KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, July 25, 2017

TANAMAN KUCAI - APA DIA?

TANAMAN KUCAI (Allium tuberosum) atau nama lain dikenali sebagai Allium ramosum adalah sejenis tanaman dari keluarga Alliaceae iaitu sama dengan Keluarga Bawang. Daun kucai merupakan sejeis sayuran berdaun yang juga sesuai di tanam di kawasan tanah rendah atau tanah tinggii untuk pasaran segar. Penulis Blog mendapati data mengenai keluasan tanaman kucai kurang dilaporkan dengan tepat kerana keluasan tanaman ini sering bercampur dengan tanaman daun bawang (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2016). Bagaimana pun penulis yang mendapat info dari rakan setugas menyatakan di Negeri Johor terdapat seluas antara 150 - 220 hektar tanaman kucai diusahakan petani pada setiap tahun untuk tujuan pasaran domestik dan eksport ke Singapura. Tanaman ini boleh di gunakan sebagai Sayuran atau pun sebagai Bunga Hiasan dimana ia memang sesuai ditanam sebagai hobi yang memberi faedah jika ditanam disekeliling rumah. Program Bumi Hijau Jabatan Pertanian mengesyorkan tanaman kucai sebagai pilIhan untuk ditanam dalam pasu atau plastik beg dalam Program Bumi Hijau dengan konsep 'Tanam Sendiri - Makan Sendiri'. Pada saya yang pernah membuat penelitian terhadap beberapa varieti atau jenis tanaman kucai dinegara ini mendapati memang tidak ramai yang mengetahui akan pencirian terhadap beberapa jenis kucai. Tanaman kucai yang menggunakan biji benih yang diimport dari luarnegara berlaku semenjak dahulu kerana biji kucai tidak terhasil di Malaysia.  Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kucai untuk bacaan anda.


Dalam beberapa rujukkan penulis menapati dimana dipercayai tanaman kucai telam mula di perkenalkan di Malaysia oleh kaum Cina yang suka makan kucai sebagai sayuran. Dahulu masyarakat Melayu dan India serta kaum lain di Malaysia kurang tahu atau kurang makan kucai tidak seperti sekarang. Pada masa ini penanaman kucai secara komersil di lakukan oleh penanam sayur kebanyakannya kaum Tiounghua dan beberapa petani Melayu yang ada pasaran tetap. Tanaman kucai dilakukan dikawasan sayuran komersil dimana ia ditanam diatas batas dan ianya banyak menggunakan bahan organan (Baja tahi ayam, Baja Orgnik Formulasi dsb). Tanah terbik untuk tanaman kucai adalah dari jenis lom berpasir, liat lom, tanah gambut dan tanah mineral yang subur dan tidak mudah banjir. Sistem pengairan sangat penting disediakan untuk menentukan bekalan air mencukupi. Apa pun sistem sairan dan perparitan amat diperukan bagi mengelakkan kawasan tanaman kucai tenggelam kerana ia akan mudah rosak jika tenggelam. Kadar keperluan baja organik bergantung kepada jenis tanah (Mineral atau Gambut atau Pasir) dan juga penggunaan baja tambahan seperti baja foliar. Tanaman Kucai adalah tanaman singkat masa yang memerlukan kaedah kawalan rumpai menggunakan racun 'pre-emergence' atau pun kawalan rumpai dijalankan secara manual. Kehadiran banyak rumpai dikawasan batas penanaman kucai selalunya mengganggu pertumbuhan dan kualiti kucai yang dihasilkan kelak.

Di Malaysia penanaman kucai lazimnya menggunakan bebawang (bulb) atau pun dengan menggunakan biji benih yang diimport. Bagaimana pun lebih praktikal untuk menggunakan bebawang yang matang dan disusun dalam batas tanah sedalam 2-3 cm dalam tanah dengan jarak tanaman 30 cm x 50 cm. Pada peringkat awal penanaman perlu disiram sebanyak 2 kali sehari dengan sistem pengairan sempurna sehingga tanaman kucai matang (lazimnya 50 -60 hari lepas tanam). Tanaman kucai yang berdaun lembut daripada umbisi perlu dijaga dengan baik dari pringkat awal penanaman. Amalan pembajaan sebaikny menggunakan baja 15:15:15 sebanyak 15 gm sepokok dan di berikan secara berperingkat sehingga sesuai untuk kucai dituai. Disyorkan agar mengelakkan dari menggunakan racun rumpai ketika hampir menuai tanaman kucai dan jika ada rumpai dibuang secara manual. Tanaman kucai yang dijaga dengan baik akan sesuai dituai apabila berumur sekitar 50-60 hari (hampir dua bulan). Kucai dituai dengan mencabut setiap rumpun dan dibersihkan segala kekotoram seperti tanah yang melekat pada akar sebelum dibasuh dan dikumpulkan dalam bakul. Harga pasaran kucai yag telah sedia dibersihkan di ladang adalah lingkungan RM1.00 - RM1.60 /kg beberapa thun dulu dan masih turun naik mengikut permintaan dan bekalan. Kucai akan dimasukkan kedalam bakul untuk dibawa kepasar borong dan sistem pasaran sehingga kepada pengguna. Biasanya dalam keadaan tanpa peti sejuk ia tahan sehingga 3-5 hari dalam keadaan segar (disiram air) tetapi didalam peti ais lebih lama masa simpanannya.


Penggunaan daun kucai sebenarnya agak terhad berbanding dengan jenis sayuran lain. Selalunya daun kucai dimasak sebagai sayuran segar atau digunakan untuk campuran dalam membuat kuih tradisional. Paling biasa bagi kaum Melayu kucai ini digoreng bersama daging ayam atau  telur dan dimakan dengan nasi. Bagaimana pun daun kucai amat penting didalam makanan seperti Char Kuew Tiow, Kuew Tiow Goreng, Mee Goreng, Beehon Goreng dan beberapa makan lain. Kucai mengandungi Vitamin C dan Vitamin B, Karotin dan yang istimewanya ada kandungan Belerang (Sulfur) yang dipercayai bagus untuk mengurangkan darah tinggi,penyakit sengugut, Kepituhan dan sembelit. Kajian klinikal mendapati kucai juga mengandungi antiseptik yang mampu membunuh kuman dalam perut dan sistem penghadaman usus. Kepada mereka yang berani boleh mencuba minum jus kucai dengan memasukan daun kucai dalam 'blender' dan minum setiap hari. Daun Kucai didakwa mengandungi banyak Vitamin C dan Vitamin A , Kalium dan Asid Folik yang sangat perlu untuk meningkatkan kesihatan. Kucai didakwa membantu melegakan sakit tekak, sakit perut, melindungi dari sakit jantung dan strok dan juga membantu dalam proses mengurangkan lemak dalam badan. Daun kucai juga meningkatkan tahap imuniti badan dan menahan serangan dari bakteria. Selain itu daun kucai membantu mengelakan dari hidung tersumbat, mencegah nafas berbau, mengelakan sakit perut dan kurangkan tekanan darah tinggi. Ada juga kajian yang menunjukkan daun kucai mampu meningkatkan tahap kesihatan mata dan penglihatan. Semuga artikel kali ini memberikan sedikit ilmu kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!.

MENANAM KUCAI ...DIATAS BATAS....
KUCAI DIMASAK....SAYUR PEDAS....
TANAMAN MUDAH...HASIL PANTAS...
BANYAK KHASIAT...SEPERTI DITULIS... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(20 Syawal 438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...