KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, July 7, 2017

TEKNOLOGI MENANAM LENGKUAS (PART 3)

LENGKUAS (Alpinia galanga) merupakan sejenis sayuran umbisi yang dicari terutama di musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Qurban untuk dibuat rendang. Apa pun bahan ini hanya ada dipasar atau dijual dengan kuantiti yang banyak semasa dua musim perayaan ini dan hanya sedikit dijual pada hari-hari biasa. Memang tidak ramai yang menanam lengkuas sendiri sebab kegunaannya juga adalah bermusim dan sedikit sahaja. Bagaimana pun penulis kali ini pada subuh hari raya puasa ke 2 berkelapangan untuk menulis teknologi menanam lengkuas sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dengan pembaca. Ini kerana dua hari lepas penulis blog membeli sepotong lengkuas di Pasaraya FS di Melaka dengan harga RM4.20 yang telah dibungkus. Lengkuas ini perlu dibeli untuk membuat rendang daging lembu bersama kerisek, daging lembu segar, santan kelapa paket dan pelbagai ramuan lain. Apa pun bagaimanakah cara menanam lengkuas dengan yang baik dan betul?. Anda mungkin telah tahu dimana proses pembiakan lengkuas ini boleh dilakukan menggunakan keratan umbisi atau pun biji. Bagaimana pun kaedah paling mudah dan sesuai dilakukan adalah dengan keratan umbisi. Bahagian umbisi atau dinegara jiran Indonesia dipanggil 'Rimpang' yang baik untuk dihjadikan benih adalah dibahagian hujungnya yang ada matatunas. Kerja menyediakan tanah dilakukan dengan menggemburkan tanah dan dibuat batas terutama dikawasan yang rendah. Jenis baja asas yang digunakan meliputi baja organi seperti tahu ayam, kompos dan baja buatan. Antara bahan lain diperlukan seperti racun rumpai untuk kawal rumput. Aktiviti menuai lengkuas boleh dilakukan pada semasa tanaman lengkuas berumur 2.5 - 3 bulan dengan tahap penjagaan optima. Penuaian lewat menghasilkan lengkuas lebih tua menyebabkan dimana ia mengandungi banyak serat kasar yang tidak sesuai di pasarkan. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan rencana mengenai teknologi menanam lengkuas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Pengurusan agronomi tanaman lengkuas adalah termasuk PEMBAJAAN. Aktiviti pembajaan lengkuas sebaiknya dengan cara pembajaan organik. Amalan pertanian organik yang tidak menggunakan bahan kimia termasuk baja buatan dan bahan kimia lain dimana baja kompos organik sesuai digunakan. Pemberian baja kompos organik ini dilakukan pada awal penanaman iaitu semasa kerja menyediakan kawasan sebagai baja asas. Pengggunaan baja organik sebanyak 60 - 80 mt/ha yang ditabur dan dicampur tanah sesuai diberikan. Ada juga petani yang menjimatkan pemberian baja organik ini dengan meletakkannya didalam lubang yang digali disekeliling tanaman. Baja Organik ini diisi setiap lubang tanaman dengan kadar sebanyak 0.5 - 1kg sepokok atau seperdu lengkuas. Pemberian baja selanjutnya dilakukan pada umur lengkuas iaitu 2-3 bulan, 4 - 6 bulan dan 8 - 10 bulan. Kadar baja tambahan ini sebanyak 2 - 3 kg satu perdu lengkuas. Sebaiknya pemberian baja kompos ini dilakukan setelah kegiatan merumpai selesai dijalankan. Bagaimana pun jika tidak menjalankan pertanian organik, maka kaedah pembajaan tanaman lengkuas secara konvensional sesuai dijalankan.

Pembajaan Lengkuas boleh juga secara Konvensional. Pembajaan asas semasa menyediakan kawasan atau pada awal penanaman lengkuas diikuti dengan pembajaan kali kedua selepas menanam. Baja asas tersebut adalah jenis baja organik sebanyak 15 - 20 mt/hektar yang diberikan semasa tanaman berumur 2-4 bulan. Pembajaan peringkat kedua menmggunakan baja organik dan baja NPK iaitu Baja Urea 20 gram/perdu; Baja TSP 10 gram/perdu; dan Baja ZK 10 gram/perdu serta Baja K2O sebanyak 112 kg/ha semasa tanaman lengkuas berumur 4 bulan. Pembajaan juga dilakukan dengan NPK iaitu Nitrogen (60 kg/ha), P2O5 (50 kg/ha) dan K2O (75 kg/ha). Baja Unsur P diberikan pada awal menanam sementara Baja N dan K diberikan pada awal tanam (dengan kadar dos 1/3) dan bakinya sebanyak 2/3 perlu diberikan semasa tanaman lengkuas berumur 2 bulan dan 4 bulan. Baja ini perlu diberikan dengan ditaburkan secara merata di sekitar tanaman atau dalam bentuk alur dan ditanam di selang selikan dengan tanaman. Perkara lain dalam amalan agronomi tanaman lengluas adalah aspek pengairan dan penyiraman. In ikerana tanaman lengkuas tidak memerlukan air yang terlalu banyak untuk pertumbuhannya akan tetapi pada awal masa tanam diusahakan penanaman pada awal musim hujan sekitar bulan September. Bagaimana pun jika ada sistem pengairan dikebun adalah lebih baik kerana penanaman boleh dijalankan pada bila-bila masa. Perkara ini akan menjamin harga lengkuas diperolehi dengan lebih baik kerana penuaian dilakukan diluar musim utama.

