KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, April 4, 2016

AIR JERNIH IKANNYA JINAK

Peribahasa AIR JERNIH IKANNYA JINAK merupakan satu peribahasa lama yang semakin kurang digunakan pada masa ini kecuali untuk murid-murid sekolah ketika belajar bahasa. Peribahasa ini memberi makna sebagai "Suatu negeri yang teratur, aman sentosa, penduduknya halus budi bahasanya, terutama kaum perempuannya". Ia memberi gambaran yang jelas dimana pada negara atau negeri yang aman, makmur dan sejahtera maka lazimnya mempunyai rakyat yang baik dan elok perangainya. Ia berbeza dengan negara yang kurang elok keadaan dalam negara terseut dimana berlaku peperangan, kemiskinan, kebuluran, bencana alam, perbalahan kaum, tidak adil dimana rakyatnya akan menderita dan menjadi kasar budi bahasanya. Pakar bahasa kita memang amat bijak dalam memilih peribahasa ini kerana lazimnya ikan didalam air yang jernih amat cantik dilihat mereka berenang-renang dilihat dari atas tetapi selalunya ikan tersbut akan 'lari' atau 'bersembunyi' apabila didekati manusia. Ikan didalam air jernih dapat melihat manusia diatas tebing tetapi dengan pantas akan lari dari kita kerana ia dapat lihat berbanding jika ikan tersebut didalam air keruh yang mereka tidak nampak. Kiasan ini amat sesuai digunakan untuk menggambarkan air yang jernih merupakan satu keselesaan untuk tinggal dan ikan dilambangkan ebagai rakyat jelata yang hidup dengan harmoni dalam persekitaran yang baik dan menyeronokkan. Artikel malam ini saya menulis artikel ke 3,685 dalam "Anim Agro Technology" megngenai satu peribahasa lama iaitu air jernih ikannya jinak tetapi saya akan mengulas mengenai beberapa jenis ikan secara teknikal khususnya ikan-ikan di Taman Laut Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan peribahasa ini.


Ikan merupakan sejenis haiwan yang hidup didalam air dengan mempunyai pelbagai saiz, warna, jenis dan spesis. Ikan boleh hidup dalam pelbagai jenis air sama ada air tawar, air payau atau air masin dimana kawasan untuk ia berada juga dihuni oleh pelbagai spesis ikan yang berbeza-beza habitatnya. Terdapat spesis ikan yang makan planton dalam air, ada yang makan rumpai air dan ada yang makan ikan lain sebagai sumber makanan (Ikan pemangsa). Jenis Ikan air tawar lazimnya terdapat daripada anak-anak sungai yang mengalir, didalam tasek atau dikolam serta kawasan paya yang sesuai diatas daratan. Ikan air tawar juga dijadikan sumber bahan makanan dan merupakan sumber protin kepada penduduk sekitar sungai dimana ikan dijadikan lauk makanan. Pada keadaan dimana air jernih lazimnya hanya didapati di kawasan hulu sungai yang tidak tercemar dalam hutan dan juga dikawasan taman-taman laut. Terdapat banyak taman laut di Malaysia yang anda boleh kimjungi dimana saya telah tulis dalam artikel sebelum ini. Kita boleh melihat ikan berenang dikawasan tersebut dengan jelas daripada jeti atau bot dan mamang amat menyeronokkan. Malahan dikawasan taman-taman laut, keujudan ikan yang berwarna warni dan jinak selalu mengamit pelancong untuk melihatnya dengan cara 'snokerling' dan sebagainya. Taman laut memang sesuai dikaitkan dengan peribahasa ini dimana air dikawasan taman laut memang jernih dan ikannya pun jinak serta memang cantik belaka. Penulis yang beberapa kali melawat taman laut seperti di Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Payar, Pulau Sipadan memang tidak pernah lupa akan ikan jinak yang dilihat dikawasan tersebut.


Taman Laut adalah kawasan yang terus dijaga bertujuan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik yang unik. Dari pembacaan penulis di Malaysia terdapat sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Taman Laut Malaysia. Pulau-pulau tersebut meliputi 13 buah pulau diperairan di Terengganu, 9 pulau perairan di Pahang, 13 pulau diperairan di Johor, 4 buah pulau diperairan Kedah dan 3 buah pulau di Wilayah Persekutuan Labuan. Penulis telah pergi semua taman laut di Johor, 4 di Terengganu, 1 di Pahang dan 1 di Kedah. Amat seronok 'snokerling' di Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Payar, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Papan dapat melihat keindahan ikan dan batu karang didasar laut. Kesemua kawasan yang penulis pergi adalah Taman-taman Laut yang dijaga oleh kerajaan dan amat memuaskan hati ketika membuat aktiviti disana. Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna. Negara ini juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di Malaysia. Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya. 


Taman laut diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia yang dulu dibawah Jabatan Perikanan tetapi kini diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jabatan ini mengurus semua Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut. Mulai 16 Julai 2007. Seksyen Taman Laut menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia dengan 154 kakitangan. Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup. Dengan cara demikian  Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut. Menerusi pewartaan Taman Laut, JTLM membantu menyediakan kawasan pembiakan bagi pelbagai spesies ikan. Kajian yang dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di kawasan Taman Laut di peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa. Tidak semua kawasan sesuai taman laut diwartakan. Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang dan kawasan pembiakan Ikan sahaja yang diberi tumpuan. Selain itu juga pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan. Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayanberasa gusar sekiranya kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup.Hal sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut. Menerusi pewartaan Taman Laut, JTLM membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies ikan. Melihat ikan ditaman laut amat sesuai dengan peribahasa 'Air Jernih Ikannya Jinak' dan anda sepatutnya mengunjungi taman laut untuk merasai keseronokan sebenar. Wasallam!
IKAN BERENANG... JERNIH AIRNYA...
NAMPAK JINAK... GERAM LIHATNYA...
CUBA DEKATI... LARI JAUH GAYANYA...
KALAU JINAK ... AMAT SERONOKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Safar 1437H)
Kemaskini pada 3 Aprril 2016  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...