KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, April 6, 2016

BAGAI AIR DIDAUN TALAS

BAGAI AIR DIDAUN TALAS adalah sama dengan 'Bagai Air di Daun Keladi' iaitu merupakan satu peribahasa lama yang mana ia membawa maksud agak mudah untuk difahami iaitu  "Orang yang tidak tetap pendiriannya". Daun Talas atau daun keladi mempunyai permukaan daun yang licin dimana air yang jatuh diatasnya tidak melekat dan seterusnya akan jatuh kebawah. Permukaan daun keladi memang tidak membolehkan air melekat seperti daun biasa. Peribahasa ini rasanya menunjukkan satu pendirian seseorang yang tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah mengikut kehendaknya dan amat sukar untuk mempercayai orang seperti ini. Orang seperti ini juga selalunya membahayakan masyarakat kerana mereka akan menukar pendiriannya apa lagi kalau ada pihak lain yang menawarkan  imbuhan kepadanya. Akibatnya sesuatu keputusan yang dipersetujui diperingkat awal secara bersama terpaksa dibatalkan atau ditukar kerana kekurangan sokongan. Dalam masyarakat kita orang seperti ini perlu dikenalpasti dan diberikan nasehat secukupnya dalam mendapatkan sokongan mereka. Daun Talas atau daun keladi walau pun disiram dengan banyak air atau hujan turun diatasnya dengan lebat memang tidak akan ada permukaan daun tersebut yang basah. Oleh itu ia sesuai dijadikan atap rmah jika masih segar dan dari jenis talas yang berdaun lebar. Peribahasa ini memang tepat dengan makna yang diberikan. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini menjelaskan secara ilmian mengenai tumbuhan palas atau keladi dan juga kegunaannya.


Talas atau Keladi (Colocasia esculenta L) merupakan sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Araceae. Ia merupakan tumbuhan yang menghasilkan umbisi yang cukup penting dibeberapa negara kerana digunakan sebagai makanan utama. Pokok keladi atau talas memang dipercayai berasal dari Asia Tenggara atau Asia dimana telah dimakan oleh manusia sejak dulu kala. Ia dipercayai dijadikanan makanan asasi sebelum manusia makan nasi. Talas merupakan makanan ruji selain daripada buah sukun iaitu dibeberapa kepulauan di Oceania. Talas yang menghasilkan ubi adalah satu sumber karbohidrat yang cukup penting. Namun umbi ini kadang-kadang juga mengandungi cecair getah yang gatal ditekak jika tidak diproses dengan betul. Tahap gatal ini berbeza2 mengikut jenisnya dimana sebaiknya keladi mesti direbus atau diproses terrlebih dulu sebelum dapat dimakan. Makan  talas ini memang tidak boleh berlebihan menyebabkan rasa gatal dan ganguan kepada sistem pencernaan. Umbisi talas dapat diproses iaitu dengan cara dikukus, direbus, dipanggang, digoreng atau dijadikan menjadi tepung, bubur dan pelbagai jenis kueh.


Di samping bahagian umbisi lazimnya bahagian daun dan tangkai daun yang muda dapat dimanfaatkan sebagai sayuran. Sayur batang keladi (lompong) oleh masyarakat Jawa di Johor adalah sejenis gulai yang enak (Sila lihat foto disebelah). Saya telah menulis beberapa artikel berkualiti mengenai Keladi Kemahang dan Keladi Lambok yang sangat popular di Pahang dalam penulisan sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Sayuran keladi ini saya amat suka makan bersama dengan nasi putih dikampong dimana ia selalunya menggunakan bahagian pucuk dan tangkai daun keladi yang masih muda. Ia akan dimasak dengan atau tanpa santan kelapa. Daun keladi masih muda memang sesuai dijadikan bahan pembungkus buntil yang disukai. Ada jenis daun talas berbentuk perisai yang besar. Daun ini dapat digunakan sebagai pelindung kepala bila hujan. Permukaan daunnya ditumbuhi rambut-rambut halus yang menjadikannya kedap air sebab air akan mengalir keluar tanpa meninggalkan kesan basah permukaan daun. Disebabkan saiz lebar maka daun talas sesuai digunakan sebagai pembungkus seperti untuk membungkus ikan basah dan sebagainya. Dari segi khasiat, umbisi talas amat sesuai digunakan untuk tujuan perubatan. Umbinya walau sedikit beracun, berguna bagi merawat anti-radang dan mengurangkan bengkak. Daun dan tangkai bersifat astringen. Umbisi keladi mengandungi bahan tepung, villose, polifenol dan saponin. Daun pokok keladi mengandungi polifenol. Untuk diguna luaran sebaiknya dicuci daun dan tangkai dan kemudian ia digiling hingga halus sebelum diturapkan ia ke tempat bagi rawatan sakit kulit, kurap, bisul dan bahagian yang terkena air panas. Apa pun penulis nasihatkan dapatkan rawatan dengan doktor dahulu.