Kawalan serangga perosak tanaman lengkuas perlu dilakukan mengikut keperluan. Penyemburan bahan pestiside sebaiknya dilakukan mulai dari masa penyimpanan benih untuk disemai dan sepanjang penjagaan. Semburan bahan racun serangga ini sesuai dibuat pada fasa yang juga ada mencampur dengan baja organik atau baja foliar. Aktiviti menuai lengkuas dilakukan selepas tumbuhan in melepasi tahap pertumbuhan vegetatif. Lengkuas yang matang boleh dikenalpasti dimana dibahagian daun menunjukkan gejala kelayuan secara fisiologi. Pada keadaan ini biasanya umbisi telah berukuran optima dimana ia berlaku apabila umur tanaman sekitar 10-12 bulan. menuai lengkuas memerlukan cara tersendiri. Ia dilakukan dengan cara membongkar tanah untuk tujuan mengeluarkan semua umbisi lengkuas. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan penyodok Garpu atau menggunakan cangkul (Sila lihat foto disebelah). Ketika mengeluarkan umbisi ini perlu berhati-hati agar umbisi ini tidak terluka atau rosak. Kemudian umbisi yang banyak tanah ini perlu di bersihkan dengan cara di pukul perlahan-lahan sehingga semua tanah yang melekat terlepas. 

Akktiviti lepas tuai tanaman lengkuas sama seperti tanaman halia dan umbisi lain. Hasil umbi lengkuas yang telah di buang bahagian batang, daun dan akarnya kemudian di bawa ke tempat pencucian. Umbisi ini direndam di dalam bekas pencuci selama 2-3 jam. Dilokasi ini ia di cuci sambil di gredkan. Kemudian setelah bersih maka umbisi ini dengan segera di toskan pada rak-rak peniris selama satu hari. Penirisan ini sebaiknya di lakukan dalam ruangan atau ditempat yang tidak terkena sinar matahari langsung yang akan merosakan kualiti. Pembungkusan lengkuas untuk dijual sebagai lengkuas segar diletakkan dalam bakul khas pemasaran sekitar 20 kh satu bakul. Bagaimana pun ada yang memproses terus lengkuas untuk dijadikan produk akhir lengkuas. Memotong halus lengkuas selalu dilakukan menggunakan kaedah manual atau menggunakan mesin khusus. Sebaiknya arah hirisan umbisi lengkuas adalah melintang agar sel-sel yang mengandungi pati minyak tidak pecah. Kaedah ini juga mengurangkan kadar pengwapan dengan menghiris umbisi lengkusa sekitar 4-6 mm. Bagi tujuan mendapatkan warna dan kualiti lengkus yang baik aka setelah dihiris lengkuas diwapkan dengan wap panas atau di celup dalam air yang mendidih selama 1 jam sebelum dikeringkan. Proses pengeringan umbisi lengkuas dapat menggunakan matahari langsung, alat pengering beretenaga sinar matahari, di angin-anginkan, atau memakai mesin pengeringan. Cara mengeringkan dengan dijemur dibawah sinaran matahari dimana sistem ini menggunakan waktu yang agak lama tergantung intensiti dan jangkamas lama sinaran matahari. Bagaimana pun kini mengeringkan dengan oven lebih mudah selain lebih cepat juga hasilnya lebih berkualiti. Perkara yang perlu di perhatikan dalam proses pengeringan dengan mesin pengering ini adalah suhu pengeringan yang tepat. Umbisi lengkuas sebaiknya di gunakan suhu pengeringan antara 40 - 60 Celcius dengan jangkamasa diperlukan selama 3-4 hari. Artikel ini diharap dapat memberi info berguna kepada pembca semua. Wasallam!!!.
MENANAM LENGKUAS... LUAS SAIZNYA...
BENIH PERLU DISEDIA... ADA PROSESNYA...
DALAM KOTAM... BATAS DIPERLUKAN JUGA...
TUAI LENGKUAS... YANG BERKUALITI SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cencana 2. Taman Cendana,
Jalan Istana off Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 Syawal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...