KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, April 24, 2016

PALMA BISMARCKIA DAN RPW

POKOK PALMA BISMARCKIA (Bismarkia nobilis) adalah merupakan sejenis pokok hiasan (ornamental tree) daripada keluarga Arecaceae yang sangat popular ditanam diseluruh dunia. Palma ini mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan daun yang lebar dan amat cantik ditanam secara individu atau berbaris sebagai tanaman hiasan. Pokok ini dipercayai natif daripada Madagascar dan kini disebarkan keseluruh dunia sebagai tanaman hiasan menarik (Sila lihat foto diatas). Ia ditanam dikiri dan kanan jalan utama atau dikawasan taman bunga atau dilaman hadapan premis kompleks perniagaan atau pejabat serta dikawasan rumah individu. Batangnya yang rendah berbatang besar dan seakan padu berukuran 30-45 cm garispusat. Batang pokok lazimnya membesar seperti tapak gajah dibahagian bawah (bulging trunk) dengan dimana ia lazimnya kukuh tumbuh diatas tanah. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 25 meter dalam keadaan semulajadi tetapi pokok yang ditanam untuk hiasan lazimnya di selenggara untuk sekitar 12 meter sahaja. Daunnya besar sehingga 3 meter panjang dari tangkai dengan berbentuk kipas mempunyai 20 atau lebih segmen dihujungnya. Ia digelar sebagai jenis daun 'Induplic' atau jenis daun 'costapalmate' yang unik bentuknya dan berwarna perak kebiruan (Silver blue foliage). Jika diteliti dengan lebih dekat, permukaan daun seakan mempunyai lapisan lilin (wax layer) dengan panjang petiol sekitar 2-3 meter. Pokok jenis Dieocious ini menghasilkan jambak bunga yang bersaiz kecil dimana bunga daripada pokok betina akan menghasilkan satu biji benih bagi setiap jambak. Pokok palma ini ditanam dalam kawasan strategik sema-mata untuk mengindahkan kawasan. Bagaimana pun Jabatan Pertanian dalam membuat pemantauan kerosakkan tanaman palma diseluruh negara telah mendapati tanaman ini merupakan sasaran kepada serangan Kumbang Jalur Merah atau RPW dan ianya perlu diperiksa selalu. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" potensi serangan RPW terhadap pokok palma Bismarckia sebagai satu emaran dan peringatan kepada semua.



Tanaman Palma jenis Bismarckia ini semakin popular kerana bentuk daun yang cantik dan kurang memberi masaalah daun gugur menjadi 'sampah'. Pokok ini sesuai ditanam dikawasan tropika, sub-tropika dan juga kawasan microclimate dikawasan temperate. Ia banyak ditanam sehingga di Florida, Selatan California dan Arizona di USA dengan agak banyak sebagi tanaman hiasan. Walau pun ia pernah dilaporkan deserang oleh larva rama-rama tetapi didapati ia segera pulih. Dari segi kesesuaian dilaporkan jenis berdaun hijau adalah lebih tahan dengan suhu sejuk berbanding dengan jenis berdaun berwarna perak. Jenis daun hijau rosak pada suhu 0 darjah celcius sedangkan jenis daun perak tahan sehingga suhu sejuk -6 darjah celcius. Apa pun tumbuhan ini tahan dalam keadaan cuaca panas dan kering. Pada masa artikel ini ditulis Jabatan Pertanian telah membuat tinjauan dan pemeriksaan di beberapa negeri mengenai serangan baru tanaman ini dan perlu diketahui umum. Kini tanaman yang cantik di Malaysia dilaporkan menjadi tumpuan kepada serangan Kumbang Jalur Merah atau dalam bahasa Inggeris dinamakan Red Palm Weevil (RPW). Beberapa siri tinjauan dilakukan oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Malaysia untuk menilai status serangan RPW terhadap pokok Bismarckia ini. Melihat kepada pokok dalam foto disebelah tentu anda akan menyatakan TIADA masaalah dengan pokok tersebut. Bagaimana pun setelah diteliti dan dianalisa rupanya pokok tersebut telah diserang RPW.


