KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, July 29, 2017

GERANIUM - HASILKAN MINYAK

Bunga GERANIUM (Geranium spp) adalah salah sejenis tumbuhan yang menghasilkan bunga yang pelbagai bentuk dan warna daripada keluarga Geraniaceae. Penulis yang mana telah membuat rujukan mendapati bunga geranium ini merupakan dari sekelompok sekitar 300 spesies tumbuhan renek yang terdapat dibanyak negara. Walau pun dilaporkan tumbuhan ini sebahagian besarnya berasal daripada negara Afrika Selatan tetapi kini ia sudah tersebar luas kebeberapa negara lain terutama di Benua Afrika dan Asia. Warna bunga Geranium terdiri dari warna putih, merah muda, merah dan ungu dengan bentuk yang unik dan menarik. Kini sebahagian besar spesies Bunga Geranium yang ditanam untuk skala komersil merupakan varieti jenis Hibrid yang mempunyai nilai ekonomi penting. Di negara Rwanda dilaporkan industri menghasilkan minyak daripada tumbuhan Geranium menjadi sumber pendapatan penduduk tempatan. Walau pun rakyat Malaysia mungkin masih kurang kenal akan bunga Geranium penulis blog berpendapat melihat bunganya mungkin kenal akan bunga ini. h hibrida. Umunya tanaman ini memiliki bunga berganda bentuknya dengan campuran warna menarik berserta pada kelopak bunga. Lazimnya kaedah atau cara pembiakan bunga geranium adalah dengan keratan batang aatau boleh juga dbiakkan dengan bibi benih yang dihasilkan. Bagaimana pun penanam atau petani akan menggunakan keratan batang kerana ia cepat, murah, benih tulin (true to type) dan lebih praktikal. Kebanyakan tumbuhan Geranium yang ditanam menghasilkan bunga dengan banyak pada musim pans tetapi ad kala bunganya terhasil pada musim bunga dan musim luruh. Dilihat daripada pencirian pokok geranium ini selalunya tanaman in boleh mencapai ketinggian daripada serendah 15 cm - 4 meter. Kadar ketinggian ini lazimnya bergantung kepada varieti, ksuburan tanah dan penerimaan cahaya matahari. Kawasan tanah subuh dengan saliran baik mampu menghasilkan pokok yang tinggi dan banyak bunga. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis sejenis bunga yang kurang dikenali di Malaysia untuk dijadikan baha bacaan dan rujukkan.


Bunga Geranium banyak ditanam dimana ia kemudian akan diproses untuk menjadi minyak pati bagi dijadikan bahan wangian. Minyak geranium juga disebut minyak Pelargonium oleh sesetengah pihak dan ada nilai komersil. Minyak tersebut berwarna pucat kuning-coklat atau kehijauan dan memiliki bau seperti itu dari mawar. Minyak pati geraniummenjadi bahan asas untuk dijadikan perfumes, Sabun dan Ubatan Salap. Pokok ini sesuai juga ditanam didalam pasu untuk tujuan landskap yang menarik (Sila lihat foto disebelah)Bunga geranium dapat ditanam terus pada tanah dikebun atau keliling rumah dengan mudah sesuai untuk ditanam  didalam bekas pasu atau pot tanaman. Bagaimana pun perlu dipastikan agar kedudukkan  tanaman ini mendapat sinar matahari yang cukup untuk kadar pertumbuhan dengan cekap. Umumnya antara keperluan asas bunga geranium tidak memerlukan penyiraman yang berterusan sebab apabila penyiraman terlalu kerap meniadikan kelembapan dan seterusnya apabila akar terlalu basah maka bunga geranium akan layu atau juga boleh juga mati. Antara asas untuk menanam bunga geranium adalah dengan mecari anakbenih tanaman yang sesuai. Proses memilih benih yang tepat dan sempurna adalah hal yang perlu diperingkat awal. Sebaiknya bagi ia ditanam bagi tujuan perlu mendapatkan benih geranium terbaik untuk hasilkan bunga berkualiti. Benih bunga geranium ini sesuai diambil dari pokok induk yang matang dari bijinya. 


