpai laut secara komersial. Kini dilaporkan industri pengkulturan rumpai laut telah sedia bagi dijadikan sebagai salah satu landskap pembangunan sosio-ekonomi di perairan pantai Semporna. Kementerian Pertanian sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri semakin yakin dalam menyambut tanggungjawab untuk menjayakan rumpai laut sebagai salah satu komoditi yang pernah ditimbulkan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).  Perusahaan rumpai laut oleh nelayan tempatan kini masih lagi dilakukan secara kaedah pengkulturan tradisional dan begitu juga dengan pengendalian hasilnya. Ia sekali gus mewujudkan keadaan pergantungan kepada tenaga buruh yang terlalu ramai dan kualiti hasil yang tidak terjamin. Pengeluaran rumpai laut dijangka meningkat daripada 20 ribu tan metrik pada tahun 2010 kepada 39 ribu tan metrik pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 10 peratus setahun.  Mini Estet adalah satu konsep pembangunan yang sedang digalakkan oleh kerajaan. Peningkatan tersebut akan tercapai melalui pertambahan kawasan termasuk pembukaan kawasan baru di Semenanjung Malaysia. Antara spesies yang akan dikembangkan adalah dari spesies Gracillaria khusus untuk kawasan pengkulturan di Semenanjung dan Sarawak. Bagi mencapai sasaran 39 ribu tan metrik pada tahun 2020 maka Jabatan Perikanan melalui Jabatan Perikanan Negeri Sabah telah merancang pembangunan yang tersusun melalui Zon Industri Rumpai Laut Negara. Ia akan dilengkapi infrastruktur asas dan lain-lain sistem sokongan industri dengan jumlah perbelanjaan awal sebanyak RM7.15 juta bagi memacu industri rumpai laut di Sabah. 

Jabatan Perikanan turut bekerjasama dengan beberapa institusi penyelidikan tempatan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), SIRIM Berhad dan institusi-institusi pengajian tinggi. 
Pada masa yang sama jabatan turut menubuhkan Jawatan Kuasa Teknikal Rumpai Laut sejak tahun 2008 lagi dimana ia bertujuan menjalankan usaha kajian dan pembangunan (R&D) rumpai laut dalam pelbagai komponen rantaian nilai industri. Aktiviti R&D bersama pihak Universiti Sains Malaysia (USM) yang memberi komitmen untuk mewujudkan teknologi pengkulturan bagi merangsang pengeluaran rumpai laut dari spesies Gracilaria. Kerjasama jabatan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pun membangunkan dua projek iaitu Projek Penghasilan Teknologi Pembenihan spesies Eucheuma dan Kappaphycus yang maia ia dilaporkan mempunyai kualiti tinggi. Satu lagi adalah Projek Pengkulturan Rumpai Laut Secara Mini Estet membabitkan kos keseluruhan projek sebanyak RM4.51 juta. Kedua-dua projek tersebut dijangka memberi manfaat kepada hampir 1,000 orang pengusaha rumpai laut. Turut terlibat adalah SIRIM Berhad dalam enam program sama yang melibatkan pembangunan teknologi pengkulturan, pengendalian hasil, pemprosesan, penjenamaan dan juga cara pembungkusan.  Kebanyakan hasil program ini akan diperhalusi sebelum ia dikembangkan kepada pihak industri agar lebih ekonomik.  Tanpa kerjasama daripada pihak yang terlibat maka aktiviti pembangunan industri rumpai laut negara pasti mungkin akan bergerak perlahan. Pembangunan industri rumpai laut kini dilaporkan berjaya memberi impak positif dari segi faktur dalam peningkatan taraf hidup rakyat serta ekonomi negara serta meningkatkan KDNK. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI BARU... RUMPAI LAUT ...
ADA POTENSI .... SELALU DISEBUT..
RAMAI USAHAWAN... KINI BEREBUT...
TERKINI... TEKNOLOGI MENGIKUT...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(9 Dzulhijah 1434H).
kemaskini pada 3 Rabiulawal 1444H 
Bersamaan dengan 30 September 2022. (8 years ago).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...