Pada zaman dulu ubi keladi digunakan sebagai sumber makanan utama dengan merebus sahaja dan dimakan terus. Di Malaysia keladi lebih digemari dengan cara di goreng dengan tepong (70% kegunaan masa kini) atau di proses untuk kerepek ubi atau di proses buat kueh. Pucuk keladi atau batang keladi yang umbisinya boleh dimakan selalunya boleh digunakan sebagai sayuran. Akar keladi yang di panggil 'SULUR' sangat enak untuk dijadikan sayuran dikalangan maysrakat Jawa di Muar dan Johor. Keladi banyak mengandungi kabohiderat dan protin serta nutrient lain serta antiokisdan. Daripada 11,860 hektar kategori tanaman kontan di Malaysia dalam tahun 2010 yang dimajukan , seluas4,520 hektar (38%) merupakan tanaman keladi. Negeri Johor dan Selangor merupakan penyumbang utama pengeluaran keladi di Malaysia. Negeri Johor pada tahun 2010 menanam seluas 685 hektar tanaman keladi iaitu di Daerah Kota Tinggi (303 ha), Muar (41 ha) dan bakinya di daerah2 lain sementara Daerah Kuala Langat, Selangor menanam seluas 22 ha pada tahun yang sama. Kebanyakan kawasan penanaman padi di Johor dan Selangor adalan dari jenis tanah gambut.


Kebanyakan keladi ditanam diatas tanah gambut (Gambut sederhana atau gambut cetek). Selain daripada dijual segar sebagai "fresh produk" didapati keladi ini dihantar kekilang proses ais kerim dan sebahagian lagi di buat kerepek keladi yang popular terutama Hari Raya Puasa. Keladi Mawar merupakan jenis keladi yang disukai di Kawasan Muar kerana mempunyai pasaran yang baik. Harga keladi ditawarkan sehingga RM 1.30 - RM 1.60 diladang sekilogram. Ada beberapa petani yang menanam keladi daiatas tanah mineral tetapi mesti dibuat batas agar pembentukkan umbisi keladi dapat membesar. Dalam lawatan saya ke Kahang, Kluang , Johor saya berpeluang bagaimana Mr Lee menanam keladi diatas tanah mineral seluar 4 hektar diantara tanaman pisang. Petani tersebut menanam keladi dengan membuat batas setinggi1.5 kaki dengan panjang mengikut barisan. Penanaman adalah sepokok diatas batas mengikut baris. Oleh kerana ia tanah mineral jenis liat berpasir, jika tidak dibuat batas maka pembentukkan umbisi keladi kurang menjadi. Peribahasa bagai air didaun talas semakin dilupakan penggunaannya oleh masyarakat moden dan generasi baru. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahasa SMS dahulu dan kini gunakan bahasa WASAP sahaja. Perkataan dalam bahasa SMS dan wasap ini ringkas, mudah, padat disertakan dengan foto 'on-time' yang dikepilkan bersama. Handphone kini merupakan sahabat setia setiap individu dan cuba fikirkan berapa banyak juta dan billion syarikat-syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan. Adakah satu hari nanti peribahasa seperti ini akan dilupakan oleh maysarakat kita?. Artikel ini memberikan info berguna kepada anda. Wasallam!.
NAMANYA TALAS ... SAMA KELADI...
MENCURAH AIR... BASAH TAK JADI...
TIADA PENDIRIAN... SIFAT PERIBADI...
ELAKKAN MEREKA... SUSAH NANTI..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(12 Safar 1437H)
Kemaskini pada 4 April 2016

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...