Bagi tujuan penanaman komersil sebaiknya menggunakan media tanaman seperti tanah campuran atau cocopeat. Dinegara barat mereka menanam bunga geranium secara komersil dibawah strkutut Rumah Pelindung Hujan atau Greenhouse yang besar untuk menghasilan bijinya bagi tujuan ekstrak pati minyak (Sila lihat foto disebelah)Media tanah yang telah disiapkan lalu di campur dengan baja kompos lalu tanam dengan benih geranium bunga pada media tersebut. Aktiviti menyiram perlu dilakukan secara teratur tapi jangan terlalu kerap sebab kesan air berlebihan akan menyebabkan tanaman basah lalu tanaman layu dan mati. Tanaman Bunga geranium perlu diberikan baja mengikut peringkat umur iaitu baja peringkat pertumbuhan dan untuk peringkat berbunga. Jika ditanam didalam greenhouse lazimnya tidak banyak berlaku serangan serangga perosak atau penyakit. Apa pun amalan agaronomi perlu dilakukan mengikut syor. Pokok geranium yang matang akan berbunga dan menghasilkan biji yang kemudian dituai untuk diproses. Minyak pati bunga geraanium ini mempunyai harga baik dipasaran dunia. Penyelidikan mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit akibat infeksi virus HIV AIDS hingga kini masih dilakukan oleh para saintis diseluruh dunia.  Kajian perlu dijalankan dengan berterusan kerana bilangan pesakit semakin bertambah setiap tahun sedangkan kaedah merawat masih belum ada yang didakwa berkesan untuk merawatnya. Dalam pada itu kini dilaporkan dalam sebuah jurnal dari negara Jerman mendakwa mereka menemui ubat yang mampu merawat penyakit AIDS. Bahan tersebut adalah ekstrak daripada Bunga Geranium.


Laporan menyatakan dimana bunga geranium yang disebut dapat mencegah berkembangnya virus HIV di dalam tubuh manusia. Dulu Bunga geranium yang sering digunakan untuk menghalau nyamuk ini mempunyai bentuk bunga berkumpul dimana ia berwarna ungu, biru, pink atau pun warna putih. Ekstrak dari bunga inilah yang telah didakwa berpotensi menjadi ubat penyakit AIDS dan mampu mencegah virus HIV-1 berkembang. Dipasaran ada dijual ekstrak bunga geranium yang dibotolkan (Sila lihat foto disebelah). Kajian yang dijalankan di German Research Centre for Environmental Health, Munich berjaya menemui kemampuan ekstrak geranium dalam mencegah virus melakukan replika menjadi virus baru dimana ia bahkan mampu melindungi sel tubuh untuk mempunyai tahap kekebalan dari serangan oleh virus HIV.  Penyakit AIDS memang menyerang sistem kekebalan tubuh manusia sehingga tidak mampu melindungi dari serangan virus paling lemah sekalipun. Perkara ini selalu menyebabkan pesakit AIDS boleh meninggal dunia hanya disebabkan virus yang umum seperti flu, batuk dan lainnya. Lazimnya geranium membantu sel darah dan meningkatkan kadar sistem kekebalan (immunity system) seseorang dari infeksi virus berbahaya  atau mencegah penyebaran HIV. Kajian masih diteruskan berkaitan ekstrak bunga geranium ini bagaimana akhirnya ekstrak ini dan kesannya terhadap kesihatan manusia. Apa pun dinegara Jerman sendiri ekstrak geranium sudah dibenarkan dibawah undang-undang mereka untuk tujuan perubatan secara herbal bagi pencegah HIV AIDS.


Dalam sebuah laporan dinyatakan dimana pati minyak Geranium kini diusahakan mampu menjana ekonomi dikalangan Penduduk Rwanda. Foto disebelah menunjukkan dimana petani di Rwanda iaitu Hitimana menadah pati minyak berwarna hijau di sebuah bangsal untuk dipasarkan. Foto tersebut menunjukkan dia memegang bekas plastik mengandungi cecair pekat berwarna hijau yang diproses di sebuah bangsal berhampiran ladang geranium. Sebenarnya ianya bukanlah cecair biasa sebaliknya merupakan pati minyak yang telah disuling dan siap sedia untuk dieksport dengan harga melebihi AS$200 (RM860) sekilogram. Petani ini yang merupakan perintis perniagaan pati minyak di Rwanda mendakwa dimana beliau menyedari keperluan untuk membangunkan tanaman bernilai tinggi di negaranya yang berkeluasan 2.6 juta hektar itu sejak sedekad lalu. Kini aktiviti pertanian menyumbang satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Rwanda dan menawarkan empat daripada lima peluang pekerjaan kepada populasi penduduknya menyebabkan tanah untuk pertanian semakin terhad. Lazimnya untuk satu hektar tanah yang ditanam kacang petani disana mampu memperolehi hasil pendapatan sekitar AS$2,000 (RM8,569) setahun. Namun dengan keluasan tanah yang sama menerusi geranium mereka mampu memperoleh sekitar AS$6,000 (RM26,000) hingga AS$8,000 (RM34,000). Ia merupakan inisiatif ahli-ahli argonomi di negara itu yang berusaha mempelbagaikan produk pertanian dan meningkatkan eksport negara ke pasaran global menerusi penghasilan pati minyak geranium.


