KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, July 23, 2017

APB UNTUK KAWAL PEROSAK TANAMAN (Part 1)

KAWALAN PEROSAK TANAMAN boleh dilakukan secara AMALAN PEROSAK BERSEPADU (APB) dimana ia adalah satu perkara untuk mendapatan hasil tanaman berkualiti. Definasi bagi ABP ini adalah pendekatan kawalan perosak melalui beberapa pendekatan seperti Kaedah Biologi, Kaedah Kimia, Kaedah Kultura, Kaedah Mekanikal atau Fizikal dan Kaedah Kuarantin. Gabungan kaedah kawalan ini melibatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang khusus kepada petani yang ingin melaksanakan kawalan secara APB ini. Banyak jenis tanaman kini mempunyai pakej kawalan perosak secara bersepadu terutama tanaman makanan. Antara beberapa jenis tanaman yang telah ada pakej amalan APB ini seperti sayur-sayuran, kelapa, padi, tanaman kontan dan sebagainya. Ramai dikalangan petani yang lebih suka atau gemar menggunakan bahan kimia dengan pelbagai jenis racun dalam mengawal perosak tanaman. Ini kerana racun memberikan kesan yang nyata pada kacamata mereka tetapi banyak juga kesan negatif jika sering menggunakan racun sahaja. Ia akan menimbulkan kesan kekebalan (immunity) kepada serangga selain daripada kesan terhadap alam sekitar apa lagi kesan kepada manusia akibat sisabaki racun tersebut. Kawalan Perosak Bersepadu yang mementingkan konsep ETL (Economic Treshold Level) dalam membuat kawalan memang amat digalakkan untuk menghasilkan kualiti produk yang lebih berkualiti, selamat dimakan, murah serta berkesan. Artikel subuh Ramadan ke 3 kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah kawalam APB didalam usaha untuk mengawal perosak tanaman.


Dalam mengamalkan APB terhadap tanaman sayuran ianya sering dilakukan oleh petani yang memahaminya. Amalan tanaman giliran (crop rotation) merupakan satu kaedah yang paling asas dalam aktiviti tanaman sayuran. Setiap tanaman sayuran mempunyai serangga perosak dan penyekit yang berlainan. Sayuran cili daripada keluarga Solanaceae mempunyai perosak yang berlainan dengan tanaman timun daripada keluarga Cucurbitaceae. Kaedah penggiliran tanaman sayuran mampu menghalang kesinambungan serangan perosak sayuran. Penjadualan tanaman juga boleh diamalkan sebagai satu kaedah APB yang berkesan. Sebagai contoh tanaman cili tidak sesuai digabungkan dengan tanaman jagung yang hampir menuai kerana ia akan menyebabkan terdapat tanaman perumah (plant hosts) sedia ada untuk patogen perosak tanaman. Terkini penggunaan serangga Tiger Fly didapati amat berkesan untuk mengawl perosak Pelombong Daun (Leaf miner) pada tanaman sayur berdaun. Tiger fly (Sila anda lihat foto diatas) sebenarnya merupakan salah satu spesies lalat yang mana ia telah pun dikenalpasti amat berpotensi menjadi agen biologi untuk mengawal perosak sayuran jenis Pelombong Daun atau Leaf Miner (Liriomyza spp). Serangga tiger fly ini telah mula diperkenalkan di Cameron Highlands pada 2010 dibawah penyeliaan Jabatan Pertanian. Daripada laporan luar negara seperti di Thailand, sebenarnya saintis mereka telah berjaya mengenalpasti mengenai penggunaan serangga Tiger fly ini untuk mengawal pelombong daun (Liriomyza huidobrensis) iaitu ia merupakan perosak serius pada pelbagai jenis bungaan dan sayuran di Thailand. Laporan menunjukkan dimana serangga ini telah menunjukkan keberkesanan kawalan perosak pelombong daun tanpa penggunaan racun perosak. Bagi mendapatkan maklumat lengkap bagaimana serangga tiger fly ini dapat mengawal masaalah serangan ulat pelombong daun anda boleh buat pautan disini (Sila klik disini). Dari segi lain sebenarnya Perosak Pelombong Daun (Leaf miner) merupakan sejenis perosak yang serius kepada kebanyakkan bunga dan sayur-sayuran. Pelombing Daun akan menyerang beberapa jenis sayuran seperti tomato, cili, timun, salad, daun sop sawi dan sebagainya.


Kaedah kawalan APB atau IPM secara Fizikal atau Secara Mekanikal banyak dilakukan untuk beberapa jenis tanaman termasuk padi (Oryza sativa). Tikus sawah merupakan antara perosak tanaman padi yang mampu merosakkan tanaman sehingga boleh menyebabkan kerugian teruk kepada pesawah. Tikus Sawah (Ratus argentiventer) akan menyerang tanaman padi pada banyak peringkat yang lazimnya aktif pada waktu malam. Kini antara kaedah biologi yang paling praktikal adalah dengan menggunakan Burung Pungguk Jelapang Padi (BPJ) atau Burung Hantu (Tyto alba) yang menjadikan tikus sawah sebagai makanannya. Rumah BPJ ini diletakkan dikawasan tengah sawah untuk BPJ tinggal dan memburu tikus pada malam hari. Tiang kayu 'T' perlu dipacakkan dibeberapa lokasi dalam sawah untuk burung BPJ ini bertenggek dan mengintai tikus dalam sawah padi. Selain itu memasang pagar keliling sawah juga merupakan kaedah mekanikal untuk mengawal tikus (Sila lihat foto diatas). Pagar daripada zink atau plastik tebal mungkin sesuai djadikan pagar yang menghalang kemasukkan tikus dalam lot sawah. Memasang perangkap tikus dilaluan mereka juga satu kaedah mekanikal yang sesuai digunakan dalam sawah padi. Masukkan umpan sesuai dalam perangkap tikus dan tikus yang masuk dalam persngkap tidak mampu keluar apabila pintu perangkap tertutup. Bagi tanaman jambu air, kaedah membalut buah dengan lapisan kertas dan plastik membantu mengelakkan serangan lalat buah (Daucus spp) atau perosak lain. Tangkai buah jambu dibalur seawal peringkat putik lagi dengan kemas dan ini menggurangkan penggunaan racun kimia. Lawatan penulis di ladang jambu air varieti E6 di Bukit Mampai, Segamat, Johor melihat bagaimana ladang ini mampu menghasilkan jambu air sepanjang tahun walau pun lazimnya jambu air adalah buah bermusim (Sila lihat foto dibawah). Ini menunjukkan dengan penggunaan teknologi adaptasi memang makanan dapat dihasilkan dengan lebih berkualiti dan selamat dimakan. Wasallam!!!...
Jambu Air varieti E6 dibungkus untuk elakkan serangan Lalat Buah.

KAEDAH KAWALAN APB.... APAKAH BENDANYA...
AMALAN PERROSAK BERSEPADU...RUPANYA...
PELBAGAI KAEDAH... SEMUANYA BERGUNA...
BACA ARTIKEL... TERIMAKASIH PENULISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Sayuran Komersil,
Jalan Pemuda, Seelong, 
Senai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(2 Ramadan 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...