KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, July 21, 2017

NENAS DI DAERAH MUAR

NENAS (Ananas comosus) merupakan salah satu komoditi tanaman buah-buahan yang dimajukan di Daerah Muar, Johor semenjak lama dahulu. Daerah Muar yang kini mempunyai keluasan 135,160 hektar merupakan satu daerah yang memajukan tanaman nenas terutama dikawasan tanah gambut sekitar Mukim Air Hitam, Mukim Parit Jawa, Mukim Sungai Balang, Mukim Seri Menanti, Mukim Jorak dan Mukim Gresik. Pada tahun 2016 terdapat seluas 10,354 hektar kawasan tanman nenas di Malaysia dimana keluasan di Johor adalah seluas 8,934 hektar dengan jumlah tuaian sekitar 6,701 hektar. Keluasan penanaman nenas di Johor adalah 68% daripada keluasan negara. Keluasan fizikal untuk tanaman nenas di Malaysia adalah sekitar 15,774 hektar. Jumlah pengeluaran nenas pada 2016 adalah sebanyak 391,714 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM515.248 juta. Daripada jumlah tersebut seluas 576 hektar ditanam di Daerah Muar yang melibatkan seramai 215 orang pengusaha. beberapa jenis nenas yang ditanam di daerah ini terdiri daripada Nenas Morris (AC1), Nenas Josapine (AC5), Nenas MD2 (AC9) dan beberapa varieti lain seperti Nenas Sarawak (AC2). Walau pun keluasan tanaman nenas terus berkurangan disebabkan ramai pekebun kecil yang menukar kepada tanaman kelapa sawit tetapi terdapat petani yang masih berminat dengan tanaman nenas sebagai pilihan. Penanaman nenas di tanah gambut merupakan salah satu pilihan terbaik dalam menjana pendapatan petani kerana tanaman ini mampu memberikan pulangan yang baik kepada mereka. Terdapat satu kawalan tanah gambut yang luas di sekutar Batu 14, Air Hitam, Muar yang perbah dirancang untuk pengeluaran nenas di daerah ini. Walau pun hanya sekitar 100 hektar yang dimajukan dengan tanaman nenas tetapi potnsi untuk nenas didaerah ini masih ada. Dalam tinjauan penulis blog kelokasi dan berbincang dengan beberapa penanam nenas dikawasan tersebut mendapati nenas moris dan josapine masih luas ditanam selain daripada pengenalan kepada nenas premium MD2. Tanah disini yang disewa daripada PPNJ dengan harga RM150.00 seekar setahun membolehkan penanaman nenas dibuat secara komersil. Bagaimana pun sistem perparitan perlu ditambahbaik terutama untuk menyalirkan air pada musim hujan. Kejadian banjir dikawasan projek pernah menjadikan kegagalan penghasilan nenas akibat terjejas banir di bulan November dan Disember setiap tahun. Rencana malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti penanaman nenas di Daerah Muar khususnya dengan nenas segar seperti varieti moris, Josapine dan MD2.

Perananan Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) didalam usaha membangunkan industri nenas kini telah dijalankan dikawasan tanah-tanah yang bermasaalah seperti tanah gambut. Laporan daripada pegawai kawasan mendapati pengusaha nenas di daerah ini masih mahu menanam nenas untuk pasaran segar dan diproses. Menurut pegawai LPNM Daerah Muar terdapat 4 jenis projek berkaitan dengan industri di sini iaitu Projek Pengukuhan Tanaman Nenas, Projek Khas Ladang Kontrak, Projek Khas MyGAP dan juga Projek penanaman nenas untuk pasaran premium. Selain itu terdapat juga sistem tanaman intergrasi nenas dengan tanaman lain dibawah program pengukuhan tanaman nenas dengan sasaran keluasan sekitar 130 hektar (321 ekar) yang melibatkan selingan dengan tanaman kelapa sawit. Bagi skim tanaman nanas Ladang Kontrak pula ianya melibatkan seramai 12 orang peserta dengan keluasan 38 hektar (93 hektar) terutama untuk pasaran segar. Pada tahun 2017 seramai 260 permohonan penanaman nenas diterima melibatkan kawasan seluas 287 hektar di daerah Muar tetapi hanya seluas 214 permohonan diluuskan dengan keluasan iaitu 233 hektar. Sebagai rekod, seluas 492 hektar kawasan nenas dibangunkan semenjak tahun 2014 - 2017 di daerah ini melibatkan seramai 447 pengusaha. Pengeluaran nenas dari daerah ini membolehkan daerah ini merupakan salah satu daerah di Johor yang ada menanam nenas selain daripada daerah Batu Pahat, Daerah Pontian, Daerah Kluang, Daerah Kota Tinggi dan Daerah Mersing. Pada keseluruhan negeri Johor menanam dan menyumbangkan sebanyak 68% daripada keluasan penanaman nenas di Malaysia. Pada masa akan datang negeri Pahang akan menjadi negeri kedua yang luas menanam nenas dengan ada rancangan penanaman nenas di Daerah Rompin Pahang dibawah Projek Khas bersama dengan ECERDC. Kawasan projek di sekitar Kg Tanam ini telah mempunyai kemudahan untuk pasaran nenas bagi pasaran eksport.