Sebagai rujukkan pengusaha Hitimana telah mengimport benih geranium dari Afrika Selatan sejak 2004. Pada ketika itu tanaman yang kerap dijadikan pokok hiasan itu tidak begitu dikenali di Rwanda namun Hitimana cuba meyakinkan mereka ia mempunyai potensi besar dalam sektor pati minyak. Di Afrika Selatan pokok geranium boleh dituai dua kali setahun disebabkan musim sejuk di sana. Cuaca di sini berbeza menyebabkan ia boleh dituai sehingga empat kali setahun katanya yang merupakan pemilik syarikat Ikirezi Natural Products. Kini dengan keluasan tanaman kira-kira 25 hektar syarikat beliau telah mampu menghasilkan 1,000 kilogram (kg) pati minyak menerusi campuran geranium, pokok nilam, serai dan pokok kayu putih. Pati minyak ini kemudiannya dieksport ke Kanada, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan negara-negara lain di dunia untuk digunakan dalam industri minyak wangi. Pada peringkat awal, sukar untuk meyakinkan petani di sini supaya meninggalkan tanaman sedia ada dan beralih kepada tanaman komersial. Tanaman ini perlu diuruskan mengikut jadual, baik dari segi menanam, membaja, menyiram dan menuai. Jika tidak, pokok akan rosak dan hasilnya juga terjejas. Kini mereka menghasilkan sebanyak 600 - 1,000kg bunga geranium dan ia mampu menghasilkan sebanyak sekilogram pati minyak. Sebenarnya selepas beberapa tahun penanamannya barulah pekerja terlibat yakin dengan potensi tanaman itu. Sejak ujud projek menanam geranium dan ada pekerja di sini, mereka mampu membina rumah baharu dan membayar wang persekolahan anak dan membeli apa sahaja yang saya perlukan.


Permintaan tinggi ekstrak minyak geranium dipasaran menyebabkan industri ini semakin berkembang. Kini penanaman geranium memberi sumber pendapatan baharu kepada penduduk Rwanda. Mengikut laporan Lembaga Pembangunan Pertanian Kebangsaan, pada tahun lalu sahaja Rwanda telah mengeksport sebanyak 15 tan pati minyak yang dianggarkan bernilai AS$473,000 (RM2.02 juta). Selain itu petani turut mengeluarkan tanaman bunga piretrum yang digunakan sebagai bahan penghasilan racun semula jadi. Berdasarkan sebuah firma dari India, Market Research Future (MRFR), pati minyak mempunyai kadar permintaan tinggi di negara-negara maju bagi penghasilan produk kosmetik, makanan dan farmaseutikal. MRFR juga menjangkakan permintaan pasaran dunia meningkat sebanyak tujuh peratus antara 2017 dan 2022. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Rwanda kini membuka makmal penghasilan pati minyak sejak tiga tahun lalu, yang pertama seumpamanya di benua itu bagi membolehkan mutunya dikawal. Satu cabaran utama dihadapi negara ini ialah defisit perdagangan yang semakin meningkat dan jumlah syarikat kompetetif yang terhad untuk memenuhi piawai eksport serantau dan antarabangsa. Kini dengan kewujudan makmal itu membolehkan syarikat-syarikat di negara itu meneroka pasaran baharu dan menguntungkan. Ia mampu meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti produk mereka. Pengarah TradeMark East Africa di Rwanda, Patience Mutes kini berjaya untuk mempromosikan perdagangan serantau dan menyalurkan dana bagi projek tersebut. Antara barisan hadapan yang meneraju makmal yang terletak di Kigali itu ialah Antoine Mukunzi dari Rwanda Standards Authority yang berpuas hati dengan pencapaian negaranya. Mereka kini tidak boleh bersaing dari segi jumlah eksport, sebaliknya memikat hati pelanggan dari segi kualiti produk untuk pasaran antarabangsa. Semuga rencana ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!...
POKOK GERANIUM... APAKAH DIANYA...
BERBUNGA BANYAK...AMBIL PATINYA...
MENJADI INDUSTRI...NEGARA RWANDA..
ARTIKEL DITULIS... ANDA MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 952, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(3 Zulkaedah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...