Pasukan tersbut melihat macam ada tanda-tanda serangan RPW ini di UIA, Gombak pada November 2015. Perkara sama juga dilakukan pemeriksaan di Al-Bukhary University, Alor Setar dalam masa hampir sama dengan tanda yang juga hampir sama. Dibahagian pucuk pokok akan kelihatan seakan daun dan tangkai daun patah dan tidak menegak keatas seperti lazimnya (Sila bandingkan foto paling atas dengan foto pada perenggan kedua diatas). Anda akan lihat dibahagian pucuk seakan busuk dan hanya meninggalkan tangkai daun dibahagian bawah sahaja. Pemeriksaan dilakukan dengan menebang pokok bismarckia tersebut dengan kebenaran pihat terbabit dan dibuat penelitian. Didapati dibahagian tengah batang pokok telah berlubang dan kosong dimana empulurnya telah dimakan larva RPW (Sila lihat foto disebelah). Ini juga telah mengesahkan bahawa RPW kini telah menyerang tanaman hiasan ini setelah disahkan telah menyerang pokok Kurma (Phoenix dactylifera) dan Kelapa (Cocos nucifera) di negara kita. Cara kerosakan serangan RPW ini juga agak sukar dilihat diperingkat awal serangan kerana ia memerlukan masa agak lama untuk simptom dilihat kecuali dibuat pemeriksaan dari pokok kepokok. Pokok Bismarckia ini banyak ditanam dimerata Majlis Perbandaran, Premis Kerajaan, University dan beberapa lokasi lagi. 


Bagi mengukuhkan lagi kehadiran serangan RPW diatas pokok bismarckia ini, batang pokok tersebut ditebang dan dibelah dua. Didapati pokok yang ada tanda serangan RPW memang disahkan terdapat larva RPW jenis Rhynchophorus ferrugineus iaitu spesis baru yang mampu merosakan tanaman daripada keluarga Arecaceae dengan cepat (Sila lihat foto disebelah). Terdapat jenis RPW tempatan juga yang ujud di Malaysia iaitu Rhynchophorus vulneratus tetapi kadar serangan tidak seteruk jenis ini. RPW kini telah digazetkan sebagai sejenis serangga yang perlu dikawal perebakannya kerana ia mampu melumpuhkan industri tanaman kelapa dan berkemungkinan pokok kelapa sawit kelak. Beberapa langkah segera kawalan RPW perlu dilaksanakan dengan memasang perangkap feromon untuk pengesanan kehadiran perosak dan jika ada kehadiran perosak maka pemilik pokok bismarckia dan pokok kurma atau pokok kelapa atau palma lain akan diberi notis untuk mengambil tindakan kawalan. Seterusnya operasi kawalan di kawasan yang terdapat serangan. Jabatan Pertanian akan memberi tunjuk ajar mengenai cara pegawalan dan aktiviti pemantauan oleh Jabatan Pertanian sentiasa berterusan. Selain itu pendaftaran penanaman pokok kurma perlu dilaksanakan untuk melihat serangan RPW. Jika tuan punya mengesyaki ada kehadiran perosak RPW maka mereka boleh memberi notis kepada Jabatan Pertanian untuk tujuan pengawalan. Sebaiknya dihadkan pergerakan pokok kurma dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Aktiviti asas seperti hebahan dan sessi penerangan kepada orang ramai tentang ancaman RPW dan larangan pengimportan pokok kurma dan palmae lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!..

POKOK BISMARCKIA...CANTIKNYA...
TANAMAN HIASAN... SATU DUNIA...
DISERANG RPW...KINI TERNYATA...
SEMUA PIHAK... PERLU WASPADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Saujana Hijau,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(25 JamadilAkhir 1437H)
Telah hadir Seminar 3P kumbang RPW baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...