Antara beberapa cabaran dalam aktiviti penanaman nenas di Daerah Muar terutama dikawasan tanah gambut adalah masaalah kejadian banjir dan kekurangan tenaga pekerja ladang. Ini kerana kejadian banjir beberapa kali boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada petani yang mana ianya memerlukan modal besar untuk membeli benih. Satu ekar (0.4 hektar) kawasan nenas perlukan sekitar 20,000 sulur benih dan jika harga sulur nenas Josapine disini sekitar RM0.80 maka kos untuk benih saha sudah RM16,000. Jika pengusaha menanam nenas untuk 5 ekar (2.02 hektar) maka sebanyak RM80,000 diperlukan untuk benih sahaja. Ianya lebih mahal jika pengusaha didaerah ini ingin menanam nenas MD2 dengan harga benih diantara RM1.50 - RM2.00 satu sulur. Ini menjadikan kos menanam nenas untuk keluasan 5 ekar adalah diantara RM150,000 hingga RM200,000. Pelaburan yang besar ini jika berlaku bencana banjir dikawasan penanaman akan menyebabkan kerugian besar. Infra sistem saliran yang baik diperlukan untuk mengelakan kerugian ini. Dalam pada itu kawasan tanah gambut yang baru diteroka mudah berlaku kejadian kebakaran tanah gambut di musim kemarau dan kering. Ini juga akan menjejaskan penghasilan tanaman nenas. Kawasan tanah gambut juga mudah tumbuh rumput pada masa peringkat awal penanaman. Rumput ini perlu dikawal dengan mencabut secara manual atau disembur dengan racun rumpai seperti Gesapax. Bagaimana pun penulis dapati kawalan rumpai secara manual dijalankan setiap 1 bulan sekali diperingkat awal menanam. Jika ada rumput dikawasan tanaman nenas ia bersaing untuk banyak seperti ruang, baja dan juga mungkin menjadi perumah kepada patogen penyakit dan perosak. Kekurangan tenaga kerja untuk ladang nenas juga menyebabkan proses pengembangan tanaman nenas terganggu. Ini kerana kerja menanam perlukan tenaga kerja mencukupi bagi selesaikan dalam masa singkat. Pergantungan kepada pekerja asing kini satu daripada cara yang membantu tetapi agak sukar untuk mendapatkannya.

Menyentuh dengan kawalan rumpai, penulis sempat meninjau kebengkal Wak Sopar yang mencipta pelbagai peralatan mekanisasi pertanian terutama untuk tanaman nenas seperti Mesin Menanam Nenas, Mesin Merumput Tanaman Nenas, Jentera Gerabak Membawa Buah Nenas dan beberapa mesin lagi. Wak Sopar yang mana telah beberapa kali memenangi anugerah inovasi diperingkat kebangsaan kini menjadi inspirasi kepada ramai penanam nenas lain. Menurut beliau, aktiviti menanam nenas merupakan kepakaran yang beliau miliki kerana dimasa dulu ia merupakan aktiviti yang memberikan punca pendapatan penduduk disekitar Parit Kemin, Muar ini. Beliau mencipta alat menanam nenas dengan menggunakan injin Robin yang sesuai digunakan untuk menanam nenas dengan cepat, cekap dan mudah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun menurut Wak Sopa alat memotong rumput ciptaannya merupakan peralatan yang tersohor dan dipasarkan dalam negara dan eksport keluar negara seperti ke Australia. Alat memotong rumput ini dijual dengan harga sekitar RM500.00 satu unit dan tahan sehingga banyak tahun. Kelebihan alat yang disambung dengan Mesin Pemotong Rumput Sandang ini adalah dimana semasa ia memotong rumput diladang nenas ianya tidak akan menjejaskan daun nenas rosak. Berbanding dengan mesin potong rumput biasa yang merosakkan daun nenas, alatan tambahan ini amat efektid dan beliau mendapat tempahan dari seluruh negara setiap bulan. Pembeli yang berjauhan boleh dihantar dengan sistem pos dan pesanan mengenai alat ini boleh melalui lamanweb sahaja. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!..
DIDAERAH MUAR... LUAS NENASNYA...
KAWASAN TANAH GAMBUT...LUASNYA...
MENINJAU KEBUN... PETANI BERTANYA...
BERI GALAKAN... PENDAPATAN DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Tengah, Air Hitam,
Muar, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...